
Tengku Farathid membuka pintu itu dengan perlahan , tatapan Kyra sudah ada untuknya , Tengku Farathid senyum. Dia masuk dan menutup pintu itu.
"Kau nak apa lagi ?"
"Sayang... tak baik cakap macam tu dengan suami."
Langkah Tengku Farathid makin mendekat.
"Habis , kau baik sangat . Duk bermaksiat dalam hotel tu."
"I tak buat macam tu sayang.."
"Keluar !!"
Kyra menyentuh lehernya , terasa mual singgah kembali. Dia menutup mulut , menahan lava itu keluar dari mulutnya.
"Kenapa sayang ?"
Melihat Kyra yang ingin termuntah itu , cepat cepat Tengku Farathid berlari ke bilik air , dia kembali keluar bersama bekas di tangannya. Dia menghulurkan kearah Kyra , Kyra cepat memuntahkan semuanya ke dalam bekas itu. Tangan Tengku Farathid mengosok lembut belakang Kyra. Rambut Kyra yang sudah menghalangi matanya dari melihat wajah Kyra di selak perlahan , di buang ke belakang bahu Kyra. Terasa semua lavanya sudah keluar , Kyra menoleh pandang , dia menolak kasar badan Tengku Farathid , terundur ke belakang badan itu bersama bekas di tangan.
"Tak payah nak sentuh aku. Aku suruh keluarkan. Kau tak faham bahasa ke ?"
"Dah okay ke ?"
"Berbulu mata lah aku tengok perangai munafik kau ni , tak payah nak tunjuk baik sangat , pergi jaga perempuan kau tu semua. Tak payah nak menyemak kat sini , buat sakit mata. Tengok muka kau pun , dah nak termuntah. Keluar lah."
Tengku Farathid senyum kelat , semua kata kata Kyra tidak di masukkan ke hati. Dia tahu isterinya tengah emosi , fikirannya tidak stabil untuk masa ini.
"I datang nak jemput you. You dah boleh keluar sayang. Nanti kita rest kat rumah ya ?"
"Tak nak ! Papa mana ? Aku tak nak balik dengan kau , keluar lah !"
"Papa kat bawah , nanti dia sampai. Kita balik sekali dengan papa ya .?"
Kyra merengus kasar. Tengku Farathid di jelingnya.
"Aku nak balik dengan papa , bukan dengan kau. Kau tak faham bahasa ke ?"
Pintu itu di buka dari luar , mereka menoleh pandang , Dato Malek sudah muncul di depan mereka.
"Kyra tak tukar baju lagi ? Kita dah boleh keluar ni."
"Belum pa.. Kyra ingatkan petang nanti."
"Biar I tolong ea , sayang."
Mendengar Tengku Farathid bersuara , Kyra menatap tajam. Penuh kebencian.
"Keluar lah kau ! Aku tak perlukan bantuan kau kat sini."
"Athid keluar dulu."
Dato Malek bersuara. Tengku Farathid mengangguk perlahan , dia ke bilik air , mencuci bekasan tadi dan keluar dari bilik itu.
__ADS_1
"Kyra dah okay kan ?"
"Dah Pa... tapi Kyra rasa mual sikit."
"Biasa lah tu , tak lama... nanti okay. Kita rest kat rumah ya , Kyra tuka baju dulu. Ni beg Kyra. Papa tunggu kat luar ya."
Kyra mengangguk faham.
*************
Wajah lena isteri di belakang di pandang. Mereka sudah sampai di rumah Tengku Farathid , mungkin nanti tersedar , Kyra akan mengamuk lagi. Mahu atau tidak Tengku Farathid harus menerimanya. Datò Malek menyentuh pipi anak perempuan , mungkin kerana terlalu penat , Kyra senang terlena , walhal jarak hospital dari rumah tidak kurang 30minit.
"Kyra sayang. Kita dah sampai. Bangun. Nanti rest kat bilik ya"
Kyra mengosok gosok matanya. Papanya di pandang kemudian memandang keluar tingkap. Matanya membulat , dia sampai di rumah Tengku Farathid. Bukan rumah papanya.
"Pa... Kyra nak balik rumah kita. Bukan rumah ni. Kyra nak duduk dengan papa."
Wajah Kyra sudah monyok , meminta simpati dari papanya.
"Iya sayang. Papa tinggal kat sini dulu ya. Kita duduk dekat rumah ni. Papa teman Kyra. Jangan risau. Papa ada."
"Tapi kenapa nak kena duduk dekat sini. Kyra tak nak duduk dalam rumah dia."
"Kyra sayang.. kita duduk sini , nanti kita balik sana. Rumah papa , okay ? Jangan risau . Jom."
Beego sudah membuka pintu untuk Kyra. Mereka turun dari kereta.
"Sayang..."
"Tak payah pegang lah !"
Tengku Farathid terdiam. Dato Malek mendekat , memimpin Kyra.
"Kyra.. tak baikk buat macam tu dekat suami."
"Kalau tak baik , suruh dia cepat cepat ceraikan Kyra."
"Sayang...."
Tengku Farathid resah wajahnya. Beego kaku , betul ke apa yang di dengar telinganya. Masalah apa yang melanda Tengku Farathid dan Kyra. Dato Malek menggeleng perlahan.
"Kita masuk dulu...."
Dato Malek menenangkan keadaan. Anak perempuannya itu di pimpin masuk ke dalam rumah. Tengku Farathid menurut dari belakang. Mereka masuk ke dalam rumah. Bik Mona dan Bik Ani sudah muncul di depan mereka.
"Cik Puan okay ? Cik Puan sakit apa ni ? Risau saya bila Beego cakap nak pergi hospital ambil Cik Puan."
Bik Mona sudah risau wajahnya , Bik Ani sudah mengangguk angguk tanda setuju.
"Saya okay. Bik Mona boleh kemas bilik satu untuk saya , saya nak rest kejap."
"Bilik ?"
__ADS_1
Bik Mona sudah kehairanan mendengar permintaan Kyra. Bukankah bilik mereka sudah kemas.
"Sayang... kita rest bilik kita. Jom"
"Bilik lain Bik Mona , sebelum saya balik rumah papa saya."
Kyra membalas laju , tanpa menhiraukan kata kata Tengku Farathid.
"Ooo untuk Tuan ke ? Bilik tetamu tingkat dua ada Cik Puan.."
"Dua bilik Bik Mona. Saya dengan papa. Saya tak nak duduk bilik Farathid."
Berkerut kening Bik Mona , dia hanya mengangguk faham. Tidak banyak soal. Bimbang terlanjur pertanyaan.
"Iya Cik Puan. Bilik tingkat dua ada Cik Puan."
Semua bilik kosong dalam rumah itu sentiasa dia kemas. Bila bila masa sahaja mereka boleh mengunakan bilik bilik itu. Kyra mengangguk perlahan.
"Nanti papa bagitau , masa mana kita nak balik rumah. Kyra rest dulu."
Kyra berjalan menuju ke tangga.
"Sayang.... guna lif sayang..."
Tengku Farathid memanggil. Dato Malek dan yang lain hanya memandang. Kyra terus mendaki tangga itu , teguran Tengku Farathid langsung tidak di pedulinya. Tengku Farathid menurut laju langkah isterinya.
"Sayang... you tak sihat. Tingkat dua kan.. kenapa tak guna lif. Nanti penat."
Tengku Farathid lembut bertutur , sama sama mendaki tangga itu. Badan Kyra di sentuh lembut. Kyra menolak kasar , Tengku Farathid menahan dirinya , langkahnya yang tak stabil itu menyukarkan keseimbangan kakinya pada tangga , terjelepok dia jatuh pada tangga itu , akhir badannya terguling laju menuju ke bawah.
"Athid !!"
Laju Dato Malek mendapatkan menantunya.
"Tengku....."
Bik Mona dan Bik Ani sudah berlari ke tangga itu. Kyra memandang dari atas. Dia terdiam , kelu. Tengku Farathid menguatkan dirinya , kakinya di pegang. Badan Tengku Farathid di sentuh perlahan oleh Dato Malek. Anaknya di atas tangga di pandang tajam. Bik Mona dan Bik Ani sudah tak senang duduk.
"Kyra buat apa ni !??"
Sedikit tegas suara dari Dato Malek.
"Athid... okay Pa... tak ada apa pun."
Melihat Tengku Farathid yang menahan kesakitannya itu mengundang sedih di hatinya. Kaki Tengku Farathid di tolehnya , memicit perlahan. Berkerut wajah itu menahan sakit.
"Kaki Athid okay ke ?"
Tengku Farathid mengangguk laju. Dia cuba senyum. Menyorokkan rasa sakit di kakinya.
"Kyra boleh tak kawal marah tu ???! Papa tak pernah ajar Kyra jadi macam ni.!"
Kyra di tangga di pandang serius. Kyra membuat muka bersahajanya , tiada sikit pun rasa bersalah untuk Tengku Farathid. Dia kembali melangkah menuju ke bilik tanpa mempedulikan Tengku Farathid yang sedang menahan sakit . Dato Malek menggeleng kepala perlahan. Kyra benar benar sudah di luar kawalannya.
__ADS_1
"Athid okay pa. Tak apa , jangan marah Kyra. Kyra tak sengaja. Athid tau."
Bik Mona dan Bik Ani sudah berpandangan sesama mereka. Tengku Farathid dan Kyra dalam krisis. Mereke pasti benar , melihat tingkah Kyra yang di luar jangkaan itu mengejutkan mereka. Bukan itu sikap sebenar Kyra. Entah setan apa yang merasuk Cik Puan mereka ketika ini.