
Selepas makan Bik Ani menolong Kyra membersihkan diri . Kyra sudah siap mandi , dia kembali ke katil. Kakinya masih belum gagah untuk banyak melangkah , dia masih memerlukan bantuan org sekeliling untuk memapahnya atau mengunakan kerusi roda.
Bik Mona membuka pintu setelah dibenarkan masuk oleh Kyra. Di tangan Bik Mona ada bekasan air dengan tuala , dia mendekati Kyra dan Bik Ani di katil.
"Cik Puan , saya letakkan ais kejap ya."
Bik Mona meminta izin sebelum menyentuh kaki Kyra. Kyra menggeleng tak mengizinkan.
"Takpa Bik , saya boleh buat sendiri. Letak je situ. Nanti saya buat."
"Ehh tak boleh , nanti Tengku marah. Biar saya buat. Takpa Cik Puan. Cik Puan kan sakit. Jangan banyak bergerak."
Kyra hanya membiarkan. Mungkin senang baginya bila ada orang yang menolong. Bik Mona mula meletakkan ais di kaki Kyra yang bengkak. Bik Ani hanya memerhati. Bik Mona menjeling ke arah Bik Ani yang kaku berdiri dari tadi. Mata Bik Ani tak lepas memandang Kyra dari tadi , seperti terpesona.
"Tahulah Cik Puan cantik , tak payah la tengok macamtu sekali. Kerja dah siapkan ? Pergi letak dulang tu kat bawah. Lama lama kat situ kan mengamuk Tengku."
Kyra memandang Bik Mona yang bercakap. Laju Bik Mona menutup mulutnya. Seakan akan terlepas cakap. Tak tahu ke sekarang dia berhadapan dengan isteri Tengku. Lagi mahu mengata Tengku depan depan. Bik Ani yang perasan kecoplosan Bik Mona sudah gelisah tak menentu. Dia mengambil dulang di atas meja.
"Err , ampun Cik Puan. Tak bermaksud apa apa pun , saya cuma nak suruh Bik Ani keluarkan dulang makan tu cepat cepat. Kalau tak cakap macamtu. Dia tak bergerak."
Membulat mata Bik Ani mendengar kata kata Bik Mona. Tiba tiba dia yang kena. Dasar mona , nak lepas diri , aku di salahkan. Bebel Bik Ani.
"Eee jahat ea mulut , nama orang pulak di petik. Dia yang cakap bukan bukan."
Bik Ani menjeling tajam. Geram. Bik Mona hanya menunduk , tangannya masih bergerak dengan ais di kaki Kyra. Kyra hanya sorok senyum. Rupa rupanya mereka takut dengan Tengku Farathid , siapa yang tak takut , asyik nak membaham orang je kerja bila marah. Benci Kyra dalam hati , mengingatkan perangai Tengku Farathid.
"Takpa Bik Ani , pergi je keluarkan mangkuk tu semua kat bawah."
Kyra memaniskan muka. Bik Ani melangkah keluar dari bilik.
"Bikk...."
"Bik Mona Cik Puan."
__ADS_1
Bik Mona mengangkat muka memandang Kyra. Serba salah rautnya. Bimbang Kyra marah dengan kata katanya tadi pada Tengku Farathid, padahal Kyra sedikit pun tak ambil kisah , hanya saja Bik Mona dan Bik Ani yang takut.
"Iya Bik Mona , tak payah la macamni , saya tak report kat Tengku ."
Bik Mona sudah tersengih sengih mendengar kata kata Kyra.
"Maaf Cik Puan."
Bik Mona kembali menundukkan kepalanya , meneruskan kerjanya.
"Err , Tengku buat apa kat bawah ?"
Soalan itu muncul juga dari mulut Kyra.
"Tengku dah keluar tadi , masa Cik Puan makan kut. Dia tak sarapan pun , terus keluar dengan Sabhi."
"Sabhi ?"
"Iyaa , pemandu rumah ni."
Kyra mengangguk faham. Bagus la kalau dia dah keluar. Kyra senyum.
"Dia pergi mana?"
"Errr , tak tahu Cik Puan."
"Hurmmm. Bik , nanti saya nak keluar ea."
"Ehh , keluar ke mana Cik Puan. Kan kaki ni tak baik lagi."
"Keluar dari bilik ni."
"Ooooo. Boleh boleh. Bik Mona ada. Jangan bimbang. Cik Puan tak pernah datang lagi kan rumah ni ? Yelaaa , saya kat sini lima tahun bekerja dengan Tengku kut , tak ada nampak Tengku bawa Cik Puan lagi. Tut tut Tengku bawa isteri terus balik sini."
__ADS_1
Bik Mona sudah tersengih sengih menjelaskan. Kyra hanya senyum.
"Saya ingat Sabhi bergurau haritu , cakap Tengku nak kahwin. Ehh betul rupanya. Dah la isteri cantik macam bidadari macamni. Ehh ke Cik Puan memang bidadari yang jatuh dari langit , tiba tiba muncul dalam hidup Tengku."
Bik Mona sudah tergelak. Ceria orangnya. Kyra hanya memaniskan wajahnya. Tak tahu la Bik Mona ni memuji dirinya atau memerli. Tiba tiba muncul ? Tak muncul lagi elok kut , bebel Kyra sendiri.
"Bik , ada siapa siapa ke kat bawah ? Sebab saya dari semalam kat sini, tak orang lain pun yang masuk bilik ni ?"
Soal Kyra pelik. Harini hanya Tengku Farathid dan bibik bibiknya saja yang kelihatan. Bik Mona sudah pelik , mungkinkah di maksudkan Kyra , orang tuanya Tengku Farathid . Mustahil Kyra tidak mengetahui hal yang terjadi , sedangkan dia isteri majikannya sendiri.
"Err , maksud Cik Puan , daddy dan mummy Tengku ke ?"
Kyra mengangguk laju. Bik Mona sudah mengerutkan dahi , hairan. Tengku Farathid tak memberitahu pada isterinya tentang hal yang terjadi pada keluarganya. Bimbang Bik Mona dengan soalan yang di tanya Kyra. Dia tak berani mengatakan sendiri, lebih baik Kyra tahu sendiri dari Tengku Farathid. Dia tak mahu menanggung apa apa risiko akibat mulutnya. Dia tahu benar dengan perangai Tengku Farathid , sekali dia marah , tiada lagi peluang kedua.
"Errr , betul ke Cik Puan tak tahu ? Saya bukan niat nak kurang ajar Cik Puan. Cuma lebih baik Cik Puan bertanya sendiri dengan Tengku. Saya takut takut terlepas cakap."
Bik Mona serba salah dibuatnya. Dia menundukkan kepala. Kyra bertambah hairan , dah kenapa . Apa susah sangat nak cakap pasal ni. Ke Tengku Farathid bergaduh dengan keluarga sebab kahwin dengan dia. Keluarga Tengku Farathid suruh kahwin dengan Tengku Amanda , Tengku Farathid tak nak ? Lepastu keluarga dia merajuk , lari ke luar negara ? Eh ada pulak orang tua yang lari kan diri? Bebel Kyra sendiri. Dia binggung. Dia tak mengetahui apa apa mengenai Tengku Farathid, suaminya sendiri. Soalan hatinya di biarkan tergantung sendiri.
Bik Mona menolak kerusi roda Kyra berhampiran kolam ikan . Air terjun buatan disitu nampak tenang dengan keadaan kolam yang di hadiri ikan ikan emas. Dari situ kelihatan kolam renang yang agar luas di hadapan sana menghadapnya. Sungguh kemas dan teratur laman di rumah itu dengan binaan pondok kayu berdekatan kolam renang dan kolam ikan.
"Nanti Cik Puan dah boleh teman Tengku berenang laa , tak ada dah Tengku sorang sorang kat sana."
Kyra pura pura senyum.
"Tak sabar saya , nanti dah ada kanak kanak kat rumah ni , mesti meriah sikit. Tak lah sunyi macam sekarang. Kan Cik Puan."
Bik Mona sudah membuat muka terujanya.
"Bikk , tak payah fikir ke situ."
Mendengar nada suara Kyra yang serius, tiba tiba saja reaksi wajah Bik Mona bertukar. Dia salah cakap ke ? Cik Puan macam tak suka dengan kata katanya.
"Errr , maaf Cik Puan....."
__ADS_1
"Bikk , bik pergi la buat kerja yang mana patut. Tinggal kan saya kat sini. Nanti kalau saya nak apa apa saya panggil ya.."
Kyra bertutur lembut. Tak mahu Bik Mona terasa dengannya. Bik Mona mengangguk angguk sebelum meninggalkan Kyra sendirian di depan kolam.