Kyraa Dan Pria Terhebat

Kyraa Dan Pria Terhebat
Part 51


__ADS_3

Kyra mengambil scarf di dalam almari itu , di padankan ke lehernya. Tengku Farathid di belakang hanya memerhati. Kyra menoleh pandang bila terasa kelibat manusia muncul di belakangnya. Tengku Farathid sudah tersengih sendiri.


"Sayang... its hard to hide."


Kyra menunjuk bekasan merah di lehernya kepada Tengku Farathid. Dia mendekati Tengku Farathid. Scarf itu di betulkan oleh Tengku Farathid. Kyra sudah memuncungkan mulutnya.


"Tak susah pun , tak nampakk lah. Don't worry. Look."


Badan Kyra sudah di balikkan Tengku Farathid menghadap cermin. Kyra melihat badannya sendiri ke arah cermin. Dia senyum seketika.


"Yaaa , better la dari tadi."


Bimbang Kyra bekasan itu dapat di lihat orang staff staffnya di butik. Mana mahu sorok mukanya nanti , tu lah padahnya bila terlalu nakal dengan suami sendiri , kan dah mendapat upah.


"Butik macam mana ? Okay ?"


Kyra mengangguk angguk , Tengku Farathid di tatapnya lagi.


"Thanks..."


Ucap Kyra sebelum mencium laju pipi Tengku Farathid. Tengku Farathid sentuh pipinya sendiri.


"Biey.... dont starts. You tahu kan I tak boleh dengan you."


"Ehh , panggilan tu untuk I pada you."


Kyra pelik.


"Tadi you calling me sayang. So I called you Biey."


Tengku Farathid membuat muka tak bersalahnya. Kyra lepas gelak.


"Okay fine. Panggil aja apa apa you suka."


Kyra pasrah. Jari nya di tunjukkan kearah bibirnya sendiri.


"Kiss me. I dah nak ke butik ni."


Tengku Farathid lepas gelak.


"Breakfast dulu sayang."


"Iyaa , I know. Tapi kat bawah kan ada Bik Mona dengan yang lain."


Tengku Farathid gelak lagi. Nakal saja isterinya. Bibir itu di cium lembut. Kyra senyum manis sebelum membetulkan blazer yang di pakai Tengku Farathid.


**********

__ADS_1


"Sayang... you tengok page jerungpanas tak ?"


Kyra laju saja mendail suaminya bila melihat page itu sudah membetulkan ceritanya dengan Zacran. Foto dia dan suami terpapar di page tersebut.


"Iyaa , I know sayang. I dah urus semua pasal tu , don't worry. Sekarang tak payah fikir sangat pasal tu. I dah settle kan pasal page tu , pasal kat butik tu semua."


Kyra menarik nafas lega. Patut saja page itu memadam semua tentang hal di butik haritu , suaminya sudah campur tangan. Kyra gelak dalam hati. Apa nasib admin page tersebut. Semoga menjadi pelajaran bagi orang itu , supaya tak mudah menguar uarkan berita palsu lagi.


"Thanks. Love you sayang."


Tulus dari Kyra.


"I love you more baby"


************


"I tak kira , I nak jumpa pengurus tempat ni. Sekarang."


"Saya pengurus kat sini Cik."


Mata Alana memandang atas bawah perempuan di depannya itu.


"No ! Bukan you. Lelaki. Ehh , I means pemilik tempat ni , bos besar. Bukan you."


Alana menjeling tajam pengurus itu. Serba salah pengurus itu di buatnya.


"Takk , masalah sekarang , saya nak jumpa bos awak. Awak ni tak faham bahasa ke ? Macam mana orang macam awak ni boleh jadi manager kat sini ?"


Alana sudah merengus kasar. Matanya menjeling tajam. Staff staff yang lain sudah tak senang duduk. Hanya memandang dari jauh. Kelibat yang berjalan kearah mereka di pandang laju. Mata Alana sudah membulat besar melihat Tengku Farathid berjalan ke arahnya. Akhirnya lelaki ni muncul lagi. Lelaki ini lah yang ingin di temui. Saja membuat kacau , memang itu hobinya. Nuzul pengurus itu sudah tidak senang duduk melihat wajah serius bosnya.


"What wrong Nuzul ?"


Nuzul sudah mengetap bibirnya sendiri , Alana di sebelah masih terpaku melihat wajah Tengku Farathid di depannya. Nuzul berpaling kearah Alana yang tiba tiba saja jadi bisu , tadi bukan main lagi potpet potpet.


"Cik... Ni Tengku Farathid. Pemilik hotel ni."


Nuzul memperkenalkan bosnya kepada Alana. Mata Tengku Farathid beralih ke arah Alana. Perempuan itu tersengih sendiri. Melihat Alana yang masih lagi kelu itu , tangan Nuzul lembut menyentuh bahu Alana. Tersentap wanita itu dibuatnya.


"Ni bos kami."


Nuzul sudah serba salah , melihat reaksi Alana yang seakan tersedar dari lamunannya itu.


"Yes ! I know."


Alana menjeling ke arah Nuzul sebelum senyum manis ke arah Tengku Farathid. Tangannya di hulur laju kearah.


"Hai , long time no see. I miss you."

__ADS_1


Alana masih tersengih sengih menanti sambutan tangan Tengku Farathid. Tengku Farathid menngecilkan matanya , meneliti wajah di depannya. Sapaan wanita ini seakan akan mereka sudah lama kenal , sedangkan dia tidak lansung mengenal Alana. Tengku Farathid binggung sendiri. Tangan Alana di sambut perlahan. Kemas Alana memegang tangan itu. Nuzul di sebelah sudah membuat muka blurnya. Wanita ini kenalan Tengku Farathid ?


"Who ?"


Tengku Farathid masih dalam kebingungan melihat wajah wanita itu.


"Alana. Do you remember me ? Bali."


Tengku Farathid mengerut dahinya , cuba mengingat kembali.


"Screen handphone you pecah , sebab I kan ?"


"Ahh ! I see. Malam tu.."


Tengku Farathid sudah menarik tangannya dari pegangan Alana. Jari telunjuknya di goncang halus sendiri , sudah mengingat kembali wajah Alana. Rupanya wanita ini dari Malaysia , tapi Tengku Farathid langsung tidak ambil peduli , hal itu tiada kaitan dengan dirinya. Alana senyum. Setidaknya Tengku Farathid mengingatnya.


"Nasib baik you ingat. Iya lah , rupa macam I ni , mana mungkin lelaki lupa."


Nuzul di sebelah sudah menjeling. Perasan sangat perempuan ni. Alana sudah mengibas rambutnya , terasa cantik la tu. Tengku Farathid senyum leret.


"So , you ada apa apa masalah dengan layanan kami ke ? Or makanan kami tak sedap ? Tak kena dengan selera you ?"


Kepala Tengku Farathid sudah menoleh ke arah meja itu. Sisa makanan Alana masih berada di situ , mungkin sedikit saja di sentuh Alana. Alana sudah membuat gaya gediknya.


"Noo. Bukan itu maksud 1 , makanan kat sini sedap sangat , bilik pun selesa sangat. Semalam I ada tanya staff you , I nak jumpa you. Dia cakap you busy. Kena buat appointment."


"Miss...."


Tengku Farathid mengelap bibirnya yang masih basah , cuba mengingat kembali nama Alana.


"Alana..."


Alana menjawab laju.


"Haaa , miss Alana. Kalau ada apa apa masalah dengan servis kami , don't worry. Cik Nuzul ada. Apa apa you boleh bagitahu dia. Nanti kami fit kan apa apa yang patut untuk miss Alana. So kalau tak ada apa apa , I pergi dulu. Enjoy you meals."


Tengku Farathid senyum , dia malas hendak melayan lebih lagi. Bukan ada hal yang penting untuk di bincangkan.


"Waitt. Tengku..."


Langkah Tengku Farathid batal. Alana di pandang lagi.


"You free for lunch ?"


Tak segan silu. Alana bertanya berani. Tengku Farathid memaniskan wajahnya.


"Sorry Miss Alana. I tak free."

__ADS_1


Tengku Farathid senyum sebelum melangkah pergi , Alana sudah memuncung. Nuzul di sebelah sudah menahan ketawanya dari keluar melihat muka monyok Alana. Perempuan gedik , buat kecoh tak bertempat. Nuzul memandang benci , padan muka tak di layan bosnya.


__ADS_2