
Adzran tersungkur jatuh pada lantai itu , wajah Tengku Farathid merah , tangannya masih di gempal kerana amarah yang memuncak.
"Aku tak buat ..... apa apa lah."
Adzran menjawab terbatuk batuk. Darah mula keluar dari tepi bibirnya , Puan Zati memegang belakang anaknya yang masih lagi terdampar di lantai.
"Athid tak boleh buat macamni , Athid tak ada bukti."
Menangis nangis Puan Zati membela anaknya. Tengku Farathid menyeluk poket seluarnya mengeluarkan sepaket kecil plastik berwarna merah di campakkan terus ke arah mereka.
"Ni apa ? Apa yang cuba kau nak buat kat isteri aku ? Kau baru jejak kaki kat rumah aku tapi dah berani nak buat yang bukan bukan ?"
Adzran yang masih di lantai itu di tarik bajunya kembali oleh Tengku Farathid untuk berdiri , terkapai kapai Puan Zati menghalangnya. Tubuh Adzran di lekatkan di dinding , perutnya bertalu talu di tumbuk oleh Tengku Farathid. Puan Zati menarik narik tangan Tengku Farathid untuk menghalanginya. Adzran yang sudah lemah itu di lepaskan sebelum dia menolak kasar Puan Zati , hampir saja wanita itu terjatuh kerana tolakan itu , Tengku Farathid memandang tajam Puan Zati. Beego di belakang hanya memerhati.
"Perangai kau anak beranak tak pernah berubah."
Tengku Farathid menghulurkan tangan kepada Beego sebelum Beego memberinya kain putih yang di pegang Beego dari tadi. Tengku Farathid membalut tangannya dengan kain itu. Puan Zati memandang resah , Kyra di pintu itu di tatapnya seketika.
"Kau nak buat apa ni ?"
Tanya Puan Zati dengan wajah pucatnya , Beego laju mendapatkannya , memegang kemas badan itu. Kyra telan air liur melihat keadaan di depannya.
"Jangan risau aku bukan dayus... lepasni harap anak kau tak buat orang lain macam yang dia nak buat kat isteri aku."
Tengku Farathid segera mendapatkan Adzran kembali , koler baju Adzran di pegang kemasnya , tumbukan bertalu talu sampai ke muka Adzran , hidungnya mula mengeluarkan cecair merah , matanya juga tak boleh di buka lagi , Puan Zati sudah menjerit jerit .
"Berhenti lah !! Jangan buat anak aku macam ni !!"
Laungan Puan Zati langsung tidak di pedulikan Tengku Farathid. Kyra mengetap bibir , sesekali pandangannya di alih kan ke arah lain.
"Kyra !! Kau tengok suami kau yang gila ni !! Suruh dia berhenti !!"
Kyra mendiamkan diri.
"Aku dah cakap suami kau ni gila !! Kau tak dengar cakap aku ! Macam mana kau nak hidup dengan jantan gila ni !! Kau tengok perangai dia.!"
Puan Zati menjerit jerit sendiri bagaikan sudah dirasuk , Tengku Farathid menghentikan pukulannya , mencampak kasar badan Adzran ke arah lantai , bersahaja badan itu jatuh menyembah bumi kerana hilangnya tenaga dalam diri. Longlai sudah tubuh itu , Tengku Farathid gelak perlahan sebelum berpaling menghadap Puan Zati yang bagai sudah di rasuk itu.
__ADS_1
Melihat keadaan Tengku Farathid sebegitu , serta merta Puan Zati berhenti dari amukannya.
"Tak , aku tak gila... kalau aku gila , dah lama kau dah anak kau tak ada kat dunia ni."
Tengku Farathid mencampak kain yang sudah penuh darah itu ke arah Adzran yang sudah terbaring. Matanya tak lepas dari memandang Puan Zati yang masih di pegang Beego itu. Muka Puan Zati pucat membalas tatapan tajam Tengku Farathid.
"Kyra , kau tengok apa dia buat kat anak aku , Kyra. Lepas ni habis la dia kerja kan kau , orang gila macam dia memang macam ni. Sakit !! Macam mana kau boleh kawin dengan orang gila macam dia , Kyra !!"
Menjerit kuat suara itu di hadapan kolam renang rumah milik Tengku Farathid. Kyra mula melangkah mendekati Tengku Farathid , lengan suaminya di paut lembut. Tengku Farathid yang terkejut dengan kelakuan isterinya , menatap wajah itu. Isterinya pula memandang benci wanita di hadapannya itu.
"Anak makcik yang gila , husband saya tak gila. Saya rasa makcik kena kawin kan anak makcik cepat cepat , sebab dia laparkan perempuan. Jangan pulak nanti makcik dapat cucu dari seorang pelacur sebab biarkan dia lama lama begitu."
Terjongket kening Tengku Farathid mendengar kata kata yang keluar dari mulut isterinya , Puan Zati sudah melopong mulutnya. Wajahnya sudah memerah , matanya menikam Kyra seperti hendak menelannya.
"Kau !! Mulut kau..."
"Cukup lah makcik , kami ada semua bukti , semua yang anak makcik buat kat rumah ni. Rumah ni besar , semua lengkap dengan cctv , apa pun yang keluar dari mulut makcik , tak akan merubah apa apa."
Beego mula bersuara. Semakin pucat wajah perempuan tua itu. Anaknya di pandang sekilas.
Cepat saja kelakuannya berubah , Puan Zati sudah menurunkan lututnya ke lantai , pegangan Beego padanya secara tiba tiba terlerai.
"Ampun kan Adzran, Athid. Mama Zati janji benda macam ni tak akan jadi lagi. Tolong la kami , Athid. Jangan lapor kami kat polis. Mama Zati merayu."
Terisak isak perempuan itu menangis. Kyra memandang sayu. Tengku Farathid masih dengan wajah dinginnya , tiada perasaan.
"Makcik kena janji dengan kami , makcik tak boleh ganggu kami lagi."
Mendengar kata kata Kyra , Tengku Farathid memandang tak senang , dari gaya bahasa isterinya , Kyra mahu melepaskan mereka mudah mudah.
"Iyaa , Mama Zati janji . Mama Zati tak akan kacau korang berdua lagi. Kami akan pergi jauh. Tolong lahh !! Jangan buat kami macam ni."
Puan Zati tak henti henti merayu. Kyra memandang Tengku Farathid di sebelahnya , dari raut wajah Kyra , Tengku Farathid yakin benar maksud wajah yang Kyra tunjukkan itu , meminta Tengku Farathid memaafkan mereka.
"Kita dah ada semua bukti , sayang."
"Iyaa , I tahu , tapi dorang pun akan pergi dari rumah ni kan?"
__ADS_1
Kyra membuat muka polosnya , memujuk si suami. Tengku Farathid melepaskan keluhan yang berat. Tak mampu rasanya , menolak semua yang di inginkan Kyra. Dia mengangguk lemah.
"Jangan tunjuk lagi muka korang depan kami. Beego , suruh Bik Mona kemas semua barang mereka , harini. Jangan ada satu pun yang tertinggal."
Kyra senyum seketika selepas suaminya memberi arahan itu.
**********
"I yakin dorang tak akan berani datang sini lagi. Jangan risau , benda lepas kita tak payah pikir , sakit kan kepala you jugak kan."
Kyra bertutur lembut. Dia tahu keputusannya mendatangkan sedikit ketidak puasan hati suaminya.
"Orang macam dorang , tak takut apa apa sayang. Sekarang dia cakap lain , nanti lama lama , kalau dorang buat hal lagi macam mana.?"
"Jangan fikir negatif sangat , dorang pun dah janji , rasanya apa yang you buat kat anak dia , dah cukup bagi dia warning , kan ?"
Kyra datang mendekat. Duduk di sebelah Tengku Farathid. Tangan suami di pegangnya. Lembut sentuhan isteri di rasai Tengku Farathid , dia akhirnya mengukir senyum. Pandai saja telatah isteriya mengusir kecewa di hati.
"Do you really love me ?"
Agak terkejut dengan pertanyaan si suami sendiri , tiba tiba dirinya malu bila mengingatkan lafaz yang telah di berinya pada Tengku Farathid semalam. Dia mengangguk perlahan. Pipinya sudah kemerahan. Tengku Farathid tergelak kecil melihat reaksi malu malu si isteri.
"Say it."
Tengku Farathid mengawal geli hatinya.
"What ?"
"You love me.."
Kyra senyum lebar , mata Tengku Farathid di tatap manja.
"I love you..."
Badan Kyra di bawa ke pelukannya. Mendakap kemas.
"I love you more."
__ADS_1