
Troli itu di tolak Tengku Farathid. Matanya memerhati Kyra yang ligat mencari bahan mentah itu , tangan isterinya tidak di lepaskan.. kesihatan Tengku Farathid semakin hari semakin membaik..
"So apa lagi ?"
Kyra berpaling memandangnya. Tengku Farathid menjongketkan bahunya. Tanda tak tahu..
"Up to you sayang.."
"You nak makan apa malam ni ?"
Tanya Kyra lagi. Tengku Farathid mendekatkan wajah pada Kyra.
"Makan isteri I dah cukup.."
Laju saja bahu itu di tampar Kyra.. ada saja telatah suaminya.. Tengku Farathid ketawa perlahan.
"I rasa nak makan lamb.. boleh kan ?"
Soal suaminya , kali ini serius nadanya. Kyra senyum. Dia mengangguk juga. Kyra memimpin sebelah tangan suaminya , sebelah lagi tangan suaminya menolak troli itu.. mereka berjalan melepasi bahan dingin yang di dalam peti.. laju saja Tengku Farathid menarik tangannya dari pegangan Kyra , menutup mulutnya cepat..
"Wkkk..."
Kyra menoleh pandang.. suaminya salah makan ?
"Kenapa sayang ?"
Soal Kyra panik.. Tengku Farathid menggeleng laju.. tangannya masih di mulutnya..
"Kenapa rasa macam ni ?"
Soal Tengku Farathid sendiri. Rasa pelik menerjah rongga tenggoknya. Mual yang sangat kuat tiba tiba datang.
"Rasa apa ?"
Kyra menyentuh dahi suaminya..
"Tak panas pun.. nak muntah ke ? Makan apa pagi tadi ?"
"I breakfast dengan you sayang.. roti dengan mee.."
Kyra menatap lagi.. barangan di keliling itu di pandang juga.. tak ada apa yang pelik dengan bau semua bahan itu dengan hidungnya..
"Wkkk..."
Laju saja Tengku Farathid menarik tangan isterinya meninggalkan tempat itu... tanpa menghiraukan troli mereka yang sudah separuh penuh itu..
Kyra mengosok lembut belakang suaminya. Tangan suaminya sudah memicit kepala itu.
"Sayang tunggu sini yaa.. I pergi ambil troli tadi.. I pergi bayar dulu.. lepastu kita singgah klinik.."
Kyra bertutur lembut..
"Tak payah lah.. nanti kita suruh Beego dengan Bik Ani yang datang , beli yang baru.. ya ??"
Tengku Farathid menghalang. Tak mahu Kyra berbelanja sendiri , bimbang isterinya kepenatan. Kyra menggeleng.
"I ambil kejap je.. bayar.. lagipun kita dah pilih tadi kan.. don't worry lah , I tak sempat nak penat pun.. duduk sini , kejap lagi I datang.."
**************
Kyra memakai anting anting itu di telinga.. Melihat sosok suami yang berlari laju ke bilik air itu mengejutkannya , dia berdiri melangkah mendapatkan suaminya..
Tengku Farathid mengkumur mulutnya , wajahnya sudah di basahkan juga.. dia melonggarkan tie di lehernya , membuka butang baju itu laju.. Kyra mendekat , belakang suami di gosok perlahan..
"Semalam dah cakap , pergi klinik.. buat check up.. tengok sekarang.. makin melarat.."
Kyra berbicara , raut wajah suaminya di sentuh lagi , kesian melihat wajah pucat suaminya..
"Sekarang tak payah masuk office.. rehat.. nanti I call doktor.."
Kyra memimpin tangan suaminya keluar dari bilik air itu , Tengku Farathid menurut lemah sehingga ke katil mereka.. butang baju itu di buang Kyra satu persatu..
setelah selesai , Kyra mendapatkan baju tshirt untuk suaminya. Baju itu di pakaikan pada badan Tengku Farathid.. selepas itu , dia membuat panggilan pada doktor peribadi Tengku Farathid , bimbang juga kalau kesihatan suami makin merosot..
"Sayang masuk butik harini ?"
Soal Tengku Farathid setelah Kyra menamatkan panggilan dengan doktor..
__ADS_1
"Tadi ingat nak masuk.. tapi tengok keadaan suami sekarang ni.. macam tak sampai hati nak tinggal sesorang kat sini."
Kyra sudah senyum..
"Sayang......! Entah entah... you kena alahan , sebab I pregnant ?"
Kyra baru teringat , alahan yang Tengku Farathid alami sama dengannya dahulu..
"Alahan ?"
Soal suaminya pelik.. Kyra sudah ketawa..
"You muntah muntah kan.. tak sedap badan ? Tak boleh bau benda benda pelik ?"
Tengku Farathid mengangguk lemah.. pipi Tengku Farathid di sentuh Kyra.
"Kesian husband I.. alahan rupanya.."
Kyra menahan tawa melihat wajah monyok suaminya , perasaan lucunya kini bercampur kesian..
"Lama ke ?"
Soal Tengku Farathid.. Kyra mengangguk cepat.
"Ha,ah... lapan bulan.."
Tipu Kyra.. Tengku Farathid membulat matanya. Kepalanya sudah jatuh bersandar pada kepala katil itu.. mengeluh perlahan. Kyra menahan tawa..
"I bergurau jelah.. kejap je alahan ni.. sabar okay.. kesian suami I ni.. meh sini.. peluk.."
Kyra membuka lebar tangannya , Tengku Farathid mengangkat muka kembali. Badan isteri di raihnya.. terasa belakangnya di usap lembut oleh isteri..dia senyum jua.. apa apa saja lah , asalkan isteri dan anaknya sihat sudah cukup.
************
Kyra bertegur sapa dengan tetamu yang hadir.. Kediaman mereka meriah dengan orang ramai yang di jemput termasuk wartawan dan media. Dia mahu berita yang baik baik saja muncul pada media sosial.. majlis kesyukuran di buat sempena meraikan kehamilan Kyra..
"Macam mana Athid ? Alahan Athid dah okay tak ?"
Dato Malek mula bertanya. Di lihat dari keadaan , alahan Tengku Farathid makin membaik.. Kyra sorok senyum mendengar pertanyaan papanya.
"Dah okay pa.."
"Sayang tak serik kan ? Cakap nak anak ramai. ?"
Kyra mula mengusik.. Tengku Farathid menggeleng.
"Tak.. as long as isteri I dan anak I sihat.. I rela tanggung sakit tu.."
Jelas Tengku Farathid sambil tersenyum.. pipinya di tarik isteri.
"Auwww.. so comel.."
Tengku Farathid sudah tersengih menerima pujian dari isteri.
"Papa tau , setiap malam menantu papa ni mengadu penat kat Kyra.. kadang kadang tak sanggup juga tengok dia ulang alik ke bilik air.. tapi nak buat macam mana. Demi baby.. kadang kadang daddy kena berkorban juga."
Dato Malek sudah tertawa mendengar cerita Kyra..
"Iya sayang.. I rela demi baby.. tak salah kan daddy ganti mummy sekali sekala.. I tak sanggup juga nak tengok mummy muntah muntah.. bawa perut ni.. lagi penat.."
Tengku Farathid menjeling manja isterinya.. tubuh suami itu di peluk erat Kyra. Rasa sayang pada Tengku Farathid makin hari makin bertambah , ada saja kata kata Tengku Farathid yang mendamaikan hatinya..
"Congrats both of you..."
Mereka menoleh pandang pada suara itu. Tengku Amanda sudah tersenyum di depan mereka.
"Manda.. ingat tak datang tadi.."
Kyra sudah senyum wajahnya. Mungkin dulu wajah itu yang di bencinya , tapi kini , wajah itu juga di nantikannya setiap ada majlis berlangsung , hubungan mereka semakin baik..
"Sorry lambat sikit.. ada hal tadi.."
Tengku Amanda menjelaskan.
"Uncle dengan auntie tengah makan tu.."
Tengku Farathid menunjuk ke arah meja itu. Tengku Amanda hanya tersenyum. Papa dan mamanya datang awal darinya.
__ADS_1
"Manda.. ada someone nak jumpa.."
Kata Kyra perlahan. Tengku Amanda sudah membuat muka binggungnya. Keningnya di angkat , tanda menyoal. Tangan Kyra lurus menunjukkan ke arah belakang , Tengku Amanda menoleh pandang. Wajah itu sudah muncul di depannya.
"Hai.."
Hans sudah tersenyum , tangannya di angkat , tanda menegur..
"Dari tadi lagi Hans duk bertanya.. lenguh dah mulut ni nak menjawab.. nasib baik you datang , kalau tak , sampai ke malam la dia kat sini menunggu."
Kyra sudah mula menyakat. Tengku Farathid sudah tersenyum. Hans sudah mengaru kepalanya yang tak gatal , menghilangkan kejanggalan. Tengku Amanda sedikit kemerahan mukanya , menahan segan..
"Elok la tu , sekarang Uncle dengan Auntie pun tengah makan , Hans boleh la join.. mana tahu boleh masuk jarum.."
Mata Tengku Amanda sudah membulat mendengar kata kata Tengku Farathid. Ada ada saja bahan mereka untuk menyakat..
"Ha,ah betul tu Manda.. pergi la makan , Hans pun belum makan lagi ni. Dia cakap nak tunggu Manda.. nak makan sekali."
Dato Malek pulak yang bersuara. Tengku Amanda hanya mengangguk.
"Korang dah makan ke ? Kalau belum , jom makan sekali."
Ajak Tengku Amanda. Terasa segan mahu makan bersama Hans..
"Tak apa , korang makan dulu.."
Tengku Farathid tak mahu menganggu. Nanti di tuduh kacau daun pulak. Kyra sorok senyum. Dengan sedikit segan akhirnya Tengku Amanda menuju ke meja makan itu bersama Hans. Tengku Farathid mencuit bahu Kyra , Juwita yang muncul itu pasti mengembirakan isterinya.
"Juwita !!!"
Kyra sudah menjerit bahagia.. badan itu di peluk kemas.. Juwita sudah ketawa..
"Congrats sayang.. tak lama lagi aku nak dapat anak saudara dah."
Suara Juwita sudah teruja.. Kyra sudah ketawa kecil. Badan sahabatnya itu bagai tak mahu di lepaskan..
"Ha,ah.. kau pun.. cepat cepat kawin.. biar nanti dapat baby juga.."
Juwita cepat cepat melonggarkan pelukannya pada Kyra..
"Amboi amboi.. mentang mentang lah dia nak dapat baby. Cepat cepat suruh orang kawin ya.. bahagia sangat la tu.."
Juwita sudah menjeling.. Ketawa Kyra makin kuat.. bahu Juwita di tepuk halus.
"Yelaa.. kau tu makin hari makin tua.. jangan nak berangan muda lagi.. cepat cepat cari jodoh. Aku pun nak merasa makan nasi minyak bff aku."
Juwita menepuk bahu Kyra kembali. Jarinya di letakkan di bibir Kyra..
"Jangan lah bising.. nanti orang dengar.. malu lah orang cantik macam aku ni tak ada calon lagi.. ishh.."
Tengku Farathid di sebelah sudah ketawa..
"Sayang.. I pergi layan tetamu kejap.."
Tengku Farathid berbisik perlahan di telinga Kyra , mahu memberi ruang isteri dan sahabatnya berborak panjang.. Kyra mengangguk.. Tengku Farathid terus beredar ke arah kawan kawannya. Juwita menghantar pandang..
"Ishh.. makin handsome aku tengok husband kau ni.."
Matanya ralit memandang Tengku Farathid. Bahu Juwita di cubit Kyra. Geram dengan telatah nakal sahabat baiknya itu..
"Jangan nak mengada eaa.. kalau nak jadi musuh aku try lah.."
Wajah Kyra di seriuskan.. Juwita sudah ketawa besar..
"Ooo tau takut.. mula mula kawin haritu bukan main cakap , aku boleh bagi free kalau kau nak.."
Juwita sudah membuat mimik muka , cuba meniru percakapan Kyra yang lepas. Kali ini jari Kyra pulak di tuju ke arah mulut Juwita..
"Jangan lahh.. nanti orang dengar , pakat berebut nak kan suami aku.. suami aku pun bukan main , makin dekat nak jadi ayah ni , makin hot.."
Sempat pulak Kyra memuji suaminya , Tengku Farathid yang leka berborak dengan kawan kawannya di toleh lagi.. sebaik saja dia memandang Juwita kembali , sahabatnya itu leka memandang Tengku Farathid. Mata Juwita cepat cepat di tutup oleh Kyra..
"Jangan nak gatal , usya usya husband orang macam tu Juwita.."
Kyra memberi amaran. Juwita sambung ketawa , tangan Kyra di matanya di jatuhkan kebawah , Kyra di pandangnya..
"Ajar lah aku , biar dapat husband hot macam tu."
__ADS_1
Juwita mengusik lagi. Kyra sudah menggeleng. Akhirnya mereka sama sama ketawa..