
Pintu bilik di tutup Tengku Farathid. Dia kembali ke arah Kyra.
"You tak patut cakap macamtu kat Bik Mona. Even dia pembantu you je , dia pun ada perasaan. You patut call or text girlfriend you tu bagitahu kalau tak nak dia datang masa I ada , bukannya marah marah kat pembantu you macamtu."
Tengku Farathid mengeluh perlahan. Dia memegang kepalanya seketika.
"I dengan Manda tak ada apa apa. Tak ada apa apa hubungan antara kami yang perlu I sorok dari you. You boleh faham tak apa yang I cakap ni ? Stop cakap benda sama. I tak suka. Wait..... are you jealous ?"
Tengku Farathid mengangkat kening menanti jawapan dari Kyra. Kyra senyum mengejek.
"Of course not. Tu masalah you , you nak bawa perempuan mana pun teman you mandi , i don't care."
"Kyra..... berapa kali I nak bagitahu you , I tak ada perempuan lain , Manda or someone else , tak ada.... I ada you sekarang. Isteri I. Tak akan pernah ada perempuan lain selain you , isteri I Kyra Mayseera."
Kyra diam. Tengku Farathid mendekati meja di tengah , sekeping risalah di ambil sebelum dia kembali ke arah Kyra. Risalah itu di hulur kepada Kyra.
"Kalau you tak mampu nak pilih , kita ke sana nanti kaki you baik."
Kyra memandang pelik. Risalah itu di ambil dan di baca sekilas.
"Apa ni ? Bali ? I tak nak pergi mana mana."
"Yes , kita perlu. You and I."
Tengku Farathid ke arah ruangan persalinannya. Selepas sepuluh minat di ruangan itu , Tengku Farathid yang sudah lengkap berpakaian ke arah Kyra kembali , Bik Mona sudah pun bersama Kyra di sofa berhadapan katil. Bik Mona sudah meletakkan ais ke kaki Kyra.
"Tak apa Bik Mona , biar saya buat. Bik mona boleh keluar."
Tengku Farathid menyuruh. Riak wajah Kyra berubah . Dia tak mahu Tengku Farathid menolongnya.
"Tak apa la , Bik Mona boleh buat. You buat la kerja you."
Kyra membantah , Tengku Farathid tidak peduli , dia duduk di sofa sebelah Kyra. Kaki Kyra di angkat perlahan di letakkan di atas pahanya yang membuatkan Kyra terpaksa berpaling ke arahnya. Bik Mona berdiri bangun meninggalkan mereka berdua.
"Apa susah sangat you nak terima I ni sebagai suami you. ?"
"I tak nak pergi Bali."
__ADS_1
Kyra menukar topik. Tak ambil peduli soalan yang di keluarkan Tengku Farathid.
"Kenapa ? You nak pergi tempat lain ?"
"No..... I tak nak pergi mana mana. I nak stay sini . Kerja. Banyak kerja I nak buat la."
"So if you kawin dengan Zacran, you buat macam ni jugak ke ? I don't think so."
"Yeee ! Soalan yang you tak perlu tanya. Dengan dia lain lah. Dia someone yang I cinta. Dengan you ? Of course not."
Kyra berpaling muka kearah lain. Tengku Farathid mengawal emosinya. Tak mahu marah lagi.
"Kyra... mungkin I tak boleh jadi macam Zacran , sebab I bukan dia. Tapi I boleh jadi yang terbaik untuk you kalau you nak , just give me a chance. Apa yang hebat nya dia sampai you tak boleh nak terima I ?"
"Yes , dia hebat . Dia tak beli I dengan duit dia !"
"I buat semua tu sebab I sayang you . Kalau I tak buat semua ni , you tak akan jadi milik I. Sebab I sayang."
"I tak pernah sayangkan you."
Kyra cuba mengangkat kakinya untuk di letakkan ke bawah. Tengku Farathid menghalang. Urutan ais pada kaki Kyra di teruskan. Tengku Farathid tak bersuara. Kyra juga hanya mendiamkan diri , dia tak perduli lagi dengan kata katanya tadi pada Tengku Farathid. Berdosa ke dia ?
"Manda pergi mana ? Manda dah sihat ke ?"
Dato Arman bertanya , isterinya di sebelah jugak khuatir wajahnya.
"Manda okay.."
Tengku Amanda berjalan menuju ke tangga , Tengku Zaharah sudah berdiri.
"Papa tanya Manda pergi mana. Lain kali bagitahu papa dengan mama dulu kalau nak pergi mana mana."
Tengku Amanda menoleh ke arah ibubapanya yang berada di ruang tamu mewah itu.
"Ma.....Pa.... Manda okay. Kenapa ? Sebelum ni Manda keluar tak ada pulak mama suruh report dulu. Sekarang kenapa nak kena report ?"
"Dulu lain , dulu Manda sihat . Sekarang Manda sakit sebab lelaki. Ku Athid tu dah beristeri Manda. Banyak lagi laki lain yang boleh Manda cari , bukan dia."
__ADS_1
Tengku Arman pula yang bersuara. Kali ini suara dia sedikit keras. Tidak berlembut lagi dengan anak perempuannya. Bukan dia tak tahu Tengku Amanda ke rumah Tengku Farathid. Dia sudah menyuruh orang suruhannya mengekori Tengku Amanda kerana bimbang dengan keadaan anaknya yang masih tidak stabil itu.
"Betul tu sayang , ramai lagi laki kat luar sana yang Manda boleh pilih . Syed Syamin , anak kawan papa , Manda ingat tak ? Kalau Manda nak mama boleh....."
Belum sempat Tengku Zaharah menghabiskan ayatnya Tengku Amanda sudah memotong.
"Stop la ma... Manda dah besar , tak payah nak jodoh kan Manda dengan mana mana lelaki. Manda tak suka."
Tengku Amanda sudah melangkah naik mendaki tangga , handphone yang berbunyi di dalam handbag di jawabnya , dia terus menuju ke dalam bilik.
"You sure ke ? Bali ? Bila ?"
Tengku Amanda mengunci biliknya , handphone nya masih di telinga , dia duduk di katil , wajahnya serius saja.
"Okay , thanks. Nanti I transfer duit tu."
Tengku Amanda mematikan panggilan itu. Dia memicit kepala. Tak selesa dengan berita yang di terima.
******************
Bik Mona membuka pintu bilik Tengku Farathid setelah di izinkan majikannya itu.
"Tengku, Cik Puan.... makan malam dah siap. Ehh , Cik Puan tak mandi lagi ?"
Mata Bik Mona ligat memerhati pakaian di badan Kyra , masih seperti petang tadi. Tengku Farathid masih lagi leka dengan laptopnya di meja. Kyra menjeling sekilas ke arah suaminya , tiada respon. Dia pelik , dari tadi Tengku Farathid tidak menawarkan diri untuk menolongnya mandi , selalunya rajin saja Tengku Farathid menawarkan diri untuk menolong dari semua segi , mungkin lelaki ini merajuk. Ahh peduli apa dia , dia langsung tidak kesah tentang hal hati Tengku Farathid.
"Iyaa Bik Mona , saya tunggu Bik Mona. Kaki ni dah okay sikit , tapi tu lah , saya takut pulak nak ke bilik air sesorang , tak kuat lagi kan."
Kyra memaniskan wajah. Bik Mona mendekati Kyra , dia memandang Tengku Farathid di meja. Tiba tiba saja majikannya saat ini jadi patung. Tiada satu patah perkataan darinya. Dah kenapa.
"Iyaa Cik Puan. Maaf , saya tak tahu . Saya ingatkan Tengku....."
"Sorry Bik Mona , menyusahkan , dia sibuk."
Kyra memotong laju bicara Bik Mona. Tengku Farathid menutup laptop di depannya. Dia memandang isterinya di katil hadapan.
"You nak mandi ke ? I ingatkan you dah tidur , diam je dari tadi. I ingatkan dah lena. Tak ada pula you suruh I panggilkan Bik Mona or minta tolong I ?"
__ADS_1
Tengku Farathid bangun dari kerusinya , berjalan mendekati katil. Kyra pun tak pasti itu soalan atau sindiran , Kyra hanya mendiamkan diri. Tengku Farathid keluar dari bilik tanpa menunggu jawapan dari si isteri. Bik Mona binggung , bergaduh ke suami isteri ni.