Kyraa Dan Pria Terhebat

Kyraa Dan Pria Terhebat
Part 94


__ADS_3

Bow tie di leher Tengku Farathid di kemaskan oleh Kyra.. Setelah selesai , matanya menatap wajah Tengku Farathid , Tengku Farathid senyum melihat tatapan isterinya itu..


"Apa yang tak kena ?"


Soal Tengku Farathid sambil menoleh ke arah cermin itu sekilas. Menatap wajah sendiri..


"Nothing... I just nak tatap muka hushand I.."


Tangan Tengku Farathid di raih kembali untuk menghadap badan Kyra.. Tengku Farathid sudah ketawa..


"Tatap hari hari pun masih tak puas ya ?"


Tengku Farathid sudah mengusik.. Kyra mengangguk.


"Thanks sayang , what you have done for me and.. our kids.."


Kyra bertutur lembut.. tangannya di genggam erat oleh Tengku Farathid..


"Thanks too sebab jadi isteri yang baik dan mummy yang terbaik untuk anak anak kita.."


Dahi Kyra di kucup Tengku Farathid , Kyra memejam mata erat , menikmati ciuman yang di beri oleh suami.. pinggang suaminya di ranggul erat.. pintu itu di ketuk dari luar.. mereka menoleh pandang..


"Our kids are ready for their party."


Ucap Tengku Farathid sambil tersenyum.. Kyra membuka pintu itu.. wajah anak anaknya sudah muncul bersama penjaga mereka. Faaeqa sudah memusingkan badan menunjukkan gaun yang di pakainya kepada Tengku Farathid dan Kyra..


"Princess mummy so pretty.."


Kyra membuat muka terujanya.. dia senyum manis kepada anak perempuannya..


"Wow , you look so gorgeous.. princess barbie boleh kalah ni.."


Tengku Farathid memuji melangit. Faaeqa sudah tersipu sipu malu..


"How bout Fakhr ?"


Fakhr mula bertanya bila melihat ibubapanya hanya tertumpu pada si adik..


"Fakhr mesti lah handsome macam daddy.. that why mummy falling in love with me.."


Sempat pulak Tengku Farathid memuji dirinya , Fakhr sudah tertawa bahagia..


"So im pretty like mummy , right ?"


Faaeqa sudah mengangkat keningnya , tak mahu kalah dengan si abang..


"Iya of course , that why daddy crazy over me."


Balas Kyra laju.. Tengku Farathid menoleh pandang.. Kyra membalas pandang.. Tengku Farathid senyum bahagia..


"Iyaa , that true.."


Tengku Farathid memandang Faaeqa sambil tersenyum.. Kyra sorok senyum..


"Im ready for the party daddy , mummy.."

__ADS_1


Balas Faaeqa gembira.. Tengku Farathid dan Kyra mengangguk sambil tersenyum.. mereka sama sama keluar dari bilik itu.. dari semalam mereka menginap di hotel Tengku Farathid kerana hari ini akan berlangsungnya majlis ulang tahun si kembar.. segala persiapan sudah siap di atur mereka.. ramai juga tetamu yang di jemput.. harap saja berita buruk tentang Tengku Farathid dapat selesaikan..


*****************


"Riduan...?"


Soal Tengku Farathid dengan raut wajah yang mendatar , ikutkan hati mahu saja wajah di depan itu di pukulnya , tapi itu bukan sikap yang matang baginya sekarang.. wajah di depannya tersenyum sedikit gugup berdepan dengan Tengku Farathid , mangsa tulisan lelaki itu di media sosial.


"Iya Tengku.. saya dah dapat klip dan gambar Tengku di hotel hari isnin lepas.. arr , saya minta maaf.."


Riduan mengutarakan kata katanya , dia senyum gugup.. Tak berani berhadapan dengan Tengku Farathid di atas segala kesalah fahaman tulisannya di media sosial terhadap Tengku Farathid..


"Seronok menulis ?"


Soal Kyra dengan serius.. Riduan sudah mengarukan kepalanya yang tidak gatal..


"Sekali lagi saya minta maaf , saya hanya menulis apa yang saya lihat.."


Riduan menunduk , tak berani untuk menatap empat mata itu..


"Tapi apa yang awak lihat tu tak betul Riduan.. tak salah menulis , kalau itu hobi awak , tapi awak pun kena fikir penulisan awak tu mendatangkan kebaikan atau keburukan.. dengan tulisan awak , awak dah cemarkan nama suami saya.. anak anak kami masih kecil , kalau dorang dapat tahu pasal itu dan salah faham ? Apakah itu satu kebaikan dari penulisan awak ? Penulisan perlukan bukti , kalau awak hanya mampu menulis Tengku Farathid with mistress ? And tell them , who the mistress is ? Bukan timbulkan persoalan macam tu.."


Mendatar suara Kyra tapi tegas.. Terasa tangannya di genggam Tengku Farathid , menenangkan.. Kyra menarik nafas perlahan.. Riduan hanya menunduk diam..


"Saya tak jemput awak ke sini untuk marah atau maki awak Riduan.. saya tahu menulis itu tugas awak.. saya jemput awak ke sini untuk awak lihat semua keadaan sekitar saya. Isteri saya , anak anak saya.. keluarga saya.. saya tak nak awak salah faham pasal saya.."


Tenang dari Tengku Farathid.. Riduan sudah mengangguk angguk..


"Iya saya faham , kali ni salah saya.. saya akan betulkan tulisan saya.. lagi sekali saya mohon maaf.. saya akan pastikan orang lain tak akan salah faham dengan apa yang saya tulis hari tu. Saya akan betulkan semua.."


Kali ini Riduan menatap mata mereka.. Tengku Farathid senyum membalas tatapan.. wajah Kyra masih seperti biasa..


Kyra menunjukkan gelang di tangan kanannya.. Gelang itu di pandang Riduan.. Gelang itu yang di pakai 'perempuan misteri' di sebalik pintu hotel yang di tangkap gambar oleh Riduan yang di anggap "mistress".. Riduan mengangguk perlahan , kesal rasa hatinya bila menulis keburukan perihal sejoli itu..


"Saya harap ini pun bukti kukuh selain klip video di lobi hotel itu , yang menguatkan fakta , saya bersama suami saya pada hari itu. Bukan perempuan lain atau perempuan simpanan mana pun.."


Kyra menjelaskan dengan geram.. sakit hatinya masih terbuku dengan penulisan lelaki ini.. Riduan mengangguk lagi..


"Iyaa Puan.. saya faham.. saya minta maaf banyak banyak.. saya akan pastikan lepas ni orang ramai tak akan salah faham.."


"Saya maafkan... tapi ingat , lain kali menulis kerana fakta bukan imaginasi semata.. saya tak nak orang lain menerima nasib sama macam suami saya.."


"Ya Puan.."


Riduan akur.. segala salah faham berpunca darinya , kali ini dia harus membetulkan semua..


"Ni birthday party anak anak kami.. saya harap awak pun enjoy.. jangan lupa makan.."


Tengku Farathid mahu beredar masuk bersama Kyra , laju saja anak anak mereka menuju ke arah mereka dengan riang..


"Daddy !! Mummy !!"


Laung Fakhr dan Faaeqa serentak.. Kyra yang berwajah serius tadi bertukar menjadi ceria..


"Mummy , our turn will be in a few minutes.."

__ADS_1


Riang kedengaran suara Faaeqa.. Kyra mengangguk seraya tersenyum..


"Yaa.. I know sayang.. so let's go.."


Tangan kecil itu di pimpin Kyra , Tengku Farathid meraih tangan Fakhr.. Riduan memandang leka..


"Err , Tengku.. Puan.. boleh saya tangkap gambar keluarga Tengku dan Puan ?"


Mendengar soalan Riduan , Tengku Farathid tersenyum..


"Of course boleh.."


Riduan tersenyum , cepat cepat dia mengambil camera yang tersangkut di bahunya itu.. Dia menyunting dengan sempurna , beberapa potret di ambilnya bagi melengkapkan tulisannya nanti..


**************


Jemari kecil itu berhenti di picitan yang terakhir pada piano itu.. Faaeqa menjatuhkan biola


yang ada pada bahunya itu.. tepukan gemuruh kedengaran pada ruangan besar itu , si kembar itu saling berpandangan sebelum tersenyum ke arah te tetamu yang hadir.. seketika datang jurucara majlis memberikan microphone ke arah mereka.. Fakhr bangun dari kerusinya mendekat bersama si adik.


"Hello everyone.. im Fakhr.. Tengku Fakhr Al Kashaf.. and this is my sister.. Tengku Faaeqa Karmila.. we are the children of mummy daddy , Tengku Farathid and Kyra Mayseera.. I would like to thank all of you for attending our event.. saya harap awak semua terhibur dengan persembahan kami.."


Ucap Fakhr mesra.. Faaeqa di sebelah hanya tersenyum memandang umum..


"And thanks also to our parents , have been raising us for five years.. i love you daddy , mummy."


Yang lain sudah tersenyum mendengar ucapan si cilik itu , rata rata sudah mencuri pandang ke arah Tengku Farathid dah Kyra.. Mereka hanya senyum..


"I love you more sayang.."


Ucap Tengku Farathid dan Kyra serentak , walaupun tidak jelas di telinga Fakhr dan Faaeqa , mereka tahu apa yang daddy dan mummynya melafazkan.. Juru acara majlis itu mendekat.. microphone itu dikembalikan semula kepadanya..


"Cucu cucu papatuk , kecil kecil dah pandai.."


Puji Dato Malek.. Kelihatan Fakhr dan Faaeq sudah berlari mendapatkannya.. Dato Malek membuka luas tangannya , menanti pelukannya dari cucu cucunya... badan badan kecil itu akhirnya jatuh pada tubuhnya..


"Im so sorry papatuk , im forget to mention you.. but don't worry , i love you much more.."


Fakhr sudah cuba memujuk , Dato Malek sudah lepas gelak , Tengku Farathid dan Kyra sudah menahan ketawanya dari lepas..


"Ooo patut lah cepat cepat datang dekat papatuk.. lupa nak cakap sayang papatuk kat atas sana.. ?"


Dato Malek sudah mengusik.. Fakhr sudah memuncung..


"Kalau Faaeqa yang cakap tadi , mesti Faaeqa tak lupa.."


Faaeqa sudah monyok wajahnya.. rasa bersalah dengan kelalaian abangnya , bimbang papatuknya terasa hati..


"Ishh , papatuk tahu ni , Faaeqa dan abang sayang papatuk , papatuk tak kesah pun pasal tadi.. tadi mesti abang nervous kan.. sebab tu sampai lupa nak sebut papatuk.. jangan risau , papatuk faham dan papatuk tak marah. Jangan monyok monyok lagi.. tu tetamu ramai.. nanti malu kat dorang.."


Dato Malek berusaha pujuk semula.. Fakhr mengukirkan senyum.. pelukan pada papatuknya makin kuat..


"Fakhr sayang papatuk sangat sangat.."


"Faaeqa pun.."

__ADS_1


Dato Malek sudah ketawa.. dia mengangguk angguk..


"Iyaa , papatuk pun sayang twins papatuk ni.. sangat sangat.."


__ADS_2