
"Sayang...."
Kata kata Kyra mati setelah melihat kelibat di dalam bilik kerja suaminya itu. Tengku Farathid dan Tengku Amanda menoleh sama ke arahnya.. Kyra menelan liurnya , cuba menyedapkan hati sendiri. Tengku Farathid bingkas berdiri setelah melihat wajah isterinya muncul di depan pintu itu..
"Sayang... kenapa tak cakap nak datang ? Come.. sit.."
Laju langkah Tengku Farathid mendekati isterinya , tangan Kyra di pegang lembut..
"What wrong ? You okay ?"
Soal Tengku Farathid, jarang sekali isterinya datang untuk menemui di bilik kerja dia di hotel. Selalu Kyra akan menunggu di lobi atau di ruangan makan sahaja.. Kyra memaniskan wajahnya , Tengku Amanda di pandang sekilas , melihat reaksi isterinya , Tengku Farathid faham , hati Kyra di usik curiga.
"Kitorang tengah discuss something.. pasal projek dekat singapore."
Jelas Tengku Farathid. Kyra mengangguk faham.. Tengku Amanda menoleh pandang , wajah Kyra di carinya , Tengku Amanda senyum leret.
"Hai.."
Tengku Amanda berbasa basi. Kyra memaniskan wajahnya..
"Sorry kalau ganggu you.. I ingat you free.."
Kyra separuh berbisik ke arah suaminya. Tengku Farathid hanya senyum , jam di tangan kirinya di pandang sekilas.
"Noo. It's okay.. nak lunch sekali kan ? Sayang duduk dulu , nanti I siap , kita makan okay ?"
Tengku Farathid bertutur lembut , Kyra hanya mengangguk. Dia menuju ke sofa itu , Tengku Farathid kembali ke meja kerjanya meneruskan perbincangan dengan Tengku Amanda. Kyra dari jauh mencuri pandang , hatinya di usik cemburu.. ah ! Mungkin dia sudah gila , gila dengan laki sendiri , Kyra mengutuk dirinya dalam diam. Wajah tampan suaminya di pandang lagi , sakit hatinya membayangkan Tengku Amanda begitu dekat untuk menatap si suami..
"Sayang....?"
Tengku Farathid menatapnya dari jauh.. Kyra membetulkan duduknya.
"Hmmmm.."
Sahut Kyra..
"Need coffee ?"
Soal Tengku Farathid. Kyra senyum sebelum menggeleng kan kepala.. Tengku Farathid senyum jua sebelum menyambung kembali percakapannya dengan Tengku Amanda..
*******
Tengku Amanda memusingkan kerusinya menghadap Kyra setelah Tengku Farathid keluar dari bilik itu.
"Lepasni you jangan nak marah Athid pulak.. Dia dengan you lain , dia jumpa I sebab kerja.. kalau you.. jumpa Zacran sebab suka suka. So urusan kita berbeza."
Tengku Amanda mengejek lantang. Kyra senyum kelat.
"You know what Manda ? You dengan I pun berbeza.. I ada kat sini sebab I isteri Athid. And... you kat sini sebab bisnes partner .. so status kita berbeza.."
Kyra membalas bersahaja.. Tengku Amanda senyum sinis.
__ADS_1
"I just nak ingatkan , jangan pulak you rasa situasi kita sama.. sebab I dan Athid tak sama you dengan Zacran. And... bagus lah kalau you sedar you ni isteri orang.. jangan pulak nanti you ajak orang lain check in dengan you tanpa fikir perasan suami you."
"Shut up Amanda ! Jaga mulut you.. iya memang I mengaku dulu I tak fikirkan perasaan Athid. Tapi bukan sekarang... stop lah mulut you dari merendah rendahkan I."
Muka Kyra sudah merah menahan marah , dia tidak lagi setenang tadi.
"I tak pernah merendah rendahkan you.. I just cakap berdasarkan apa yang I nampak dengan mata kepala I. Kalau you rasa benda ni merendah rendahkan you , you yang patut jaga attitude you.."
Mata Kyra tajam menikam matanya. Nampaknya Tengku Amanda sama sekali tidak melupakan kata kata dan perbuatannya.
"So sekarang suami yang you hina dulu , dah jadi suami kesayangan you ?"
Soal Tengku Amanda berani. Tiada sepatah perkataan yang keluar dari Kyra , hatinya seperti di tusuk benda tajam. Bicara wanita di depannya ibarat anak panah yang tajam menikam hatinya. Sukar di gambarkan , tapi sakitnya jelas terasa. Matanya mula berkaca.
"I tak akan sesekali lupa apa yang you buat dekat Athid , Kyra.. mungkin dia dah maafkan you. Tapi bukan I."
Sambung Tengku Amanda. Pintu itu di buka dari luar , muncul akhirnya Tengku Farathid. Melihat kelainan dari raut wajah isterinya membimbangkan hati. Tengku Farathid memandang sekilas pada Tengku Amanda , tatapan Kyra pada Tengku Amanda mencurigakan.. Isterinya di dekati..
"Sayang... what wrong ?"
Soalan itu terbit di bibir Tengku Farathid. Kyra membuang pandang seraya mengelap laju tabir matanya yang hampir saja gugur.. kemudiannya Kyra kembali memandang Tengku Farathid. Wajahnya di maniskan.
"Nothing.. jom pergi lunch.. ?"
Kyra menutupi semuannya , Tengku Farathid sudah berkerut keningnya , jelas dia rasakan ada yang tak kena dengan si isteri. Wajah Tengku Amanda di pandangnya , Tengku Amanda hanya menjongketkan bahunya , mukanya bersahaja..
"Ada apa apa yang patut I tahu , Manda ?"
"Nooo , tak ada rahsia antara kita , I dengan Kyra pun tak ada rahsiakan apa apa dari you.."
Kata Tengku Amanda.. perlahan tangan Tengku Farathid di pegang Kyra.. Wajah lelaki itu menatap Kyra..
"Its done , right ? Jom pergi lunch.. I lapar sayang.."
Kyra senyum.. Persoalan Tengku Farathid yang bermain di minda di biarkan tergantung. Tengku Farathid senyum seraya mengangguk.. pipi Kyra di sentuh kemudiannya. Tengku Amanda membuang pandang ke arah lain..
"Okay..."
Sepatah dari Tengku Farathid.
"I pergi dulu Athid.."
Ucap Tengku Amanda kemudiannya , langkahnya sudah di atur menuju ke arah pintu itu..
"Take care.."
Tengku Farathid mengucap sambil memandang Tengku Amanda yang sudah membuka pintu itu. Tengku Amanda memaniskan wajahnya. Yang jelas wajah itu menyorokkan sejuta kekecewaan.
********
Pintu itu di ketuk dari luar.. akhirnya Tengku Zaharah membuka jugak pintu itu setelah tiada respon dari Tengku Amanda. Badan di atas katil itu di pandang pelik..
__ADS_1
"Manda... Manda dah makan ke sayang ? Jom makan sekali dengan mama.."
Langkahnya mendekati katil Tengku Amanda. Semakin dekat dia dengan Tengku Amanda , semakin jelas kedengar esakan tangis dari Tengku Amanda. Kerisauan muncul di hati Tengku Zaharah.. apa lagi yang Tengku Amanda fikirkan... badan itu di sentuh lembut Tengku Zaharah.. rambut Tengku Amanda di belai kasih.
"Mandaaa... kenapa ni ?"
Jelas kerisuan pada wajah Tengku Zaharah.. dapat dia lihat , badan itu tersedu sedu akibat banyak menangis.
"Sayang... pandang mama.. cakap dengan mama. Kenapa ? Manda kenapa ? Mama risau sayang.. jangan lah macam ni.."
Sambung Tengku Zaharah lagi. Tengku Amanda masih dengan tangisnya lagi , membalik kan badan memandang wajah mamanya itu. Mukanya sudah basah dengan air mata. Badan mamanya itu di peluk erat , menjatuhkan mukanya pada tubuh Tengku Zaharah..
"Sakit ma...."
Rintih Tengku Amanda.. kemas dakapannya untuk Tengku Zaharah.
"Manda sakit ?? Kita pergi hospital ya sayang ? Mama ada... jangan takut..jom jom. Mama call papa ya.."
Tabir mata Tengku Zaharah mula berkaca.. badan anaknya itu di peluk erat.
"Hati Manda sakit maa... pergi hospital mana yang boleh sembuhkan luka kat hati Manda ni ? Hospital mana ma ??"
Rintih Tengku Amanda dalam sedunya. Tengku Zaharah terdiam. Mencuba memahami kata kata anaknya itu.. hatinya yang sakit , bukan anggota badannya..
"Athid still terima perempuan tu.. dia langsung tak nampak Manda.. teruk sangat ke Manda ni ma ? Hebat sangat ke perempuan tu sampai Manda yang selalu ada untuk dia , dia tak nampak ! Apa yang Manda kena buat biar dia nampak Manda ?"
Tersedu sedu Tengku Manda meluahkan.. rambutnya itu di belai kasih oleh mamanya.
"Manda... Athid suami orang.. Manda kena lupa kan dia.. dia bukan untuk Manda.."
Tengku Zaharah masih memujuk..
"Manda cintakan dia , Manda tak boleh hidup tak ada dia ma.. tolong Manda.."
"Manda !! Manda cakap apa ni ?? Manda tu perempuan... takkan nak rosakkan hidup Manda sebab sorang lelaki.. kalau hebatnya seorang Athid tu , hebat lagi seorang Tengku Amanda ni , Manda kuat , mama tahu , Manda bijak , pandai.. hidup Manda tak kan hancur sebab Athid. Banyak lagi lelaki kat luar yang boleh buat Manda happy , kenapa lelaki yang buat Manda menangis juga yang Manda nak ??"
Tengku Amanda melepaskan peluknya pada Tengku Zaharah. Mata mamanya di pandang lagi..
"Athid tak buat Manda menangis.. perempuan tu tak layak untuk Athid.. dia selalu buat Athid sakit.. Manda tak boleh biarkan perempuan tu terus permainkan Athid. Mama tau , dorang hampir bercerai.. Manda ingat Athid akan jadi milik Manda , tapi Athid still gilakan perempuan tu even perempuan tu dah buat macam macam kat dia.. Manda tak sanggup nak tengok Athid sakit lagi maa.. Manda kena pisahkan mereka.."
Tengku Zaharah menggelengkan kepalanya , pipi anak daranya itu di lap perlahan..
"Manda.. runtuhkan masjid tu berdosa.. mama tak pernah ajar Manda buat macam tu. Dari kecil mama tahu , Manda tak macam tu. Manda boleh fikir , mana baik mana buruk. Jangan sebab nak diri kita bahagia ,kita sakitkan hati orang. Berdosa sayang."
Tengku Zaharah cuba menasihati.
"Tapi Kyra tak layan Athid sebaiknya , mama pun tahu kan , dia dah malukan Athid , satu Malaysia tahu. Perempuan macam tu layak ke jadi isteri Athid ma ?"
"Manda... bukan tugas kita untuk mengadili orang lain. Kalau Athid tak bahagia , kenapa dia boleh still dengan Kyra ? Manda pun cakap Manda sayang Athid , kalau sayang , Manda kena hormati keputusan dia. Manda pun pasti nak kan , orang yang Manda sayang , bahagia ? Kalau jodoh Athid dengan Manda , pasti ada caranya , kalau dia bukan untuk Manda , sekuat mana pun Manda cuba halang , Athid tak akan datang pada Manda.. tenang kan fikiran Manda. Fikir yang baik baik saja , jangan rosak kan hati dan fikiran Manda. Mama yakin Manda faham apa yang cuba mama sampaikan ni."
Tengku Amanda hanya mendiamkan diri.. kali ini dia tekad , dia akan meluahkan semuanya pada Tengku Farathid.
__ADS_1