
Pejam celik , usia kandungan Kyra makin bertambah , perutnya juga sudah membesar.. Kyra membelai lembut rambut suaminya itu , terasa lembut sentuhan tangan Tengku Farathid pada perutnya.. Tengku Farathid yang berbaring pada paha Kyra sudah tersenyum , sesekali wajah cantik isterinya di pandang..
"Harini tak masuk office lagi ?"
Kyra sudah bertanya , jam di dinding di liriknya. Pukul 10 pagi. Sudah dua hari suaminya tidak ke hotel , hanya menemaninya di rumah.
"Takk.. I risau , tarikh ni kan tak lama lagi.."
Tengku Farathid menjawab. Kyra sudah tersenyum lebar..
"Lambat lagi la sayang.. seminggu lagi.. you boleh masuk office.. I okay je.. Bik Mona dengan Bik Ani ada kan ?"
Kyra cuba menyedapkan hati suami. Tengku Farathid sudah tak sabar sabar menantikan kelahiran baby mereka. Setiap saat dia mahu bersama Kyra , tak mahu berenggang walaupun sesaat.
"Mana boleh.. tunggu masa je ni nak meletup. Kalau I tak ada , susah.."
Pipi Tengku Farathid sudah di tampar lembut oleh Kyra..
"Risau tak bertempat kan.."
Tengku Farathid tersengih..
"Risau sebab sayang.. aaaa ! Ada apa apa lagi nak tambah tak untuk baby ?"
Tengku Farathid bertanya teruja. Kyra sudah menggeleng perlahan.
"Kat bilik tu dah penuh barang baby , sayang.. nanti kita masuk bilik tu , entah entah tak jumpa baby sebab barang banyak sangat , ishh.."
Tengku Farathid sudah tergelak mendengar usikan isterinya.. pipi Kyra di sentuh lembut..
"Sayang..."
Tengku Farathid memanggil lembut.
"Hmm.."
Kyra menyahut cepat..
"I love you.."
Kyra senyum mendengar luahan Tengku Farathid..
"I love you more husband.."
*****************
__ADS_1
Kyra menuruni anak tangga itu penuh berhati hati.. perutnya di pegang lagi , peluh mula keluar pada dahi itu. Wajah Kyra sudah berkerut menahan sakit yang perlahan lahan muncul itu..
"Sayang.."
Kyra memanggil perlahan.. Kelibat Tengku Farathid tidak muncul.. matanya melilau mencari suami sambil kakinya menuruni tangga itu.. sakit itu tiba tiba saja mencengkam hebat pada perutnya. Kyra mengigit bibir menahan sakit..
"Sayanggg !!"
Panggilannya makin kuat.. tubuhnya terasa semakin lemah , akhirnya kaki itu melangkah hingga anak tangga terakhir.. wajah Kyra sudah sedikit kemerahan.
"Sayangg.......!"
Laung Kyra sekuat tenaga , kelihatan Tengku Farathid berlari ke arahnya.. Bik Ani dan Bik Mona juga sudah kelihatan kelibat mereka.. Laju saja tubuh itu di paut Tengku Farathid , dapat dia lihat wajah Kyra yang sudah mula berpeluh itu.. tangan Tengku Farathid di cengkam kemas Kyra..
"Sayang.. sayanng... kenapa ? Baby nak keluar ?"
Tengku Farathid sudah nanar bertanya , tangannya sudah merah di cengkam Kyra.. Kyra mengangguk angguk..
"Sa..sakit sayang..."
Perlahan dari Kyra.. Laju saja Bik Mona berlari ke muka pintu utama rumah itu , ingin mengabarkan kepada Sabhi dan Beego supaya bersiap sedia..
"Jom jom.. sabar yaa.. kita pergi hospital. Tahan sikit."
****
Katil itu di tolak jururawat.. Tengku Farathid mengenggam erat tangan Kyra , sebelah lagi menyentuh lembut wajah Kyra , menenangkan isterinya dari kesakitan.. sesekali wajah Kyra memejam rapat matanya , menahan rasa sakit yang ada.. dapat Tengku Farathid rasa , genggaman kuat Kyra pada tangannya.
"Sabar sikit ya sayang.. Isteri I kuatt kan?"
Sedikit bergetar suara Tengku Farathid , gusar hatinya melihat keadaan isteri yang dalam kesakitan itu.. tak sanggup rasanya berdepan dengan isteri dalam keadaan begini , sungguh dia takut.. perasaan risau bimbang takut semua bercampur baur sekarang.. akhirnya katil itu memasuki ruang bersalin. Jururawat menahan seketika.
"I nak masuk sekali , teman wife I.."
Serius suara Tengku Farathid. Jururawat itu hanya mengangguk.
"Tengku pakai baju dulu.."
Arah Jururawat , mereka masuk ke dalam ruangan itu. Tengku Farathid mengenakan baju yang telah di sediakan pihak hospital. Selepas itu laju saja dia mendapatkan kan isterinya kembali. Tangannya menyentuh lembut ubun ubun Kyra. Dahi Kyra di kucup lagi..
"Sakit kejap je sayang.."
Kyra mengangguk angguk mendengar kata kata Tengku Farathid , mata suaminya di pandang kasih.. tangannya di genggam erat.. Airmata Kyra yang keluar perlahan itu di sapu lembut oleh Tengku Farathid..
"I minta maaf.. kalau ada perbuatan atau kata kata I yang menyakitkan hati you. I sayang you sangat.."
__ADS_1
Kyra mengucap perlahan.. Tengku Farathid menggeleng..
"Tak ada sayang.. kalau ada.. I dah maafkan semua.. tak ada dosa you pada I.. jangan risau , sakit ni kejap aje.. I sayang you juga.. tahan untuk anak kita ya.."
Kyra memejam mata seketika , rasa sedih itu cepat cepat di usir pergi.. tangan suaminya di bawa ke wajahnya , mencium lembut tangan itu , cuba mencari kekuatan.. Tengku Farathid senyum sebelum dia mencium lama dahi Kyra..
Doktor menyentuh perut Kyra seketika.. kemudian dia beralih arah.. memeriksa lagi.
"Tarik nafas.. jalan dah terbuka ni Cik Puan.. kalau saya cakap push , push ya.."
************
Tidak semena mena airmatanya jatuh , wajah si kecil itu di tatap lama.. si kecil itu sudah dalam gendongannya.. di cium lembut pipi si kecil yang masih merah itu lama , seorang jururawat mendekat ke arah Tengku Farathid , seorang lagi bayi di gendongan jururawat itu di tunjukkan kepada Tengku Farathid.. Tengku Farathid tersenyum bahagia , bayi kembar comelnya telah selamat di lahirkan.. kelihatan jururawat masuk ke bilik itu menolak Kyra dengan katilnya , wajah Kyra yang pucat itu di pandang Tengku Farathid.. Kyra membalas pandang itu , dia memaniskan wajahnya , tersenyum nipis.. Tengku Farathid mendekati setelah katil itu di letak kemas oleh jururawat.. dalam keadaan bayi masih dalam gendongannya , Tengku Farathid mencium lembut dahi isterinya , setelah itu bayi lelaki dalam gendongannya di beri kepada Kyra.. kemudian dia mengambil bayi dari pegangan seorang jururawat lagi.. bayi perempuan itu di cium Tengku Farathid..
"Cik Puan rest dulu yaa.. kalau ada apa apa yang di perlukan , boleh panggil kami.. ahli family lain dah boleh masuk melawat.."
Jururawat itu mengundurkan diri setelah bersuara.. Kyra sudah berkaca matanya menatap si kecil dalam gendongannya.. pipinya sudah di ulas lembut oleh suami.. menenangkan..
"Baby comel macam daddy kan..?"
Tengku Farathid berkata , sambil bayi perempuan itu di tunjukkan wajah pada Kyra..
"Yang ni macam mummy.."
Kyra sudah tersenyum mendengar kata kata Tengku Farathid.. Pintu di buka dari luar , wajah mereka sudah senyum sampai ke telinga.. mereka mendekati katil Kyra , Tengku Farathid membalas pandangan mereka , tersenyum bahagia.. Dato Malek laju mendapatkan bayi dalam pegangan Tengku Farathid, wajahnya sudah teruja..
"Cucu papatuk.. comel sangat ni.."
Si kecil itu bertalu talu di cium oleh atuknya.. Juwita mendekat dan mengambilnya dari pegangan Kyra , Kyra hanya membiarkan.. Tengku Farathid sudah duduk bersebelah dengan isterinya..
"So somel baby auntie Ju.. eee.. muka macam daddy dia.. so handsome.."
Juwita berkata selamba.. Kyra buat buat batuk.. Tengku Farathid sudah ketawa , Juwita menjeling manja kepada Kyra , Kyra sudah membuat muka seriusnya.. akhirnya ketawa Juwita terburai..
"Ishh.. nanti kita jodohkan anak kita yaa.. aku dah booking ni.. jangan bagi orang lain.."
Sambung Juwita lagi.. ada saja benda yang nak di guraunya..
"Alahh , calon dah ada ke tu ?"
Mendengar pertanyaan Kyra , Juwita sudah mengigit bibirnya , wajahnya di seriusnya kepada Kyra , kini giliran Kyra ketawa , faham dengan maksud renungan sahabatnya itu..
"Iya iya... nanti kita jodohkan anak kitaa.. aku tunggu.."
Kyra cuba menyedapkan hati Juwita. Juwita sudah tersenyum.. pipi si kecil itu di ulas ulasnya lembut.. Pintu itu di buka dari luar , Tengku Amanda muncul bersama keluarganya berserta Hans dan keluarga juga.. Kyra dan Tengku Farathid sudah tersenyum..
__ADS_1