
Tangan Tengku Farathid melingkar erat pada pinggang Kyra membuatkan Kyra berpaling menghadapnya. Tengku Farathid senyum , menyentuh lembut dagu Kyra di depannya. Wajahnya menuju ke bibir mungil itu , Kyra menolak lembut tubuh sasa suaminya , menggeleng perlahan. Sungguh dia tidak selesa berdepan dengan Tengku Farathid.
"You cakap you nak bagi I masa kan. Bukan sekarang. Kita banyak masa lagi."
Terpaksa tanpa rela , Tengku Farathid melepaskan Kyra. Dia tak mahu tergopoh sendiri , dia mahu Kyra betul betul menerimanya , dia akan menunggu dengan sabar. Dia tak mahu Kyra salah anggap dengannya.
"Iya , I will. Sayang...?"
Tengku Farathid memanggil lembut. Kyra kembali berpaling menatapnya.
"I love you."
Kyra memaniskan wajahnya mendengar luahan Tengku Farathid. Dia senyum , tak membalas. Tak tahu perasan apa yang muncul , dia sukanya kalimat itu , tapi tidak mampu untuk membalas lagi.
"It's okay. Take your time. I keluar kejap."
Tengku Farathid berpaling muka dan melangkah.
"Im sorry. I tak boleh nak janji.... tapi I akan cuba.. I harap you faham."
Serba salah Kyra dibuatnya , dia tak mahu Tengku Farathid terasa hati lagi. Langkah Tengku Farathid berhenti . Memandang manis isterinya.
"Iyaa , I faham sayang. I okay. Don't worry. I jumpa Steffan kejap. Duduk diam diam sini okay. Kejap je."
Tengku Farathid melangkah keluar. Kyra membuka handphonenya. 6 missed call dari Zacran. Mesej mesej di terima dibacanya ralit.
"Sayang... i miss you so much. I tahu you pandai jaga diri. I selalu kat sini untuk you. Loveyou sayang."
Dia mengeluh perlahan. Nasib baik mood 'silent' di hidupkan.Mesej terakhir dari Zacran dibiarkan saja tanpa membalas. Nombor telefon Zacran di dailnya.
"Hai , i miss you so much sayang. I know you rindu I jugak kan. You sihat , dah makan ?"
Belum apa apa suara Zacran sudah berbunyi di corong telinganya.
"Iyaa , I sihat Zac. I dah cakap kan , jangan ganggu hidup I , I ni isteri orang."
"You cakap apa ni sayang. ? Tak apa , I akan tunggu you kat sini , I faham. You kena paksa. So I akan tunggu , you minta cerai dengan jantan keparat tu. You tak bagi apa apa kan kat dia sayang ?"
"You mengarut apa ni Zac. I bukan girlfriend you lagi , so lupa kan I okay. Kita memang tak ada jodoh."
"No Kyra. Nooo..... You tak boleh buat macam ni , you dah janji dengan I kan , you tak akan tinggal kan I Kyra."
__ADS_1
"Zac, you kena faham , sekarang I dah sah jadi isteri Athid. Tak ada benda lagi yang you perlu tunggu. I harap you faham , jangan kacau I lagi."
Ketukan pintu mengejutkan Kyra , laju dia mematikan panggilannya. Menyorokkan handphone di sebalik bantal. Ketukan masih berbunyi. Dia menghampiri pintu , membuka perlahan.
"Cik Puan. Ni dress untuk dinner. Tengku suruh pakai sekarang dan bersiap , nanti dia datang."
Pakaian itu bertukar tangan. Kyra membelek hairan. Dinner pun ada baju ke. Baju yang dia bawa dah banyak. Macam macam la mamat ni sorang.
"Okay thanks."
"Sama sama Cik Puan."
Beego berlalu pergi. Kyra masuk kembali , mahu ataupun tidak dia terpaksa memakai dress tersebut , dia sudah masak dengan perangai Tengku Farathid , jangan pulak Tengku Farathid yang memakaikan dia baju tersebut , Kyra menelan liur sekali mengingat Tengku Farathid. Kyra segera menukar bajunya , dress putih itu di kena di badannya , memusing sendiri dia di hadapan cermin besar itu.
Hmmm lawa juga. Kalah model.
Kyra tertawa sendiri. Dia membuka beg make up nya di atas meja , dia berdandan nipis saja , terserlah jua kecantikannya di depan cermin. Membetulkan rambut yang menutupi bahagian dahinya seketika , matanya jatuh pada wajahnya sendiri di hadapan cermin....
Kenapa beria sangat make up ni Kyra. Makan malam ? Dengan Tengku Farathid ?
Kyra menampar nampar pipinya perlahan.
Dia lelaki jahat Kyra. Sedar apa yang dia dah buat dekat papa dengan kau. Sebab dia , kau putus tunang macam tu je. Takkan senang senang kau nak jatuh hati dengan orang macam Tengku Farathid , dia bukan lelaki baik.
**********
Handphone Tengku Farathid jatuh di atas lantai , mukanya diangkat memandang wajah itu setelah handphone sudah di capai kembali.
"Sorry sorry."
Gadis itu tergopoh gapah meminta maaf. Matanya jatuh pada wajah Tengku Farathid , dia diam , mata tidak berkelip , tetap menatap. Dalam diam , hatinya tidak henti henti memuja kewujudan lelaki didepannya.
"It's okay."
Tengku Farathid melangkah meninggalkan. Dia harus segera kembali pada Kyra.
"Encik... ehhh.. mr ?"
Gadis itu laju mengejar langkah Tengku Farathid, di capainya lengan Tengku Farathid. Langkahnya terhenti bila di paut sebegitu , Tengku Farathid memandang hairan , seakan tersedar atas perbuatannya , gadis itu melepaskan pautannya pada Tengku Farathid.
"What wrong , girl ?"
__ADS_1
Wajah Tengku Farathid berkerut , hairan. Alana sudah tidak keruan , entah apa semangat yang membuatkan dia berbuat demikian , sungguh , aura lelaki ini sudah di luar jangkaan , dia menghulurkan handphonenya ke arah Tengku Farathid. Tengku Farathid mengangkat kening , tidak faham. Apa yang tak kena dengan perempuan ni.
"What ? Are you lost ?"
"Err, noo.. nooo.."
Alana menarik kembali handphone , di sorok ke belakang. Alana mahu mendapatkan setidak tidaknya akaun facebooknya atau apa saja yang boleh dia berhubung dengan lelaki di depannya ini. Dia diam seketika , gugup melihat wajah kacak itu , kawal diri Alana , jangan nampak sangat gemuruh tu.
"Err , how yours phone ? Im so sorry . It's my faults."
Hanya itu alasan yang muhasabah sekarang. Tengku Farathid mengangkat handphonenya , di tunjukkan kepada Alana.
"This.... its okay. Just crack. Never mind."
Tengku Farathid berpaling tubuh , ingin melangkah , lengan sekali lagi di pegang Alana. Dia menoleh kembali. Alana menghulurkan tangan. Kali ini dia harus berani.
"Alana... Fatin Alana.."
Alana memperkenalkan dirinya pada Tengku Farathid. Tengku Farathid memandang sendu , tidak berminat , dia sudah biasa dengan keadaan sebegini , tidak terasa janggal , dia sudah tahu maksud perempuan ini mengejarnya. Tangan Alana tidak di sambutnya.
"Okay miss Alana. I need to go."
Kali ini Tengku Farathid betul betul melangkah pergi , meninggalkan Alana sendiri. Dia tak mahu melayan seorang perempuan yang merendah rendahkan diri untuknya , dia bosan , apa yang menyeronokkan , mengejar cinta hatinya , Kyra Mayseera. Alana menghentakkan kakinya , tak puas hati. Bibirnya di ketap geram. Hampa gagal mendapatkan nombor telefon lelaki itu , matanya masih mencuri pandang langkah Tengku Farathid, sampailah kelibatnya hilang.
"Alana....!"
Sapaan dari belakang mengejutkan Alana dari lamunan. Dia berpaling murung. Tiada mood , sudah lah dia tak berjaya tawan lelaki tadi , rosak sudah mood malam ni.
"Kau pergi mana haa ? Aku tunggu kat bilik lama dengan Tina. Buat apa lama lama kat sini ?"
"Hishh kau ni , kecoh lah. Aku baru jumpa prince charming aku tadi. Kau tengok aku sekarang ni ? Apa yang tak kena dengan muka aku sekarang ni ? Buruk ke apa ?"
Alana membetulkan rambutnya , Tasha lepas gelak melihat wajah masam kawannya itu.
"Kau ni tak habis dengan Prince Charming kau lah , mamat indo mana pulak kali ni ? Kenapa nya dengan muka kau ? Kau kena reject ke apa , aku tengok elok je ni haa. Cantik , seksi lagi."
Tina memuji muji kawannya , tidak mahu Alana moody lagi. Rosak lah plan nak happy happy kalau Alana moody , siapa nak sponser makan malam mereka nanti , semua dia dapatkan dari Alana.
"Tak , kali ni aku rasa betul betul lah , aku rasa dah jumpa jodoh aku . Aku tak kira , esok aku mesti cari dia."
"Siapa ? Mamat mana pulak kau ni ?"
__ADS_1
"Aku rasa aku dengan dia berjodoh lah , dah lah jumpa kat Bali. Auchh , so sweet. Tak apa untuk malam ni aku lepaskan dia, kalau jodoh tak ke mana , esok masih ada. Nanti aku tunjuk kat kau , My hot prince charming."
Alana lepas gelak , Tasha hanya melihat saja kawannya itu , mood berubah ubah. Tapi bagus lah , senang kerja dia untuk malam ni. Tasha senyum jua.