Kyraa Dan Pria Terhebat

Kyraa Dan Pria Terhebat
Part 68


__ADS_3

"You nak apa lagi ?"


Wajah Tengku Amanda di depan di pandang bosan. Pagi pagi dah buat hilang mood. Bentak Kyra di dalam hati.


"I rasa kita patut cakap benda ni."


Tengku Amanda berterus terang.


"Apa lagi yang you nak cakap ? I dah muak lah , I dah cakap kan , I tak ada apa apa perasaan dekat lelaki idaman you tu. You ambil jela dia. Tak payah nak kacau I."


"Kyra....memang I dah bertahun simpan perasaan kat Athid. Tapi dia pilih you.... kenapa macam ni sekali you buat dia ? Tak cukup apa yang dia buat kat you , you tak nampak ?"


"I malas nak berbahas dengan you pasal dia. Tak ada faedah untuk I."


Kyra mula membuka fail di atas mejanya itu. Tengku Amanda masih menatap tajam.


"Kalau you tak mampu nak jaga hati dan perasaan Athid. Lepaskan dia , jangan buat dia macamtu."


Kyra ketawa sinis mendengar ucapan Tengku Amand.


"Masalah sekarang dia yang tak nak lepaskan I. Memang itu yang I nak. Bebas dari dia. So better you pergi cakap dekat dia sendiri. Tak payah nak buat kecoh kat sini. Sebenarnya I kesian tau kat you.. lelaki macamtu pun jadi idaman you. Tak ada lelaki lain yang lagi bagus untuk you kejar ke selain kaki perempuan tu ?"


"Jaga mulut you Kyra... I ingat you dah cukup kenal suami you. Kalau macam ni lah perangai you , you memang tak layak jadi isteri dia."


"So siapa yang layak ? You ?"


Kyra lepas gelak. Memerah wajah Tengku Amanda langsung tidak di pedulikannya.


"I kenal Athid lebih dari you Kyra.. sepanjang I dengan dia , tak pernah sekali pun dia ambil kesempatan pada I.  Walaupun selama ni I yang terkejar kejar dia , dia langsung tak menggunakan I sesukati hati dia. Iyaa.. dia memang bodoh , bodoh sebab pilih you jadi isteri dia , orang yang tak pandai nak hargai dia. I yang dari dulu sayang dia , cinta dia , langsung dia tak nampak sebab you yang paling utama dekat hati dia , tapi ini yang dia dapat ??? You buta Kyra.. buta tak nampak ikhlas nya dia sayangkan you. I , I yang sakit sebab sayang dia lebih dari you sayangkan dia... tapi apa yang mampu I buat ? I hanya mampu tengok dia dari jauh , sebab I hormati keputusan dia untuk bahagiakan you.. tapi luka yang you bagi kat dia. Iyaa , you cakap walaupun tiada lelaki lain kat dunia ni kecuali dia , you tak akan pilih dia. Tapi I , walau berjuta lelaki dalam dunia ni yang ada , I tetap akan pilih dia. I mohon kat you , jangan sakitkan dia lagi , minta cara baik.. bukan malukan dia begitu."


Kyra memicit kepalanya perlahan. Kata kata Tengku Amanda terus di buang dalam fikiran , tak mahu kata kata itu merosakkan dendam yang ada. Egonya makin meninggi , tak mahu diletakkan di bawah.


"Kalau you tak boleh nak jaga dia , bagi dia kat I cara baik , I tahu nak jaga hati dia. I tak akan buat dia macam mana you buat dia. Dan.... I lebih percayakan dia lebih dari segalanya.. sebab I sayang dia apa adanya. Lepas ni I tak akan rasa bersalah kalau I kena rampas dia dari you. Sebab you sendiri tak tahu nak jaga dia.."

__ADS_1


Tengku Amanda berpaling meninggalkan Kyra sendiri. Segalanya telah dia luahkan. Kyra hanya mendiamkan diri. Perasaannya bercampur baur , tapi sehingga kini , peristiwa di kamar itu malah berlegar dalam fikirannya.


*******************


"Aku nak jumpa kau sekarang !"


Adzran sudah meramas rambutnya , selalu saja Alana mengelak untuk dia ajak berjumpa. Baru kali ini dia dapat menghubungi Alana , entah kemana wanita itu menghilang.


"Kau nak apa lagi , kau pun tahu kan ,  aku tak dapat Athid pun.. so tak payah nak kau nak mintak duit. Aku dah habis duit banyak bayar kat perempuan tu. Sia sia je."


"Sia sia kau cakap ? Sebab kau , rumahtangga mereka hancur , sekarang kau cakap sia sia ? Dah kau tipu aku , duit kat aku haritu pun kau tak bagi. Kau blah macam tu aja."


Alana sudah tergelak di corong telinganya , menaikkan lagi amarah Adzran. Dia sudah mengempal tangannya sendiri , nasib baik di dalam telefon , kalau tidak , memang habis perempuan tu dia kerja kan.


"Sia sia lah macamtu , duit aku habis , Athid aku tak dapat , tak kan aku nak bagi kau duit lagi ? Kalau setakat rumahtangga dorang je hancur , tapi aku tak dapat Athid. Buat apa ?? Sekarang yang aku nak , Athid. Tengku Farathid. Kau faham kan ?"


"Sial lah kau ni. Hey betina.. aku nak kau jelaskan semua pada Kyra. Pasal apa yang kau buat kat mereka.  Sekarang aku tak kesah dengan duit kau tu semua , yang aku nak kau cakap kat dia , semua rancangan kau tu !"


Adzran sudah tak senang duduk , macam mana sekali pun , perkara itu harus dia selesaikan secepatnya. Berita berita yang tersebar itu jelas menyakitkan matanya , sesalnya kini memuncak.


"Kau jangan melebih ea.. aku tak akan biarkan kau buat macam tu dah. Aku akan cakap semua kat Kyra. Aku tak kira. Lepas ni lantak kau.."


Adzran sudah bertegas. Sekarang hanya itu dalam fikiran dia. Kedengaran Alana ketawa lagi di corong telinga.


"Kau ingat aku percaya ? Tak pasal pasal mati kau Athid kerjakan. Pergi mampus kau lah nak buat apa pun. Aku tak kesah."


Alana terus mematikan panggilan itu. Adzran sudah menghentak kaki , geram memikirkan sikap biadap Alana. Sekarang dia harus mengumpulkan keberanian untuk berjumpa dengan Kyra.


********************


Kyra memegang erat tangan Zacran , menuju masuk ke lobi hotel milik Tengku Farathid. Hatinya tiba tiba panas bila mengingatkan kelakuan Tengku Amanda tadi. Tengku Farathid ada Tengku Amanda ? Dia ada Zacran.. hati Kyra gelegak panas. Dia harus menunjukkan semuanya pada Tengku Farathid. Semua mata mata di hotel itu memerhati ligat. Sedikit pun Kyra tidak mempedulikannya , dia berjalan tenang menuju ke arah cafe hotel. Kemunculan lelaki itu membuatnya mengukir senyum , Tengku Farathid melangkah menuju ke arahnya. Tangan Zacran di genggam utuh. Sebaik saja sampai di hadapan Kyra , tangan Kyra di ambil laju oleh Tengku Farathid, memutuskan genggaman Kyra dengan Zacran. Tangannya di angkat Tengku Farathid.


"Tak cukup lagi ke Kyra ???"

__ADS_1


Mata suaminya tajam menikam matanya. Kyra menenangkan diri. Zacran di sebelah mula mencapai tangan itu kembali , dadanya laju saja di tolak Tengku Farathid. Pandangan Tengku Farathid di alihkan kearah Zacran.


"Kau jangan masuk campur hal aku. Kau berambus sekarang."


"Kyra yang suruh aku teman dia , lagipun ni hotel kan , aku sebagai customers, kau patut layan dengan betul . Aku dan Kyra berhak untuk tidur dalam hotel kau."


Tengku Farathid melepaskan genggamannya pada Kyra , wajah Zacran laju di pukulnya , tersungkur badan itu menghadap lantai. Kyra mencapai lengan Tengku Farathid , sebaik saja wajah itu menghadap Kyra , satu tamparan singgah di wajah Tengku Farathid. Wajah Tengku Farathid memerah menatap Kyra. Kyra menatapnya tajam. Keadaan sekeliling sudah riuh dengan bisikan manusia yang memerhati.


"You tampar I sebab dia ?"


Bergetar perlahan suara Tengku Farathid.


"You yang kurang ajar..."


Kyra membalas berani.


"So betul you datang sini sebab nak check in dengan dia ?"


"Kalau betul , itu menjadi masalah untuk you ? You ingat you sorang boleh buat ?"


Tengku Farathid mengangguk perlahan. Dia mengetap bibirnya sendiri. Perasaan halus mula muncul dalam hatinya , antara cinta dengan benci , perasaan apa yang ada untuk perempuan di depannya sekarang ?


"I cinta kan you , sebab I rasa you special dari yang lain. Tapi I rasa I dah buta atau mungkin I dah gila... Kyra Mayseera binti Malek...."


"Athid !!!"


Kyra tersentap.. Dato Malek berlari ke arah mereka , mata Kyra yang berkaca itu di tatap kosong Tengku Farathid. Panggilan papa mentuanya langsung tidak di pedulikan.


"Mansor... aku.."


"Athid !!! Pandang papa."


Wajah itu di bawa pandang oleh Dato Malek ke arahnya. Sebelah tangan Tengku Farathid di pegang oleh Dato Malek.

__ADS_1


"Athid tengah marah.  Sabar... kita selesaikan masalah ni cara baik. Jangan buat keputusan macam ni."


Tengku Farathid membuang perlahan tangan Dato Malek pada tangannya. Perlahan Dato Malek menjatuhkan tanganya sebelah lagi pada wajah Tengku Farathid. Tanpa sepatah kata , Tengku Farathid beredar pergi. Dato Malek memejam mata perlahan. Kyra sudah beku sendiri. Bibirnya sudah terketar perlahan. Lega atau kecewa dengan ucapan tak jadi Tengku Farathid ? Dia sendiri tak pasti.


__ADS_2