
Kyra menatap screen phone miliknya yang baru di beli Tengku Farathid untuknya. Bukan phone itu yang menjadi tarikannya sekarang , otaknya masih ligat memikirkan Tengku Farathid. Suaminya yang keluar dari tadi tidak muncul kan diri. Dah pukul 2 pagi. Nombor telefon Tengku Farathid pada screen masih di lihatnya , teragak agak untuk Kyra membuat panggilan , ingin menanyakan keberadaan Tengku Farathid. Di mana lelaki itu . Dengan Tengku Amanda ke ? Otak Kyra sudah banyak menepis segala curiga yang muncul di benak. Dia mula mencari nombor Beego , setelah nombor itu muncul di screen , Kyra laju membuat panggilan.
"Beego.... sorry. Awak tidur ke ?"
Serba salah Kyra bertanya , takut takut menganggu tidur lelaki itu.
"Tak Cik Puan. Kenapa ? Cik Puan nak apa apa ke ?"
"Err , noo. Hmm... Tengku ada dengan awak ke ?"
"Tengku ada dengan Sabhi dekat dobi Cik Puan. Kenapa ?"
"Err.. awak jangan bagitahu dia yang saya call tanya awak ya.. saya just nak tahu dia kat mana. It's okay kalau dia ada kat dobi. Thanks Beego. Goodnight."
"Okay Cik Puan. Goodnight."
Kyra mematikan panggilannya , kepalanya di ketuk perlahan. Malu bila mengingatkan kelakuannya sendiri.
Sabhi mendekati Tengku Farathid yang berada di sofa , kepalanya sudah lentok di bahu sofa itu. Matanya sudah di pejamkan. Sabhi teragak agak untuk mengejutkannya , tapi bila mengingatkan panggilan Beego mengenai Kyra yang risau dengan keadaan Tengku Farathid, dia harus menyampaikan sendiri pada Tengku Farathid.
"Tengku....."
Sabhi menyentuh lembut bahu majikannya. Mata kuyu Tengku Farathid di buka , memandang sendu Sabhi di depannya.
"Err... Cik Puan call Beego. Cik Puan tanya Tengku. Mungkin risau Tengku tak balik villa lagi. Dah lewat Tengku. Sekarang dah hampir jam 2.30 pagi."
Tengku Farathid memandang jam di tangan kirinya. Jam 2.19 pagi. Dia mengeluh berat.
"Mungkin Cik Puan tak boleh nak tidur fikirkan Tengku kat mana. Lagi pun tak elok kat sini Tengku , dah lewat kan. Cik Puan pun sorang sorang kat villa."
Sabhi bertutur lembut , mengingatkan Tengku Farathid. Tengku Farathid berdiri. Membetulkan rambutnya yang sudah sedikit kusut. Sabhi hanya mengikuti langkahnya sampai Tengku Farathid selamat sampai ke villanya.
Bila bunyi pintu di buka dari luar , Kyra cepat cepat membaringkan dirinya , berpura pura tidur. Sosok tubuh itu di pandang Tengku Farathid, dia mendekati Kyra. Setiba di depan Kyra , ubun ubun Kyra di kucup lembut serata membelai kepalanya perlahan.
"Im sorry. Sweet dream."
Ucap Tengku Farathid perlahan. Kemudian dia melangkah menuju ke ruangan sofa kembali. Kyra membuka mata perlahan. Dahinya di sentuh lembut , masih terasa sejuk bibir Tengku Farathid menciumnya. Perasaan apa yang mula mengetuk hatinya , dia sendiri tak pasti.
*******
"Morning sayang."
Kyra mengosok gosok matanya , samar samar wajah itu di telitikan dengan betul. Akhirnya muncul seorang Tengku Farathid di depannya. Melihat tubuh itu tanpa baju , memeranjatkannya , Kyra bangun dari baringnya , pakaiannya di tubuh di periksa laju. Tengku Farathid senyum melihat telatah isterinya yang masih lagi mamai.
"Kenapa ? Nak buang baju macam I ke ?"
Tengku Farathid gelak perlahan. Kyra membuat muka geramnya.
__ADS_1
"Dah pukul 9 sayang. I dah siap pusing satu pantai dah pun. Penat sangat ke ? Semalam tidur pukul berapa ?"
Tengku Farathid sudah duduk di atas katil hadapan Kyra. Kyra menelan liurnya melihat badan tegap Tengku Farathid. Mood suaminya sudah bertukar tidak murung seperti semalam. Tengku Farathid menyentuh lembut tangan Kyra , duduk mendekat lagi dengan Kyra.
"Jom teman I swimming."
Kyra ralit memandang Tengku Farathid , kenapa berseri seri sangat wajah suaminya pagi ni. Hish , mengada lah Kyra.
"Sayang..."
"Hmmm"
Kyra menyahut cepat. Mengelengkan kepala perlahan , Tengku Farathid senyum lagi. Dia mula berdiri menarik tangan si isteri mengikuti langkahnya. Sampai di depannya kolam renang , Tengku Farathid melepas perlahan tangannya pada Kyra. Dia terjun ke dalam kolam renang , Kyra hanya memerhati. Setiba muncul wajahnya pada permukaan , dia meraup rambutnya ke belakang. Wajah Kyra di pandang lagi.
"Come"
Tengku Farathid menghulurkan tangan ke arah Kyra. Kyra mengeleng lagi.
"Dengan baju ni.?"
"It's okay , untuk hari ni , nanti kita pergi beli bikini untuk hari yang lain."
Kyra membuat muka geramnya mendengar kata kata Tengku Farathid , suaminya sorok senyum.
"Just kidding sayang. Come."
Kyra duduk di birai kolam renang itu , kakinya sudah jatuh ke dalam air. Tengku Farathid senyum , Kyra tidak banyak membantah. Dia mendekati Kyra , paha Kyra yang sudah basah terendam air di sentuh lembut.
Dia menatap Kyra dalam. Kyra hanya diam membalas pandangan itu.
"Kenapa ?"
"Atas semua sebab."
Kyra senyum , sikap normal Tengku Farathid telah kembali.
"Hmmm..."
Kyra mengangguk perlahan.
"Manda tak pernah ada dalam hati I. Kitorang kawan. Tak ada hubungan apa apa antara kami. Dulu sampai sekarang , hanya you dalam hati I. I tak tahu bila dia sampai sini , dengan siapa ke sini. I tak tahu. I book tempat ni pun , Beego dengan Sabhi je yang tahu sayang. I tak nak you fikir yang bukan bukan pasal I dengan Manda."
Tatapan Tengku Farathid untuk Kyra sedikit sebanyak mengetarkan jiwanya. Wajah Tengku Farathid nampak ikhlas bila menjelaskan. Kyra suka dengan tatapan redup Tengku Farathid untuknya.
"Sayang..."
"Yaa."
__ADS_1
Lamunan Kyra mati. Dia membetulkan rambutnya , mengawal diri. Tangan Kyra di ambil Tengku Farathid di sentuhkan ke pipinya , merasa hangat telapak tangan Kyra.
"Forgive me."
Perlahan dari Tengku Farathid.
"Okay.."
Sepatah dari Kyra , dirinya tiba tiba gugup berdepan dengan si suami , entah apa masalahnya. Wajah Tengku Farathid yang masih basah dengan air itu sungguh mengoda jiwa. Ah ! Mungkin Kyra sudah gila.
Badan Kyra di angkat Tengku Farathid turun ke dalam air bersamanya , Kyra yang terkejut dengan kelakuan Tengku Farathid menjerit kecil.
"Athid ! What are you doing ?!"
Tangan Kyra sudah mengapai gapai di dalam air , semua percikannya terkena wajah Tengku Farathid.
"Hish , sayang...... jangan panic boleh ? You tak tenggelam lah."
Tengku Farathid sesekali memejamkan matanya kerana percikan air yang tidak terkawal yang di buat Kyra. Akhirnya tangan itu diam setelah sedar kakinya telah terpijak lantai. Badan Tengku Farathid di pegang kemas Kyra.
"Nah... sedar dah ?"
Muka Kyra merah padam bila di tegur Tengku Farathid.
"I takut."
Perlahan dari Kyra. Tengku Farathid senyum , pipi Kyra di cium laju olehnya. Semakin bertambah merah pipi itu menahan malu , dia memandang ke ruangan dalam dan luar pantai, seakan akan mencari kelibat.
"Hishh , jangan lah . Nanti bodyguard you semua nampak macam mana ?"
Kyra geram. Tengku Farathid lepas gelak.
"Siapa ? Mana ada orang lah. I tak izin dia masuk area sini , dont worry. So meh sini , berbikini pun tak apa ."
Tengku Farathid menyentuh butang baju Kyra , selaju itu jugak Kyra mencubit keras perut Tengku Farathid. Dia menjerit kecil.
"Arrr.... Sakit lah sayang."
Tengku Farathid mengerutkan wajahnya , tidak puas hati.
"Gatal !"
"I boleh gatal dengan you je. Dengan orang lain I tak nak."
Kyra melempar percikan air ke arah wajah Tengku Farathid.
"Nahh.."
__ADS_1
"Ooo sekarang berani lah ? Tadi bukan main takut."
Tengku Farathid mengangkat badan Kyra , terjerit kecil Kyra menerima perlakuan Tengku Farathid. Akhirnya mereka sama sama terbuai menikmati gurauan masing masing di pagi itu.