
Hari berganti hari , minggu berganti minggu sehingga lah tahun berganti tahun , mereka melayari hari itu penuh dengan kebahagian , setiap masa Tengku Farathid memastikan isteri dan anak anaknya berada di dalam keadaan selesa dan harmonis. Tahun ini anak anaknya sudah berumur empat tahun.. seminggu lagi usia mereka akan berganjak menjadi lima tahun.. foto foto anaknya di pandang Kyra pada screen handphone itu ralit.. wajahnya kadang kadang terukir senyuman.. bahagia melihat potret anak anaknya yang semakin membesar itu..
Kyra menekan keluar dari gallery fotonya , akaun facebooknya di buka perlahan , matanya membulat dengan laju , bibirnya di gigit perlahan , kesal melihat berita yang terpapar jelas di page itu.. Jelas wajah suaminya yang tergopoh gapah keluar dari bilik hotel itu , tangannya di pegang oleh sesorang dari dalam... Kyra memicit kepalanya perlahan..
'MILLIONAIRE WITH MISTRESS...'
***************
Tengku Farathid melemparkan handphone di atas meja itu , berita mengenainya sudah tersebar di mana mana.. pintu itu di buka dari luar tanpa ketukan , Tengku Farathid membalas pandang dengan pembantunya yang muncul di sebalik pintu itu...
"Macam mana Tengku ? Tak kena macam ni.."
Cepat Lisa bertanya.. Tengku Farathid memicit kepalanya.. macam mana gambar itu sempat di rakam oleh wartawan , semasa dia keluar dari hotel , tiada kelibat yang kelihatan di ruangan itu..
"Saya settle kan sendiri , don't worry.. thanks Lisa.."
Tengku Farathid memberi arahan , Lisa hanya mengangguk pasrah menutup kembali pintu itu.. Tengku Farathid mencapai handphone kembali , number Hadi ketua pengawal keselamatan hotel itu di cari.. mendial laju..
"Sediakan gambar dan video video saya semalam di lobi dan keberadaan saya semasa di hotel.. secepat mungkin.."
Arah Tengku Farathid serius sebelum mematikan panggilan itu.. dia bersandar pada kerusi empuk itu sesudahnya.. dia harus segera pulang ke rumah , perasaan isterinya sekarang menjadi keutamaan..
*********
Tangan Kyra di pegang lembut.. si abang di belakang hanya memerhati Faaeqa menyentuh lembut tangan Mummynya.. sedikit terkejut dengan kehadiran anak kembarnya itu , Kyra memaniskan wajah..
"Why Mummy ? You looks so tired ?"
Tanya Faaeqa dengan lembut , si abang Fakhr hanya mengangguk..
"Twins mummy dah balik.. sorry , mummy tak perasaan sayang.."
Pipi anak perempuannya di cium lembut.. Fakhr si abang datang mendekat , di peluk tubuh Kyra kemas..
"Sokey.. Fakhr tahu mummy penat.. you need rest mummy.."
Si abang mula bersuara , kali ini Faaeqa pulak mengangguk setuju..
"Mummy okay sayang.. so , twins mummy belajar apa hari ni ?"
Mendengar pertanyaa mummynya , wajah mereka bertukar ceria..
"Kitorang belajar pasal city.. macam macam.. now I know London , paris , bangkok , jakarta.."
Jawab Faaeqa dengan riang..
"Iyaa , we know bout dinosaurs.. raptor ,stegosaurus, baryonyx and more !"
Sambung Fakhr penuh semangat.. Kyra senyum..
__ADS_1
"Twins mummy so clever.. mesti tired kan ? Jom pergi atas , mandi biar bersih semua lepas tu kita makan.."
Kyra sudah bangun dari kerusi itu..
"Noo , noo.. mummy duduk.. Fakhr dah pandai buat sendiri , nanti yang adik , Fakhr suruh Bik Siti yang temankan ya ?"
Fakhr si abang menoleh pandang Faaeqa di sebelahnya , meminta persetujuannya , Faaeqa diam sebentar sebelum mengangguk faham.. Kyra sudah sorok senyum melihat telatah anak kembarnya itu.. Faaeqa kembali memandang mummynya..
"Mummy duduk sini aja , biar Faaeqa dengan abang Fakhr siap siap dulu yaa.."
"Bik Siti , Bik Siti..."
Tanpa menunggu jawapan dari mummynya , Fakhr sudah memanggil penjaga mereka , Bik Siti yang telah di upah daddy dan mummnya dua tahun yang lepas bekerja dalam rumah mewah itu..
"Ke mummy nak rest dalam bilik ?"
Mendengar pertanyaan Faaeqa , Kyra menggeleng perlahan..
"Takk.. mummy tunggu Faaeqa dan abang kat bawah okay , nanti siap Faaeqa dan abang turun.. kita makan sama sama.."
Faaeqa dan Fakhr mengangguk faham.. Bik Siti yang sudah muncul itu membawa si kembar itu membersihkan diri ke atas , Kyra hanya menghantar pandang..
**********
"Im so sorry.."
"Kalau I tak nakal kemarin , berita tu tak akan keluarkan , nama sayang pun tak akan cemar macam ni.."
Kyra bertutur lembut.. tangan misteri di sebalik pintu hotel di ruangan page page facebook itu miliknya , dia yang bertingkah nakal sehingga Tengku Farathid hampir terlepas memasuki ruangan mesyuarat selepas kejadian , selepas bersama laju saja Tengku Farathid keluar dari bilik hotel itu , sungguh dia tak menyangka berita sebegitu akan keluar di media..
"Noo sayang... tak ada apa yang salah dengan kita.. you isteri I kan... I dah suruh Hadi settle kan masalah ni.. nanti reporter tu akan dapat gambar dan video kita dekat sana.. don't worry.. I dah tahu reporter tu.. I akan settle kan semua.. I akan jemput dorang untuk birthday party twins nanti.. I nak dorang tengok sendiri , biar dorang menilai sendiri family kita.."
Terang Tengku Farathid dengan tenang.. Kyra mengukir senyum. Badan sasa suaminya di peluk erat.. Tengku Farathid membalas pelukan itu.. dahi isterinya di cium lama.. pintu yang dibuka dari luar mengejutkan mereka , mereka sama sama berpaling , kelihatan Fakhr dan Faaeqa berlari mendapatkan mereka di balkoni itu..
"Daddy , Mummy !!"
Panggil mereka serentak.. Tengku Farathid dan Kyra hanya senyum.. laju saja badan mereka di peluk si kembar..
"Dah habis study ? Cepat betul..?"
Tanya Tengku Farathid , sempat juga dia menjeling isteri di sebelah.. Kyra sorok senyum , faham dengan maksud jelingan Tengku Farathid , mungkin tanpa gangguan anak anaknya , Tengku Farathid akan bertingkah lebih jauh..
"Sudah ! So now , it's movies time.."
Faaeqa sudah berkata dengan semangat.. Fakhr sudah mengangguk setuju.. tangan daddynya sudah di tarik tarik meminta persetujuan... Tengku Farathid menunduk pandang si kembarnya..
"Tapi sekarang dah pukul 10. Esok kan ada kelas.."
Jawab si daddy dengan lembut.. Si kembarnya sudah menggeleng laju..
__ADS_1
"No daddy.. today is friday , so tomorrow is saturday.. its weekend.."
"Arrr.. yaaa.. tomorrow is Saturday.. so twins tak perlu ke class..."
Ucap Tengku Farathid akur.. Kyra sudah ketawa melihat wajah suaminya yang serba salah yang kalah dengan anak anak mereka..
"Okay okay.. jom.. so abang dengan Faaeqa nak tengok movie apa ?"
Kyra bertanya lembut.. Si kembar mereka berpaling saling memandang antara satu sama yang lain.. Tengku Farathid sudah mengangkat kening menunggu jawapan dari si kembar..
"Kong skull island !"
Jawab Fakhr dan Faaeqa serentak..
"Kong skull island ? Seriously ?"
Membulat Tengku Farathid bertanya kembali.. anak anaknya sudah mengangguk..
"Iyaa.. Dalam movie tu banyak dinosaur daddy.. I want know more bout dino.."
Fakhr sudah serius wajahnya.. melihat wajah Faaeqa yang tidak berkelip menatapnya , tak sampai hati untuk Tengku Farathid menolak permintaan anak anaknya.. dia mengangguk perlahan..
"Iyaa.. come.."
Tengku Farathid sudah menghulurkan tangan ke arah anak anaknya , tangannya laju di capai Fakhr dan Faaeqa sambil tersenyum.. wajah Kyra juga mengukir senyum.. mereka masuk ke arah ruangan yang khas untuk menonton filem.. mereka duduk di katil empuk itu.. Tengku Farathid mula membuka screen besar itu..
"Kids.. is okay kan kalau daddy dan mummy tinggalkan ? Fakhr tengok dengan Faaeqa.. ?"
Kyra mula bersuara.. Tengku Farathid sudah berpaling memandang isteri.. cuba memahami pertanyaan Kyra untuk anak anaknya..
"Faaeqa nak tengok sekali dengan mummy dan daddy.."
Badan itu di peluk Faaeqa.. Kyra sudah ketawa.. membalas pelukan Faaeqa lembut.. Kyra memandang Tengku Farathid yang masih menatapnya..
"Its time for kids , not for bed.."
Kyra berkata perlahan.. Tengku Farathid menahan tawanya.. isterinya tetap nakal seperti dahulu..
"Is okay.. we still have a lot of time.."
Balas Tengku Farathid sambil senyum leret..
"Daddy , its start now !"
Fakhr sudah menepuk paha Tengku Farathid.. terpingga pingga Tengku Farathid menoleh pandang..
"Iyaa.. lets watch.."
Suaranya di buat teruja.. Anak anaknya sudah ketawa..
__ADS_1