
Dato Malek memandang anak perempuannya di sebelah. Kyra membuang pandang ke arah luar tingkap kereta.
"Mungkin ni semua salah papa. Semua ni punca dari papa.. Athid dah janji dengan papa , nak jaga Kyra sebaiknya , nak happy kan Kyra. Tapi siapa kita nak lawan takdir kan.. papa bukan nak salah kan Kyra. Iya papa tak tahu apa apa , tapi yang papa pasti , Athid dah sedaya upaya pertahankan rumahtangga korang. Kalau betul Athid tak sayang Kyra. Kenapa sebelum ni dia jaga baik Kyra ? Kenapa dia tak lepaskan Kyra kalau dia boleh dapatkan perempuan lain. Papa tak nak paksa Kyra. Kyra fikirlah sendiri. Lepasni papa tak nak masuk campur lagi."
Panjang kata kata Dato Malek.. Kyra hanya mendiamkan diri. Deringan handphone milik Kyra berbunyi. Dia menatap screen itu , tiada nama , hanya nombor yang tertera. Dia menjawab juga.
"Kak... Kak Kyra...."
Kyra kebinggungan mendengar suara itu muncul. Lelaki ? Memanggilkan kak ?
"Siapa ?"
Sepatah dari Kyra.
"Ni Adzran.. kak Kyra , boleh kita jumpa. ? Ada benda penting yang saya nak sampaikan."
Adzran teragak agak. Kyra buntu sendiri. Hal apa lagi.
"Benda apa ? Rasanya hal kita dah selesai haritu. Farathid pun dah tak nak kita jumpa antara satu sama lain kan. Rasanya tak perlu.."
"Perlu kak Kyra. Benda ni sangat penting. Tak apa kalau kak Kyra tak percayakan saya , Kak Kyra boleh bawa semua bodyguard kakak bila kita jumpa. Sekejap pun jadi kak. Please..."
"Sorry.. I tak free sekarang.."
Kyra malas mahu melayan.
"Malam nanti ? Boleh kan ? Please kak... sekali saja saya minta. Tolong....."
Rayu Adzran.. Kyra mengeluh berat. Ada ada saja lah.
"Iyaa okay. Malam nanti. Pukul 9 ? Masa tu je free."
"Okay kak ! Malam nanti. Pukul 9. Dekat mana ?"
Suara Adzran sudah teruja. Kyra memikir sejenak.
"Cafe Monaca , jalan cempaka."
"Okay kak ! Thanks sangat sangat. Jumpa malam nanti."
__ADS_1
Kyra mematikan panggilan. Dato Malek di sebelah memandang.
"Siapa."
"Kawan.."
Sepatah dari Kyra. Dia tiada mood untuk berborak panjang.
*************
Adzran bangun dari kerusinya setelah melihat Kyra muncul di depannya. Dia senyum memandang wanita itu. Kyra memandang kosong.
"Duduk kak.. kak Kyra nak minum apa ? Biar saya order."
Kyra duduk di kerusi itu , sudah membuat muka bosannya.
"Saya datang bukan nak minum. Cakap apa yang awak nak cakap. Apa yang penting sangat."
Adzran masih menceriakan wajahnya , walaupun agak takut untuk menjelaskan semuanya. Dia kembali duduk.
"Hmm.. kak Kyra.. sebenarnya , saya nak minta maaf atas apa yang jadi... saya betul betul minta maaf kak.. semua salah saya... saya nak betulkan semua."
"Saya dah maafkan awak lepas awak dan mama awak keluar dari rumah tu. Saya dah tak fikir pasal tu , so awak tak payah risau.. saya harap pun lepas ni awak tak kacau saya lagi..."
"Bukan macamtu... ni pasal... emm pasal abang Athid dengan Alana."
Tergagak gagak Adzran mengucapkan. Mukanya juga sudah pucat. Debar di hatinya kian memuncak.
"Hmmm.. so awak pun dah tahu pasal dorang. Okay la tu.."
Jawab Kyra bersahaja. Malas lagi mahu berbahas pasal itu semua.
"Bukan macamtu kak Kyra... abang Athid dengan Alana.. tak buat macamtu."
Kyra mengangkat kening. Budak ini mesti di bayar Tengku Farathid.
"Ooo so dia upah awak datang jumpa saya nak cakap semua ni ?"
Kyra senyum sinis , dia menduga sendiri. Adzran menggeleng laju kepalanya. Handponenya di keluarkan.
__ADS_1
"Takk... bukan macamtu.. abang Athid tak buat semua tu.. abang Athid tak pernah sentuh Alana. Saya jumpa akak ni pun bukan sebab abang Athid suruh. Saya datang sebab saya nak betulkan semua. Haritu , saya yang hantar text tu dekat kak Kyra... saya yang suruh kak Kyra pergi hotel. Alana yang perangkap abang Athid dalam bilik hotel tu. Ni mesej saya hantar haritu."
Cepat cepat Adzran membuka peti mesejnya , tangannya sudah terketar ketar.. Kyra menatapnya tajam , tidak berkelip. Handphonenya di arah ke arah Kyra , Kyra memandang sekilas handphone milik Adzran sebelum kembali menatap Adzran.
"Kau mengarut apa ni , kau tipu kan... berapa Athid upah kau ?"
Mata Kyra mula berkaca. Otaknya tak mampu untuk berfikir. Seperti tidak mampu menerima kenyataan lagi. Soalannya itu hanya menyedapkan hati yang sudah berdebar kencang. Badannya terasa ketar dengan tiba tiba. Segala tingkah yang dia buat pada Tengku Farathid terimbas di fikiran , Adzran sudah tak senang duduk.. dia kembali mencari video yang ada dalam handphone miliknya. Memberikan kepada Kyra.
"Saya ada dalam hotel tu , semua saya rakam. Mungkin semua tak tahu tu saya , sebab saya pakai mask. Ni video yang saya ambik. Abang Athid tak pernah upah saya. Alana dengan saya yang rancang semua ni , saya minta maaf."
Wajah pucat Adzran menatap wajah Kyra , Kyra menonton video yang di beri Adzran padanya. Semua suara dapat dia dengar dengar jelas. Alana di tolak kasar oleh Tengku Farathid , jelas sekali suaminya tak menginginkan Alana. Bait bait oleh Tengku Farathid cukup jelas dia dengarkan. Airmatanya mula menitik laju. Dia menyekat juga , handphone milik Adzran di campak ke tepi.
"Kenapa kau buat semua ni ? Kenapa ? Kenapa Adzran. ? Kenapa kau hancurkan rumahtangga aku ??"
Airmata Kyra mula membasahi pipinya. Adzran sudah berpaling ke sekeliling, nasib baik tiada orang. Hanya dia dan Kyra yang ada , staff cafe itu pun hanya ada pada kaunter pesanan di depan.
"Kak... saya minta maaf. Saya tahu saya tak patut buat semua tu.. saya minta maaf. Saya tak sanggup nak bagitahu semua ni dekat abang Athid. Saya boleh mati kalau dia dapat tahu. Saya dah minta Alana untuk jumpa kak Kyra. Tapi dia degil. Dia tak nak. Dia yang tergila gilakan abang Athid. Walaupun abang Athid tak melayan , dia tetap mengoda... memang saya yang salah , saya yang plan semua ni.. saya dah insaf kak. Saya minta maaf. Abang Athid tak buat semua tu , abang Athid sayang kak Kyra. Kak boleh tengok video tu kan , macam mana dia boleh tolak Alana walaupun Alana dah bogel macamtu ? Abang Athid tak salah , saya yang salah kak.
Kelihatan mata Adzran mula berkaca. Dia menunduk kebawah. Tak sanggup menatap wajah Kyra lagi.
"Aku dah... aku dah sakitkan suami aku. Sebab korang berdua , manusia jenis apa kau ni Adzran ? Kenapa sanggup kau buat aku macam ni ??"
Bibir Kyra sudah terketar ketar , Handphone milik Adzran mula berdering. Laju Adzran menjawab bila melihat nama yang tentera. Alana..
"Aku nak jumpa kau sekarang. Depan cafe history."
Laju saja Alana mengarahnya. Adzran kebingungan , bukan ke susah sangat perempuan ini untuk berjumpanya.
"Aku ada hal sekarang. Lain kali..."
"Aku tak nak lain kali , sekarang... kalau kau nak aku jelaskan semua dekat Athid dan Kyra , minta maaf dekat korang sekali pun , jumpa aku sekarang. Kalau tak , aku tak kan buat semua tu. Kau tanggung sendiri."
"Okay , aku pergi sekarang."
Adzran mematikan panggilan. Dia memandang Kyra dengan serba salah.
"Kak Kyra.. besok... saya datang dengan Alana. Saya akan bawak dia jumpa akak dengan abang Athid. Atau perlu , lepas ni , saya bawak dia terus ke rumah akak dengan abang Athid. Saya janji kak. Sekarang saya kena pergi. Akak Kyra balik rumah dulu.. tenang kan fikiran. Okay ?"
Kyra mendiamkan diri. Serba salah Adzran dibuatnya , dia terpaksa juga meningggalkan Kyra ketika ini. Melihat tiada respon dari Kyra , Adzran berlari meninggalkan Kyra sendiri. Lepas ni semua masalah akan selesai , tapi itu Bagi Adzran , bagi Kyra ? Boleh ke Tengku Farathid memaafkam dia ?
__ADS_1