Kyraa Dan Pria Terhebat

Kyraa Dan Pria Terhebat
Part 43


__ADS_3

Bik Ani meletakkan gelas berisi air orange itu di atas meja kayu , Kyra senyum memandang , pensil masih di tangannya.


"Thanks Bik Ani."


"Sama sama Cik Puan. Kalau ada nak apa apa lagi nanti Cik Puan panggil saya ya."


Bik Ani berkata ramah.


"Okay Bik Ani. Terima kasih."


Bik Ani senyum mengangguk sebelum beredar dari situ , Kyra meneruskan lukisannya pada buku itu. Sesekali air orange di atas meja di teguk Kyra , kerana dahaga hampir setengah gelas air itu di minumnya. Kyra meneruskan kerjanya , bunyi air terjun buatan di depannya sungguh mendamaikan hati , menghidupkan moodnya untuk terus melukis.


"Busy ke ?"


Suara Adzran dari belakang memeranjatkan Kyra. Kyra tidak melayan , dia hanya fokus pada lukisannya. Adzran datang dan duduk di kerusi kosong di sebelahnya. Melihat Kyra yang tidak melayan , kerusi itu di dekatkan lagi ke arah Kyra. Kyra berpaling , tidak selesa.


"Awak nak apa ?"


Kyra menatap serius , gelas di atas meja di pandang Adzran.


"Nampak sedap lah air ni , boleh saya try.?"


Laju saja Kyra mengambil gelas itu dan menghabiskan sisa airnya. Adzran senyum galak melihat Kyra menghabiskan minuman itu.


"Kedekut juga awak ni kan , sama macam perangai suami awak tu."


"Saya tengah buat kerja lah , kalau awak tak ada apa benda penting nak cakap , boleh tinggal kan saya ?"


Kyra kembali mengambil pensilnya.  Badannya tiba tiba terasa panas , menyengat semacam.


"Halusnya tangan , patut la lukisan cantik."


Perlahan Adzran memegang tangan Kyra , Kyra menepis laju. Terkejut dengan perbuatan Adzran.


"You dah kenapa ? Perangai tu jaga sikit !"


Kyra mula berdiri , Adzran mengikut sekali. Bahunya Kyra di pegang cepat. Kyra menepis kasar.


"Alaa , jangan lah jual mahal sangat , tak ada orang kat sini."


Adzran berkata perlahan. Kyra menatap tajam sebelum dia melangkah masuk ke ruang tamu itu , Adzran masih mengekori , lengan Kyra di pautnya.


"Lepas lah !"


"Tak apa , Athid tak ada kat sini , jangan risau... jom , kat bilik mana ? Bilik saya ke ? Bilik awak ?"


Kyra memandang jijik... Pautan Adzran padanya berusaha dia leraikan. Tapi semakin lama , tenaganya makin lemah. Badannya semakin membahang.

__ADS_1


"Kenapa Cik Puan.?"


Suara Beego memeranjatkan kan Adzran , melegakannya Kyra. Adzran melepaskan pautannya.


"Beego..."


Lemah suara Kyra. Melihat keadaan Kyra yang lemah itu , Beego laju mendekat.


"Cik Puan okay ke ?"


"Okay..."


Sepatah dari Kyra. Beego memandang Adzran serius seperti meminta jawapan.


"Errr , dia penat , tak larat nak naik bilik , sebabtu saya tolong.."


Wajah Adzran sudah pucat. Macam mana Beego boleh ada , bukan ke tadi dia bersama Tengku Farathid. Ahh ! Mesti semua rancangannya gagal.


"Saya hantar kan Cik Puan..."


Setelah bersuara , Beego memegang lengan Kyra. Kyra laju menepis lengan itu , sentuhan lelaki itu sangat merangsangnya , apa kena dengan dirinya.


"Tengku balik pukul berapa ?"


"5 , Cik Puan."


"Saya okay. Don't worry."


Kyra melangkah laju ke tangga. Beego memandang risau , Adzran memandang hampa..


********


Kyra mundar mandir di biliknya sendiri , lehernya di raba raba , mandian tadi langsung tidak melegakannya.  Badannya terasa berdenyut denyut. Kyra sendiri tak faham apa yang tak kena dengan tubuhnya , ***** berahinya memuncak muncak. Jam di dinding di pandang sekilas. Jam 1 petang.... dia meraba raba mukanya. Duduk kembali di katil, bathrobe nya di kibas kibas sendiri. Wajahnya memerah... rambutnya di sanggul. Lehernya di sentuh kembali , Kyra melepaskan hela yang panjang.  Tidak duduk diam. Penghawa dingin itu di tingkatkan kuasanya.


*********


Adzran mengintai gintai di ruang tamu itu , sepi. Dia mendaki tangga perlahan , menuju ke arah bilik Tengku Farathid. Sekarang peluang keemasannya , mesti isteri lelaki itu sedang gelepar kepanasan , galak otak Adzran memikirkan. Dia mencapai tombol pintu itu... berkunci.. Adzran melepaskan keluhannya.


"Kau buat apa kat sini ?"


Telinga Adzran bagai di sambar petir mendengar suara itu muncul. Mukanya sudah pucat. Dia menelan liur , takut.... Tengku Farathid memandang tajam ke arahnya.


"Errr , tuu.. err bini abang.. macam tak sihat. Saya risau."


Tengku Farathid mendekat , badan itu di tolaknya kasar.


"Tak payah nak tunjuk baik.. Berambus kau!"

__ADS_1


Cepat cepat Adzran beredar dari situ dengan wajah pucatnya. Tengku Farathid mencuri pandang kamera di tangan Adzran. Curiganya muncul.  Dia bergegas balik kerana di beritahu Beego perihal Kyra tadi , betul ke Kyra tak sihat , sebelum dia ke hotel , Kyra baik baik sahaja. Risau Tengku Farathid di buatnya. Pintu itu cuba ditolaknya. Tidak berberjaya. Dia mengetuk perlahan.


Tok tok \~


"Sayang..."


Selepas berkali kali mengetuk , pintu itu di buka dari dalam. Wajah Kyra muncul di hadapannya . Isterinya masih dengan bathrobenya. Tengku Farathid mengamati wajah Kyra. Seperti biasa... hanya saja matanya terlihat redup. Pintu itu di tutup Tengku Farathid. Pipi Kyra di sentuh lembut.


"Are you okay ?"


Mata Kyra terpejam rapat bila di sentuh Tengku Farathid. Melihat reaksi Kyra yang tidak biasa , sedikit merisaukan Tengku Farathid.


"I miss you."


Kyra membuka matanya , mata redupnya memandang Tengku Farathid , dalam. Tengku Farathid senyum.


"I miss you more."


Tengku Farathid membalas , wajahnya di sentuh Kyra. Di bawa sedikit ke bawah , Tengku Farathid hanya menurut , menunduk sedikit  , bibir Kyra singgah di lehernya. Tengku Farathid terkesima. Dia mengangkat kembali wajahnya menatap Kyra.


"Sayang , you okay ke ? What wrong ? Beego cakap you tak sihat ? Everything is fine ?"


Tengku Farathid bertanya. Dia melihat wajah monyok Kyra , wajah isterinya jelas menampakkan kehampaan bila dia mengangkat kembali kepalanya.


"Im fine , everything I need is you."


Kyra menyentuh lembut dada suaminya , blazer Tengku Farathid di tanggalkan perlahan. Tengku Farathid terasa janggal. Kenapa isterinya bertingkah pelik.  Butang baju Tengku Farathid di sentuhnya , menanggalkan satu dari atas. Tengku Farathid mencapai tangan Kyra yang bergerak itu , menghalang dari berbuat begitu.  Kyra di bawa ke katil. Kyra hanya menurut , dia duduk. Tengku Farathid mencapai gelas di atas meja yang tersedia bersama mug air , di tuang perlahan. Gelas itu di bawa ke Kyra kembali. Tengku Farathid duduk menghadap.


"Minum ni sayang . I rasa you tak sihat. Kita pergi klinik ya ?"


"I tak nak air , I nak you.."


Tanpa mempedulikan air yang di hulur Tengku Farathid, Kyra kembali mencapai butang baju si suami , mula menanggal kembali ,  terkejut dengan perbuatan itu , Tengku Farathid memegang tangan Kyra.


"Kyraa.... what wrong with you ?"


Kyra menarik kasar tangan yang menghalangnya itu , matanya mula berkaca.


"Betul mereka cakap ? You ada perempuan lain ? You pergi jumpa perempuan mana kat hotel ? You dah puas harini ?  Sebabtu tak nak sentuh I ?"


Tengku Farathid meletakkan gelas itu di atas meja sebelum duduk kembali di hadapan Kyra.


"You mengarut apa sayang ? I tahu you tak macam ni kan ?"


Tangan Tengku Farathid menyekat air mata yang jatuh di pipi isterinya.


"I nak you , please...."

__ADS_1


Leher Tengku Farathid sudah di peluk Kyra.


__ADS_2