
Kyra menyentuh lembut pipi suaminya yang lena itu. Rindu pada lelaki ini hanya tuhan yang tahu. Segala penyesalannya makin menebal dalam diri bila melihat sosok itu lena sebegini. Dia selalu menyakiti hati suaminya , pipi itu juga di tamparnya dengan keras sekali , apa lagi dosa yang tidak dia perbuatkan. Matanya yang mula berkaca di lap laju , menahan airmata itu dari keluar lagi.
"Sayang... you tidur awal sangat. Kita makan dulu ea. ? Athid.... bangun..."
Sebelah tangannya sudah jatuh pada dada Tengku Farathid. Mengoncang lembut badan itu. Sesekali Kyra menyentuh rambut Tengku Farathid yang jatuh sedikit pada dahi itu. Suaminya tetap kacak bila lena , dari dulu dia mengetahui itu , hanya saja dia tak mengakuinya. Kyra senyum sendiri. Tengku Farathid membuka matanya , mengosok matanya seketika. Dia memandang wajah Kyra yang sudah ada di atasnya. Tangan Kyra di buang dari dada dan kepalanya.
"Sayang... kita makan dulu yaa. Sekarang baru pukul 8. Awal lagi.."
Kyra senyum lagi. Tengku Farathid sudah mengeluh perlahan , dia mengesotkan badan ke arah tengah katil , cuba menjauh dari Kyra.
"I tak nak makan. Keluar lah.."
Tengku Farathid kembali meletakkan kepalanya di atas bantal , berpaling dari Kyra. Kyra makin mendekat kan duduknya ke arah Tengku Farathid.
"I dah siap masak. I belum makan. I nak makan sekali dengan you.. please.. dari petang tadi you tak makan , nanti you sakit.."
"Sebelum ni I tak makan dua hari , satu minggu pun tak ada you kesah. Being a normal Kyra."
Ucap spontan dari Tengku Farathid yang sudah menutup kembali matanya.
"I minta maaf..."
Kyra menyentuh lembut belakang Tengku Farathid.
"Nanti siapa yang nak makan semua yang I masak."
Kyra memujuk lagi.
"You bagi jela dorang makan , Sabhi Beego sekali pun. I tak kesah lah. Jangan kacau I . I penat , I nak tidur."
Kyra diam. Mula kedengaran esakan dalam diam. Tengku Farathid membuka matanya kembali. Dia bangun dari baring , dia memandang Kyra yang di belakangnya. Wajah itu sudah kemerahan dengan air matanya. Tengku Farathid mengeluh kasar , isterinya sering saja menggunakan airmata sebagai senjata , selimut itu di buang kasar ke tepi. Dia bangun dari katil.
"Lain kali tak payah masak lagi untuk I. Ni last.."
__ADS_1
Tengku Farathid keluar dari bilik itu , Kyra mengukir senyum. Masih ada kelembutan pada hati Tengku Farathid. Dia turut bangun dari katil itu. Mengikut langkah Tengku Farathid.
Tengku Farathid duduk di meja makan itu setelah membasuh tangannya pada sinki. Hidangan di atas meja di tatap kosong , Kyra datang dengan senyuman , dia menyendok nasi itu ke dalam pinggan , di letak didepan Tengku Farathid. Kemudiannya untuknya sendiri , Kyra duduk berhadapan dengan Tengku Farathid setelah siap membasuh tangan , mudah untuk menatap wajah suaminya. Kelihatan Tengku Farathid sudah menjamah nasi ayam tomato buatannya , Kyra senyum melihat Tengku Farathid mengunyah makanan itu.
"Sedap tak ?"
Tanpa sebarang respon dari soalan Kyra , Tengku Farathid hanya menikmati makanan itu. Isterinya hebat dalam memasak , mana mungkin tidak sedap. Telah hati Tengku Farathid sendiri.
"Selamat menjamu selera Tengku , Cik Puan.. ni mummy yang mengandung.. daddy dia yang mengidam nak makan yaa. Nasi ayam tomata."
Tengku Farathid menghentikan suapannya. Kyra memandang laju wajah suaminya di depan. Bicara Bik Mona jelas sekali menguris hati lelaki ini , perubahan wajah Tengku Farathid jelas ketara terlihat. Makanan yang tersisa itu terasa pahit saja bagi Tengku Farathid secara tiba tiba. Kyra sudah tidak keruan. Seleranya mati tiba tiba melihat wajah suaminya yang berubah itu. Tengku Farathid mencapai air suam itu , di teguk laju. Dia mula berdiri. Bik Mona buntu , dia salah cakap lagi ke ? Melihat tingkah Tengku Farathid membimbangkan hati.
"Sayang..."
Kyra cuba menghalang , langkah Tengku Farathid laju ke sinki , membasuh tangan cepat , lalu beredar pergi. Bik Ani yang muncul sudah kepelikan sendiri. Kyra terus membasuh tangannya. Cuba mendapatkan Tengku Farathid semula. Dia melangkah jua.
"Kenapa ?"
Soal Bik Ani pelik. Bik Mona mengeleng kepala.
Bik Mona buntu sendiri. Dia dan Bik Ani saling berpandangan sesama sendiri. Mencari jawapan yang tidak dapat di jumpai.
**********
"Sayang..."
Tangan Tengku Farathid di raih Kyra. Tengku Farathid menepis seraya berpaling.
"Jangan panggil I sayang.. I tak suka !"
Terkejut Kyra dengan suara kasar itu. Dia memandang sendu.
"Bik Mona dan Bik Ani tak tahu pasal baby kita.. nanti biar I cakap dekat dorang.."
__ADS_1
"Nak cakap apa ? Nak cakap kat dorang yang you gugurkan baby tu ?"
Mata Tengku Farathid tajam menikam.
"I tak buat macam tu Athiid.. I tak bunuh baby kita. Cakap kat I , I kena buat macam mana biar you maafkan I ?"
"I tak boleh nak tengok muka you lah !! Keluar sekarang...!"
Suara Tengku Farathid bergema seluruh bilik itu. Kyra menunduk perlahan. Lagi lagi airmatanya jatuh , seperti kebiasannya.
****************
Kyra memandang handphonenya , deringan itu hanya di tatap sendu , Adzran yang menghubunginya tidak di endahkan. Kalau bukan kerana lelaki itu , semua ini tak akan terjadi , semuanya berpunca dari lelaki itu. Kyra menekup wajahnya ke bantal itu , dia tersendu sendu sendiri. Semalam Tengku Farathid mengunci dirinya di dalam bilik , tidak mudah juga untuk memujuk lelaki itu , Kyra harus membiasakan diri untuk selalu sabar memujuk suaminya. Bunyi ekzos kereta itu memeranjatkan Kyra , dia mengangkat muka kembali , memandang jam di dindingnya , pukul 3 petang. Tengku Farathid sudah pulang ? Lagi awal dari kebiasannya , mungkin kah suaminya pulang kerana rindu ? Ah ! Mana mungkin , tapi bukan kah ini terlalu awal. Kyra turun dari katil itu , sudah dua hari dia tidak ke butik , mood kerjanya masih belum tiba , di harapkan semua kerjanya di bereskan oleh pekerja pekerjanya semua. Kyra keluar dari bilik itu , dia menjenguk ke bawah , kelihatan Tengku Farathid mendaki tangga itu.
"Athid... awal balik harini . You rindu I ke ? You dah makan ?"
Langkah Tengku Farathid di ikuti rapat Kyra. Tengku Farathid membuka pintu biliknya.. seperti biasa , persoalan Kyra tidak di jawabnya. Kyra cuba mengambil blazer di tangan Tengku Farathid tapi di tarik kembali oleh suaminya.
"I boleh buat sendiri. You keluar..."
Tengku Farathid mengarah perlahan. Kyra masih mengikutinya. Bunyi pintu di ketuk , membuatkan mereka berpaling serentak.
"Masuk.."
Tengku Farathid mengarah lagi. Bik Mona membuka pintu itu , Kyra memandang pelik.
"3 hari..."
Tengku Farathid bersuara lagi. Kyra makin kepelikan. Apa yang tiga hari ? Bik Mona masuk ke dalam ruangan persalinan mereka. Kyra mengikut. Kelihatan Bik Mona mengeluarkan bagasi hitam itu , baju baju Tengku Farathid di keluarkan dari almari .
"Kenapa ni Bik Mona.?"
Kyra masih kehairanan. Bik Mona menoleh pandang.
__ADS_1
"Tengku cakap kena outstation 3 hari.."
Bik Mona kembali menyusun baju Tengku Farathid pada bagasi itu. Kyra segera kembali ke arah Tengku Farathid.