Kyraa Dan Pria Terhebat

Kyraa Dan Pria Terhebat
Part 85


__ADS_3

Kyra membuang pandang ke arah luar cermin kereta. Perlahan tangannya di sentuh lembut Tengku Farathid , Kyra tetap membisu.. Wajah Tengku Farathid tidak di pandangnya. Dari tadi Kyra tak bersuara , sedikit merisaukan Tengku Farathid. Tengku Amanda sudah di hantar ke rumahnya , harap semua akan baik seperti sedia kala. Akhirnya mereka memasuki perkarangan rumah itu. Kyra dan suami keluar dari perut kereta itu.. tanpa sepatah kata. Kyra berjalan menuju ke dalam rumah itu.


"Sayang..."


Panggilan Tengku Farathid tidak di jawabnya.. Tengku Farathid melangkah mengejar..


"Sayang... okay tak ?"


Sampai di hadapan bilik mereka , Tengku Farathid membalikkan badan Kyra menghadapnya.. Kyra memandang tanpa sepatah kata , dia menunduk pandang.. pipinya di sentuh lembut Tengku Farathid membawa pandangan Kyra kepadanya.


"Sayang... Im talking to you.."


"I takut.."


Sepatah dari Kyra.. Tengku Farathid sudah berkerut keningnya kehairanan..


"Apa yang nak di takutkan..?"


Soal Tengku Farathid lembut. Tangan Tengku Farathid yang di pipi Kyra di sentuh lembut sendiri oleh Kyra.


"I takut bila you sentuh Manda macam ni tadi.. I takut bila you lap airmata Manda , semua yang you buat pada Manda tadi menakutkan I."


Mata Kyra sudah berkaca.. Tengku Farathid lepas senyun.. tawanya di tahan.. mencuit hati melihat wajah polos isterinya di saat ini.


"Isteri I jealous ?"


Senyum Tengku Farathid semakin lebar.. Kyra sudah menatap serius wajah suaminya.


"I serious.."


Melihat wajah isterinya yang murung , Tengku Farathid laju saja memeluk erat badan isterinya. Rambut Kyra di belai lembut.


"Isteri I jealous sebab sayang.. I tahu.. I just nak tenangkan Manda. Tak lebih dari tu. I minta maaf. I sayangkan you.."


Perlahan Kyra membalas pelukan itu , badan sasa suaminya di peluk kemas..


"Jangan sentuh perempuan lain macam tu lagi.. pipi I je yang boleh you sentuh.."


Kyra sudah memuncung memberi amaran.  Tengku Farathid sudah lepas gelak. Dia melonggarkan pelukan pada si isteri. Wajah Kyra di tatap lagi.


"Okay sorry.. I sayang you.. mana boleh I layan orang lain macam I layan you.. isteri manja I ni."


Dahi Kyra di kucup lembut..


"Nasib baik you tak cium Manda macam ni tadi."


Kata Kyra dengan rajuknya.. Tengku Farathid hanya senyum.. membawa isteri masuk ke dalam bilik mereka.. pintu itu di tutup perlahan. Di bawa Kyra duduk di atas katil mereka..


"You kena faham keadaan Manda.. mana boleh I tinggal dia macam tu.. kalau jadi apa apa kat dia ? Macam mana ? I tak nak I bawa rasa bersalah ni sampai bila bila.."

__ADS_1


Tengku Farathid bertutur lembut.. tangan Kyra di genggam erat.


"Sayang... you pun tahu I sayang you sangat.. jangan fikir negatif sangat.. kesian kat Manda.. macam mana pun dia tetap kawan I... lepas ni kita kena cakap elok elok dengan dia.. okay ? I tak nak sebab ni , you atau I bermasam muka dengan dia... I yakin lepas ni dia mesti faham pasal hubungan kita.. dia akan terima..."


Sambung Tengku Farathid.. perlahan Kyra memeluk badan suaminya itu. Erat...


"I faham.. cuma I takutt.. you akan cair dengan kata kata dia.. dia cantik what.. ? Mesti la I rasa tergugat. Dia merayu macam tu kat you..."


Terdengar ketawa kecil Tengku Farathid. Kyra melonggarkan pelukkannya.. wajah Tengku Farathid di pandang serius , melihat wajah isterinya itu , Tengku Farathid berhenti dari tawanya.


"Okay okay.. serius... datang lah bidadari mana pun merayu.. I tak akan berpaling.. percaya okay ?"


Geram dengan tingkah suami.. laju saja pinggang suaminya itu di geletek Kyra.. ketawa Tengku Farathid kembali kedengaran.. di tahan tangannya Kyra yang sudah liar di pinggangnya itu..


"Memain kannn!"


"Dah dahh.. okay okay.. I serius ni.. tolong la percaya. I tak tipu sayang.. I setia dengan you sorang je... wife I yang cantik.."


Kedua tangannya sudah menahan tangan Kyra.. Kyra diam seketika..Dahinya di kucup Tengku Farathid.


"I serius sayang.."


Sambung suaminya..


"Ni semua salah I. Kalau dari dulu I jaga you betul betul. Mesti Amanda tak macam tu.. ni salah I kan ?"


"Tak... sudahlah salahkan diri sendiri.. ni semua jadi sebab memang jalan takdir kita macamni.. fikir positif.. buang semua yang buruk buruk.. nanti kita sama sama melawat Manda.. nanti dengan izin tuhan , Manda akan dapat suami yang boleh jaga dia.. sayang dia.. macam dia nak.. amin..."


"Amin.."


Balas Kyra...


"Lepasni I kena cakap elok elok dengan dia.. tak nak dah I kalau dia merayu rayu suami I macam tadi lagi.. boleh gugur jantung I.."


Sambung Kyra lagi.. Tengku Farathid hanya senyum.. badan Kyra di peluk lagi..


"Sayang juga you kat I kan..?"


"Mesti lah sayang ! Suami I kut.."


Tengku Farathid mengeratkan lagi pelukannya..


" I sayang you lebih.. Kyra Mayseera.."


Kyra senyum dalam diam..


*******


"I harap you boleh jaga Athid dengan baik..and.. I minta maaf pasal semalam.."

__ADS_1


Tengku Amanda menatap wajah Kyra di depannya.


"Cakap kat dia.. I okay okay je.. I tak nak pasal semalam.. hubungan kitorang jadi buruk.. I harap you faham Kyra.."


Sambung Tengku Amanda lagi.. Kyra datang keseorang bila di minta sendiri oleh Tengku Amanda.. dia harus bersemuka dengan Tengku Amanda tanpa ada campur tangan suaminya. Di harap kali ni , semua akan jelas di perbaiki dia dan Tengku Amanda.. Kyra hanya mengangguk..


"I minta maaf.. pasal I , jadi semua ni.. jujur I cakap.. I tak nak kehilangan Athid.. I pun harap you faham.. I tak akan halang you berkawan dengan Athid. Selagi you boleh jaga batas you.. im okay.."


Kyra memaniskan wajahnya , walaupun dia mengeluarkan kata kata itu , sedikit sebanyak merisaukan hatinya.. dia takut cinta suaminya beralih arah pada kawannya sendiri , walaupun setiap masa Tengku Farathid melafazkan cintanya tetap saja sebagai wanita normal , perasaan cemburu itu tetap akan hadir dalam diri.


"Thanks.. I pergi toilet kejap.."


Tengku Amanda menenangkan dirinya , Kyra mengangguk faham , Tengku Amanda mula berdiri , sebaik saja kakinya ingin melangkah , langgaran secara tiba tiba pada badannya mengejutkan , hampir saja dia terjatuh pada lantai itu , cepat saja tangan lelaki itu memegang bahunya. Kyra juga sudah berdiri kerana terkejut..


"Opps.. im so sorry.. my fault.."


Ucapan maaf keluar dari lelaki yang melanggarnya itu. Tengku Amanda membetulkan badannya. Bahunya di pegang perlahan..


"Salah saya.. sakit ke ?"


Lelaki itu bertanya lagi.. Tengku Amanda menggeleng perlahan. Kyra mendekat. Wajah lelaki itu di curi pandang Kyra.. semacam kenal...


"Hans ?"


Tatapan lelaki itu jatuh pada Kyra... membulat matanya memandang Kyra..


"Kyra ??"


Ucap Hans teruja.. badan itu di peluk Hans... Kyra membalas juga.. Tengku Amanda memandang kehairanan.. Setelah itu Kyra menoleh pandang , faham dengan tatapan aneh dari Tengku Amanda.


"Sepupu I... Hans.."


Kyra perkenalkan pada Tengku Amanda.. Tengku Amanda mengangguk faham.. Hans kembali memandang Tengku Amanda. Tangannya di hulurkan kepada Tengku Amanda.


"Hans Emer.."


Hans memperkenalkan diri.. Lambat Tengku Amanda menyambut tangan itu.


"Hans !! Bila balik malaysia ? Kenapa tak cakap ? Rindu !!"


Kyra berkata teruja.. serta merta dia menoleh pada Tengku Amanda kembali , melihat tatapan Tengku Amanda.. Kyra memaniskan wajahnya.


"Arr... rindu as cousin je... you jangan salah faham Manda.. sayang I kat Athid je.."


Kyra membetulkan percakapannya. Hans sudah senyum sendiri.. Tengku Amanda senyum leret..


"I hope so..."


Balas Tengku Amanda sepatah sebelum melangkah ke arah tandas.. Hans dan Kyra menghantar pandang..

__ADS_1


__ADS_2