Kyraa Dan Pria Terhebat

Kyraa Dan Pria Terhebat
Part 53


__ADS_3

"Kau tak nampak ke orang lalu kat sini ? Kenapa nak kena buat kerja tu jugak ?"


Mata Alana sudah mencerlung tajam ke arah cleaner cleaner itu.


"Cik , kami dah letak papan tanda tu kat situ. Tak kan cik tak nampak ? Ke buat buat tak nampak ? Kami dari tadi tengah buat kerja. Sepatutnya cik tak lalu kat sini , jalan lain kat tepi tu lagi luas."


Salah seorang cleaner mula bersuara.


"Ooo jadi sekarang aku yang salah ? Kalau aku jatuh terjelepok kat sini , kau semua nak bertanggungjawab ke ? Eyy kau ni dah melebih. Aku ni customers kat sini tau."


"Iya kami tau , Cik customers kat sini , tapi apa yang saya cakap betul. Cik sepatutnya berjalan pakai mata."


"Kau ni dah melebih...."


Dahi cleaner yang bersuara itu di tunjol kepalanya oleh Alana. Kyra yang datang meluru itu cepat cepat menghalang tangan Alana. Alana merengus kasar.


"Kenapa ni ??"


Tanya Kyra cemas. Alana menjeling angkuh.


"Kau siapa pulak dah ? Nak masuk campur hal aku ? Kau supervisor dorang ke ??"


Kyra tergamam seketika , wajah di depannya itu macam pernah di lihat. Tapi dia tak mengingat di mana wajah itu telah muncul pada matanya. Kening Kyra sudah berkerut mengingati. Alana sudah berpeluk tubuh.


"Haa , ni lain kali kau ajar sikit dorang macam mana nak jadi kuli yang sejati. Bukan macam ni cara dia. Tak reti nak hormat customers langsung."


"Cik... saya bukan bos dorang. Tapi apa yang Cik buat ni tak elok. Tengok , semua orang tengah tengok Cik melalak kat sini."


Kyra sudah melawan. Alana sudah menjeling sekelilingnya. Suasana itu langsung tidak di pedulinya.


"Ooo , habis tu kau nak apa ? Nak jadi heroin untuk mereka ? Oo please lah , tak payah nak tunjuk baik kat sini , kuli kuli ni semua yang patut minta maaf dengan aku. Dah la buat kerja jalan aku nak lalu."


Kyra sudah membuat muka bosannya. Jelas sekali wanita di depannya ini tiada sivik sedikit pun.


"Kesian ehh you , rupa dah ada , tapi mata tu rabun , tak boleh nak tengok papan tanda kat situ ?"


Kyra sudah menunjukkan papan tanda itu , cleaner cleaner yang lain sudah menahan tawa melihat Kyra mengenakan perempuan mulut celupar itu. Alana sudah mencerlung matanya. Emosinya sudah naik sampai ke kepala.


"Kau ni memang cari pasal lah !"


Alana sudah nak menerkam Kyra.


"What happen ?"


Suara itu membuat mereka menoleh pandang.  Alana terkejut. Kyra melepaskan raut wajah kelegaannya. Cleaner cleaner di sebelah sudah pucat wajahnya melihat pemilik hotel ini muncul di depan mereka.

__ADS_1


"Arr , Farathid.. ni I nak complain pasal pekerja kat sini ,  tak reti nak hormat orang. Nasib baik I tak jatuh tau , dah lah I pakai high heels ni. Tak pasal pasal dorang mop dekat kaki I , siap tolak tolak lagi.  Macam saja nak suruh I jatuh kat sini."


Alana sudah membuat gaya gediknya. Kyra sudah berkerut keningnya mendengar nama panggilan perempuan ini kepada suaminya . Farathid ? Bukankah itu terlalu formal untuk customers kepada pemilik hotel. Tiada Encik , tiada Tengku ? Kyra mengangkat keningnya memandang Tengku Farathid. Seperti meminta penjelasan. Cleaner cleaner itu sudah panas telinga mendengar fitnah Alana untuk mereka. Dasar perempuan puaka.


"Bukan macamtu Tengku.. kami dah letak papan tanda tu , kami tengah bersihkan area sini , tak da niat kami nak cederakan Cik ni , tapi dia yang datang meluru ke sini. Sedangkan jalan luas lagi kat sebelah sana."


"Ehh , kau jangan nak buat cerita eaa ?"


Alana sudah membutang matanya memandang.


"You yang patut guna mata you , bukan nak salah kan orang je kerja. Ke mata you letak kat lutut ?"


Kyra bersuara geram. Melihat perempuan itu sengaja mendekat dengan suaminya , memanaskan suhu emosinya. 


"Ehh , you tak ada kaitan kat sini. Shut up !"


"You see Tengku ? I rasa customers you ni period or dia memang mental , tak boleh nak terima kesalahan sendiri."


Bahasa yang Kyra gunakan saja mahu menduga Tengku Farathid. Tengku Farathid menahan tawanya ,  isterinya selalu berani bersuara. Alana sudah memerah mukanya. Marah. Dia mula meluru kearah Kyra , tapi laju saja Tengku Farathid mendapatKan isterinya. Tangan Kyra di pegangnya. Alana sudah membutang matanya , pegangan tangan Tengku Farathid untuk Kyra memuncakkan amarahnya. Siapa perempuan ni ? Alana ligat berfikir sendiri. Cleaner cleaner itu memandang sesama sendiri , mula berbisik bisik.


"Sorry Miss. Kekerasan tidak di benarkan dalam hotel ni. Saya harap Miss faham."


Tengku Farathid mula bersuara. Alana masih lagi dengan wajah kelirunya. Kelihatan Nuzul sudah berlari anak mendapatkan mereka.


Nuzul sudah termengah mengah sendiri.


"Nothing Nuzul."


Tengku Farathid memandang cleaner cleaner itu. Mereka hanya menunduk. Bimbang di marahi.


"Korang buat kerja hati hati. Kalau ada apa apa masalah , bagitau kat Nuzul. Kalau tak ada apa apa saya pergi dulu."


Alana sudah melopong mulutnya. Dia di biarkan saja oleh Tengku Farathid ? Cleaner cleaner itu sudah tersenyum . Bukankah khabar angin mengatakan bos  besar mereka sangat garang dan dingin , mereka sungguh tidak mempercayai Tengku Farathid bersikap sebegitu. Selalunya wajah itu sentiasa dingin dan jarang berkata kata.


"Sayang... you should tell me if you want to come."


Tengku Farathid berbisik perlahan sebelum mereka melangkah pergi. Tapi kata kata itu jelas kedengaran oleh Alana dan pekerja pekerjanya. Alana mengempal tangannya , menahan emosi. Ooo jadi perempuan itu yang bersama Tengku Farathid ketika di Bali. Ahhh ! Dia baru mengingat.


************


"I macam pernah tengok muka dia , tapi I lupa kat mana."


Kyra sudah memandang Tengku Farathid di sebelah.


"Siapa ?"

__ADS_1


"Perempuan tadi lah... you kenal dia ? Dia kawan you ?"


"Takk lah , dia customers hotel ni sayang. Jangan nak mengarut yang bukan bukan."


Tengku Farathid sudah mengulas lembut pipi isterinya. Kyra sudah memuncung.


"Hmmm , tapi I macam pernah nampak dia. Farathid konon , tak boleh nak hormat orang sikit ke . Panggil Encik ke , Tengku ke. Hish. Dia tu customers hotel je pun. Nak berlagak panggil orang macam kenal lama."


Kyra geram sendiri. Tengku Farathid sudah ketawa melihat tingkah comel isterinya. Kyra menjeling lagi.


"Gelak kenapa ? I serius ni."


"Iya , iya.... salah dia. Kenapa nak marah kat I ? Dia ni kann."


Tengku Farathid sudah mencubit pipi isterinya. Kyra menampar lembut tangan suaminya.


"Sakit lah."


Tengku Farathid gelak. Pipi Kyra di usap lembut.


"Sayang.. you jangan nak noty noty kat sini. Customers you semua cantik cantik. Jangan nak gatal melayan ea."


Kyra sudah memberi amaran. Tengku Farathid mengangguk angguk.


"Sayang betul you kat I ea ?"


Tengku Farathid mula mengusik.


"Suami I kan , mesti lah sayang."


Kyra menjeling lagi.


"So sebab tu datang sini tak bagitau , rindu ea."


"I rasa nak balik awal harini , tu singgah sini dulu. Nak intai intai you dulu. Mana tau tengah dating kat sini."


"Hishh , tak baik syak wasangka dengan suami sendiri. I kerja cari rezeki untuk kita , and untuk baby yang bakal lahir nanti. So ???? Ada tanda tak ?"


Kyra gelak mendengar kata kata Tengku Farathid.


"No...."


"Hmmm. So malam ni kena gigih lagi lah , or kat sini terus ?"


Kyra laju menampar dada Tengku Farathid. Tengku Farathid ketawa riang...

__ADS_1


__ADS_2