Kyraa Dan Pria Terhebat

Kyraa Dan Pria Terhebat
Part 49


__ADS_3

Zacran laju memaut lengan Kyra. Wajah itu juga laju menghadapnya.


"Jangan cakap you dah termakan dengan kata kata jantan tu.?"


Kyra menarik tangannya kuat. Mukanya jelas menunjukkan ketidak puasan hatinya pada Zacran di depan.


"You dah kenapa ? You tak cukup faham apa yang I cakap tadi ?"


"Kyra... please.. kenapa you jadi macam ni ?"


"Jadi apa ? Dari dulu I tak pernah suruh you tunggu I , I dah cakap , lupa kan I , I dah kawin , Zac...."


Kyra memandang sekeliling , bimbang ada mata yang salah faham melihat kebersamaan mereka ketika ini. Bayang yang lain tidak kelihatan , hanya mereka berdua.


"Tapi you tak pernah cinta kan jantan tu , I tahu cinta you masih kat I."


"Noo ! You boleh tak lupa kan semua tentang kita , itu kisah dulu , I dah ada suami , yang perlu I jaga hati dia. I sayang suami I. Stop buat macam ni.. Nanti orang tengok , dorang fikir apa pulak ?"


Naik darah Kyra berdepan dengan perangai pelik Zacran.


"Apa yang dia bagi you makan ? Sampai you jadi macam ni ? I tahu you tak macam ni. Tak sampai setahun you dengan dia , baru berapa bulan , you dah lupa kan I ? Serious lah Kyra ?! Mudahnya you ?"


"I buat kerja I sebagai seorang isteri. Dia suami I , so enough , jangan kacau I dengan dia lagi."


Langkah Kyra yang mula bergerak itu terus mati bila tangannya di tarik kembali oleh Zacran.


"You jangan jadi bodoh Kyra ! You dengan rela hati nak jadi barang dia ? Barang yang dia guna masa dia perlu ? Kalau tak perlu ? Dia campak ? Jangan nak serah kan senang senang hati you kat dia. Usia pernikahan you dengan dia baru lagi. Tak payah nak tunjuk setia. You pun tau dia dengan Amanda. You sendiri tengok dengan mata kepala you sendiri. Tapi kenapa you masih tutup mata ? Atau you buta nak tengok perangai sebenar jantan tu ? You baru kenal dia , sedar lah Kyra ! Jangan sebab harta , rupa dia , you jadi bodoh macam ni . !"


Bebelan Zacran seperti api yang membakar hatinya , Tangannya pada Zacran di rentap kasar. Wajahnya yang putih itu sudah kemerahan menahan marah melihat perangai Zacran yang berlebihan.


"So you lebih kenal Athid daripada I ? I yang kawin dengan dia , I yang tinggal dengan dia ! I kenal suami I ! Stop lah Zacran , jangan nak berlebih. I cakap sudah , sudah . Tak payah nak lanjutkan panjang panjang pasal kita , yang tamat tu tamat lah. Tak payah cakap benda yang sama."


"I just cakap yang betul... I nak you sedar siapa dia..."

__ADS_1


Kyra merengus kuat sebelum berlalu pergi. Dia tiada masa lagi untuk melayan lelaki itu. Dia juga sedar , hari hari yang mendatang , sakit hatinya datang bila seseorang bercakap buruk tentang suaminya , dia sungguh membencinya. Zacran menghantar pemergian Kyra itu dengan hati yang sangat luka. Hatinya mula membara.


******


Terkejut Kyra bila keluar dari pintu itu , melihat tubuh itu sudah ada di depannya. Dia sentuh dadanya sendiri perlahan. Tengku Farathid yang tadi bersandar pada dinding itu mula mendekat kepadanya.


"Terkejut I tauu...."


Kyra sudah membuat muka tak puas hati.  Tengku Farathid senyum.


"You lama sangat. I rindu."


Kyra senyum. Lengan Tengku Farathid di paut manja , membawa lelaki itu berjalan seiring dengannya ke arah ruang utama butik itu. Langkah dari belakang mereka mengejutkan Tengku Farathid , dia berpaling perlahan. Wajah Zacran muncul , Kyra sudah tidak sedap hati. Apa yang bakal ada di fikiran Tengku Farathid , melihat wajah itu muncul di ruang yang sama dengannya. Zacran berada di tandas sejak tadi ? Kyra memandang wajah suaminya , wajah Tengku Farathid masih seperti biasa , tiada perubahan. Hatinya sedikit lega.  Zacran menoleh kearahnya , senyuman leret di hadiahkan sebelum langkah Zacran melepasi langkah mereka. Kyra hanya mendiamkan diri , begitu juga Tengku Farathid.  Risau hatinya datang kembali.


"Dah makan ?"


Kyra bertanya. Tengku Farathid menggeleng perlahan.


"I minta maaf..."


Tengku Farathid tak faham.


"Sebab tak percayakan you. Lepas ni I kena percayakan husband I lebih dari sesiapa pun."


Kyra senyum manis , Tengku Farathid membalas senyum isterinya itu , dahi Kyra di kucup lembut.


********


Membutang mata Kyra melihat berita yang terpapar di handphone miliknya itu , jelas sekali wajahnya terpapar di page itu. Wajah lelaki itu di blurkan , sudah jelas , tangan itu milik Zacran. Dia mengeluh panjang. Tangannya di pegang kemas Zacran. Kyra memejam mata seketika , membiarkan sakit di hati pergi , tapi tetap saja ianya menetap di situ. Ruangan komen di buka Kyra , komen komen negatif sudah mula bertapak di ruangan itu.


"Kenapa Puan Kyra ? Ada apa apa yang tak kena ke ?"


Nur salah seorang staffnya bertanya lembut. Melihat wajah Kyra yang gusar itu , sedikit menguatirkan dirinya. Apakah susunan almari dan baju mereka ada yang salah .

__ADS_1


"Takk.. saya okay. Teruskan Nur."


Kyra menceriakan wajahnya , Nur dan Iqram menunduk faham , mereka meneruskan kerja mereka , mereka belum siap mendeco ruangan itu. Mungkin esok atau lusa , butik akan mulai beroperasi. Kyra dan semua staffnya mungkin agak sibuk untuk dua tiga hari ini. Handphone di tangan di pandang lagi. Nombor Tengku Farathid di carinya. Dia tak mahu salah faham akan menang di antara mereka.  Kyra mendial laju...


Tuttt......


Bibirnya di gigit... Tengku Farathid mematikan handphonenya ? Kyra resah. Dia sudah mundar mandir di hadapan meja itu. Staffnya mula berpandangan sesama sendiri , apa yang tak kena dengan bos mereka.


*********


Tengku Farathid berjalan lurus ke arah biliknya. Pandangan pelik pekerja pekerja di abaikan. Sesudah dia duduk di kerusi empuk itu , handphone di lempar ke atas meja. Mesti berita itu sudah di baca semua pekerjanya. Tengku Farathid memegang kepalanya , bayangan semalam muncul lagi di benaknya. Kyra dan Zacran di ruangan itu , dia cuba menolak syak wasangkanya itu , tapi tetap saja fikiran kotor muncul di kepalanya. Dia menyandar lesu di kerusi. Deringan telefon mula berbunyi lagi , dia memandang sekilas , dia menatap kosong tanpa menjawab. Beberapa minit kemudiannya , mesej meluru masuk. Dia mencapai , membuka....


""Athid , are you busy ? Kenapa tak answer ?""


Mesej itu di baca.. Tengku Farathid mengeluh perlahan. Betul ke Kyra sudah menerimanya ? Atau sekadar lakonan untuk menutup semuanya. Senyuman Zacran untuknya kemarin serta merta muncul di layar mata. Dia binggung sendiri.


***********


"Noo paa , Kyra tak buat macam tu. Kyra dah tak contact dengan Zac. Kyra pun tak tahu siapa yang ambik gambar kitorang. Kyra dah takda apa apa dengan Zac."


"Athid macam mana ? Dia cakap apa ?"


Kyra mengeluh berat mendengar pertanyaan papanya. Sedari tadi dia gagal bercakap dengan Tengku Farathid.


"Athid tak jawab call Kyra. Dia busy kut kat hotel. Hmm. Kyra harap Athid tak percaya berita berita tu."


"Hmmm. Nanti Kyra cakap elok elok dengan dia. Papa percaya Kyra tak buat macamtu. Jangan fikir sangat , mulut orang , lama lama nanti , dorang diam lah."


Dato Malek menasihat. Kyra senyum hambar , meredakan risau hati.


"Okay pa.. papa takecare. Ada apa apa call Kyra."


"Papa okay je , Kyra tu. Kalau ada apa apa , jangan segan nak bagitahu papa."

__ADS_1


"Okay. Loveyou paa.."


"Loveyoutoo sayang."


__ADS_2