Kyraa Dan Pria Terhebat

Kyraa Dan Pria Terhebat
Part 89


__ADS_3

Pintu itu di buka oleh Kyra dari luar.. kepalanya di angkat memandang.. pandangan suami telah ada untuknya... wajah itu memandangnya dengan badan yang bersandar pada katil.. Kyra berlari mendapatkan Tengku Farathid. Badan itu di peluk kemas.. matanya mula berkaca , meluahkan rasa syukur yang tak terhingga...


"I rindu you sangat... I tahu you akan bangun.. you boleh dengar semua kata kata I kan sayang...?"


Kyra meluahkan rasa hatinya.. Tengku Amanda hanya menjadi pemerhati. Dato Malek baru sahaja keluar. Kyra melonggarkan pelukannya , dia duduk di bucu katil milik Tengku Farathid yang tersisa sikit saja ruangnya. Tangannya menyentuh lembut tangan Tengku Farathid , wajah pucat Tengku Farathid di pandang lagi.. Mata itu menatap mata Kyra..


"Siapa ?"


Soal Tengku Farathid. Kyra membulat matanya memandang suami.. soalan apa yang muncul pada bibir itu.. tidakkah dia ingat wajah yang selalu dia melafazkan cinta ?


"Sayang... jangan bergurau.. ni I.. wife you.."


Kyra cuba senyum. Dia cuba menyedapkan hati , mungkin saja suaminya mengajak bergurau. Tengku Farathid diam.. Kyra memandang Tengku Amanda yang berdiri itu. Meminta kepastian.. Tengku Amanda menunduk pandang sebelum melangkah keluar tanpa sebarang kata kata.


Kyra binggung.. pipi suaminya di sentuh lembut..


"Sayang.. ni I.. Kyra.. wife you.. you ingat I kan ? Stop la bergurau.. I tahu , you bergurau kan ? You tak lupa I kan ?"


Sedikit bergetar suara Kyra bertanya. Perasaannya kini bercampur baur , lebih kearah ketakutan.. diam... Tengku Farathid menatapnya dalam kesunyian. Kyra menunduk pandang seketika sebelum memandang kembali wajah suami. Matanya berkaca ringan saja mahu mengeluarkan gerimis.


"Ni I... wife you.. kita dah kawin sayang , you suami I..tak kan you tak ingat ??"


Kyra bertanya serius.. Tengku Farathid hanya menggelengkan kepalanya perlahan.. Kyra membuang pandang , di sekat airmatanya yang jatuh itu.. kenyataan yang menyakitkan datang...? setelah itu matanya kembali menatap Tengku Farathid.. Tengku Farathid senyum seraya membuka tangannya , lebar... meminta pelukan..


"Kyra Mayseera.. wife I.."


Jawab Tengku Farathid perlahan.. laju saja badan itu di peluk Kyra.. belakang Kyra di belai lembut... kedengaran Kyra sudah tersedu sendiri. Terasa badannya di peluk kemas oleh isteri.. Tengku Farathid senyum nipis..


"I miss you more... mesti lah I ingat...isteri kesayangan I. Mana I boleh lupa.."


Sambung Tengku Farathid. Kyra sudah mencium pipi Tengku Farathid kuat.. pelukan buat Tengku Farathid makin kemas.


"Jangan lah bergurau macamtu.. I tak suka.."


Masih bergetar suara Kyra.. menahan sebak yang hadir.. Tengku Farathid senyum.. belakang badan Kyra di tepuk lembut.


"Sayang... sakit.."


Tengku Farathid berkata perlahan. Laju saja Kyra membuang peluknya.. perut Tengku Farathid di pandang..


"Sorry.. I lupa sekarang I lagi kuat dari suami I."


Kyra sudah tersenyum.. Pipi Tengku Farathid di sentuh lembut..


"I boleh jadi gila kalau you betul betul lupakan I.. tiga hari I tunggu you sayang... bangun bangun you tak ingat I.. nasib baik I tak ada sakit jantung.."


Nada Kyra masih ada kelembutan walaupun terselit kemarahan dan geram pada Tengku Farathid. Tengku Farathid senyum.. tangan Kyra di ambilnya , di genggam erat..


"I minta maaf.. I lupa , isteri I sekarang makin manja.. ada je nak menangis."


Ucap Tengku Farathid lagi. Niatnya hanya mahu bergurau dengan Kyra , tanpa di sangka isterinya sampai menangis.


"Nasib baik tengah sakit sekarang.. kalau tak , tahu lah badan ni jadi mangsa.."


Kyra berkata geram. Tengku Farathid sudah lepas gelak. Ubun ubun Kyra di cium lagi.


"Sayang..."


Mata Kyra menatap suami..

__ADS_1


"Hmmm"


Laju sahutan Tengku Farathid.


"I ada something nak bagitahu you.."


"Apadia..?"


"Tak lama lagi... you akan jadi daddy.. I pregnant.."


Membulat mata Tengku Farathid. Lidahnya tiba tiba saja jadi kelu.. Kyra tersenyum seraya mengangguk..


"Tak lama I akan jadi mummy.. kita akan dapat baby.. dalam ni ada baby kita sayang.."


Ucap Kyra teruja.. tangan Tengku Farathid di ambil di letakkan pada perutnya.. kelihatan mata Tengku Farathid berkaca , melihat keadaan itu , membahagiakan Kyra , reaksi Tengku Farathid jelas menunjukkan dia bahagia dengan berita yang di sampaikan.. badan Kyra di peluk lagi...


"Thanks sayang.."


Bergetar kedengaran suara Tengku Farathid , menahan hiba. Kyra diam seketika , cuba menenangkan hati...


"Thanks sudi kandungkan anak I.."


Tengku Farathid berkata perlahan.. airmata laju turun menuruni pipi Kyra mendengar ucapan itu..


"Thanks juga sudi jadi husband yang terbaik untuk I.. thanks selalu jaga I dengan baik.. sebab I , you jadi macam ni.. I minta maaf.."


Tersedu Kyra melafazkan ayat itu.. Tengku Farathid melonggarkan pelukan. Mata Kyra di tatapnya..


"You isteri I.. keselamatan you jadi keutamaan I. I tak selamatkan you sorang.. ada mummy dengan baby.. dua insan yang selalu menjadi keutamaan I.. sekarang dan sampai bila bila..kata maaf tak perlu keluar dari mulut you.."


Kyra mengangguk..


Tengku Farathid senyum lagi mendengar kata kata isterinya..


"Mana boleh I tinggalkan you.. tuhan je boleh pisahhkan kita.. selagi I hidup , I akan jaga you dan baby kita sebaik mungkin , sayang.. aaaa... boy or girl ?"


Teruja wajah Tengku Farathid bertanya.. Kyra sudah melepaskan gelaknya..


"Baby kecil lagi la.. scan pun tak lagi.."


Balas Kyra..


"Ooo.. so kita scan sekarang ?"


Melihat keadaan Tengku Farathid yang seakan akan mahu turun dari katil itu memeranjatkan Kyra. Tangan Tengku Farathid di tahannya.


"Sayang... you tak sihat lagi laa.. kang jatuh kat sini , siapa nak angkat ? I tak larat.."


Kyra berkata spontan.. Wajah Tengku Farathid kembali monyok ke arah kesedihan..Melihat mimik wajah suaminya , mencuit hati Kyra..


"Eyyy... baby kecil lagi la.. mana nampak.. kena tunggu empat ke lima bulan baru nampak.. sabar ya.."


Kyra memujuk , pipi suami di sentuh lembut..


"So sekarang ? Berapa bulan ?"


Tengku Farathid kembali senyum..


"Empat minggu..."

__ADS_1


"So sekarang , sayang tak payah buat kerja berat berat , rest.. sekarang dah makan tak ?"


Tiba tiba saja suaminya jadi kalut , tadi bukan main santai dia di katil itu. Kyra sudah tergelak kecil.. dia menggeleng kan kepala.


"Sayang ni.. sabar boleh ? I okay lah.. tak payah kalut sangat.. tengok you sedar ni pun I makin sihat.. tak makan pun tak apa.."


"Hishh... mana boleh.. ni mesti tak makan lagi kan.. kita makan sama sama yaa ? Panggil kan Beego or Sabhi.. kesian baby nanti.. makan lambat.. daddy tak nak.. apa apa jadi dekat baby dan mummy.. biar daddy je sakit. Jangan mummy and baby.."


Pipi Kyra di cuit Tengku Farathid.. Kyra senyum..


"Iyaa.. daddy pun kena cepat cepat sihat.. jangan lama lama kat sini.. mummy rindu nak tidur sekali dengan daddy.."


Balas Kyra , Tengku Farathid sudah ketawa..


"Isteri I makin manja eaa.."


Badan Kyra di peluk kemas.. Kyra sudah menyambung ketawa Tengku Farathid..


*************


"Hati hati Tengku.. risau Bik Mona tengok."


Bik Mona dan Bik Ani sudah kalut.. badan Tengku Farathid masih gugup walaupun di papah isteri.. setelah seminggu di hospital , akhirnya Tengku Farathid di benarkan pulang ke rumah. Mestilah Bik Ani dan Bik Mona bahagia. Majikannya makin sihat walaupun sedikit lemah..Beego dan Sabhi hanya menjadi pemerhati dari belakang.. bantuan mereka tidak di perlukan , Tengku Farathid berdegil , hanya mahu isteri memapahnya berjalan..


"Tak apa Bik Mona.. saya kuat.. boleh berjalan dah ni."


Isterinya di sebelah di pandang..


"Tengku tak boleh berjalan kuat sangat.. nanti luka balik tempat cedera tu.."


Bik Mona menasihati.


"Minggu ni saya kena bebel je.. dekat hospital dengan doktor , dengan isteri lagi. Sekarang tambah dengan Bik Mona pulak.."


Bik Mona sudah tersengih sengih. Serba salah jadinya..


"Orang bukan bebel lah. Orang nasihat. Biar badan ni cepat sihat.. kaki ni gatal. Tak boleh duduk diam."


Kyra pula bersuara.. geram dengan sikap degil si suami..


"Biar lah I sakit.. isteri I ada kat sisi 24jam.."


Tengku Farathid sudah tersenyum.. mereka di belakang turut tersenyum..


"Mana boleh sakit.. nanti siapa nak cari duit untuk family kita.. I tak ada duit.."


Kyra berkata selamba. Secepat itu juga pipi isterinya di cuit..


"Dah dah.. jangan mengada.. naik atas , rest.. badan ni jangan nak buas sangat , berjalan sana sini macam kat hospital. Kan sambung cuti pulak."


Kyra sudah menatap serius wajah suami di sebelah..


"Ha,ah I nak bercuti dengan wife kat rumah.."


Balas Tengku Farathid laju.. Kyra sudah menggeleng..


"Bikk.. nanti jangan bagi isteri saya buat kerja berat berat.. dia boleh jaga saya je.. yang lain tak boleh.. nanti baby dengan mummy sakit pulak.."


Mendengar arahan Tengku Farathid. Bik Mona dan Bik Ani cepat cepat mengangguk.. faham dengan keadaan Kyra.. biarlah berita keguguran lepas tidak sampai di telinga mereka , cukup yang penting sekarang mereka tahu , Kyra sedang berbadan dua.

__ADS_1


__ADS_2