
Tengku Farathid memandang wajahnya di cermin , lehernya diraba perlahan , dia senyum sendiri. Hampir seluruh lehernya memerah. Dia keluar dari bilik air itu , baju hitam itu di capainya , di pakaikan dibadan bersama seluar pendek hitam paras lutut. Dia keluar dari ruangan persalinan itu , Kyra yang lena di katil di pandang sekilas. Dia senyum lagi. Tengku Farathid keluar dari biliknya , melangkah ke arah bawah. Sunyi....
"Bik Mona..."
Sepantas kilat Bik Mona berpaling dan mematikan telefonnya bila namanya si seru Tengku Farathid.
"Yaa Tengku. Tengku nak apa apa ke ?"
Mata Bik Mona yang tertumpu pada leher Tengku Farathid terus di alihkan pandang cepat , membuatnya sendiri tak selesa. Matanya berkedip kedip sendiri , serba salah.
"Kyra ada makan apa apa lepas breakfast tadi ?"
"Takda Tengku , rasanya dia tak makan apa apa , mungkin tunggu Tengku balik dulu."
"Dia buat apa masa saya takda ?"
"Err , dia buat kerja Tengku , kat luar tu."
Bik Mona sudah memuncungkan bibirnya ke arah pintu kaca itu , selepas itu laju saja tangannya meluruskan ke bahagian itu. Tengku Farathid mengangguk. Dia berjalan ke arah pintu kaca itu , buku buku kerja Kya masih berada di situ , Tengku Farathid menghampiri. Buku buku di belek Tengku Farathid. Dia mengambil dan membawanya masuk. Wajah yang muncul di pintu itu , menghentikan langkahnya. Badan mereka hampir saja berlanggar. Adzran cepat cepat menunduk , tiba tiba saja takut berdepan dengan Tengku Farathid bila mengingatkan hal yang dirancangnya.
"Ada lagi kau kat sini ?"
"Err... Kak Kyra cakap kami boleh tinggal kat sini buat sementara waktu."
Tipu Adzran. Berkerut wajah Tengku Farathid mendengar jawapan Adzran. Membutang mata Adzran bila dia mengangkat wajah memandang wajah Tengku Farathid , lovebite di leher Tengku Farathid mengejutkannya. Dia mengawal diri , agar gemuruh dalam diri cepat berlalu pergi. Boleh mati bila kantoi dengan lelaki ini.
"Aku tak nak tengok muka kau depan aku lagi , kau tak faham bahasa ke ? Berambus kau dari rumah ni ."
Wajah Tengku Farathid sudah kemerahan menahan marahnya. Entah dari mana , Puan Zati datang meluru ke arah mereka.
"Athid. Sabar.... Kyra cakap kita boleh tinggal kat rumah ni , sebab tu kami ada lagi. Dia dah janji dengan kami , nak bagitahu Athid pasal ni."
"Takk , tak kira siapa pun , aku tak nak tengok muka kau berdua kat rumah ni. Berambus.!"
"Athid... tolong lahh , bagi harini je , hari dah nak malam ni , nanti kami nak tinggal kat mana , kalau esok sempat juga kami cari tempat berteduh , siang hari kan. Tolong lah."
Airmata palsu Puan Zati sudah keluar.
__ADS_1
"Kyra mana ? Biar Mama Zati bagitahu dia pujuk Athid , kesian lah kat kami.. kalau Kyra ada mesti dia tak bagi Athid buat kami macamni , tolong lah..."
Tengku Farathid mengetap giginya , menahan emosi.
"Kalau bukan sebab isteri aku , dah lama aku campak kau berdua ni kat luar. Esok pastikan hari last kau kat sini."
Tengku Farathid berlalu pergi memasuki bilik kerjanya. Mereka memandang sesama sendiri . Laju Puan Zati mengelap airmata palsunya. Dia mencebik bibir , benci.
"Kau tengok la nanti , sayang kau tu kejap je jadi benci."
Puan Zati memandang benci. Adzran sudah mengempal tangannya sendiri. Sakit hati.
*********
Kyra meraba kepalanya sendiri , berdenyut. Jam di dinding di pandang , hampir jam 7 malam. Dia menguatkan diri untuk bangun dari baringnya. Dia memandang sekeliling katil , kemudian badannya sendiri , selimut putih di badannya di selak. Dia terkesima sendiri , kepalanya di pegang lagi. Mengingati hal yang terjadi , di pejam matanya sendiri , wajah wajah nakal Tengku Farathid mula muncul pada layarnya. Dia memegang dadanya perlahan , sebelum turun berlari ke bilik air dengan selimut putih itu. Sesampai di depan cermin , dia membuka perlahan selimut yang menutupi dadanya. Tanda tanda kemerahan jelas terpapar di dadanya dan di bahagian yang selalu di jaga rapinya itu. Dia menyandar di dinding itu , nafasnya bagai tersekat di dadanya , tak mahu keluar.. dia meraba kepalanya lagi , ingatannya hanya samar samar muncul di benaknya. Kepalanya di ketuk perlahan. Tanda tanda merah itu sungguh memalukannya. Apa yang sebenarnya merasuk diri dia , Kyra binggung sendiri.
"Sayang..."
Panggilan dari luar kedengaran , jelas suara Tengku Farathid. Rambutnya di sanggul seketika. Dia menguatkan diri , pintu itu dibukanya. Berjalan perlahan menuju ke ruangan itu , sebaik dia keluar dari ruangan itu , Tengku Farathid muncul di depannya , Tengku Farathid senyum.
Kyra memandang serius. Gurauan Tengku Farathid tidak langsung mengelikan hatinya.
"You buat apa ni Athid ?"
Pandangan serius yang di beri Kyra untuknya , sedikit sebanyak mendebarkan hati Tengku Farathid. Tengku Farathid mendekat.
"Sayang..."
Dagu Kyra di sentuhnya , pantas Kyra menepis tangannya. Badan Tengku Farathid di tolak ke belakang.
"I tanya , you buat apa kat I ? Atas atas katil tu semua , kenapa ?! Kalau you nak tubuh I , bukan macam ni cara dia , you merendahkan I !! Apa yang you bagi kat I ?!"
Airmata Kyra mula gugur. Tengku Farathid hilang punca , apa yang Kyra cuba buat. Tengku Farathid binggung sendiri , Kyra tidak menyedari masa masa mereka bersama ?
"Sayang.. you tak ingat apa yang you buat tadi ? Semua tadi ?"
Wajah Tengku Farathid sudah serius.
__ADS_1
"Tak boleh ke you jadi lelaki macam lelaki lelaki lain , kenapa you nak kena malukan I , rendahkan I macam ni sekali ? Terdesak sangat ke you ?"
"Kyra , you cakap apa ni ? I tak ada paksa you sayang . You yang merayu kat I , you yang mintak semua tu kat I , sayang ?
Tengku Farathid sudah terkesima sendiri..
"You yang buat I jadi macam tu , you yang nak I jadi macamtu kan , tunduk kat you , sembah you , merayu kat you ! macam pelacur !"
Dada Tengku Farathid di tolak berkali kali. Kyra sudah hilang punca.. Bekas gigitannya pada Tengku Farathid jelas kelihatan , cukup memalukan dirinya sendiri. Memori kecil di kepala sungguh menyeksa dada , liar sungguh perbuatannya. Badan Kyra di peluk erat Tengku Farathid , mengikat Kyra dari amukannya.
"I tak pernah anggap macam tu sayang. I tak pernah suruh you tunduk kat I , sembah I. I tak akan buat you jadi macam pelacur , I tahu you bukan macam tu , you isteri I. You tak perlu buat macam tu , nak sembah nak tunduk pada I , Sebab you isteri I. You tak perlu malu bila you goda I , itu yang I perlukan sebagai suami you. Beego call I , cakap you tak sihat , I balik terus sebab risau , balik balik you dah macam ni , mintak yang bukan bukan. I tak sanggup nak tolak. I tak nak tengok you menangis. You tau kan I sayang kan you sangat sangat , mana sanggup I tengok you menangis lama lama. I mintaa maaf kalau semua yang I buat menyakitkan you."
Kyra membalas pelukan itu , dia sudah terisak isak sendiri. Perangainya mencalar maruah diri. Sungguh dia malu.
"I tak sedar kenapa I ja...di macamtu , me....malukan bila I jadi liar macam....tu."
Tersedu sedu Kyra bercakap. Segala tingkah lakunya pada Tengku Farathid tadi mula muncul di kepala. Dada Tengku Farathid sudah basah kerana airmatanya. Tengku Farathid membelai lembut belakang Kyra.
"Shhh , tak apa sayang. You tak liar , you isteri manja I , I know you. Tak ada benda yang nak di malukan pun. It's okay.. stop crying. I tahu you tak macam tu. You buat tu semua untuk husband you. I hak you sorang kan.?"
Tengku Farathid menenangkan..
"I minta maaf.."
Ucap Kyra perlahan.
"It's okay sayang , tak perlu sorry."
Tengku Farathid memahami.
"I..... love you."
Tengku Farathid memejam rapat matanya , mendengar Kyra melafazkan kalimah itu. Akhirnya perkataan itu muncul juga di bibir mungil Kyra , hati Tengku Farathid tak henti henti mengucapkan syukur.
"I love you more , my noty wife."
Kyra menepuk laju belakang Tengku Farathid mendengar balasan suaminya , Tengku Farathid gelak kecil.
__ADS_1