
Tengku Farathid mengosok belakang Kyra , pili air di sinki itu di biarkan terbuka , melihat Kyra yang sudah sedikit lega itu , Tengku Farathid mencuci bibir Kyra dengan tanganya. Sesekali dia mencuci tangannya dengan air , kemudian mengelap bibir Kyra kembali. Wajah Kyra yang pucat itu di tatap lagi. Hatinya tersentuh pedih. Kyra menolak perlahan tubuhnya , mungkin tenaga kuat Kyra sudah perlahan hilang kerana alahan yang di terima.
"Tak payah sentuh lah!"
Tengku Farathid melepaskan perlahan pelukannya.
"Semua yang sayang makan tadi dah keluar , nanti I suruh Bik Ani buatkan bubur ya ?"
Tengku Farathid menjarakkan sedikit dirinya dengan isteri , memberi ruang untuk isterinya.
"Tak payah.."
Kyra mengkumur mulutnya. Wajah suami langsung tidak di pandangnya.
"Cik Puan nak makan apa apa ? Bik Ani boleh buatkan."
Bik Ani di belakang sudah bersuara. Kyra menggeleng lagi.
"Bik Ani , lepasni Bik Ani kena masak masakan yang sihat sihat untuk Cik Puan. Dia tak boleh makan yang pelik pelik dah lepas ni. Biar mummy dengan baby dalam perut ni sihat."
Tengku Farathid senyum. Terlopong Bik Ani mendengarnya , mata dia sudah bersinar , bahagia mendengar berita itu.
"Cik Puan mengandung ?? Syukur.... Tengku akan dapat baby."
Bik Ani sudah ketawa , Tengku Farathid senyum mengangguk angguk. Bik Mona meluru datang ke arah mereka .
"Cik Puan hamil ??"
Membulat matanya memandang Bik Ani. Bik Ani senyum. Dia mengangkat ibu jarinya kepada Bik Mona. Bik Mona ketawa besar. Matanya sudah bersinar sinar.
"Yess !! Tak sabarnya.... mesti semua comel comel macam daddy dengan mummy dia."
Tengku Farathid tersenyum bahagia mendengar kata kata Bik Mona. Kyra menoleh pandang ke arah mereka.
"Lepasni tak payah cakap benda ni lagi. Rimas lah !!"
Bik Mona yang riang ketawa tiba tiba berhenti. Bik Ani mendiamkan diri. Wajah Bik Mona di pandangnya.. Tak kena lagi ? Mereka bahagia pun salah ke ? Tak pernah pernah Kyra meninggikan pada mereka. Bik Mona menunduk. Kyra mula melangkah meninggalkan mereka.
__ADS_1
"Cik Puan pregnant kan , emosi dia tak stabil sikit. Mesti sebab penat sangat. Bik Mona dengan Bik Ani tolong tengok tengok kan isteri saya nanti saya tak ada yaa. Rasanya Cik Puan belum boleh masuk butik lagi. Alahan dia teruk tu."
Bik Mona dan Bik Ani mengangguk faham. Tengku Farathid senyum sebelum meninggalkan mereka.
"Aku rasa roh mereka dah bertukar kut. Macam mana Tengku yang garang tu boleh jadi lembut macam tu. Cik Puan pulak ambil perangai dia yang dulu."
Bik Mona sudah berbisik pada Bik Ani. Bik Ani laju menepuk bahu itu.
Papp !
"Eyyy kau ni kan , tak baik... Cik Puan tak sihat tu. Muntah muntah je kerja dia. Sebab tu dia jadi macam tu. Biasa lah pembawakan budak.."
"Ya lah , ya lah.... tapi aku memang tak sabar nak tengok baby mereka.. eyyy mesti cute cute."
Bik Ani sudah ketawa semula mendengar kata kata Bik Mona. Sungguh dia teruja untuk menerima kehadiran kanak kanak di rumah itu.
***************
Terasa perutnya di sentuh , Kyra membuka matanya.. Tangan Tengku Farathid di buang dari perutnya. Kyra bangun dari baringnya.
"You buat apa ni ? ***** you memuncak ke sekarang ? Pergi lah ke hotel tu , you nak sentuh sentuh I kenapa ?"
Kyra menolak dada Tengku Farathid. Menghalang lelaki itu mendekatnya.
"You bangun sekarang... bangun !"
Cepat tubuh itu berdiri dari duduknya dari birai katil itu. Mata redupnya memandang Kyra.
"Jangan nak sentuh sentuh I. You pergi sentuh perempuan tu. Tak payah nak rindu. Dalam mata you tu penuh dengan ***** semata. Tak payah nak pandang I macam tu. I benci lah ."
Tengku Farathid memejam matanya perlahan , menarik nafas. Mengawal perasaannya.
"Kyra... sekarang I tak boleh nak buktikan apa apa. I tahu ! You tak akan mudah percaya I. Tapi apa yang I cakap tak ada bohongnya.. I tak buat semua tu dengan Alana... sayang I hanya dekat you. I nak jaga you , dengan keadaan you macam ni. Baby kita... tolong la terima."
"I tahu , motif you sekarang hanya mahukan anak dalam kandungan I. Tapi I tak boleh jamin , boleh ke budak ni terus ada dalam ni."
"Kyra !!! Tolong lah... tu baby kita... anugerah yang tuhan bagi dekat kita."
__ADS_1
Kyra masih belum puas. Dia mula berdiri. Melawan tatapan Tengku Farahid.
"Ni bukan anugerah. Ni bala untuk I ."
"Kyra... sedar tak apa yang you cakap ni !!"
Tengku Farathid cepat mendekat , bahu Kyra di pegang keduanya.
"Jangan buat baby kita macam ni , sayang.. jangan keluar kan kata kata macam tu lagi.. tak baik..."
Dada Tengku Farathid di tolak kasar. Berundur sedikit badan itu kebelakang.
"I tak nak you sentuh I. Tak payah nak sentuh perut I sekali pun.. lagi sekali you sentuh sentuh I , I akan keluar dari rumah ni. Baby ni pun tak akan selamat. You ingat kata kata I Farathid. Jangan ingat I tak berani nak buat.."
Tengku Farathid menggeleng perlahan kepalanya , kata kata Kyra untuknya bagai sembilu yang singgah dalam ke hatinya. Sakitnya hanya tuhan yang tahu. Matanya sudah memerah , apa lagi daya dia seorang suami ketika ni , keselamatan Kyra dan bayi mereka sekarang adalah keutamaan yang pertama.
"Lepas sembilan bulan , I tak nak tengok muka you lagi. You ingat tu. So you tak payah lagi bersikap hipokrit depan I. Sebab lepas semua yang jadi. Tiada sikit pun rasa sayang I dekat you. You langsung tak ada kat hati I."
Tengku Farathid mengangguk perlahan. Kata kata isterinya di terima dengan hati yang tidak ikhlas. Sebegitu sekali dasyatnya fitnah yang di lemparkan pada dirinya sehingga Kyra mencampak dia jauh dari hati , atau memang dia langsung tiada tempat dia hati Kyra sejak sekian lamanya.
******************
"Tengku.... Tengku Farathid..."
Entah berapa lama dia berkhayal , bila matanya di alih kan , semua mata sudah memandang. Tengku Farathid membetulkan duduknya. Semua pembicangan yang di udarakan tadi , tiada satu pun singgah di kepalanya.
"Tengku okay ke ?"
Nuzul yang duduk berdekatan dengannya menyoal lembut. Tengku Farathid mengangguk.
"So Tengku.. tema ni mendapat persetujuan dari semua pihak. So untuk tahun ni , company akan mengikut tema ni. Tengku boleh tengok semua yang kami paparkan dekat screen tadi kan ?"
Matanya beralih ke arah screen itu. Dia mengangguk lagi. Semua pekerja mengangguk , menerima persetujuan dari Tengku Farathid.
"Tengku ada apa apa plan yang lain untuk majlis tu ?"
"No Nuzul. Siapkan semua seperti yang di rancang. I'm okay with that."
__ADS_1
Nuzul tersenyum seraya mengangguk faham. Yang lain sudah tersenyum.