Kyraa Dan Pria Terhebat

Kyraa Dan Pria Terhebat
Part 67


__ADS_3

Kyra melemparkan handphone ke atas katil , berita itu sudah di keluarkan , wajahnya dengan Zacran terpapar di setiap halaman mukabuku. Mungkin berita itu yang menjadi topik utama untuk hari ini. Handphone yang mula berdering itu di pandang lagi , Kyra mencapai kembali handphone miliknya. Nama papanya muncul di screen. Pasti dia di leteri papanya lagi kalau menjawab panggilan itu. Dia hanya pasrah.


"Kyra... Kyra tengok apa Kyra dah buat ? Kyra suka sekarang ? Bahagia sekarang ?"


"Kalau papa call sebab nak marah Kyra , tak apa lah pa. Kyra nak masuk butik ni. Papa back up la menantu kesayangan papa tu."


"Kenapa sekarang Kyra jadi degil macam ni ? Kenapa Kyra nak malukan diri sendiri macam tu ? Apa yang Kyra dapat ? Puas hati ? Sekarang semua dah tahu pasal rumahtangga Kyra.. kyra happy sekarang ? Malukan Athid macam tu ?"


Kyra mengeluh kasar. Asyik asyik lelaki itu yang papanya bela.


"Dah lah pa... Kyra nak masuk butik , dah lewat ni. Takecare. Bye."


Belum sempat pun Dato Malek menjawabnya , Kyra sudah mematikan panggilannya. Handbagnya di capai laju , melangkah keluar dari pintu biliknya. Sosok Tengku Farathid tidak kelihatan . Dia turun ke dapur , lelaki itu masih tiada.


"Cik Puan nak breakfast apa ? Mee ? Roti ?"


Kedengaran suara Bik Ani menegur. Dia sudah menyusun pinggan di atas meja makan itu. Kyra menggeleng kepala , tak mahu , sebaik saja dia berpaling ingin beredar , Bik Mona muncul di depannya. Mukanya murung saja , menatap anak mata Kyra.


"Cik Puan...."


Bik Mona menegur lembut. Kyra hanya memaniskan wajahnya.


"Cik Puan.. saya bukan nak masuk campur pasal rumahtangga Cik Puan dengan Tengku. Tapi saya rasa apa yang Cik Puan cakap semalam tak ada betulnya , Tengku tak akan buat macam tu Cik Puan. Selama bertahun saya bekerja dengan Tengku , tak pernah dia bawa mana mana perempuan dalam rumah ni , kecuali Cik Puan , saya tahu Tengku hanya sayangkan Cik Puan , tak ada perempuan lain."


Kyra senyum leret , tak habis habis mahu membela majikannya. Dia sudah muak dengan semua orang yang dekat dengan Tengku Farathid.


"Iya ? Tu sebab korang ada kat rumah ni. Dia tak buat semua tu depan orang. Dia akan buat senyap senyap tanpa pengetahuan orang lain. So Bik Mona , Bik Mona tak tahu apa apa , jangan nak masuk campur."


Bik Mona menunduk diam. Kyra meninggalkan kan mereka. Bik Ani di belakang hanya menggeleng kan kepalanya. Kali ini , kata kata Bik Mona di sokongnya.


**************************


Pandangan pelik semua staff dia untuknya tidak di hiraukan Tengku Farathid , sejak semalam dia sudah menduga situasi sebegini akan ada kerana kelakuan pelik Kyra pada majlis itu. Dia harus menghadap semua gosip gosip yang sudah berleluasa di luar sana. Rasa putus asa mula terbit dalam diri secara diam diam , jelas Kyra tidak lagi menginginkannya , sarapan di atas meja hanya di tenung lama tanpa menyentuhnya , semuanya telah Lisa sediakan untuknya , harini dia ke hotel awal dari sebelumnya , saja tak mahu bergaduh lagi dengan Kyra. Ketukan pintu itu mematikan lamunan Tengku Farathid , Lisa muncul di sebalik pintu itu , dia senyum manis.


"Tengku.... perlu ke saya settle semua page page tu ?"

__ADS_1


Tengku Farathid menggeleng. Lisa melangkah masuk mendekat.


"Tak payah Lisa... biarkan mereka. Mereka tulis apa yang mereka nampak."


"Hmmm... are you sure Tengku. ?"


Teragak agak Lisa dengan keputusan Tengku Farathid , sebelumnya dia selalu ingin saja membersihkan semua berita buruk dia dan isteri. Tengku Farathid mengangguk. Lisa segera beredar , kalau itu keputusan majikannya , apa yang mampu dia buat , hanya mengikut.


***************


Adzran menjenguk kepalanya ke arah dalam cafe hotel itu. Kelibat Tengku Farathid tidak dapat di carinya , selama dua hari di hospital , Tengku Farathid langsung tak melawat , dia sudah biasa , sebelum ini pun Tengku Farathid dingin dengannya , mana mungkin Tengku Farathid selalu menjenguknya. Dia melilau sahaja di dobi hotel , lebam di wajahnya masih kelihatan. Di menuju ke lif , menekan laju. Sebaik saja lif itu terbuka , wajah Tengku Farathid muncul di depannya. Adzran senyum senang , wajah itu muncul juga. Tengku sudah memandang pelik. Adzran di depannya sudah tersengih sendiri. Tengku Farathid melangkah keluar.


"Ada apa lagi ?"


Langkah di teruskan. Adzran menurutnya dari tepi. Wajah itu dari tadi tersenyum sendiri.


"Thanks bang. Aku dah sihat dah ni."


Tengku Farathid menoleh pandang wajah Adzran. Dia mengangguk lagi.


"Hmm.. bagus lah. Sihat la ni boleh keluar , kalau tak , kau tak ada kat sini. Nak apa ? Duit ?"


"Bukan bang. Aku nak cakap terima kasih je. Kau bayar semua bil rawatan aku kat hospital."


"Iya lah , tak kan kau nak bayar sendiri. Hutang kau pun kau tak mampu nak bayar , kang tak pasal pasal kau jadi cleaner kat hospital tu setahun."


Tengku Farathid duduk di kerusi itu. Adzran sudah mengaru kepala , malu dengan diri sendiri , mana mungkin dia mampu membayar semua bil hospital itu , sudah la dia duduk di bilik yang mewah. Dia berdiri menghadap Tengku Farathid yang sudah duduk.


"Terima kasih bang.."


Adzran menghulurkan tangannya ke arah Tengku Farathid. Tengku Farathid membuat muka bosannya , tangan itu tidak di sambutnya.


"Dah lah , semua benda dah settle kan , kau tak payah nak tunjuk muka kau selalu kat depan aku. Aku tak kesah pasal bil tu semua. Sekarang ni , aku tak nak kau muncul lagi depan aku. Tu dah cukup."


Adzran menunduk lemah , staff cafe itu mula mendekat , mengambil pesanan makan untuk Tengku Farathid.

__ADS_1


"White coffe."


Staff itu mengangguk faham. Wanita itu terus beredar dari situ. Tengku Farathid kembali memandang Adzran di depannya yang masih dengan wajah murung.


"Kau nak apa lagi ?"


Tengku Farathid bertanya lagi. Adzran mengangkat wajahnya.


"Aku nak kau maafkan aku.."


"Iyaa Adzran. Aku dah maafkan kau. Aku tak nak tengok muka kau lagi. Kau tak faham ?"


"Aku dah berubah bang."


Tengku Farathid senyum mendengar pengakuan Adzran , bukan itu yang di harapkan. Dia hanya mahu Adzran tidak muncul di depan matanya , itu sudah cukup.


"Okay kau dah berubah. So ? Kalau kau dah berubah pun , kau nak aku hadap muka kau ni ke ?"


"Tak , bukan tu maksud aku bang. Aku nak kau tahu , aku ikhlas minta maaf. Aku nak minta maaf dengan kak Kyra jugak."


"Tak perlu. Aku dah maafkan kau. So kau jangan tunjuk lagi muka kau kat depan aku , Kyra sekali pun."


"Kak Kyra sihat ?"


Mendengar pertanyaan Adzran , Tengku Farathid mengeluarkan wallet nya , beberapa kepingan duit kertas itu di hulurkan ke arah Adzran. Adzran menggeleng laju.


"Aku tak nak duit kau bang."


"Ambik jela.. tak payah nak malu. Jangan tunjuk muka kau depan aku lagi."


"Tak apa lah , kau simpan duit kau , niat aku bukan untuk ni."


Tengku Farathid mengeluh berat mendengar kata kata Adzran. Duit itu tetap di hulurnya.


"Aku ikhlas , kau ambik duit ni. Kalau betul dah berubah , guna duit ni , cari kerja , tak payah berhutang dah."

__ADS_1


Lambat lambat Adzran mengambilnya dari tangan Tengku Farathid.


"Thank bang..."


__ADS_2