Kyraa Dan Pria Terhebat

Kyraa Dan Pria Terhebat
Part 23


__ADS_3

"Are you sure Kyra ?"


Tengku Farathid memandang Kyra yang berada di depan cermin , anting anting permata putih di pasang Kyra di telinga kiri dan kananya. Tengku Farathid menjadi pemerhati dari tadi.


"Iyaa. Kaki I dah okay , you tak ada alasan untuk tangguhkan lagi. You dah janji dengan I kan. Jangan pulak nak bagi alasan lain kali ni. I penat dah dengar alasan dari you."


"Masalah sekarang bukan alasan dari I , I nak make sure kaki you dah betul betul okay. I tak nak you sakit . Tu aja."


Kyra berpaling memandang menghadap Tengku Farathid yang masih berpakaian tidurnya.


"Nonsense, I dah boleh buat semua kerja sendiri , dah dua hari dah pun. You pun sendiri tengok kan. Dah , you pergi mandi , dah pukul 10 dah pun , I tunggu kat bawah."


Sudah dua hari Tengku Farathid tidur di bilik sebelah , dia tidak bertegur dengan Kyra , Kyra jugak melayan , langsung tidak mempedulikan Tengku Farathid. Tapi Tengku Farathid selalu memastikan bibik bibiknya memenuhi semua keperluan dan kehendak isterinya selama dua hari ini. Tiba tiba saja harini Kyra bersuara mengajaknya untuk membebaskan Zacran di penjara. Mungkin betul kaki Kyra sudah sihat untuk berjalan seperti biasa. Kyra yang sudah siap berdandan dan di baluti gaun hitam itu meninggalkan bilik turun ke ruang tamu bawah.


**************


Tengku Farathid turun menemui isterinya setelah siap mandi , dia jugak mengenakan kemeja hitam sedondon dengan pakaian isterinya. Kyra yang leka bermain handphone di sofa laju di cium pipinya oleh Tengku Farathid. Kyra mengelap laju pipinya , marah.


"You dah kenapa ?!"


"Apa? I rindu , dua hari tak cium you. Come , peluk sikit ?"


Kyra sudah berdiri mendengar kata kata Tengku Farathid.


"Jom lah , mandi pun lama , kalah perempuan."


Kyra sudah melangkah ke arah pintu utama. Bik Mona datang entah dari mana muncul di hadapan mereka.


"Tengku , tak breakfast dulu ?"


Tengku Farathid memandang jam di tangan kirinya. Pukul 10.30.


"Sayang , breakfast dulu ?"


Kyra menoleh sejenak .

__ADS_1


"Cik Puan dah breakfast tadi."


Bik Mona yang menjawab. Kyra hanya mendiamkan diri , dia sengaja tidak menunggu Tengku Farathid untuk bersarapan. Dia hanya mahu menikmati sarapan sendiri.


"Ooo , bagus lah kalau CikPuan dah breakfast . Sebab sekarang Cik Puan nak cepat , Cik Puan nak jumpa orang penting , orang ni lagi penting dari sarapan saya."


Panas telinga Kyra , dia tahu Tengku Farathid memerlinya , Tengku Farathid melangkah mendekatinya , tangan Kyra di pegangnya , Kyra masih membatukan diri , membantutkan langkah Tengku Farathid.


"What wrong?"


"Cukup lah , you pergi makan , I tunggu dalam kereta."


"I'm okay. Jangan risau. I tak akan mati pun kalau tak breakfast , lain la you , I takut you sakit rindu pulak tak jumpa orang ni. Keadaan you lebih penting dari I, so come."


Tengku Farathid mengheret tangan Kyra. Kyra hanya menuruti. Sakit hatinya mendengar kata kata Tengku Farathid, sekarang tangannya pulak menjadi mangsa. Mereka masuk ke perut kereta sebelum kereta itu bergerak meninggalkan halaman rumah.


**********


"Awak patut berterima kasih pada Tengku , kalau dia tak tarik balik dakwaan atas awak , lama lagi awak meringkuk dalam penjara tu."


" Tak apa lah Tuan , saya harap lepas ni dia belajar dari kesilapan , jangan pulak buat benda yang bukan bukan lagi."


Tengku Farathid memandang tajam wajah pemuda di depannya itu , keterampilannya lain dari sebelumnya , wajah pemuda itu sudah di naiki jambang halus , rambutnya sedikit kusut.


"Baiklah Tengku , kalau ada apa apa hal lagi jangan segan silu untuk hubungi saya."


Anggota polis itu menyalami Tengku Farathid , sebelum beredar masuk kembali ke dalam pejabatnya. Tengku Farathid berpaling dan memegang kemas tangan Kyra untuk berlalu pergi.


"Kyra."


Zacran memanggil lembut. Langkah Tengku Farathid mati , dia kembali berpaling memandang Zacran di depannya. Kyra masih mendiamkan diri , matanya mula berkaca , tak sanggup melihat keadaan Zacran.


"Kyra Mayseera , isteri aku ."


Tengku Farathid mengangkat tangan Kyra yang di pegangnya kemas , menunjukkan cincin yang di sarung Kyra , menampakkan sekali cincin yang di pakai kemas di jari Tengku Farathid. Kemudian dia perlahan menjatuhkan tangan , tapi genggaman masih kemas pada tangan Kyra.

__ADS_1


"Aku rasa tak ada sebab untuk kau kacau isteri aku lagi Zacran. Kyra dah sah jadi isteri aku. Sayang sekali kau tak dapat hadir majlis kami , sebab kau kena berkurung dalam tu. Belajar dari kesilapan Zacran , jangan ulangi kesalahan yang kedua kalinya."


Tengku Farathid bertutur tenang. Anak mata Zacran menikam tajam pandangan Tengku Farathid. Tengku Farathid senyum. Zacran mara ke hadapan memegang koler baju Tengku Farathid , tangannya terketar ketar menahan marah , muka Kyra pucat , apa lagi yang akan berlaku , dia letih memikirkan. Kyra menapak ke depan selangkah , dada Zacran di tolak sedikit , membuang tangan Zacran pada koler Tengku Farathid , kini Kyra di tengah antara mereka.


"Zac , enough. Ni balai polis , cukup la apa yang jadi. Balik lah."


Kyra menenangkan keadaan. Matanya sendu memandang anak mata Zacran , meminta segalanya berakhir dengan cepat. Dia tak sanggup berhadapan dengan Zacran , dia hanya rindu , Kyra memejam mata sebentar , airmatanya gugur.


"Kyra , I ada kat sini , I ada. I akan tunggu you , I tahu you tak bahagia dengan dia. I tak akan biar you terseksa lagi."


Tengku Farathid menepis tangan Zacran yang bergerak perlahan ingin menyentuh Kyra. Kyra di bawa ke pelukannya. Kyra menolak badan Tengku Farathid, dia berundur ke belakang. Zacran senyum sinis , puas. Dia tahu Kyra tak akan dengan mudahnya menerima lelaki lain.


"I akan terima you Kyra. I rela tunggu you. I janji. I tahu you tak boleh terima orang lain selain I . I tahu you masih cintakan I."


Kyra mengangkat muka memandang Zacran seketika sebelum memadang Tengku Farathid yang sudah seperti patung kaku saja . Tengku Farathid memandangnya tanpa berkelip.


"Enough Zac , lupakan I . I dah ada suami. You sendiri boleh tengok kan . Jangan kacau I lagi. You patut bersyukur you boleh keluar dari penjara tu. Lain kali guna akal you untuk buat sesuatu benda , bukan guna amarah. I harap sangat , jangan kacau I lagi."


Kyra melangkah pergi setelah bersuara.


"Kyra , I tahu you tak cinta kan lelaki ni . Cinta you hanya untuk I . I akan tunggu you."


Kyra menapak tanpa berpaling lagi , meninggalkan mereka berdua.


"Kata kata isteri aku rasanya dah cukup buat kau faham Zacran. Dia dah tak ada hati pada kau. Sekarang yang ada hanya aku , suami dia."


"Suami ? Suami atas kertas ? Kau boleh bodohkan semua orang , tapi bukan aku. Aku tahu Kyra tak boleh nak terima kau. Kau lelaki dayus yang beristerikan seorang wanita hanya di atas kertas."


Zacran senyum , sinis. Dia sengaja mahu membakar hati Tengku Farathid. Dia tahu Kyra tak akan mudah memberikan dirinya pada lelaki ini.


"Hanya aku , aku yang ada untuk Kyra. Ingat tu Athid. Kau hanya lelaki dayus yang dia tak anggap sebagai suami."


"Rasanya aku perlu wujudkan anak aku pada rahim Kyra  , untuk membuktikan aku berhak 100% pada Kyra."


Tengku Farathid senyum sebelum dia melangkah pergi meninggalkan Zacran sendiri.

__ADS_1


__ADS_2