Kyraa Dan Pria Terhebat

Kyraa Dan Pria Terhebat
Part 16


__ADS_3

Pengawal peribadinya muncul bersama doktor di muka pintu setelah di buka Tengku Farathid. Pandangan mereka teralih pada pakaian Tengku Farathid yang terbiar di lantai. Mereka mengawal raut wajah.  Segan pula ingin masuk ke bilik pengantin baru.


"Doctor , Tengku."


Pengawal peribadinya Beego menunduk hormat. Membawa doktor Rina padanya. Setelah mendapat arahan dari Tengku Farathid, Beego terus bergerak menjemput doktor Rina. Tengku Farathid mengangguk.


"Awal pulak sampai."


"Rumah saya kan dekat area sini Tengku. Lagipun Tengku cakap emergency , saya suruh Beego drive secepat mungkin. Cik puan okay ?"


Pelik jugak Doktor Rina dengan Tengku Farathid, tadi resah gelisah suruh dia cepat ke sini , bila sampai riak wajah Tengku Farathid macam tak menyukainya. Dia hanya mengikut arahan. Tengku Farathid terasa baru sedar dari mimpi , dia meraup mukanya kemudian memandang Kyra di dalam sana. Dia hilang kawalan lagi. Dua kali dia menyakiti Kyra untuk malam ini saja. Dia khilaf. Amarahnya selalu tak terkawal.


"Yee , masuk laa."


Doktor Rina memasuk bilik mengikuti langkah Tengku Farathid. Tengku Farathid mengambil bajunya di lantai di pakai kembali , selamba sahaja . Beego sudah pergi menunggu di lobi hotel. Doktor Rina memandang wajah Kyra , wajahnya sedikit kusut , matanya memerah sedikit bengkak tapi tidak langsung memburukkan wajahnya , dia tetap cantik. Dia memeriksa kaki Kyra. Dia menyemburkan sesuatu ke arah kaki Kyra sebelum membalutnya kemas.


"Cik puan terseliuh sikit je. Tak ada apa yang teruk. Cuma jangan banyak gerakkan kaki kanan ni dulu then esok pagi letak kan ais kat area sini ye. Untuk surutkan bengkak."


Terang Doktor Rina pada mereka. Tengku Farathid hanya mengangguk faham. Cukup lega cedera Kyra tidak teruk.


"Doc boleh tolong wife I salin baju , I rasa dia tak selesa dah dari pagi pakai baju ni. Ke you nak mandi sayang ? I ke bawah ambil barang kejap. Nanti you bagitau doc ea nak mandi or salin saja. Malam ni kita balik."


Tiada barang yang perlu di ambil Tengku Farathid, hanya saja dia mahu membiarkan Doktor Rina menguruskan Kyra. Dia tahu Kyra tidak selesa dengannya. Tengku Farathid mengucup lembut dahi Kyra sebelum dia melangkah keluar membiarkan Doktor Rina dan Kyra.


"Cik puan nak mandi ?"


Doktor Rina bertanya lembut.


"Doktor pergi lock dulu pintu tu. Kalau pintu tu dah lock , baru saya nak mandi."


Mendengar kata kata Kyra , Doktor Rina mengerutkan dahinya , pelik. Dia hanya menuruti arahan Kyra. Pintunya di kunci dan Doktor Rina memapah Kyra perlahan ke bilik air.


*****

__ADS_1


Setelah selesai menguruskan Kyra. Doktor Rina membuka pintu bilik itu , terkejut dia melihat kelibat Tengku Farathid dan pengawal peribadinya sudah berdiri tegak di dinding hadapan pintu. Tengku Farathid sudah menyandarkan badannya pada dinding di hadapan pintu bilik itu. Gayanya bersahaja. Doktor Rina memandang kerusi roda di sebelah Beego. Cepat betul buat kerja. Doktor Rina senyum. Kan bertuah kalau dia bersuamikan lelaki seperti Tengku Farathid. Pasti dia di jaga baik. Doktor Rina berangan sendiri.


"Sorry Tengku. Tadi Cik Puan suruh lock pintu."


Tersengih segan Doktor Rina menjelaskan. Tengku Farathid hanya mengangguk. Wajahnya serius sahaja , seperti tidak ambil kisah. Dia memasuki bilik itu , Beego menolak kerusi roda di belakang mengikuti langkah Tengku Farathid. Sampai saja di katil , Tengku Farathid memapah Kyra duduk di kerusi roda. Melihat Kyra sudah duduk di kerusi roda laju Doktor Rina mendekati mereka untuk menolak Kyra keluar dari bilik.


"Tak payah . I ada."


Tengku Farathid menghalang , Doktor Rina mengangguk faham. Beego mengambil beg Tengku Farathid dan Kyra di almari serta blazer dan bow tie milik Tengku Farathid di lantai. Mereka mengikuti langkah Tengku Farathid keluar dari bilik. Tangan Tengku Farathid taknak diam , dalam masa menolak kerusi roda Kyra , pipi Kyra di usapnya jugak dari belakang. Oleh kerana masih ada Doktor Rina , dia hanya membiarkan perlakuan Tengku Farathid. Selesai mereka menghantar Doktor Rina , kereta mereka sampai di rumah Tengku Farathid. Tengku Farathid turun , Beego mengambil kerusi roda di bawa kearah pintu Kyra. Dia membuka pintu.


"Kat mana ni ? I nak balik la."


Kyra bersuara hairan. Tengku Farathid sudah menghulurkan tangannya kepada Kyra.


"Kita dah sampai. Jom."


"Sampai mana ? I nak balik. Hantar I balik."


"Sayang , we are home. Ni rumah kita la , nak balik kat mana lagi.?"


Tengku Farathid menahan gelaknya. Dia memandang wajah Kyra yang takut.


"Noo , I nak balik. Rumah papa."


"Takk , kita tak duduk dengan papa dah , you duduk dengan I . Kat sini , rumah I . Rumah kita ni."


Mata Kyra sudah berkaca. Sampai hati papa tak bagi tahu semua ni pada dia. Kenapa papa biarkan lelaki ni bawa dia balik sesuka hatinya. Hati Kyra sakit. Dia tak rela untuk berjauhan dengan Dato Malek. Dia tak nak tinggal dengan  Tengku Farathid. Hatinya berkeras juga.


"I taknak , I nak stay dengan papa."


Kyra memandang kearah lain. Tak mahu mengikuti Tengku Farathid. Tengku Farathid memeluk badan Kyra mengambil dia keluar dari kereta. Kyra sudah menjerit kecil. Dengan keadaan kakinya itu , dia terpaksa mengalah. Dia sudah berada di kerusi roda. Airmatanya menitis jugak. Tengku Farathid mengesap lembut air yang turun dari matanya. Di duduk menghadap Kyra seketika.


"You tinggal dengan husband you. Bukan penculik yang nak bunuh you. Stop crying. I akan jaga you macam mana papa you jaga. Boleh tak jangan menangis ?"

__ADS_1


Lembut Tengku Farathid bertutur. Kyra berpaling muka ke arah lain. Benci. Tengku Farathid hanya senyum , dia bangun dan menolak kerusi roda menuju ke pintu utama. Pipi Kyra seketika di usap perlahan , Kyra menolak laju tangan Tengku Farathid. Dia senyum. Kini hanya tinggal dia dengan Kyra. Hatinya berlagu bahagia.


**********


"Dulu berat you 48kg je kan. Sekarang dah naik ke apa ? Dah jadi 70kg lebih ea ? Lengguh dah tangan I ni ?"


Dia menghadap Kyra di atas katilnya. Lengan kanannya di picit picit , bibirnya masih mengukirkan senyuman. Mahu menyakat Kyra. Mahu tak mahu Kyra terpaksa membiarkan Tengku Farathid untuk mendukungnya menaiki tangga. Kyra menjeling tajam.


"You ni memang psycho kan. Semua benda pasal I you ambil tahu. Sampai berat badan I pun ?"


"Kena la ambil tahu , wife I kan. Takkan I nak ambil tahu pasal perempuan lain."


Tengku Farathid gelak kecil. Kyra masih lagi dengan renungan tajamnya. Sakit hati.


"I tak kisah la you nak ambil tahu pasal perempuan lain , I tak peduli. You pun satu , lain kali nak beli rumah besar macamni , beli la yang ada lif , buat lif ke. Ni tak , rumah je besar. So noob."


Tengku Farathid gelak lagi mendengar bebelan Kyra.


"Rumah ni ada dua lif , kanan dan kiri. You ni kalau masuk rumah orang memang tak pandang kanan kiri , pandang straight je yee ?"


"Habis tu kenapa susah susah nak dukung I ??"


"Sajaa , nak bermanja dengan wife I. Nak dukung dukung wife . I rela je lengan tangan I sakit demi isteri I."


Tengku Farathid mengukirkan senyuman.


"Laki gatal."


Tengku Farathid lepas gelak mendengar kata kata Kyra sambil butang bajunya dibuka satu persatu. Kyra kembali takut. Tiada lagi renungan tajamnya pada Tengku Farathid.


"Iya gatal dengan isteri I. I nak mandi kejap. Jangan nakal nakal , kan nanti jatuh pulak , kaki kiri tu pulak kena. I yang susah kena dukung you."


Galak Tengku Farathid menyakat. Dia berpaling menuju ke ruangan dalam yang terletak almari dan aksesorinya , ruangan itu jugak berdekatan dengan bilik air. Kyra lega . Nasib baik bilik dia macamni. Kalau tak jenuh nak lari tiap saat Tengku Farathid menyalin baju.

__ADS_1


__ADS_2