Kyraa Dan Pria Terhebat

Kyraa Dan Pria Terhebat
Part 57


__ADS_3

"Tengku kena pastikan dia tak stress. Bahaya untuk kandungan dia Tengku."


"What ??  Wife I pregnant ?"


Membulat mata Tengku Farathid menerima berita itu dari mulut doktor.


"So Tengku tak tau lagi ? Congrats Tengku... Tengku akan jadi ayah. Cik Puan hamil.."


Doktor itu tersenyum.. terpana Tengku Farathid di buatnya. Wajah lena isteri di katil di pandang sekilas. Dia menatap doktor kembali. Dia senyum , bahagia yang tak dapat dia gambarkan ketika ini.


"Thanks doktor , Thanks.."


Doktor itu hanya senyum , turut gembira melihat perubahan wajah Tengku Farathid.


"Cuma satu saya nak pesan , jangan bagi Cik Puan stress sangat. Sebab kandungannya masih baru. Takut benda benda tak elok terjadi."


"Iyaa Doktor... saya akan pastikan."


"Kalau macam tu , saya bagi Cik Puan rest dulu satu hari kat sini , nanti apa apa , saya akan bagitau Tengku balik."


Tengku Farathid mengangguk faham. Doktor melangkah keluar dari bilik , wajah Dato Malek juga sudah muncul di pintu itu. Laju Tengku mendapatkannya , badan itu di peluk erat.


"Kenapa Athid ? Kyra sakit apa ?"


Dato Malek menyentuh lembut belakang Tengku Farathid. Perlahan Tengku Farathid melonggarkan pelukannya , wajah Dato Malek di pandang sayu.


"Kyra pregnant pa. Athid akan jadi daddy. Papa akan jadi  Atuk."


Dato Malek ketawa. Pipi Tengku Farathid di tepuknya.


"Syukur... akhirnya... papa akan jadi Atuk..."


Dato Malek tersenyum tiada hentinya. Melihat wajah Tengku Farathid kembali murung , mendatangkan kepelikan untuknya.


"Tapi Pa..."


Bimbang Tengku Farathid ingin meluahkan perasaan di hatinya , akankah Dato Malek akan mempercayainya. Atau penerimaan bakal seperti Kyra.


"Kenapa Athid ? Apa yang tak kena ?"


Bahu Tengku Farathid di pegang keduanya oleh Dato Malek.


"Pa....."


Suara serak Kyra berbunyi , mereka menoleh pandang , mata redup Kyra sudah pun terbuka. Dato Malek laju mendapatkan anak perempuannya. Tangan Kyra di pegang erat. Kyra mengangkat kepalanya sedikit. Badan Dato Malek di peluk kemas.


"Pa....."

__ADS_1


"Kenapa sayang ? Sakit sangat ke ?"


Dato Malek menegur , kepala Kyra di usap lembut. Tengku Farathid mendekat.


"Sayang..... sakit ke ?"


Tengku Farathid mula bertanya , wajahnya sudah murung...


"Kau berambus dari bilik ni... aku tak nak tengok muka kau kat sini... pa.... tolong suruh dia keluar..."


Kyra mendongak memandang papanya , Dato Malek tergamam. Wajah Tengku Farathid di pandang , meminta penjelasan , apa sebenarnya telah terjadi , kenapa Kyra nampak sangat tertekan untuk masa ini.


"Kyra... sabar.. jangan macam ni. Kita bincang elok elok.."


Walaupun tidak tahu punca sebenarnya , tetap saja Dato Malek menginginkan hubungan anak dan menantunya baik baik saja.


"Tak ada apa lagi nak bincang pa... Kyra tak nak hidup dengan dia lagi. Kyra tak nak. Tolong la Kyra , pa...."


"Hishh , Kyra cakap apa ni , tak baik cakap macam ni sayang. Sabar , bertenang dulu."


Dapat Dato Malek lihat , lajunya airmata anak perempuannya itu menuruni dari tirai mata. Ubun ubun Kyra di usap lagi.


"Sayang.... I berani bersumpah , I dengan perempuan tu tak pernah buat apa apa yang pelik."


Tengku Farathid bersuara. Langkahnya semakin mendekati Kyra.


Mata merah Kyra menikam anak mata Tengku Farathid. Suaminya menggeleng.


"Kyra...."


Tengku Farathid sudah meramas ramas rambutnya sendiri. Entah macam mana lagi dia mahu menjelaskan. Dia sudah buntu. Sangat susah untuk dia mendapatkan percayaan dari Kyra.


"Kyra tak nak hidup dengan dia lagi Pa. Biar dia dengan perempuan dia tu semua. Suruh dia lepaskan Kyra , Kyra nak cerai.."


"Kyra !! Kyra cakap apa ni ! Papa tak pernah ajar Kyra jadi macam ni ."


Dato Malek bertegas. Kyra sudah terisak isak sendiri. Tengku Farathid hilang punca , air yang perlahan jatuh dari matanya itu di sapu kasar dengan tangan sendiri.


"Habis Kyra yang salah ? Semua salah Kyra ? Kyra cuba sayang dia ! Kyra bagi sayang Kyra untuk dia ! Papa suruh Kyra putus dengan Zacran , Kyra buat ! Tapi apa yang Kyra dapat ?? Kyra nampak dengan mata kepala Kyra sendiri , dia bersedap sedap dengan betina tu ! Semua ni salah Kyra ? Hari hari dia ucap kata cinta kat Kyra , Pa... tapi kat belakang Kyra ? Dia buat apa ? Dia bermaksiat dengan betina lain !!"


Suara Kyra sudah meninggi.


"Tak !! I tak buat macam tu , sayang.."


Cepat Tengku Farathid mendapatkan Kyra di dalam pelukan Dato Malek. Tangan itu di tepis kasar oleh Kyra. Dato Malek diam , apakah keputusan dia salah menyerahkan Kyra pada lelaki seperti Tengku Farathid.


"Ceraikan aku Farathid... aku tak nak tengok muka kau lagi. Keluar."

__ADS_1


Kyra sudah seperti hilang akal. Semua bantal dan selimut di atas katil di lemparnya. Dato Malek mencapai tangan itu.


"Athid... keluar.."


"Tapi Pa..."


Tengku Farathid tak nak mengalah.


"Keluar !!"


Terkejut dengan jergahan Dato Malek. Tengku Farathid diam. Kyra yang sudah kembali dalam pelukan Dato Malek di pandang sendu. Dia mengangguk perlahan sebelum melangkah lemah keluar dari bilik itu.


"Kyra nampak , Kyra nampak semua... dia dengan betina tu kat dalam hotel. Hotel dia sendiri pa... Kyra lupakan Zacran sebab dia. Kyra tak percaya apa yang Zacran cakap , sebab Kyra letakkan suami Kyra lebih lagi dalam hati Kyra. Tapi kenapa , dia buat Kyra macam ni.?"


Kyra mendongak memandang Dato Malek. Dato Malek mengesap lembut pipi anak perempuannya itu.


"Hishh , iya papa tau. Papa tau perasaan Kyra. Papa tak nak Kyra stress. Kyra kena rest dulu. Jangan macam ni sayang. Kyra tak sihat.. Kyra kena banyak rehat. Hal ni biar papa uruskan."


Dato Malek cuba menenangkan. Badan Dato Malek Kyra dakap lagi.


"Kyra dah tak nak hidup dengan dia. Kyra nak cerai Pa."


"Iya sayang..."


Perlahan lahan Dato malek menekan butang merah di hujung katil. Kyra perlukan ubat penenang untuk masa ni. Doktor harus segera datang kepadanya.


**********


Tengku Farathid laju mendapatkan Dato Malek. Dia dapat lihat wajah murung papa mentuanya itu.


"Paaa... Athid tak buat macam tu. Macam mana Athid nak buat tu semua dengan perempuan lain. Kat hati Athid hanya ada Kyra. Kyra tak percaya kan Athid. Athid harap sangat papa percayakan Athid."


Mata Tengku Farathid sudah memerah kembali. Dato Malek di pandang sendu , ingat mendapatkan percayaan dari papa mentuanya.


"Memang betul Athid kat bilik tu dengan perempuan tu , tapi Athid tak buat apa apa. Athid kena perangkap. Kyra tak nampak semua tu , Kyra cuma nampak Athid dengan perempuan tu."


Dato Malek sudah duduk lesu di atas kerusi itu.


"Betul ke Athid sayangkan Kyra ?"


"Mesti lah Athid sayang. Athid sayangkan dia lebih dari nyawa Athid. Kalau dia tak ada , macam mana Athid nak hidup. ? Athid dah biasa ada dia Pa. Papa jangan pisahkan kami. Athid tau Kyra tengah marah. Dia tak boleh nak terima semua kata kata Athid. Kalau betul Athid ada perempuan lain , kenapa dari dulu Athid cuba dapatkan dia. Athid kena fitnah. Athid tak buat semua tu. Percaya lah Pa..."


Tengku Farathid sudah meramas rambutnya yang sudah tak teratur itu. Tekanan sungguh hatinya untuk masa sekarang , dia tak rela untuk kehilangan Kyra.


"Siapa perempuan tu ?"


"Athid tak kenal , siapa dia. Macam mana Kyra boleh datang ke hotel , dalam masa yang sama perempuan tu suruh Athid pergi jumpa dia. Athid tau ni semua perangkap. Athid akan dapat kan bukti kat hotel tu , dan heret perempuan tu sekali jelaskan pada Kyra. Athid tak nak hilang Kyra , Pa."

__ADS_1


Wajah lelaki yang menangis itu di tenung Dato Malek. Kenapa menantunya beria ria cuba mendapatkan kepercayaan dia dengan Kyra , kalau betul Tengku Farathid berbuat begitu. Dia dapat lihat kejujuran Tengku Farathid dalam berbicara. Dia harap pencaturannya kali ini tidak salah. Kyra harus kembali pada Tengku Farathid.


__ADS_2