
Tengku Farathid memberhentikan yacht yang di kendalinya di tengah laut , Kyra di sebelah masih terpegun dengan keupayaan Tengku Farathid di tambah lagi dengan permandangan yang muncul di depan matanya , membangkitkan kesenangan di hatinya. Kyra keluar dari pintu itu , mengambil udara yang tenang membelai dirinya.
"Sekarang I dah ikut kemahuan you , nobody here."
Tengku Farathid memeluk Kyra belakang. Sedikit terkesima Kyra dibuatnya.
"Bila pulak ? I tak cakap apa apa pun."
Tangan Kyra perlahan cuba meleraikan rangkulan tangan Tengku Farathid pada pinggangnya. Makin kemas Tengku Farathid memeluknya , pipi Tengku Farathid sudah lekat pada pipinya.
"Haritu you cakap tak suka I bawa Beego dengan Sabhi. So now , dorang dah takda. So what should we do ?"
Tengku Farathid bertanya nakal. Kyra sudah menelan liur. Badan Kyra di baliknya , menghadap. Tangannya masih melingkari pinggang Kyra , Kyra tak mampu berbuat apa apa , tatapan Tengku Farathid buatnya bagai meluruhkan jantung, pandanganya di alihkan. Wajah Tengku Farathid jatuh pada lehernya , Kyra memejam mata menerima singgahan itu.
"I love you."
Tengku Farathid mengangkat mukanya kembali. Kyra sudah tidak keruan dibuatnya. Wajahya sudah memerah , malu. Dagu Kyra di ambil lembut , menatap wajahnya , tatapan Kyra dalam untuknya , mata redup Kyra mengoncang halus jiwanya , Kyra tidak pernah gagal membuatnya teruja. Bibir mungil Kyra di tuju perlahan. Lama bibir itu singgah bersama. Kyra pasrah menerima penerokaan bibir Tengku Farathid , kali ini menyenangkannya. Kyra juga tak mampu untuk menolak keinginan yang singgah di hatinya , sungguh dia sudah terbuai dengan suami sendiri.
Sentuhan lembut tangan Tengku Farathid yang bermain di belakang badannya menghanyutkannya. Dapat Tengku Farathid rasakan tindak balas bibir Kyra pada mulutnya . Tengku Farathid berhenti perlahan , mengangkat wajahnya memandang wajah Kyra , dari raut wajah Kyra jelas terpancar kekecewaaan , Kyra mengigit bawah bibirnya , melepaskan kekecewaan yang mula bersarang , kecewa dengan Tengku Farathid yang berlabuh secara tiba tiba , kecewa juga dengan dirinya kerana tak dapat mengawal ghairah diri. Dia malu sendiri. Mata redupnya memandang Tengku Farathid , membalas tatapan lelaki itu.
"Do you love me ?"
Tengku Farathid bersuara lembut. Kyra hanya mendiamkan diri , persoalan yang akan membunuh dirinya sendiri. Kyra tak pasti perasaan apa yang muncul di hatinya , saat ini dia hanya mahukan Tengku Farathid. Dia mahu Tengku Farathid membelainya lebih lagi , bukankah itu perasaan yang gila ? Bentak hati Kyra. Apa yang tak kena dengan hatinya. Persoalan Tengku Farathid di biarkan tergantung , Kyra menoleh pandang ke arah laut sana. Melihat reaksi Kyra , perasaan serba salah muncul dalam hati Tengku Farathid. Dia tidak mahu memaksa maksa Kyra lagi , dia harus sabar menanti kerelaan Kyra. Tengku Farathid memeluk erat isterinya , membelai lembut belakang badan Kyra.
"Im sorry."
Ucap Tengku Farathid. Kyra binggung , mengapa ucapan itu keluar dari bibir Tengku Farathid , sedangkan dia baik baik sahaja dengan kelakuan Tengku Farathid untuknya.
"Kenapa ?"
"Keterlajuran I..... lepas ni I akan control diri I , I tak boleh nak janji , tapi I akan cuba , buat you selesa..... dengan kerelaan you sendiri."
Kyra mengigit bawah bibirnya mendengar kata kata Tengku Farathid , dia sudah terbiasa dengan kenakalan Tengku Farathid padanya , mungkinkah selepas ini Tengku Farathid akan mengawal semua kenakalan untuknya. Patut Kyra sendiri mengaku , semua yang di lakukan Tengku Farathid tadi disukainya. Ahh ! Bisa gila Kyra memikirkan.
"Kenapa ? You ada perempuan lain ? You control kat I ? Lepastu you makan luar ?"
Soalan itu terpancul keluar juga dari bibir Kyra. Tengku Farathid melepaskan pelukannya. Pipi Kyra di sentuh lembut.
"Hishh , tak baik cakap macamtu. Mana I sanggup nak makan luar , ada isteri yang menarik macam ni dah cukup bagi I."
Perut Tengku Farathid di cubit Kyra , Tengku Farathid menjerit kecil.
"Arrr , sakit sayang. Cakap macamtu pun salah ke ?"
Tengku Farathid sudah mengosok gosok perutnya akibat cubitan Kyra.
__ADS_1
*******
Malam itu mereka menyaksikan pertunjukkan api di tepi pantai. Malam ni malam terakhir mereka di Bali , Tengku Farathid membuat keputusan untuk balik ke Malaysia secepatnya kerana ada urusan yang tak dapat di elakkan. Dia memandang Kyra di sebelah , berita ini belum dia sampaikan kepada Kyra , dia mengharapakan Kyra baik baik sahaja dengan keputusannya. Kyra mengambil handphonenya dan merakam moments di depannya itu , Tengku Farathid hanya memerhati , sebelah tangan Kyra masih kemas di pegang Tengku Farathid. Dia senyum melihat telatah Kyra.
"So kita tak perlu tukar handphone la ni ? Nampak gaya you suka handphone ni."
Kyra memandang Tengku Farathid dan handphone yang di pegang silih berganti , dia senyum membalas seketika.
"Hmmm not bad."
Tengku Farathid senyum mendengar jawapan acuh tak acuh dari Kyra , dia yakin Kyra selesa dengan handphone barunya.
"Lepas ni jangan nak campak phone ni pulak."
Tengku Farathid terkedu , senyumannya mati , Kyra yang perasaan perubahan wajah suaminya , cepat cepat mematikan rakamannya , belakang Tengku Farathid di peluk cepat.
"Just kidding."
Setelah mendapat dakapan dari Kyra , Tengku Farathid laju mencium dahi Kyra. Kyra terkedu dengan perbuatan suaminya.
"Hishh , malu la orang tengok."
Kyra bersuara sambil pandangannya liar dilemparkan di sekeliling , tidak selesa. Tengku Farathid memuncungkan mulutnya ke arah satu pasangan mat salleh di hujung sana.
"Tu , dorang duk bercumbu dari tadi."
"Mengadaa ea , tak malu ke tengok orang macamtu ?."
Kyra menjeling suaminya , permainan api di depannya di tumpu kembali.
"Hish , mana ada tengok lah , ternampak je. Baik I tengok isteri I kat sebelah . Lagi syok."
Kyra buat buat tak dengar suara suaminya. Tengku Farathid mengambil badan Kyra di dekatkan kembali pada badannya , memeluk erat di atas tikar kecil itu.
"Athid....behave..."
Kyra menjeling Tengku Farathid lagi. Tengku Farathid membuat muka slambernya.
"Bahaya , nanti masuk angin , sejuk ni."
Tengku Farathid sudah tak peduli dengan mimik muka tak puas hati isteri padanya. Dia menumpukan kembali pada persembahan api depannya. Akhirnya Kyra hanya membiarkan tangan si suami yang tidak duduk diam itu.
Tengku Amanda berpeluk tubuh , perilaku mereka jelas merobek matanya , dia pusing ke belakang kembali ke lobi itu , persembahan itu langsung tidak menarik hatinya.
*********
__ADS_1
"Heyy."
Tengku Amanda muncul di depannya. Kyra memaniskan wajahnya , walaupun kemunculan Tengku Amanda tidak di sukainya.
"Hai."
Kyra membalas sapaan Tengku Amanda.
"So you dah berubah hati ke ?"
Soal Tengku Amanda , dirinya sudah bersandar pada sofa di hadapan Kyra.
"Apa maksud you.?"
Kyra masih lagi tenang. Senyuman sinis di lemparkan Tengku Amanda kepada Kyra.
"Come on Kyra. Walaupun I tak kenal sangat you , tapi I tahu hati you kat siapa , so you tak payah nak belakon depan I ."
"You nak apa sebenarnya ni ?"
Kyra sudah membuat muka bosannya.
"I tak nak you belakon depan Athid."
"I bukan pelakon yang nak belakon depan dia."
Kyra langsung tidak memandang Tengku Amanda. Sakit hatinya melihat wajah perempuan itu.
"Enough Kyra , just being you , I tahu you tak cinta kan Athid , so let him go."
"Go ke mana ? Dekat you ?"
Kyra gelak sinis , wajah Tengku Amanda di pandangnya.
"Jadi lah perempuan Kyra. Yang tetapkan hatinya hanya untuk seorang lelaki. Bukan betina yang kaut semua lelaki yang ada depan mata."
Membuntang mata Kyra mendengarnya , dia berdiri dari duduknya , menghadap Tengku Amanda.
"Watch your mouth Amanda. I rasa you yang patut jadi perempuan bukannya betina yang mahukan suami orang."
Tengku Amanda berdiri betul dari sandarnya. Matanya menikam anak mata Kyra. Kyra senyum sinis.
"I think you know better Athid than me , so you tahu siapa yang dia perlukan."
Kyra berkata yakin. Tengku Amanda senyum.
__ADS_1
"Yes , i know him very well better than you. So okay. You jangan bahagia sangat Kyra , you tak kenal dengan baik siapa Tengku Farathid , so beware. Jangan lepas ni you yang menyesal."
Senyuman yang sukar Kyra tafsirkan , dia menelan kesat liurnya sendiri. Kata kata Tengku Amanda membakar rasa penasarannya.