Kyraa Dan Pria Terhebat

Kyraa Dan Pria Terhebat
Part 52


__ADS_3

Kyra menarik lembut tangan Tengku Farathid. Hidangan di atas meja itu sudah menjadi perhatian Tengku Farathid. Dia senyum. Lilin yang berada di atas meja yang sudah berhias cantik itu menarikkan lagi suasana. Kyra menoleh pandang ke arahnya dan senyum.  Sekarang dia sudah faham kenapa Kyra tidak membenarkan dia untuk turun ke bawah dari tadi , ini yang di rancang Kyra. Menyediakan makan malam untuknya. Bahagia hati Tengku Farathid tak mampu untuk di bendung lagi.


"So ni sebab dia ?"


Tengku Farathid masih tersenyum. Kyra mengangguk perlahan.


"Iyaa. I masak special untuk you. Tak ada campur tangan Bik Ani."


Tengku Farathid sudah tergelak mendengar penjelasan Kyra. Akhir akhir ini isterinya selalu bertingkah comel. Geram dia sendiri.


"You angkat makanan sorang sorang ke sini sayang ?"


Kyra sudah tersengih , semestinya Bik Mona yang menolong dia mengangkat makanan yang dimasaknya sampai ke depan kolam itu.


"Noo. Maksud I , masakan ni je tak ada campur tangan dorang. Semua barang boleh sampai ke sini , I minta tolong dorang."


Kyra sudah membuat muncungnya. Tengku Farathid laju mencium pipi itu. Badan isteri di peluk erat.


"Haha , iyaa . I know. Tak payah nak angkat berat berat. Dorang ada kan."


"Bukan berat pun. Sikit je."


Kyra tak nak kalah. Tengku Farathid senyum lagi. Faham benar perangai si isteri yang suka membela mereka.


"Iya.. I know.. so let try."


Tengku Farathid sudah membuat gaya , menjilat bibir atasnya , Kyra lepas gelak , dada Tengku Farathid di tepuk lembut. Mereka duduk di depan meja itu.


"Selalu sangat kan western , so harini I masak kampung kampung sikit. Tak apa kan ?"


Tengku Farathid ralit melihat menu di atas meja itu. Dia mengangguk laju sebelum menatap Kyra.


"I makan semua yang you masak. Harini kan first day you masak untuk 1. . Thanks sayang. Lepas ni rasanya kita tak perlukan Bik Ani dengan Bik Mona kut."


"Ishh , tak boleh macam tu. I dah terbiasa dengan dorang. Nanti dorang tak ada , sunyi rumah ni. Nanti I sorang sorang kat rumah kalau you tak ada."


"Iya lah , iya lah."


Tengku Farathid hanya menurut. Jari telunjuk di tunjuk ke bibirnya. Kyra merenung pelik.


"Nak cium."


Jawab Tengku Farathid bersahaja.


"Hishh , malu la orang tengok."


Kyra sudah menjeling ke arah ruangan dalam. Tengku Farathid gelak lagi.


"Okay , lepas ni kita fikir berapa orang baby you nak , biar rumah ni tak sunyi dah."

__ADS_1


Kyra hanya senyum. Tengku Farathid membalas sebelum mencapai sudu dan garpu untuk menjamah makanan yang sudah di sediakan Kyra. Senyuman itu sangat mendamaikan hati Kyra untuk saat ini. Mungkin dia sudah anggau dengan suami sendiri , Kyra gelak dalam hati , jiwa dan perasaannya tidak waras untuk saat ini. Selalu saja mahu di samping suami. Mereka sama sama menikmati makan malam untuk saat itu.


***********


Tengku Farathid mengulas lembut pipi Kyra. Kyra hanya membiarkan. Mata Kyra masih pada skrin tv di depannya , kepalanya sudah lentok di atas paha Tengku Farathid dengan gaya berbaringnya. Tengku Farathid perasan dua tiga hari ini Kyra sangat manja dengannya. Hatinya lega , Kyra sudah menerima baik dirinya.


"I love you."


Ucap Tengku Farathid perlahan. Matanya masih menatap isteri di paha. Kyra menyentuh lembut pipi Tengku Farathid.


"I love you more sayang."


Matanya masih menatap pada skrin tv itu.


"Mamat korea tu lagi handsome dari I ke ?"


Kyra gelak mendengar kata kata itu , dia membetulkan baringnya , mata Tengku Farathid di tatap.


"I love you more."


Kyra mengulangi ucapannya.


"You tak jawab soalan I . Betul lah mamat tu lagi handsome."


Kyra tergelak lagi.


"No. You lagi handsome."


"Are you sure bout that ?"


"Yeah , Im really sure."


Kyra mengambil tangan Tengku Farathid diletakkan di atas perutnya. Dia senyum. Tengku Farathid senyum juga.


"Sayang...."


"Hmmmm"


Kyra menyahut lagi.


"Betul you sayang I ?"


"Betul lah. Kenapa ?"


"Betul ? Zacran ?"


Tengku Farathid teragak agak untuk mengeluarkan nama itu dari mulutnya. Tapi sekarang , jawapan dari Kyra juga ingin dia ketahui. Betul ke lelaki itu sudah hilang dari hati isterinya. Kyra bangun dari baringnya , duduk elok di sebelah Tengku Farathid. Suaminya di tatap lama sebelum tangan lelaki itu di pegang kemas keduanya.


"Sayang... percaya cakap I. Sekarang dia dah tak ada kat hati I. I nak you tahu , sekarang kat hati I , hanya ada you. Suami I. Hmm.. mungkin dia pernah ada kat hati I. Tapi tu dulu. Sekarang tak. Sebesar kuman pun perasaan sayang kat dia dah tak ada. Jangan risau. Dan I tak nak , kita bahas lagi pasal ni , pasal dia. I tak nak you ingat ingat lagi pasal I dengan dia. Sayang... you kena ingat , isteri you ni manusia juga , masa masa yang lepas macam tu pasti ada kat semua orang , termasuk I. Sekarang I dengan you kan."

__ADS_1


Mata redup Kyra menatap mata Tengku Farathid. Tengku Farathid mengukir senyum. Hatinya dapat sedikit kelegaan.


"So betul you sayang I ?"


Kyra memejam mata sebelum membukanya kembali , susah juga untuk suaminya menerima kenyataan Kyra sesungguhnya sudah jatuh hati pada dia.


"Iya Tengku Farathid Marteen. I sayang you. I cinta you"


"Buktinya ?"


Kyra mengetuk dahi seketika. Kadang kadang geram dengan sikap Tengku Farathid. Mengada. Tengku Farathid menahan gelaknya melihat wajah Kyra.Wajah Tengku Farathid di kepit dengan kedua tapak tangannya , sebelum dia mencium bibir yang memuncung itu.


"I love you ! I love you ! I love you."


Ucap Kyra berkali kali. Tengku Farathid lepas gelak , dia mengambil perlahan tangan Kyra di mukanya.


"I love you more Kyra Mayseera."


Bibir Kyra di cium kembali.


"Sayang...."


"Iya."


Isterinya masih menatap.


"So you dah fikir berapa baby untuk kita , dalam rumah ni ?"


Kyra mengangkat bahu , tanda tidak tahu. Tengku Farathid mengerutkan keningnya.


"Sayang... I nak baby. Tadi cakap you cinta I kan.?"


Tengku Farathid sudah membuat muka monyoknya. Kyra sudah menahan tawanya. Matanya beralih alah kembali kepada screen tv di depannya. Buat buat tak peduli . Saja mahu menyakat si suami. Wajah Kyra di ambil perlahan menghadap mukanya.


"Sayang...."


"Iyaa , ni baby you dah ada. Kat depan you."


Kyra menyakat lagi. Tengku Farathid lepas gelak.


"Iyaa , I know. Baby besar I. Tapi I nak baby kita. Yang boleh panggil kita , papa , mama. Daddy , mummy."


Tengku Farathid senyum menjelaskan pada Kyra yang semenangnya sudah faham dari awal. Tengku Farathid mengambil Kyra dan memeluknya dari belakang , badan itu sudah lekat di badannya. Pipi Kyra di cium berkali kali. Kyra sudah menjerit kegelian. Bibir nakal suaminya sudah meluru ke arah lehernya , dia tahu benar tempat kesukaan Tengku Farathid , pastinya leher itu menjadi sasaran. Kyra hanya membiarkan.


"So , how many kids ,  you want ?"


Kyra mula bersuara. Tengku Farathid berhenti dari cumbuannya. Dia tersenyum seketika. Telinga Kyra di tuju rapat.


"I think , one is enough for now."

__ADS_1


Dia berbisik lembut.  Kegelian Kyra di buatnya. Kyra menoleh ke arahnya , serta merta bibir itu menjadi mangsa Tengku Farathid. Kyra hanya membiarkan. Keinginan suaminya kini menjadi keinginannya juga. Bukankah itu pahala untuk mereka. Kyra melayan mesra.


__ADS_2