
Mereka tiba di Ngurah Rai International Airport. Tengku Farathid masih memegang erat tangan Kyra. Kyra sudah malas mahu melayan , di biarkan saja. Sabhi dan Beego di belakang menolak troli yang ada , mereka hanya mengikuti langkah Tengku Farathid dan Kyra.
"Tengku Farathid."
Seorang pemuda menghulurkan tangannya ke arah Tengku Farathid , menyalam mesra.
"Selamat datang Tengku dan Nyonya. Saya Zoni dari Samabe , Pak Steffan yang mengirim saya supaya membawa kalian ke villa. Pak Steffan udah kabarin sama Tengku kan. ?"
"Iya Zoni."
Tengku Farathid berpaling belakang memandang Beego dan Sabhi supaya mendekati.
"Kereta kat mana ?"
Beego sudah di depan Zoni bersuara. Zoni hanya menunjukkan arah luar dari airport itu. Mereka melangkah mengikuti Zoni.
"You ni ke mana mana pun nak kena bawa orang orang you ke ? Memang tak pandai buat sendiri .?"
Kyra menekam sedikit suaranya ke arah telinga Tengku Farathid. Bimbing Sabhi di belakang mendengar. Tengku Farathid hanya tersenyum , sepantas kilat pipi Kyra di ciumnya , dada Tengku Farathid di tumbuk kuat selepas itu. Kyra memandang sekeliling , bimbang kelakuan Tengku Farathid padanya di perhatikan. Tengku Farathid senyum lagi.
"Kenapa ? You nak honeymoon berdua dengan I je ke ? Biar orang lain tak ganggu ? Sweet sangat ni ."
Tengku Farathid mencuit hidung Kyra , Kyra mengosok gosok laju hidungnya yang di sentuh Tengku Farathid. Kyra menjeling tajam ke arah suaminya. Tengku Farathid hanya senyum.
"Tolong sikit , you tak rimas ke kehulur hilir bawa orang orang you. Macam tak bebas je."
"Takk , nanti senang nak suruh dorang cari you kat sini , takut takut you lari ikut mamat indo kat sini."
Kyra memandang tajam Tengku Farathid di sebelah.
"You suka mamat indo ke ?"
Tengku Farathid tahan gelak. Kyra menyiku kuat tepi perut Tengku Farathid. Mukanya masam saja.
__ADS_1
"Okay okay , I rasa you suka I lebih sikit dari mamat indo. Kan ?
Tengku Farathid merapatkan tubuh Kyra ke badannya. Wajahnya tak lepas dari senyuman , suka menyakat isteri di sebelah. Kyra masam saja , malas hendak melayan.
" Tengku ."
Tengku Farathid menoleh ke depan setelah namanya di seru Beego. Langkahnya jugak mati , Zoni dan Beego sudah berdiri tegak di depan mereka bersama seorang lagi lelaki. Leka sangat mengusik Kyra sampai tidak perasan dia sudah di depan kereta. Kyra senyum mengejek , padan muka. Sabhi di belakang sorok senyum , senang hati melihat majikannya bahagia bersama isteri , bukan mudah untuk lihat Tengku Farathid senyum sentiasa , dia sedang bahagia , Sabhi yakin.
"Bagas , Tengku. Supir kita."
Zoni memperkenalkan lelaki di sebelahnya. Tengku Farathid hanya mengangguk. Zoni mengarahkan Bagas masuk kembali ke dalam kereta Vellfire putih. Pintu untuk mereka di buka. Beego dan Sabhi mengangkat semua bagasi masuk ke bonet belakang.
******
Tengku Farathid memeluk erat Steffan. Kyra di sebelah menjadi pemerhati.
" Congrats man. Happy honeymoon."
Steffan memandang Kyra di sebelah Tengku Farathid. Menghulurkan tangan , bersalam.
"Cantik banget. Gimanalah si bro nggak tertarik , mbaknya cantik gini."
Kyra hanya memaniskan wajah. Mereka sama sama pandang Kyra. Tengku Farathid mendekatkan Kyra ke tubuhnya , memeluk erat. Steffan hanya senyum , gembira melihat sahabatnya bahagia.
"Apa khabar ? Sihat nggak ? Lama banget ni nggak main ke sini. Datang datang aja bawak isteri."
"Baik. Tak ada masa bro , busy sikit kat Malaysia. Tahu la macam mana kan. Kau sihat ke ?"
"Okay okay aja ni man , iya cuma beda sekarang kau sudah beristeri lah , aku nggak. Itu aja."
"Iyaa , nanti kau kahwin jangan lupa jemput aku , aku datang even jauh pun. Bisnes macam mana ? Okay tak ?"
"Sekarang baik baik aja man , gini gini ya , aku udah siapin servis tip top la buat kalian , nggak bakalan nyesal kau pilih villa aku lah."
__ADS_1
"Thanks bro."
"Iya udah , istirehat dulu lah , kalian pasti capekk kan seharian di pesawat. Kalo butuh apa apa langsung kabari aku ya Athid. Enjoy your holiday man."
" Okay bro , thanks again."
*****
Kyra memandang pantai di hadapan cermin kaca itu , air yang biru , pasir yang putih jelas kelihatan dari situ , dia menolak cermin kaca itu ke tepi , kaki melangkah keluar dari pintu kaca itu selangkah , dia memandang ke kiri , kolam renang yang besar kelihatan , air yang jernih kebiruan di dalamnya dengan persekitaran indah pantai itu sungguh mengoda jiwanya , dia kembali memandang pantai di hadapannya kira kira lima meter dari tangga itu. Kyra memejam mata seketika menikmati angin yang sempoi sempoi membelai dirinya. Sentuhan tangan pada pinggang mengejutkannya , ranggulan itu sudah kemas untuk dia melepaskan , Tengku Farathid menjatuhkan dagunya pada bahu Kyra , Kyra berpaling muka ke kiri sementara tangannya berusaha membuang ranggulan Tengku Farathid pada pinggangnya.
"Beautiful place with beautiful ladies , what a good moment. I harap you suka tempat ni sayang. Hmm ?"
Tengku Farathid mengangkat dagunya sedikit , pipi kanan Kyra di tujunya perlahan.
"Athid. Tolong..."
" Tolong apa ?"
Suaranya di perlahankan betul betul di telinga Kyra , setiap hembusan nafasnya dapat di dengar jelas di telinga Kyra , ranggulannya masih kemas untuk isteri. Dia memejam mata , menikmati aroma wangian Kyra , sungguh dia menggemarinya , semua yang ada pada Kyra dia menyukai , wangian Kyra , aroma badan Kyra selalu buat dia jatuh cinta. Sungguh Kyra selalu buat dia dalam kecanduan. Kyra sudah tidak keruan , dia betul betul takut. Tengku Farathid membalikkan badan Kyra ke arahnya , wajah pucat Kyra di tatap lama , matanya mula berkaca.
"I tak nak".
Kyra memejamkan lama matanya , tak sanggup untuk menatap lama dengan sepasang mata itu.
" Kenapa ? Apa lagi you nak tunggu ? Tunggu Zacran ?"
"Tak , please . You cakap you akan tunggu I terima you. Bukan macam ni. Please Athid. Beri I masa . You cakap nak jadi husband baik untuk I kan. Bukan macam ni cara dia. I tak sedia."
Setitis airmata Kyra jatuh juga. Tengku Farathid melepaskan ranggulannya perlahan pada Kyra , dia mengesat perlahan pipi Kyra yang basah dengan airmata.
"Iya , of course , i will. I akan tunggu you. I percaya you akan lupakan Zacran. You isteri I. Sekarang dan sampai bila bila pun akan jadi milik I."
Tengku Farathid senyum , mata mereka bertatapan seketika. Kyra diam. Lega , lelaki ini sudah berhenti dari tingkah gilanya. Tengku Farathid memeluk erat wanita yang di sayanginya itu , semoga suatu hari nanti , wanita ini akan terima dia seadaanya.
__ADS_1