Kyraa Dan Pria Terhebat

Kyraa Dan Pria Terhebat
Part 72


__ADS_3

Kyra menanggalkan apron di badannya melihat Tengku Farathid muncul di dapur itu , Kyra senyum manis , mendekat ke arah Tengku Farathid.


"Sayang.... I dah siap kan breakfast untuk you. Nasi goreng kampung."


Laju Kyra menyenduk nasi ke dalam pinggan yang kosong itu , melihat kelibat Bik Ani yang tiada , Tengku Farathid menuangkan sendiri tea panas itu ke dalam cawan. Kyra meletakkan pinggan yang sudah di isi nasi itu ke arah Tengku Farathid. Tengku Farathid menengguk tea itu tanpa duduk di kerusi , dia kelihatan ingin segera pergi. Kata kata Kyra tidak di pedulinya. Kyra mendekat memaut lengan itu bila Tengku Farathid mula melangkah.


"Athid... makan lah sikit."


Mata redupnya memandang Tengku Farathid , Tengku Farathid memandang nasi di atas meja itu sekilas sebelum menatap Kyra kosong.


"You tak payah buat semua ni untuk I. Tak perlu susahkan diri you. I tak minta banyak dari you , pergi dari sini. I akan sediakan fail penceraian secepat mungkin."


Tengku Farathid berkata tenang. Kyra menggeleng kepala , kedua bahu Tengku Farathid di sentuh lembut , membawa menghadapnya. Dia sedikit mendongak menatap Tengku Farathid.


"Sayang... I minta maaf. I tak nak berpisah dengan you. Tolong maafkan I , I sayang you.."


Mata berkaca Kyra di pandang kosong oleh Tengku Farathid , dia melebarkan tangannya untuk melepaskan pegangan Kyra pada bahunya.


"Apa sebenar yang merasuki you Kyra ? Kenapa you datang sini balik lepas semua ni jadi ? I dah cakap kat papa you , I tak boleh bahagiakan you. You sendiri yang mintak semua ni. Atau , rancangan apa yang you dengan Zacran tengah siapkan ?"


"Noo.. I balik sebab I nak duduk dengan you. I khilaf , I sayang you , semua yang I buat tu salah ! I sedar sekarang ! You tak buat semua tu ! I tau Alana perangkap you sayang.. maafkan I."


Kyra mengigit bibirnya , mulutnya terasa pahit untuk saat ini. Dia betul betul menyesal atas semua perilakunya untuk Tengku Farathid. Tengku Farathid mengangguk perlahan , menunduk seketika sebelum mengangkat kembali wajahnya memandang Kyra.


"Kyra... You tau tak , I rasa bila you marah , ucapan dan kata kata you tu paling jujur.  You tak ada perasaan dekat I , dulu sampai sekarang.. lelaki yang ada dalam hati you , bukan I. Tapi Zacran. I terima tu.. sebab dulu sampai sekarang I yang bodoh sayang you... sekarang I boleh terima tu semua. You boleh pergi mana mana you nak , dengan siapa sekali pun."


Kedengaran esak tangis Kyra makin kuat , mukanya sudah memerah menatap Tengku Farathid.


"I cakap I sayang you !! Macam mana sekali pun , I tak akan pergi dari rumah ni !! Kenapa you tak sedar ?  I kat sini sebab apa ?? Sebab I sayang you !!"


Tengku Farathid menggeleng perlahan.

__ADS_1


"Bukan sebab tu , sebab rasa bersalah you , you datang kesini bukan sebab cinta you , tapi sebab rasa bersalah yang sudah menguasai you , rasa bersalah apa yang you dah buat , pada baby I. Kalau kemaafkan yang you nak.... I akan maafkan you.. you boleh pergi."


Kyra meluru ke arah Tengku Farathid , badan itu di dakap kemas. Sekemas tenaganya.


"Takk !! Memang I rasa bersalah , bersalah buat orang yang I sayang macam ni.. tapi I betul sayangkan suami I , I buat semua tu sebab I cemburu , I marah bila fikir you ada orang lain ! I tak bunuh baby kita sayang... I jatuh !! Boleh kan you percayakan I."


"Macam mana I nak percaya , kalau setiap saat dari mulut you perkataan tu yang terbit. You tak nak baby dari benih I. You kandungkan baby tu sebab papa , bukan sebab you nak. You buat tu semua sebab terpaksa."


Perlahan dari Tengku Farathid , menghiris hebat hati Kyra , dia sudah tersedu sedu pada dada Tengku Farathid.


"I menyesal... maafkan I... please..."


"Tenang kan diri you , bila you rasa nak keluar dari rumah ni , you boleh keluar."


Tengku Farathid membuang pelukan Kyra dari badannya. Kyra mengekalkan posisi itu , badannya masih beku dengan esakan tangisnya. Tengku Farathid melangkah keluar dari rumah itu , bajunya yang sudah lecun dengan airmata Kyra tidak di pedulikan , mungkin blazer itu akan menutupi segalanya.


****************


Kyra bertanya lembut. Bik Ani sudah mengangguk angguk.


"Cik Puan tak payah susah susah. Biar saya yang siapkan kalau Cik Puan nak. Tengku tak bagi Cik Puan penat penat."


Mendengar Bik Ani berkata begitu , Kyra senyum kelat. Mungkin itu pesanan ketika dia masih lagi mengandung. Tapi sekarang perutnya sudah kosong. Kyra menunduk sendiri , mengusir rasa hiba.  Mungkin mereka belum mengetahui tentang kehilangan baby dia dan Tengku Farathid. Bagai mana mahu menjelaskan , Kyra sendiri gusar , ianya pasti mendatangkan sedih untuk mereka.


"Tak apa Bik Ani. Saya okay... lagipun saya...."


Bunyi loceng di dalam rumah itu menghentikan perbualan mereka. Kyra mencuri pandang ke arah ruang tamu itu. Kelihatan Bik Mona sudah meluru ke depan , entah dari mana datangnya dia.


"Saya pergi tengok dulu siapa yang datang."


Kyra melangkah pergi.. Bik Mona sudah meluru ke arahnya. Pandangan Kyra di alihkan ke arah pintu utama itu.

__ADS_1


"Kawan Cik Puan nak jumpa."


Jelas Bik Mona pendek. Kyra mengangguk tahu. Sudah kelihatan wajah lelaki itu pada matanya. Kyra melangkah mendekat ke arah Zacran di pintu utama.


"Sayang... kenapa tak jawab call I ? Message I tak reply.?"


Wajah Zacran sudah tak keruan , tidak mendapat balasan dari semua panggilan dan mesejnya.


"Zac.... I minta maaf buat you macam ni. I rasa lepasni you jangan datang lagi rumah ni. Jangan kacau I lagi. I tak nak Athid salah faham."


Kyra menjelaskan dengan tenang.


"Sejak bila pulak you kesah dengan perasaan dia ? You jangan main main Kyra.  You cakap dah tak ada hati kat dia , sekarang you minta I macam ni pulak.. haritu you beria ria suruh I datang teman you kat sini."


"Takk... you salah faham. I sayangkan Athid.. Sorry Zac... I tak nak sakitkan hati suami I lagi."


Zacran sudah meramas rambutnya. Jelas kelihatan pada wajahnya raut tak puas hati mendengar kata kata Kyra.


"So sebelum ni you guna I ?"


Bunyi ekzos kereta yang masuk ke dalam perkarangan rumah itu , mendebarkan Kyra. Kata kata Zacran sudah hilang dalam perdengarannya. Dia menjenguk keluar. Tengku Farathid keluar dari perut kereta itu.


"You balikk sekarang.."


Ucap Kyra sambil matanya masih memandang kelibat suaminya melangkah ke mari. Tangan Kyra di capai Zacran , terkejut wajah itu. Dia menarik kembali tapi makin kemas genggaman Zacran.


"You tak boleh buat I macam ni..."


"Lepaslah Zac...!"


Tengku Farathid datang melepasi mereka , sosok Kyra dan Zacran langsung tidak di pedulinya. Dia melangkah laju menuju ke tangga. Kyra menolak kuat badan Zacran , terundur ke belakang tubuh itu , sebelum Kyra mengejar langkah Tengku Farathid.

__ADS_1


__ADS_2