Kyraa Dan Pria Terhebat

Kyraa Dan Pria Terhebat
Part 11


__ADS_3

Kyra memandang ke luar tingkap. Fikirannya kosong. Tengku Farathid mengambil tangan Kyra disebelah di pegang lembut. Kyra menarik laju. Tangannya diletakkan dipahanya. Tengku Farathid memandang. Penuh kasih yang tak dapat di gambarkan.


"I dah buat appointment dengan designer pasal majlis resepsi kita. Petang nanti. Kita terus kesana."


Tengku Farathid bersuara. Kyra hanya diam. Tidak mengeluarkan apa apa kata.


"You tahukan resepsi kita dua hari lagi.?"


Tengku Farathid bersuara lagi. Kyra masih diam.


"You dengar tak apa I cakap ni Kyra ?"


"Okay."


Sepatah dari Kyra. Tengku Farathid menghembuskan hela nafasnya. Bersabar. Setengah jam berada di perjalanan. Kereta yang mereka naiki masuk ke perkarangan rumah mewah itu. Pemandu membuka pintu untuk Tengku Farathid dan Kyra. Tengku Farathid memimpin tangan isterinya masuk mendekati pintu utama.


"Athid. Dah sampai."


Tengku Amran menyapa sopan. Mereka bersalam.


"Sihat Uncle?"


"Sihat Alhamdulillah. Maaf menganggu masa istirehat kamu berdua."


Tengku Amran senyum kepada mereka berdua. Raut wajahnya nampak bersalah. Kyra memaniskan muka. Tengku Farathid menjeling manja. Dia tahu Kyra takkan menunjukkan perangai negatifnya pada orang luar. Walaupun sebelum ini dia tak pernah sedekat ini dengan Kyra . Dia tahu perilaku Kyra dengan orang sekeliling. Sangat menjaga tertib.


"It's okay Uncle. Manda mana ? Dia okay ?"


Manda? Tengku Amanda. Fikiran Kyra ligat berfikir. Kenapa pulak dia tiba di rumah Tengku Amanda. Kyra memandang Tengku Farathid. Meminta kepastian. Tengku Farathid masih tidak dapat membaca renungan isterinya. Dia hanya senyum manis. Geram pulak Kyra dibuatnya.


"Manda kat atas. Uncle minta maaf sebelum tu. Manda minta nak jumpa Athid. Tapi Uncle belum cakap yang Athid datang dengan isteri."


Tengku Amran menjelaskan. Dia risau Tengku Amanda mengamuk lagi melihat kedatangan Tengku Farathid dengan isteri.


"Kyra . Kyra Mayseera."


Tengku Farathid memperkenalkan nama isterinya. Tengku Amran hanya mengangguk angguk. Mereka mula melangkah menuju ke bilik Tengku Amanda.


"Manda , Athid datang."


Tengku Amran bersuara setelah dibukanya pintu bilik Tengku Amanda. Muka Tengku Amanda berubah ceria setelah melihat sosok tubuh Tengku Farathid muncul di pintu itu. Kemudian senyumnya mati setelah kehadiran Kyra disedarinya. Tengku Farathid masih kemas memegang tangan isterinya. Walaupun Kyra menarik berberapa kali , tetap saja tangan itu utuh memimpin. Tengku Farathid mendekati katil. Tubuh Tengku Amanda yang separuh ditutupi selimut di pandang. Pandangan mereka bertaut. Wajah Tengku Amanda tidak seperti selalu. Mata sembab mungkin kerana menangis. Mukanya juga pucat.

__ADS_1


"Are you okay ? What wrong ?"


Tengku Farathid memulakan bicara.


"Athid...."


Perlahan suara Tengku Amanda. Bibirnya pucat. Tiada seri seperti selalu. Mata Tengku Zaharah yang berada di sebelah Tengku Amanda tajam memandang Kyra.


"Yee , im here Manda. Are you okay ? You sakit apa ? Kenapa tak pernah cakap.?"


Tengku Farathid ikhlas risau. Dia mendekati Tengku Amanda. Tangannya pada Kyra dilepaskan perlahan.


"Demam biasa je. Im okay. I ingat you tak nak jumpa I dah."


Serek suara Tengku Amanda.


"You cakap apa ni . I ada kat sini. I tak pergi mana mana lah."


Tengku Farathid membalas.


"You memang ada kat sini . Bukan dengan I."


"Manda , im sorry about my marriage. Benda ni tak di rancang. Cepat sangat. And yess , kad jemputan untuk majlis resepsi sedang di edarkan. Semalam majlis untuk kenalan rapat saja. Don't worry."


Tengku Farathid menjelaskan. Dia bimbing Tengku Amanda terasa hatinya dengannya kerana tidak memaklumkan perkahwinan dia dengan Kyra.


"Tak dirancang?"


Kyra bersuara. Tengku Farathid menoleh. Menjeling tajam. Kyra senyum mengejek. Tak dirancang konon....


"Kenalan rapat? And I ?"


Tengku Amanda menyoal lagi. Kenalan rapat. Bukankah dia juga kenalan rapat Tengku Farathid. Kenapa Tengku Farathid merahsiakan perkara penting ini padanya. Hatinya sakit dan terluka bila mengetahui segalanya.


"I mean. Saudara sahaja. Okay stop talking about my marriage. Let me know about your healthy.?"


Tengku Farathid mahu tahu tentang kesihatan Tengku Amanda. Tidak mahu bercakap perkara yang lepas. Sekarang dia sudah sah menjadi suami Kyra. Yang perlu dia tahu sekarang hanya tentang kesihatan Tengku Amanda.


"Her sick because of your marriage."


Perlahan dari Tengku Zaharah. Tapi mampu didengari oleh Tengku Farathid dan Kyra. Kyra faham dengan maksud itu , tapi tidak bagi Tengku Farathid.

__ADS_1


"Im okay. Don't worry. Demam biasa je. Kalau you jemput I untuk majlis semalam pun belum tentu I dapat pergi."


Mata Tengku Amanda mula berkaca. Dia mengalih pandang ke arah lain. Dia sangat terkesan dengan perkahwinan Tengku Farathid. Hatinya sakit. Macam di siak siak. Dia pendam sendiri , tak mampu meluahkan pada lelaki ini.


"Sorry , i need a rest. You better go. Thanks for visiting."


Tengku Amanda mula berbaring. Berpaling muka ke arah mamanya. Tengku Farathid dan Kyra tidak lagi di pandangnya.


***********


"Drama apa you tengah buat ni? I rasa you ni boleh jadi pengarah . Dah boleh tukar kerjaya. Senang nak urus dan atur kan kehidupan orang."


Tengku Farathid menoleh kearah isterinya setelah isterinya bersuara. Mereka seiringan melangkah keluar dari rumah mewah itu. Tengku Amran hanya menghantar mereka di pintu utama.


"Drama apa?"


Tanya Tengku Farathid. Tak faham.


"Dulu you sedap sedap dengan dia. Sekarang tiba tiba kahwin dengan I. Muka sembab sembab macamtu , tu semua sebab menangis. Entah dia dah pregnant, you campakkan dia. Sampai merana macam tu sekali."


Kyra senyum sinis. Meluak dengan sikap munafik Tengku Farathid.


"You mengarut apa ni.?"


Serius suara Tengku Farathid. Langkahnya berhenti seketika. Menanti jawapan dari Kyra.


"Ke sebab dia memang dah pregnant sampai you terpaksa tinggal kan dia , cepat cepat kahwin dengan I ? Nak tutup perangai you yang buruk tu.?"


Langkah Kyra jugak terhenti. Menghadap Tengku Farathid. Berani.


"Enough Kyra. You mengarut apa ni ? You tak dengar ke papa dia cakap dia tak sihat? Apa ke situ pemikiran you ni.? Lain kali bila orang cakap dengar. Jangan mengelamun kat tempat lain."


Tengku Farathid marah. Sempat dia menyindir isterinya.


"Sakit hati ? Mata pun sembab macam orang hilang laki. Macamtu sakit. Entah berapa lama dah menangis sampai macamtu sekali matanya. Yaaa , dia boleh je cakap dia sakit biasa. Yelaa mana tahu kat belakang you dah ugut dia macam macam sampai tak berani buka mulut. Who know.?"


Kyra tak mahu kalah.


"You tengah cakap kat diri sendiri ke.? You menangis berapa lama ? Boleh I tahu ?"


Kening Tengku Farathid terangkat angkat meminta jawapan dari Kyra. Kyra merenung tajam. Dia laju melangkah ke kereta. Balik balik dia yang sakit hati. Malas mahu melayan.

__ADS_1


__ADS_2