
Kyra cuba menghubungi Tengku Farathid , tapi gagal. Panggilannya tidak di jawab. Macam mana hendak dia meminta ampun dari suami. Kyra mengesap matanya , pintu cafe itu di tolak ke luar.
"Kyra....."
Kyra berpaling laju. Darahnya mula naik ke kepala melihat wajah itu. Alana sudah tersenyum di tepi cafe itu. Kyra mendekat , turun dari tangga itu.
"Kat sini kau ? Kau nak apa perempuan ? Puas hati kau sekarang ?"
"Tak puas lagi , sebab aku nak kau bercerai dengan Athid. So bila kau nak bercerai. Aaaa , budak tu dah cakap semua ? So kau percaya lah ?"
"Kau ni memang biadap kan ? Tak ada orang kau nak kacau ?"
Alana ketawa besar mendengar kata kata Kyra. Dia mengangguk anggukkan kepala.
"Sebab kau bodoh , so bila kau nak kawin dengan boyfriend kau , biar aku dengan Athid. Kalau kau tak nak , aku ada. Bagi suami kau kat aku ?"
"Kau memang kurang ajar !"
Kyra mengangkat tangan di halakan kearah wajah Alana , Alana menyekatnya laju , Alana menjatuhkan tangan Kyra sekuat tenaga , laju saja dia mengheret tangan itu , jatuh ke lantai juga akhirnya Kyra. Kyra mengaduh sakit. Perutnya di pegang perit. Alana bagai hilang akal , memijak mijak perut Kyra dengan keras. Kyra sudah menjerit kesakitan.
"Kau ingat kau boleh lawan aku...! Ambik kau !! Nasib baik aku nampak kau berdua kat sini , mudah mudah budak tu kena tipu dengan aku , nak jumpa konon ! Pergi mampus.. !"
Airmata Kyra mula keluar lagi. Perutnya yang senak di sentuh lagi. Cecair merah mula keluar perlahan pada seluar Kyra. Membulat mata Alana , dia memandang sekeliling dengan wajah pucat. Nasib baik tiada orang.
"Alan....alana.. sakit.. tolong , alana."
Terketar ketar bibir Kyra menahan sakit. Alana meramas rambutnya. Keadaan di sekeliling di pandang lagi. Laju saja dia meninggalkan Kyra yang sudah meraung kesakitan. Kyra sudah menangis sendiri.
"Tol..tolong....sakit pa.....Athid..."
Wajah suaminya dan Dato Malek muncul di fikirannya.
***********************
"Saya minta maaf Tengku. Tiada daya saya..... baby tak dapat di selamatkan. Pendarahan Cik Puan sangat banyak.. so kami tak boleh buat apa apa..."
Jantungnya hampir saja gugur , matanya berkaca lagi. Tengku Farathid terduduk di atas kerusi itu . Ini semua bagai mimpi ngeri yang tak terlintas langsung melanda diri , kejadian yang di takutinya akhirnya terjadi jua , Dato Malek menggeleng kan kepala berkali kali , tak dapat menerima khabar yang baru di dengarnya itu.
"Macam mana boleh jadi macam ni doktor ? Dia jatuh macam tu je ?"
"Tak Dato.. saya rasa ni bukan jatuh biasa , ni mungkin di sengajakan."
__ADS_1
"Maksud doktor ?"
Dato Malek sudah pucat mukanya. Sengaja macam mana yang doktor ini maksudkan.
"Iyaa , saya tak rasa Cik Puan hanya jatuh..."
"Iyaa... saya tahu , dia tak nak anak tu..."
Dato Malek memandang laju wajah menantunya bila mendengar Tengku Farathid bersuara. Dia tak rasa Kyra sengaja mengugurkan bayi itu , apa yang ada dalam fikiran Tengku Farathid mungkin tak benar sama sekali.
"Hmm.. biar Cik Puan rehat dulu. Kalau ada apa apa , Tengku boleh jumpa saya untuk pertanyaan ."
Doktor itu senyum kelat sebelum berlalu pergi. Dia tak mahu mencampuri urusan masalah mereka.
"Dia tak nak baby tu... Athid tak sangka dia boleh buat macam ni pa.... kenapa sampai dia buat macam ni ? Berkali kali dia cakap kat Athid , dia tak nak baby tu... sekarang ??? Athid tak sangka..paa..."
Tengku Farathid memejamkan matanya , menunduk ke bawah. Airmata itu menitik laju ke atas lantai. Hatinya sudah ***** di isi rasa perit yang sangat. Dato Malek mendekat , duduk di sebelah Tengku Farathid , menyentuh lembut bahu itu.
"Sabar Athid. Mungkin bukan rezeki korang...."
"Athid dah tak kenal Kyra yang Athid sayang. Dia dah tak ada... dia sanggup bunuh baby kami.. sebab dia nak lepas dari Athid."
"Sebelum ni Athid confident boleh jaga dia.. boleh buat dia sayang Athid macam Athid sayang dia. Tapi tak , Athid tak boleh , Athid langsung tak ada kat hati dia.. Athid penat pa.. maafkan Athid. Mungkin orang lain berhak jaga Kyra , bukan Athid. Sayang dia hanya untuk Zacran sampai dia tak sanggup adakan benih Athid pada rahim dia. Dia bunuh baby kami."
Jemari Dato Malek di pegang kemas sebelum dia mula berdiri , mahu beredar pergi. Tengku Farathid melangkah longlai meninggalkan Dato Malek. Dato Malek menyekat airmatanya yang hampir gugur. Tiada kata kata lagi untuk di berikan kepada menantunya. Hanya luka di hati yang menemaninya sekarang. Bayi itu juga cucunya , semestinya dia merasa juga sakit itu. Dia berdiri membuka pintu bilik itu , sosok Kyra yang lena itu di pandang lagi. Dia menelan liur kesat. Hatinya pedih mengenangkan cucunya yang telah meninggalkannya.
**************
"Paa...."
Dato Malek mengangkat mukanya memandang Kyra yang sudah sedar itu.
"Paa... baby Kyra macam mana pa ? Perut Kyra sakit sangat semalam pa.... baby Kyra okay kan ?"
Dato Malek mengetap bibirnya , menahan perasaan di kala ini. Akhirnya anak perempuannya sedar juga sejak berjam jam yang lalu. Wajah pucat anaknya di pandang sayu.
"Athid mana pa ? Suami Kyra mana ?"
Perlahan Kyra membetulkan baringnya , perutnya masih terasa ngilu. Mukanya berkerut sebaik saja dia menyandar pada kepala katil itu yang di tolongi papanya sendiri.
"Kyra rest la dulu. Jangan banyak bergerak. Perut Kyra luka lagi kan , tak elok bergerak banyak banyak."
__ADS_1
"Pa...."
Kyra memegang tangan Dato Malek , kemas. Meminta papanya menjelaskan pertanyaan yang bersarang di fikirannya. Mata Kyra menatapnya penuh pengharapan.
"Baby Kyra... dah tak ada.."
Ya tuhan ! Membulat mata Kyra mendengarnya , nafasnya seakan tersekat , sukar untuk dia bernafas dengan tenang , bibirnya sudah terketar ketar. Tangan papanya di cengkam kemas. Dia menggeleng berkali kali. Matanya berkaca laju.
"Pa tipu kan... tak kan pa ?? Baby Kyra okay kan ?"
Suara Kyra sudah serak kedengaran. Airmatanya laju membasahi pipi mulus itu. Dia menyentuh lembut perutnya sendiri.
"Baby Kyra dah tak ada... semalam Kyra keguguran. Pendarahan banyak sangat. Baby dah meninggal."
Perlahan ucapan dari Dato Malek , tapi jelas menghiris tajam ke dalam hati Kyra. Kyra sudah tersedu sendiri. Dia menggeleng lagi.
"Pa.... Kyra nak baby Kyra... tolong pa.... Kyra nak baby ni. Suami Kyra mana ? Kyra nak jumpa Athid. Kyra nak cakap baby kita baik baik je."
"Kyra... baby dah tak ada... Kyra kena sedar. Baby Kyra dah meninggal. Cucu papa dah tak ada."
Akhirnya esak tangis Dato Malek kedengaran juga. Badan anak perempuannya itu di bawa ke pelukan , memeluk kemas. Rambut Kyra di usap perlahan.
"Tak ada rezeki Kyra dengan Athid kali ni. Mungkin tuhan nak bagi rezeki yang lain. Kyra kena sabar."
"Kyra nak baby Kyra....pa.. Kyra nak jumpa Athid.. Kyra nak minta maaf dengan dia. Semua salah Kyra. Bawa Athid jumpa Kyra pa.."
"Shhh , dah sayang.. nanti kita jumpa.. Kyra kena rest dulu, biar cepat keluar dari sini."
Kyra membuang pelukan dari Dato Malek. Papanya di tatap lagi.
"Kenapa Athid tak ada sekarang ?? Athid pergi mana ? Kenapa dia tak tunggu Kyra ? Kita keluar sekarang pa. Kyra nak jumpa suami Kyra.."
Airmatanya di sapu lagi , Dato Malek menggeleng perlahan , tidak membenarkan.
"Tak boleh... Kyra kena okay dulu.. baru kita jumpa Athid. Athid tengah sedih , sebab tu dia tak datang. Tak apa , biar papa teman Kyra kat sini. Okay sayang ?"
Dato Malek memegang lembut wajah Kyra. Menenangkan.
"Athid sedih sebab baby kita tak ada kan.. baby Kyra dah tak ada.. semua salah Kyra."
Kyra memejam matanya , menangis lagi. Airmatanya tak penat penat keluar. Kyra di peluk lagi. Sampai bila agaknya airmata itu akan terus keluar , Dato Malek sendiri tak pasti.
__ADS_1