Kyraa Dan Pria Terhebat

Kyraa Dan Pria Terhebat
Part 47


__ADS_3

Tengku Farathid ralit menatap wajah serius isterinya yang sedang mengemaskan slim tie pada lehernya. Laju saja dia mengucup dahi Kyra. Kyra sudah membuat muka geramnya melihat telatah nakal suami. Tengku Farathid hanya senyum.


"Diam diam boleh tak ? Nanti senget ni."


Tengku Farathid menunduk sedikit , melihat sendiri keduduk slim tie pada lehernya.


"Tak boleh , sebab harini isteri I tak dapat kiss lagi , nanti I lupa."


Tengku Farathid membalas selamba.


"You tak pernah lupa , so I tak risau sangat."


Mendengar kata kata Kyra , Tengku Farathid gelak perlahan. Gaun cantik di badan isterinya di pandang lagi. Kyra mengundur sedikit dari Tengku Farathid. Dia mengecilkan matanya , memandang serius pakaian suaminya harini.


"Hmmm , done."


Kyra senyum leret , Tengku Farathid sudah selesai dandanannya. Tengku Farathid berpaling ke arah cermin , dia senyum juga.


"Senang kan dapat husband macam I ni , pakai sikit dah nampak extra handsome."


Tengku Farathid menjeling manja isterinya. Kyra hanya senyum seraya menggelengkan perlahan kepalanya , ada ada saja telatah suaminya.


"You tak bagitahu lagi , party apa harini kan."


Kyra sudah memandang tak puas hati suaminya.


"Kan surprise party , kalau bagitau awal awal tak surprise lah."


Tengku Farathid mengambil kain satin berwarna merah itu , di bawa ke arah Kyra.


"So you should wear this sayang."


Terjongket kening Kyra melihat Tengku Farathid menghulurkan kain itu padanya. Badan Kyra di baliknya perlahan. Kyra sudah membelakanginya.


"Dari sini ? Awal sangat lah ...."


Kyra mula menbantah. Bukakah terlalu awal untuk dia menutup mata , dari bilik mereka lagi.


"Tak awal pun , I kan ada. Don't worry."


Kain itu di ikat di mata Kyra perlahan.


"What about my dress ?"


Kalut Kyra bertanya. Tengku Farathid senyum. Setelah mata itu di tutup rapat dengan kain satin itu , Tengku Farathid merapatkan wajahnya pada telinga Kyra , pinggang Kyra di sentuh lembut.


"You look perfect for me. Always...."


Mendengar bisikan suami , Kyra mengukir senyum.


**********


Kyra memegang kemas lengan Tengku Farathid , berhati hati keluar dari kereta itu , Tengku Farathid senyum lebar.

__ADS_1


"Dah boleh buka kan sekarang .?"


Tanya Kyra cemas..


"Noo.. sabar sikit lagi sayang , kita dah sampai."


Kyra memuncungkan wajahnya. Mengikut saja arahan suaminya , Kyra di pimpin erat oleh Tengku Farathid , langkahnya penuh berhati hati , bimbang kerana penglihatannya masih tertutup. Terasa terhentinya langkah suami , Kyra segera kaku.


"Kita dah sampai kan ?"


Cemas lagi suaranya , Tengku Farathid senyum. Ikatan pada mata isteri di tanggal perlahan. Mata Kyra berkedip berkali kali bagi mengembalikan penglihatan yang jelas. Tengku Farathid di pandang sekilas , sebelum dia memandang sekeliling. Wajah papanya jelas kelihatan , tiga orang pembantu butiknya jugak ada. Kerusi dan meja sudah tersusun kemas dengan kehadiran tetamu , agak ramai. Mereka masih berdiri , Kyra dan Tengku Farathid menjadi tumpuan ketika ini , Kyra memegang kemas tangan Tengku Farathid , mencari kekuatan untuk berdepan dengan umum. Tengku Farathid senyum , terasa kuat cengkaman tangan Kyra padanya.


"Surprise.."


Kyra mengukir senyum pada Tengku Farathid.


"Selamat datang Puan Kyra Mayseera dan suami Tengku Farathid Marteen."


Suara dari speaker itu mengamitkan suasana , masing masing bertepuk tangan. Seorang pemuda datang menghampiri mereka , menghulurkan kotak yang berisi gunting di dalamnya. Kyra memandang hairan suami di sebelah.


"Sayang kan owner butik ni , so kena rasmikan dulu."


Tengku Farathid memimpin isteri ke arah tali riben yang sudah tersedia behampiran mereka itu. Kanan dan kiri mereka sudah tersedia wartawan dan jurugambar. Kyra hanya menurut sahaja. Tali riben itu di potong bersahaja olehnya , seketika belon belon sudah turun menghujani ruangan butik itu. Seluruh butik itu meriah dengan tepukan. Dato Malek mendekati mereka.


"Paa , i think you should be here with Kyra. A little minute."


Tengku Farathid mengenyitkan matanya kearah Dato Malek sebelum berjalan menuju ke arah petugas acara majlis di depan sana. Kyra hanya memandang.


"Hai.. hello... Thanks pada semua yang sudi datang. Err I hope you enjoy dengan party ni , that all."


"Hmmm... sayang... you have something to say ?"


Terkedu Kyra mendengar kata kata Tengku Farathid. Dia memandang sekeliling , semua sedang beralih tumpuan kepadanya. Wajahnya sudah memerah , tak biasa.


"Come..."


Dari jauh kelihatan Tengku Farathid menghulurkan tangannya kearah Kyra. Tiga orang pembantu butiknya datang mendekat.


"Pergi la Puan , cakap yang sweet sweet je."


Staff staffnya mula menyakat. Dato Malek senyum memandang sebelum bersuara.


"Nak papa temankan ke ?"


Kyra senyum hambar , masih gemuruh.


"It's okay pa.."


Kyra berjalan perlahan ke arah Tengku Farathid. Semua mata mengekori langkahnya. Semakin gugup dirinya , sesampai dihadapan Tengku Farathid , suaminya menghulurkan microform kearahnya. Kyra mencapai dengan wajah pasrahnya. Tengku Farathid senyum , faham benar dengan sikap pemalu isterinya.


"Err.. hai.. rasanya apa yang perlu saya cakap , suami saya dah cakap."


Tengku Farathid di sebelah di pandang sekilas , masing masing senyum.

__ADS_1


"Hmm.. saya harap korang dapat doakan kelancaran dan kejayaan butik ni ke hari depannya. And.... thanks to my hubby , sebab kejutan yang di buat , i really appreciated it."


Suami di sebelah di tatap lagi.


"Err , lasted , enjoy your meals."


Microform itu akhirnya di hulurkan kepada pengacara majis. Kelihatan semua tetamu sudah mula menikmati hidangan yang di sediakan.


"Eyyy , you patut bagitau 1 awal awal pasal ni kat I."


Kyra berbisik ke arah Tengku Farathid , tetamu semua masih di curi pandangnya.


"You tak suka dengan surprise I ke ?"


Tengku Farathid sudah membuat muka monyoknya, Kyra yang memandang tersenyum dibuatnya.


"Bukan macam tu . I patut sediakan text yang panjang untuk berucap. Malu tau I."


Wajah Tengku Farathid senyum kembali mendengar kata kata isterinya.


"So that means, you suka semua yang I buat ni kan."


"Thanks... tapi I tak minta semua..."


"Kyra.."


Panggilan dari Dato Malek mematikan perbualan mereka , Kyra dan Tengku Farathid berpaling serentak ke arah Dato Malek . Melihat wajah wajah kenalannya yang berdekatan dengan papa , membangkitkan ceria Kyra. Kyra mengangguk faham sebelum melangkah ke arah mereka. Tengku Farathid dan Kyra sibuk melayan tetamu yang datang ke majlis perasmian butik Kyra.


*****


"Congrats Kyra... besar betul butik ni.."


"Thanks juga sebab sudi datang.."


Kyra membalas lembut.


"You tak ajak ex you ke ? I tak ada nampak dia pun."


Bahu Mimi laju saja di sentuh bahu sahabatnya yang lain , melihat seperti tak puas hati. Apakah soalan itu pantas di keluarkan.


"Err , sorry lah. I tanya je , I ingatkan you still kawan macam dulu dengan Zac. Sorry ye."


Mimi sudah gugup.


"Iya lah , korang kan putus baik baik aja , kitorang ingat korang still kawan macam dulu."


Putus baik baik aja ? Kyra menelan kesat kata kata itu , sesungguhnya tidak baik baginya.


"You sendiri pun tau kan , majlis ni husband I yang buat , so I tak sempat nak edarkan apa apa jemputan , hmm maybe korang pun papa I yang hantarkan jemputan."


Kyra menjawab tanpa rasa bersalah. Mereka masing masing membuat muka tak bersalah.


"Nahh , that means, papa you pun jemput Zacran. Tu."

__ADS_1


Terkedu Kyra mendengar kata kata itu , wajahnya cepat menoleh ke arah tatapan kawannya di belakang. Nah !! Wajah itu.


__ADS_2