
Pintu itu di ketuk berkali kali. Tiada jawapan dari Kyra. Tengku Farathid mengeluh perlahan. Dia bimbang untuk terus masuk , takut takut isterinya mengamuk lagi. Makanan di atas dulang di pandang lagi. Sekarang dah masuk tengahari , Kyra belum turun untuk menjamah makanan. Pintu itu di ketuk lagi , beberapa ketukan di lepaskan , akhirnya suara dari dalam kedengaran.
"Masuk....."
Pintu itu di tolak berhati hati. Kyra sudah memandangnya. Tengku Farathid cuba memaniskan wajahnya , rautnya bercampur bimbang.
"Sayang... makan ya. Dari pagi tak makan kan. Nanti sakit."
Tengku Farathid bertutur lembut. Dulang itu berhati hati di bawa masuk ke arah balkoni itu. Meletakkan di atas meja.
"Kenapa you bersungguh sungguh buat semua ni ? Sebab I tengah mengandungkan anak you ke ?"
Kyra bersuara , matanya tajam menatap suami. Tengku Farathid senyum. Dia mendekat kembali ke arah Kyra.
"Kalau you tak mengandung pun , memang I kena ambil berat pasal you. You wife I kan."
Kyra ketawa sinis.
"So kalau I keguguran pun , you tak kesah lah kan ?"
"Sayang... jangan cakap macamtu. Kata kata tu doa."
"Haaa yes... memang tu doa I. I tak nak mengandungkan anak you.."
"Kyra..... tak baik.."
"Jangan nak hipokrit lah Farathid. Cukup sekali you bodohkan I. Tak payah nak sorok perangai you yang buruk tu. I dah kenal you. Untuk apa you nak anak dari rahim I kalau you boleh dapatkan dari semua betina you !"
Belum sempat Tengku Farathid menghabiskan kata katanya. Kyra sudah berdiri dan memotong percakapannya. Tengku Farathid diam.. tak mahu membangkitkan kemarahan Kyra lagi.
"You malu ada anak dari pelacur macam dorang ? Isteri yang tak sah ? You gunakan I , sebab I isteri yang sah ??"
Mata Kyra sudah memerah. Bibirnya terketar ketar.
"Baby kita dari hasil kasih sayang kita , sayang.. bukan ***** semata. I sayang isteri I."
"Hipokrit ! You jangan nak bahagia sangat sebab I masih duduk kat sini. Lepas budak ni lahir , I tak nak jumpa you , budak ni sekali pun !"
"Sayang.... ingat tuhan sayang."
Kyra senyum sinis. Matanya menikam mata Tengku Farathid. Penuh kebencian.
__ADS_1
"Masa you dengan perempuan tu , you ada ingat tuhan ? I jijik dengan orang hipokrit macam you. You keluar sekarang ! Keluar.!"
Tengku Farathid menundukk. Sakit di hati di tahannya. Tak mahu lemah.
"Esok I dah start kerja. Nanti you tinggal dengan Bik Mona dengan Bik Ani ya."
Tengku Farathid menceriakan wajahnya kembali.
"Pergi lahh mana yang you nak pergi ! Bermaksiat dengan mana mana perempuan pun !! I tak kesah !"
Tengku Farathid memulakan langkahnya , bimbang amarah Kyra makin memuncak. Sampai di pintu itu , dia menoleh pandang.
"Jangan lupa makan.. ada apa apa panggil Bik Mona."
Kyra menjeling tajam. Laju Tengku Farathid menutup pintu bilik itu.
*****************
"You kat mana Alana ? I nak jumpa you sekarang jugak ."
"Auchh , you mesti rindu I kan ? Sorry baby , I tak ada kat malaysia , I ada vacation dengan kawan kawan I."
"You jangan nak merepek Alana , I nak you datang jumpa I , jelaskan semua pada isteri I apa yang dia nampak haritu."
Tengku Farathid sudah mengetap giginya , mendengar suara perempuan itu saja sudah menaikkan amarahnya.
"Apa yang I nak jelaskan ? It's okay kalau semua tu ada dalam fikiran dia. You masih ada I kan , kalau dia tak sanggup terima semua tuu , I sanggup jadi pengganti dia.. you pun tau I sayang kan you..."
"Enough Alana ! I minta dengan cara baik , I harap you pun datang dengan cara baik. Jangan sampai I buat cara kasar."
Alana ketawa di corong telinganya. Apakah kata kata Tengku Farathid tidak langsung melekat dalam kepalanya.
"Baby... you ingat I takut ke dengan semua ugutan you.. hmmmm. Macam ni , kalau you dah puas dengan dia , jangan segan segan cari I tau. I selalu ada kat sini untuk you. But now , sorry sangat. I ada party dengan kawan kawan I. Okay sayang.. bubye..."
"Alanaaa !"
Tengku Farathid mengetuk mejanya kuat. Dasar perempuan puaka. Buku tak bertemu dengan ruas lagi. Tengku Farathid menarik nafas panjang , menenangkan diri.
*************
Tengku Farathid membuka pintu utama rumah itu , tiba tiba rindu datang padanya , rindu sapaan Kyra untuknya bila dia melangkah masuk ke rumah itu. Sekarang detik detik itu bagai hilang di tiup angin , dia mengharapakan ada sinaran baru untuk rumah tangganya.
__ADS_1
"Tengku dah balik , Tengku nak makan apa apa untuk petang ni ?"
Sapaan Bik Ani mengejutkannya , dia menggeleng perlahan.
"Isteri saya mana Bik Ani ?"
"Cik Puan ada kat depan kolam tu , dengan kawan dia. Kawan dia datang melawat , Tengku..."
Berkerut kening Tengku Farathid. Kawan ? Kawan yang mana ? Tengku Farathid hanya mengangguk faham. Dia melangkah segera ke arah pintu kaca itu , menuju ke halaman. Dia memandang dari jauh . Lelaki ? Membutang mata Tengku Farathid melihat wajah itu menoleh ke arahnya. Zacran ?? Lelaki itu senyum , Kyra menoleh pandang. Senyumannya mati melihat wajah Tengku Farathid di hadapan pintu kaca itu. Zacran mengambil gelas kaca di atas meja itu , di tunjukkan kepada Tengku Farathid , bersama senyuman sinisnya.
"Minum petang , bro.."
Zacran menegur sinis. Tengku Farathid membalas senyumnya. Melangkah mendekat dengan mereka. Sampai di hadapan mereka , Tengku Farathid laju menunduk mengucup dahi Kyra sehingga tepisan Kyra belum sempat ada untuknya. Kyra sudah membuat muka berangnya.
"Bagus lah selera you masih ada , good news for me. Makan banyak banyak , I nak you selalu sihat."
Tengku Farathid senyum , gorengan petang di atas meja di pandangnya.
"Selera I mati bila tengok muka you , can you just go ?"
Kyra mula bersuara. Zacran senyum lagi , gembira mendengar kata kata Kyra. Tengku Farathid mengangguk.
"Okayy.. just enjoy your meals."
Kyra menjeling , apa kena dengan suaminya. Tiada riak marah pada wajahnya. Tengku Farathid berjalan kembali memasuki rumah itu. Kyra masih lagi dengan pandangan tajamnya.
"Kyra... orang macam dia , tak boleh di layankan sangat , makin menjadi. You tengok sendiri kan tu ? Dia tak hairan pun. Lagi cepat you cerai dengan dia , lagi bagus..."
Tangan Kyra di pegangnya , Kyra mengangkat laju tangannya.
"You boleh tak hormat I ?"
"Kenapa ? You masih ada hati kat jantan tu ke ?"
"Zac !! Kalau you pun nak buat I sakit hati macam dia , better you go..."
"Okay okay.. I minta maaf.."
"Tak payah nak pegang pegang I. Ni rumah dia , I tak kisah dengan pandangan dia , tapi dalam rumah ni , ada pembantu dia. Tak payah melebih."
Zacran hanya mengangguk. Kyra sudah menengguk air di atas meja itu. Menghilangkan panas di hatinya. Melihat reaksi suaminya yang tenang tadi juga cukup menyakitkan hatinya.
__ADS_1