Kyraa Dan Pria Terhebat

Kyraa Dan Pria Terhebat
Part 15


__ADS_3

Beberapa jam berlalu , akhirnya majlis itu selesai juga. Ramai juga kawan kawan Kyra yang datang. Dia pelik , dia tak ada menjemput kawan kawanya ke majlis itu. Tapi yang pasti kawan kawannya memberitahu mereka menerima kad undangan dari Kyra. Kyra hanya mengiakan tak nak mereka terasa hati. Ikutkan hati Kyra , seorang kawannya pun dia taknakĀ  jemput kerana dia tidak menginginkan langsung majlis tersebut. Bimbang juga menerima andaian yang bukan dari kawan kawannya mengenai perkahwinan dia dengan Tengku Farathid. Tetapi syukurlah kawan kawannya tak ada memberi pertanyaan yang bukan bukan. Mungkin papa yang menjemput. Kyra tak nak ambil pusing , lambat laun nanti , kawan kawannya pasti akan tahu juga tentang perkahwinannya.


"Penat ke?"


Tengku Farathid keluar di sebalik pintu itu setelah di buka dari luar. Mematikan lamunan Kyra yang berada di atas katil. Mereka masih lagi di hotel.


"Papa mana ?"


Soalan Tengku Farathid di jawab juga soalan oleh Kyra . Tengku Farathid mendekati Kyra.


"Dah balik , dah pukul 7 malam kan sekarang. Papa pun dah penat. Dia cakap nak balik rest kat rumah je."


Mendengar kata kata dari Tengku Farathid, Kyra terkejut. Kenapa papa balik sendirian.


"Kenapa tak tunggu kita sekali. Kan nak balik ke rumah tu jugak."


Tengku Farathid hanya senyum mendengar kata kata Kyra. Dia sudah tahu Kyra tidak mengetahui malam ini mereka akan pulang ke rumah Tengku Farathid.


"Biar lah dia balik dulu. Lagipun kita banyak benda lagi nak buat malam ni kat sini kan."


Tengku Farathid memandang nakal wajah Kyra , mula mengusik. Kyra mula berdiri dari duduknya. Dia mahu berlalu pergi dari bilik itu , tapi tangannya sudah di pegang kemas oleh Tengku Farathid. Kyra menarik balik tangannya. Sepantas kilat Tengku Farathid menarik tangan Kyra . Kyra sudah melekat di dada Tengku Farathid. Tubuhnya meronta minta di lepaskan. Tengku Farathid tidak peduli lagi. Pelukan pada Kyra dikemaskan.


"Lepaslahh !!!"


Kyra mencubit kuat lengan Tengku Farathid. Tengku Farathid mengaduh kecil. Pelukannya pada Kyra sudah terlerai. Kyra lari ke arah pintu tapi laju saja Tengku Farathid melepasi langkahnya dan menyandarkan tubuh pada pintu bilik itu. Muka Kyra sudah pucat. Macam mahu menangis. Tengku Farathid gelak kecil. Tangannya mengosok gosok lembut lengannya yang telah di cubit kasar oleh Kyra.


"You tahu tak berdosa buat suami macam ni.?"


Gelaknya sudah mati. Tapi wajahnya masih menahan tawanya dari lepas. Kyra memandang serius wajah Tengku Farathid.

__ADS_1


"I nak balik! Tolonglah....."


Suara Kyra sudah sebak. Tengku Farathid lepas gelak. Badannya masih menahan pintu. Tak membenarkan Kyra keluar.


"You takut sangat ni kenapa ? I tak buat apa apa lagi . I dah dera you ke sampai you nak menangis macam ni ?"


"I nak balik...."


Mata Kyra sudah berkaca. Dia mengesat laju airmatanya yang bergedang di tirai mata. Tak mahu menangis. Hakikatnya dia sudah takut. Takut dengan perangai gila Tengku Farathid. Dia belum bersedia untuk ini semua. Dia tak mahu Tengku Farathid menodainya. Dia tak rela.


"You nak balik dengan pakaian macamni ? You tengok I ni , mandi pun tak lagi. Kita mandi dulu , bersihkan badan semua. Lepastu kita balik okay, you taknak tidur sini ? Okay fine. I faham."


Tengku Farathid senyum nakal. Dia mula membuka blazernya. Bow tie pada lehernya di longgarkan perlahan , dibuangkan ke bawah. Kyra sudah telan liur. Takut. Badannya sudah sedikit ketar. Tengku Farathid tidak mengindahkan. Butang kemejanya di buang satu persatu. Matanya tidak lepas memandang Kyra yang masih bergaun pengantin.


"Athid, please... i minta maaf. I minta maaf , tolong jangan buat macamni."


Airmata Kyra sudah jatuh .


Tengku Farathid masih bereaksi seperti biasa . Bajunya sudah lepas dari badan. Dadanya terbentang luas di depan mata Kyra. Kyra menundukkan pandangannya . Tengku Farathid mendekati, Kyra laju melanggar badan sasa Tengku Farathid ke tepi untuk mencampai tembol pintu , dia menarik kuat , Tengku Farathid taknak kalah , tembol pintu itu di tolaknya untuk menutup. Mereka sama sama berebut menolak dan menarik. Kyra menolak badan Tengku Farathid kuat , Tengku Farathid masih melawan. Tiada daya kudrat Kyra melawan , akibat hilang keseimbangan kerana kasut tumit tinggi yang pakainya, Kyra jatuh kuat di lantai. Mukanya berkerut menahan sakit. Kakinya kanannya dipegang. Laju Tengku Farathid mendapatkan isterinya setelah melihat keadaan itu. Nama isterinya di seru kuat.


"Kyraa !"


Kaki Kyra disentuh lembut Tengku Farathid. Tangan dia di tepis Kyra.


"Sakit...."


Lemah suara Kyra. Muka Tengku Farathid sudah pucat. Badan Kyra di dukung Tengku Farathid menuju ke arah katil. Kyra tak mampu berbuat apa apa , kakinya sudah sakit tak mampu melawan. Sampai di katil , Tengku Farathid melutut menghadap Kyra. Kaki Kyra di sentuh lembut. Sesekali dia memandang wajah Kyra menahan sakit. Kyra memejam mata . Airmatanya kembali jatuh. Dia menekan katil seolah olah menahan dari sakit. Tengku Farathid risau. Dia mengambil handphonenya nombor telefon doktor peribadinya di dial.


"Doc , are you free now ? Emergency."

__ADS_1


Setelah menerangkan semua pada doktor peribadinya. Tengku Farathid mematikan panggilan. Wajah Kyra ditatapnya. Kyra masih lagi menangis.


"Im sorry. Stop crying."


Tengku Farathid yang masih berlutut memandang atas menatap penuh kasih wajah isterinya.


"Kenapa you kawin dengan I . You banyak duit , you boleh langgan mana mana perempuan yang you nak . Buat macam you nak. Kenapa I ?"


Airmatanya masih membasahi pipi. Tengku Farathid menunduk lemah. Bukan perempuan lain yang dia nak . Dia hanya mahukan Kyra. Kenapa susah sangat Kyra nak menerima dia sebagai suami. Dia tak tahu macam mana mahu menjelaskan lagi supaya Kyra memahami hatinya.


"I tak perlukan perempuan perempuan tu. I perlukan you....."


Belum sempat Tengku Farathid menghabiskan kata katanya Kyra sudah memotong.


"Nooooo ! You just need a sex , not me !!'


Dia tak menyalahkan Kyra membuat andaian seperti itu . Memang patut dia menerimanya. Dia terlalu galak mengusik Kyra sampai lupa ketakutan yang di rasai Kyra. Kesalahan sememangnya milik dia.


"I minta maaf . I takutkan you."


"You boleh dapatkan tu dari mana mana perempuan. Bukan dengan I."


"Enough Kyra. I ni suami you.!"


"But i never love you."


Perlahan dari Kyra. Cukup mendalam untuk Tengku Farathid. Tengku Farathid mengalihkan pandangan . Menahan perasaan. Dia mahu mengusir jauh perasaan itu. Sakit hati , marah dan sedihnya. Dengan keadaan Kyra yang begini dia harus belajar bersabar menahan emosi. Pedih di hatinya di telan laju. Matanya kembali menatap raut wajah Kyra. Dalam.


"I tak minta banyak dari you. Satu je , you boleh belajar mencintai I. I don't care how long it is. At least you try."

__ADS_1


"Never."


Jawab Kyra yakin. Buat masa sekarang , segala keputusannya muktamad , tak mungkin di ubah lagi. Tengku Farathid memejam mata seketika. Menahan emosinya. Sepotong ayat dari Kyra jelas mengoyakkan hatinya.Dia bangun laju bibir Kyra menjadi sasarannya. Dicium kemas bibir mungil itu. Kyra terkejut. Dia menolak kuat wajah Tengku Farathid pada mukanya. Sekuat itu juga satu tamparan singgah di pipi Tengku Farathid. Tengku Farathid kelu. Dia menoleh kembali ke arah Kyra. Renungannya tajam. Muka Tengku Farathid sudah merah, sungguh dia tak mampu menahan amarahnya. Entah setan apa yang merasuknya ketika ini , dia ingin cepat cepat menerkam Kyra. Kyra sudah pucat . Dari mata Tengku Farathid dia yakin lelaki ini akan menerkamnya seperti harimau kelaparan. Bunyi ketukan pintu dari luar melegakan Kyra.


__ADS_2