
"Hey ! Menawan sangat ke cawan tu sampai you pandang macam tu sekali ?"
Tengku Farathid mengangkat muka memandang suara yang menegurnya itu , wajah itu senyum sebelum duduk di hadapannya. Tengku Farathid memaniskan wajahnya.
"What wrong Athid ? Kenapa murung je ni ?"
Wajah Tengku Amanda kembali serius , senyuman yang di lemparkan Tengku Farathid kepada sangat pelik , dia dapat membacanya .
"Tak ada yang salah , fikiran you je melebih , I okay je lah."
Tengku Farathid senyum lagi. Tengku Amanda menatapnya lagi. Wajah itu tidak seperti kebiasannya.
"Gaduh dengan Kyra ?"
Tengku Amanda tahu benar. Itu alasannya. Tengku Farathid senyum kelat mendengar pertanyaan Tengku Amanda. Tengku Farathid mengigitnya bibirnya perlahan.
"Athid... kan I dah cakap , if you nak share apa apa dengan I , go on ... kita kawan kann..."
"I ada masalah sikit dengan Kyra. But don't worry , I akan selesaikannya secepat mungkin."
Tengku Farathid menceriakan wajahnya. Tengku Amanda mengangguk perlahan. Semestinya tidak mudah untuk Tengku Farathid menceritakannya , dia harus menghormati keputusan Tengku Farathid , dia faham benar dengan lelaki itu.
"Haa , ya.... jangan lupa malam besok.. kad I tertinggal kat office."
Tengku Farathid mengingatkan kepadanya majlis ulang tahun pembukaan hotel itu. Mana mungkin Tengku Amanda lupa , dia harus mengingat semua perihal berkaitan Tengku Farathid , itu tugasnya sebagai pencinta yang setia. Tengku Amanda senyum dalam hati.
"I tak pernah lupa , I ingatkan , I tak ada jemputan untuk tahun ni."
Tengku Amanda mengusik lagi. Tengku Farathid ketawa perlahan.
"I just lupa nak bagi you , tapi nasib baik you datang sini. So ada appointment dengan client ke ?"
"Nooo... I nak lunch dengan you."
Tengku Amanda senyum lagi. Tengku Farathid mengaru dahinya yang tidak gatal. Alasan apa lagi yang hendak di baginya untuk Tengku Amanda. Melihat keadaan Tengku Farathid yang janggal itu , Tengku Amanda sorok senyum.
"Its okay kalau you busy , I boleh makan sorang. Don't worry , I dah biasa."
"Manda... im so sorry.."
Mendengar permintaan maaf Tengku Farathid , Tengku Amanda senyum saja , tidak mahu Tengku Farathid merasa bersalah dengannya.
"It's okay Athid. Mungkin nanti kita kena lunch bertiga , dengan Kyra. Biar dia tak salah faham."
__ADS_1
Kata kata Tengku Amanda itu jelas menikam hatinya , salah faham ? Itu yang melanda dirinya sekarang. Salah faham apa lagi yang lebih teruk dari kejadian hari itu ?
"Athid...."
Wajah Tengku Amanda di pandangnya. Dia mengangguk laju.
"Iyaa... sure... i need to go Manda."
Tengku Farathid mula berdiri. Tengku Amanda hanya mengangguk faham. Tengku Farathid senyum sebelum melangkah pergi.
******************
Tengku Farathid mengemaskan slim tie di lehernya , sesekali dia memandang cermin besar di hadapannya , samar samar wajah Kyra muncul dalam fikirannya , dia senyum sendiri. Seketika wajah itu hilang lagi. Tengku Farathid kaku sendiri , di hari sebegini semestinya dia mengharapkan si isteri merapikan dirinya seperti pada hari pembukaan butik yang lepas. Tapi itu hanya lah bayangan yang tidak dapat dia nikmatinya di hari ini. Perlahan dia melangkah keluar dari bilik itu , menuju ke kamar Kyra berada , bilik itu di ketuk perlahan.
"Sayang...."
Seperti biasa , panggilannya langsung tidak di balas. Pintu itu di ketuk lagi. Tiada respon.
"Kyra.... I masuk yaa..."
Pintu di buka perlahan. Sosok tubuh itu berada di meja , melakar sesuatu. Tengku Farathid senyum.
"Sayang.... harini tak masuk butik kan... are you free ?"
"No...."
"Sayang.... harini majlis kat hotel..."
"Yes ! I know , just go..."
Kyra membalas laju. Tengku Farathid diam seketika.
"Sayang.... it will be special if you with me....."
Kyra gelak sinis , pensilnya di letak perlahan. Pandangannya di alihkan kepada Tengku Farathid.
"Noo... majlis tu tak ada kaitan dengan I.. just go..."
"Sayang..."
"I cakap I tak nak pergi.. you tak faham bahasa ? You buat macam mana pun I tak akan pergi. Never!"
Tengku Farathid mengangguk lemah , tiada daya lagi untuk memujuk Kyra. Dia tahu sepatah kata darinya Kyra tak akan menurut. Tengku Farathid mendekat , dahi Kyra di kucup laju.
__ADS_1
"Take care. Kalau ada apa apa call I."
Kyra mengelap laju dahinya , Tengku Farathid mengukir senyum.
"Boleh tak jangan sentuh I !! Berapa kali I nak cakap ?"
Kyra merengus kasar.
"Don't worry , I akan balik awal."
Kata kata Kyra langsung tidak di jawabnya , Tengku Farathid senyum lagi sebelum melangkah keluar.
***********
"Kyra tak datang sekali ? Alahan dia teruk lagi ? Papa call dia cakap dah okay sikit."
Dato Malek agak terkejut mendengar ucapan khas Tengku Farathid di pentas tadi , mengatakan Kyra tidak sihat untuk menemaninya pada hari ini. Tengku Farathid senyum kelat.
"Kyra tak boleh nak maafkan Athid lagi pa. Lagipun perempuan tu Athid belum jumpa lagi , tak tahu menghilang ke mana , tapi Athid tak give up , Athid akan cari sampai jumpa."
"Iyaa papa faham. Papa harap Athid sabar , pergi la bertegur dengan kawan dan staff Athid sana , papa okay je , lagipun kenalan papa pun ada kat sini."
Dato Malek menepuk lembut bahu menantunya. Bimbang Tengku Farathid ingin menegur tetamu yang hadir , Tengku Farathid mengangguk lagi. Sebaik saja kakinya ingin melangkah , pandangan ramai yang tertumpu pada pintu utama hotel itu menariknya untuk berpaling. Dato Malek turut berpaling , tergamam sendiri , semua mata menatap lama , berbisik sesama mereka , sesekali wajah Tengku Farathid di pandang pelik oleh mereka silih berganti dengan Kyra di depan pintu masuk itu. Isterinya muncul dengan gaun putih itu , di dampingi oleh Zacran yang segak di tepi. Tangan isterinya di pegang utuh oleh lelaki itu. Tengku Farathid menelan liur , kelat... Membulat mata Tengku Amanda yang berada di meja makan itu , wajah Tengku Farathid di carinya. kaku sosok itu sendiri , jelas kelihatan wajah pucat Tengku Farathid itu di kala ini , drama apa lagi ?
Kyra berjalan perlahan , mata mata yang memandangnya langsung tidak di peduli. Laju saja Dato Malek mendapatkannya. Keadaan di sekeliling di curi pandang , sangat mengaibkan....
"Kyra....! Kyra buat apa ni ?"
Suara Dato Malek menekam perlahan tapi jelas di telinga Kyra. Tangannya pada Zacran di lepaskan perlahan.
"Menantu papa suruh Kyra datang majlis dia.. so Kyra datang."
"Kyra....! Jangan buat papa sakit kepala boleh tak ?? Jangan buat hal ! Kat sini ramai orang Kyra."
Pandangan Dato Malek bertukar ke arah Zacran di sebelah Kyra. Menatap tajam.
"Zacran !! Kau ni dah tak waras ke ?"
Zacran senyum sinis. Keadaan di sekeliling di pandangnya. Memang agak riuh.
"Saya hanya ikut permintaan Kyra.. dia suruh saya teman dia , untuk majlis yang special. Itu saja Uncle."
Dato Malek menggeleng perlahan. Kyra masih dengan wajah tidak bersalahnya.
__ADS_1
"Papa tak tahu macam mana lagi nak cakap Kyra. Jangan lepas ni Kyra menyesal dengan apa yang Kyra buat."
Dato Malek meninggalkan mereka. Zacran berpaling memandang Kyra. Kyra hanya senyum. Wajah suaminya di cari , tatapan itu ada untuknya. Dia senyum sinis membalas pandangan si suami.