
Tengku Farathid berjalan perlahan , matanya melilau mencari isterinya. Resah dia seketika bila sampai di bilik , kelibat Kyra tidak kelihatan. Bimbang Kyra melarikan diri , tapi tak mungkin dengan keadaan kakinya sebegitu tambahan lagi di luar rumah sudah ada pekerjanya yang menjaga setiap saat. Bila dia ke ruang tamu utama , Bik Mona sudah memberitahu akan keberadaan Kyra. Dia memandang tubuh Kyra di atas kerusi rotan renang bersebelahan kolam , Kyra sudah berbaring di atas kerusi itu. Matanya pejam. Tidur ke ? Tengku Farathid mendekati kerusi itu , dia duduk di sebelah Kyra yang tersisa ruangnya sedikit sahaja. Tanganya menyentuh lembut pipi Kyra . Terkejut dengan sentuhan itu , Kyra membuka mata laju seraya mengalihkan badannya ke arah kiri , kerana tiada penghalang pada kerusi hampir saja dia jatuh ke bawah , mujur saja Tengku Farathid laju menangkap badan Kyra. Mereka sama sama terperanjat dengan kelakuan masing masing.
"Hati hati lah , kaki ni tak baik lagi. Nanti tangan tu pulak yang jadi mangsa. You nak makan bersuap seminggu ke ?"
Tengku Farathid risau. Setelah menstabilkan posisinya di kerusi kembali , Kyra menolak perlahan badan Tengku Farathid sampai terbangun suaminya.
"You boleh tak jangan asyik nak menyentuh I je . Stay away jela. I pandai nak jaga diri. Kalau you tak duduk dekat dekat , tak ada nya benda tadi jadi. Kenapa miang sangat ni ? Memang hobi you macamni ke?"
Kyra menjeling tajam. Tengku Farathid sudah memegang kerusi roda disebelahnya.
"Ooo pandai jaga diri ? Boleh jaga diri ? Okay. Tak perlukan I la ni ? Okay , fine. Boleh jaga diri kan.?"
Tengku Farathid sorok senyum. Dia menolak kerusi roda tadi menjauhi Kyra. Kyra memandang tajam. Sakit hati. Buat hal lagi la mamat ni. Dia memerhati saja tingkah Tengku Farathid yang menolak kerusi rodanya sampai ke dalam rumah. Kyra membuat muka geramnya. Tengku Farathid kembali semula ke arahnya , kerusi rodanya sudah tiada dengan Tengku Farathid. Tengku Farathid melangkah ke arahnya sambil menanggalkan baju di badannya. Apa lagi kali ni , Kyra berpaling muka ke arah lain.
"Bikkk !! Bikk Mona !!"
Kyra menjerit kuat. Memanggil bibiknya. Tengku Farathid sudah di depannya , hanya berseluar pendek atas lutut. Tengku Farathid meletakkan bajunya di atas kerusi renang kosong di sebelah Kyra , jaraknya dekat saja.
"Bikkk Mona......."
Kyra terus memanggil. Bik Mona sudah tiba terpingga pingga. Risau wajahnya.
"Yaaa Cik Puan. Tengku ? Kenapa ?"
"Bikk , tolong ambik kan wheelchair saya."
Kyra sudah berpaling menghadap Bik Mona , badan Tengku Farathid sudah betul betul di depannya.
"Tak payah Bikk , saya nak isteri saya teman saya. Saya nak mandi kejap. Sayang pun , takkan nak tinggal I sesorang kat sini."
__ADS_1
Tengku Farathid sudah memegang tangan kanan Kyra. Kyra seperti biasa , cuba menariknya kembali. Genggaman Tengku Farathid padanya makin kemas , lelaki itu senyum. Senyum sinis. Kyra memandang benci.
"Bikk . Sediakan towel and bathrobe saya. Saya nak berdua dengan wife saya je sekarang. Nanti letak situ je."
Tengku Farathid mengarah. Bik Mona laju meninggalkan mereka berdua. Tengku Farathid melepaskan gengaman tangannya.
"Sayang , I tahu you ni baik sangat , tapi tak payah la buat muka macamtu , I kan husband you. So ni tak berdosa pun. Don't worry."
Tengku Farathid menyentuh pipi Kyra tapi di tepis Kyra kuat.
"Cukup la Athid !"
"Kyra sayang , I tak suruh you buat apa apa pun. Teman I je. I tak buat apa apa kat you la."
Tengku Farathid duduk di hujung kerusi. Dia memegang kaki Kyra. Balutan pada kaki Kyra di tanggalkan.
"You buat apa ni ? I tak nak lah."
"It's okay. Nanti I balut lagi . Tuangkan ais lagi okay."
Tengku Farathid senyum. Balutan di kaki Kyra sudah di tanggalkan semua. Dia bangun dan mengangkat badan Kyra. Kyra menjerit terkejut. Tengku Farathid meletakkan Kyra betul betul di hadapan kolam renang , kedua dua kakinya sudah memasuki air , hanya saja badan Kyra di lantai. Tengku Farathid terjun ke dalam kolam. Terjunannya rata , sedikit saja percikan air terkena pada Kyra. Kyra membuat muka bosannya , Tengku Farathid sudah muncul di permukaan air , dia kembali berenang mendekati Kyra. Tengku Farathid mengangkat muka , air mula pecah pada wajahnya , dia meraup wajah beberapa kali. Kyra menatapnya lama , dia senyum. Dia mengambil tangan Kyra di letakkan di pipinya , renungan Kyra mati , terkejut.
"What wrong ?"
Tengku Farathid sorok senyum , dia tahu Kyra asyik menatap wajahya. Kyra menarik tangannya pada pipi Tengku Farathid. Kyra mengalihkan pandangan ke arah lain. Merah mukanya , sedikit malu , tanpa kawalan boleh saja dia berperangai sebegitu , memalukan saja Kyra , bentak hatinya.
"Kaki macam mana ? Okay ? Tak kebas kan.?"
"Kalau you risau pasal kaki I , you tak buat macam ni lah."
__ADS_1
Tengku Farathid kembali menyelam , kaki kiri Kyra di cuitnya , Kyra sudah menjerit kecil. Geli. Tengku Farathid muncul di permukaan , kaki kiri Kyra di pegang lurus , di cuitnya lagi.
"Eee dah lah. Geli . Dah tak ada benda nak buat ke ?"
Tengku Farathid mengangguk , rambutnya di raup ke belakang , menghalang air dari jatuh ke wajahnya.
"Ha,ah tak ada. Dalam dunia ni semua benda I dah buat. Satu je I tak mampu buat lagi."
Kyra diam. Menunggu jawapan dari Tengku Farathid.
"Tahu tak apa dia ?"
Kyra mengelengkan kepalanya.
"Curi hati you. But don't worry . I tak kan curi hati you. Sebab.... I akan beli and..... I akan pastikan you akan jual dengan baik.... I akan beli dengan baik dan akan jaga dengan baik. I beli bukan sebab I kaya , tapi sebab I rasa percuma saja untuk I , tak cukup. I tahu hati you mahal , so akan I beli dengan kasih sayang yang cukup."
Tengku Farathid senyum. Kyra diam , meneliti bait bait Tengku Farathid luahkan. Tak mungkin dia terpancing. Tengku Farathid mengambil air dengan tangannya sedikit di percikan ke arah Kyra. Dia berenang menjauhi Kyra seketika. Kyra mencuri pandang , lelaki itu , tiada cacat celanya. Semuanya nampak sempurna. Semua dia ada , tapi bukan hatinya. Kyra membuang pandang. Ingat Kyra , apa yang dia dah buat pada papa. Jangan di buang mudah mudah. Kyra mengawal hatinya. Tidak mudah untuk dia terima lelaki itu. Dia bukan Zacran. Tengku Farathid menyentuh lembut paha Kyra , dia terkejut. Dibuang tangan Tengku Farathid ke tepi.
"So dekat mana ? Bali ? Boracay ? Cozumel ? Aitutaki ? Which one ?"
"What ?"
Kyra sudah membuat muka blurnya , tak faham akan soalan dari Tengku Farathid.
"Honeymoon. I tahu you suka island. So pilih la."
"No way."
Kyra mengerutkan dahinya. Tak mahu.
__ADS_1
"Athid.."
Suara dari pintu mengejutkan mereka. Mereka berpaling. Masing masing mengerutkan dahi. Tengku Amanda sudah berdiri berdekatan dengan mereka. Tengku Farathid mengetap gigi , sungguh dia benci situasi sebegini.Mana semua orang. Macam mana Tengku Amanda boleh masuk sampai ke laman rumah dia. Tengku Farathid berenang ke tangga untuk keluar dari kolam. Dia mengenakan bathrobe di badannya yang dia ambil di kerusi.