
"Kerja kau mudah je pun , tak perlu nak takut. Just buat apa yang aku suruh."
Alana berpeluk tubuh. Adzran di sebelah sudah tersenyum.
"Ni 3 ribu. Kau selesaikan dulu kerja kau. Lagi 7 ribu aku transfer nanti kau dah bereskan kerja kau."
Alana menjelaskan. Adzran sudah terlopong mulutnya mendengar jumlah yang di tawarkan Alana untuk wanita di depan mereka itu. Biar betul. Bukan biasa biasa perempuan ni. Adzran menjeling lagi. Wanita itu hanya mendiamkan diri. Hanya menunduk.
"Kau fikir lah , mana kau nak dapat 10 k mudah mudah macamni. Alahh , setakat kerja kat hotel ni , apa lah sangat , lepas ni mana mana pun kau boleh kerja kan. Tak payah risau. Tidak pun aku carikan kau kerja kat tempat lain. Jangan bimbang."
Alana bersuara lagi. Wanita itu mengangguk angguk.
"Boleh pasti ke kau transfer duit tu semua. ?"
"Hellooo , setakat duit tu apa lah sangat. Aku just nak pastikan kau siapkan kerja kau aja. Kalau aku nk transfer sekarang pun boleh lah , tapi tu lahh. Kang aku transfer siap siap , kau pulak tak buat kerja."
"Okayy.. beritahu aku masa mana. Bilik berapa.?"
Alana dan Adzran saling menatap bila wanita itu mula bersuara. Mereka senyum bahagia.
**************
Kyra memicit micit kepalanya. Lakaran pada buku itu masih belum dia siapkan. Entah kenapa dari pagi lagi dia terasa mual mual. Tubuhnya juga terasa lesu sahaja , terasa tenaga pada badan tiba tiba hilang untuk hari ini.
"Puan okay ke ?"
Pembantu butiknya bertanya , melihat wajah majikannya yang lesu itu menrisaukan hatinya. Kyra memaniskan wajahnya.
"Iya Nori , saya okay je."
"Puan nampak macam tak sihat je."
"Saya sihat . Cuma rasa mual sikit. Awak jangan risau. Rasanya harini saya balik awal sikit kut. Nanti awak handle apa yang patut ea."
"Okay Puan. Saya rasa pun , Puan patut balik awal , rest . Muka Puan nampak pucat."
"Thanks Nori."
Pembantu butiknya mengangguk faham. Dia membetul dress pada patung itu seketika sebelum melangkah keluar dari bilik Kyra. Terasa tengkoknya yang penuh untuk mengeluarkan lavanya , cepat cepat Kyra berlari menuju ke bilik air yang sudah sedia ada pada biliknya itu. Segala yang penuh pada tengkoknya yang di rasai tadi , sudah habis keluar ke singki itu. Kyra mengeluh perlahan. Dia tersalah makan ke pagi tadi. Ahh ! Tak tahan diri merasa mual yang kuat mencengkam itu.
************
Tengku Farathid menyelak rambut yang sudah menutupi wajah Kyra itu. Jam di dinding di pandang sekilas , 8 malam. Harini dia pulang lambat tapi sudah mengabarkan pada Kyra. Selalunya Kyra sudah di depan pintu menanti kepulangan dia , tapi tidak untuk harini . Mungkin Kyra terlalu penat . Wajah lena itu di pandang kasih. Kyra masih cantik walaupun tiada secalit make up pun pada wajahnya. Terasa pipi di ulas lembut , Kyra membuka perlahan matanya. Wajah suami di pandang. Dia mengukir senyum. Tengku Farathid mengucup lembut bibir isterinya itu.
__ADS_1
"Banyak kerja ke ?"
Kyra menyoal lembut. Tengku Farathid hanya mengangguk perlahan. Pipi Kyra di sentuhnya. Bibir Tengku Farathid kembali singgah di bibir isterinya , lama. Kyra menolak lembut dada suaminya , Tengku Farathid mengangkat mukanya , memandang isteri , tiba tiba saja saat ini dia menerima penolakan dari Kyra.
"Sayang... I penat."
Tak mahu Tengku Farathid semakin bertingkah jauh , Kyra cepat cepat menghalangnya , sememangnya untuk saat ini , dia merasa sungguh penat untuk melayan Tengku Farathid. Tiada niat mahu menguris hati si suami. Tengku Farathid mengerut keningnya. Wajah Kyra di amatinya.
"Kenapa sayang ? You tak sihat ke ?"
Resah Tengku Farathid. Kyra senyum lagi.
"I sihat. Just penat sikit. Badan I lengguh sangat. Tak larat."
Kyra menjawab lembut.
"Kat butik banyak kerja ke ?"
"Takk , I dah balik awal harini."
"Kenapa tak bagitahu I ?"
Wajah Tengku Farathid sudah serius menatap isterinya. Kyra mengangkat tangannya , menyentuh lembut pipi Tengku Farathid.
Dia tak mahu Tengku Farathid terasa hati dengannya kerana menolak. Tengku Farathid mengangguk seraya tersenyum.
"It's okay sayang. Malam ni dah makan tak ? Mesti tak kan , ni dari pukul berapa sayang tidur ?"
"Belum.. tak lalu lah , tak ingat tadi bila letak kepala je , terus lelap.... you mesti belum makan kan , pergi la makan... or you nak mandi dulu ?"
Kyra sudah mengangkat kepalanya untuk bangun. Laju Tengku Farathid menahannya.
"Sayang rest dulu.... sayang nak makan apa ? Biar I siapkan.."
Kyra senyum. Dia menggeleng perlahan.
"Tak apa sayang... I tak nak makan. You makan ea , I teman kan you."
"You belum makan kan , nanti masuk angin perut tu."
"Tak apa... I okay. I kenyang lagi."
Kyra senyum. Bimbang bila makan , dia akan muntah kembali. Hal itu langsung tidak di beritahu kepada Tengku Farathid. Tak mahu membuat suaminya risau. Mungkin mualnya hanya untuk hari ini saja. Kyra bersangka baik.
__ADS_1
"Hmmm... tak apa , you rest dulu. I mandi kejap."
Rambut Kyra di belai lembut , dahi Kyra di cium sebelum Tengku Farathid bangun menuju ke bilik air.
**************
Pagi itu , Kyra berdandan seperti biasa. Tubuhnya rasa lebih segar dari semalam. Rutin hariannya mesti di teruskan.
"You tak nak pergi klinik ?"
Kyra menggeleng.
"I sihat sayang.... tak payah risau lah. Semalam je I penat sikit. Bukannya I sakit."
Kyra menjelaskan. Tengku Farathid mengangguk faham. Tentu saja dia risau , Kyra adalah nyawanya.
"Hmmm. Kat butik jangan buat kerja berat sangat. I tak nak you penat penat."
Kyra gelak. Suaminya di pandang kasih.
"You ni kan , risau tak bertempat. I tau sayang..."
Tengku Farathid mendekat. Dahi Kyra di ciumnya.
"Hmmmm. Kalau ada apa apa , terus call I. Jangan buat macam semalam."
Kyra sudah tersengih. Dia mengangguk. Badan Tengku Farathid di peluk erat.
"Iya... I tauu. Don't worry."
Kepala Kyra di belai kasih. Ubun ubun Kyra di cium juga.
"Berat hati I nak tinggal you harini."
Kyra gelak. Dia melonggarkan pelukan , mendongak memandang suami.
"Jangan nak mengada boleh ? Tak habis habis dengan perangai dia."
Tengku Farathid senyum. Menunduk memandang isteri.
"I sayang you..."
Ucap Tengku Farathid perlahan.
__ADS_1
"Iyaa... I sayang you juga.... Tengku Farathid."