
"Tak payah lah nak mention nama dia , nanti you hilang selera pulak nak makan. Lagipun you tak suka kan kita cakap pasal dia.?"
Kyra mengambil satay di dalam pinggan. Mengunyah perlahan. Membiarkan pertanyaan Tengku Farathid tergantung.
"You serius ke pasal tadi ?"
"Pasal apa ?"
Kyra bertanya balik , tak faham soalan yang di aju kan Tengku Farathid. Tengku Farathid menelan liur kesat mengingatkan kata kata Kyra pada Zacran mengenainya di telefon pagi tadi. Kata kata itu masih tergia gia di kepalanya.
"Noo , of course not , I tak pernah tidur dengan dia ! I tak kan serah diri I mudah mudah untuk dia , lelaki macam dia tak layak untuk I , nak sentuh dia pun I jijik lah , tak akan sesekali I hamba kan diri untuk lelaki macam tu , dia tak layak untuk I !"
"Athid...."
Lamunan Tengku Farathid mati , wajah Kyra di pandang.
"Im sorry."
Sebut Tengku Farathid perlahan.
"Kenapa ?"
Tanya Kyra hairan melihat wajah murung Tengku Farathid.
"Semua yang I dah buat. I pergi toilet kejap."
Tengku Farathid berdiri dan berlalu pergi , lirikan mata Kyra menghantar pemergian Tengku Farathid , hairan. Apa yang ada dalam benak Tengku Farathid.
**
Air di sinki di biarkan mengalir membasahkan tangannya , pantulan wajahnya di cermin di tatap kosong. Kenapa fikiran itu datang lagi. Kenapa kata kata itu masih berjalan dalam fikirannya. I jijik. Dia tak layak untuk I. Pili di sinki di tutup keras. Tisu yang sudah dilapkan di tangan di campak kuat ke dalam tong. Tengku Farathid menarik nafas panjang , cuba menghantar pergi perasaan yang menikam hatinya di kala ini. Dia meraup rambutnya berkali kali sebelum keluar pergi dari tandas itu.
Kyra yang sedang menikmati makanan di meja di pandang tajam , kakinya melangkah semakin dekat. Tiba tiba langkahnya mati , Tengku Amanda sudah ada di depannya. Berkerut dahinya menerima kemunculan Tengku Amanda di depan mata yang menghalang langkahnya. Tengku Amanda senyum manis. Selera Kyra mati , permandangan di depan jelas menjolok matanya.
"Hai , dinner kat sini jugak ?"
__ADS_1
Tengku Farathid menceriakan wajahnya mendengar sapaan dari Tengku Amanda.Kyra di belakang masih memerhati.
"Ha,ah. Kebetulan lagi. You dengan siapa ?"
Tengku Farathid berbasa basi.
"I sorang lah. So you dengan siapa ?"
Tengku Amanda berpura tanya. Tengku Farathid meluruskan tangannya kearah belakang , tepat ke meja Kyra berada. Tengku Amanda turut serta menoleh pandang mengikut tunjukan Tengku Farathid.
"My wife."
Wajah Tengku Farathid berubah serius kembali , Tengku Amanda memandang Kyra , mereka bertatapan , Tengku Amanda mengukirkan senyum mengangkat tangan , menegur mesra. Kyra memandang kosong , senyum terpaksa di lemparkan. Tengku Amanda kembali menatap Tengku Farathid di depannya.
"Im sorry kalau I kacau dinner you all kat sini. Malam ni I tak patut makan kat sini kut."
"It's okay Manda , you makan jela , lagi pun kitorang okay je. Nak kacau apa , ni tempat makan kan , public , malam ni I tak tempah tempat ni private untuk I. So jangan risau. Enjoy your meals."
"No , it's okay. Mungkin tak ada rezeki I malam ni. Don't worry. Enjoy you dinner."
"So tempat ni pun tempat favorite korang ke ?"
Kyra memandang Tengku Farathid , meminta kepastian. Tengku Farathid menyuakan makanan ke mulutnya , mengunyah. Entah kenapa mulutnya merasa pahit satay yang di kunyah , tidak sesedap selalu , mungkin kerana pengaruh dari hatinya yang sakit. Melihat tingkah Tengku Farathid yang mengabaikan pertanyaannya , menaikkan emosi Kyra. Mungkin sebelum ini kewujudan perempuan itu tidak dia pedulikan , tetapi jelas sekarang situasi tadi menyakitkan hatinya , melihat perlakuan Tengku Amanda pada si suami , cemburunya mula timbul. Kyra menelan liurnya yang pahit.
"Dia tahu semua tempat yang you suka kan , Bali. Jet ski , restoren ni , lepas ni apa lagi ? Kenapa you tak bawa dia je honeymoon ? Lagi senang kan."
"Enough Kyra. I tak tahu dia ada kat sini , dia datang malam ni kat sini pun kebetulan je."
Kyra senyum sinis mendengar kata kata Tengku Farathid.
"Kebetulan ? Banyak banyak tempat kat dunia ni , kat sini juga dia datang . Tu bukan kebetulan , tu memang di rancang."
"Hish , tak payah mengarut. I penat lah nak gaduh."
Mata Tengku Farathid langsung tidak melihat Kyra di depannya , hanya menikmati makanan di atas meja. Kyra kesal , kenapa Tengku Farathid langsung tidak bersemangat mahu menjelaskan hal sebegitu , bukankah itu penting untuk menjaga hubungan mereka suami isteri. Sebelum ini , lelaki ini selalu bersungguh menjelaskan bila disindir sebegitu.Tengku Farathid yang sedang makan di pandang geram oleh Kyra. Apa betul Tengku Farathid cuba memainkan perasaannya.
__ADS_1
************
Tengku Farathid mengambil selimut di bawa ke ruangan sofa , Kyra hanya memerhatikan langkah si suami. Sejak pulang tadi Tengku Farathid tidak bersuara , apa yang tak kena dengan suaminya. Bukankah yang patut marah adalah dia ? Kenapa Tengku Farathid pula yang mendiamkan diri sejak dari tadi. Atau mungkin , dia bergaduh dengan Tengku Amanda. Hish , Kyra memijit kepalanya , sakit pulak bila di fikir. Bukan ke tadi pagi mereka dah bersama , kenapa malam ni nak kena tidur di ruangan sofa pula. Pelik betul kelakuan Tengku Farathid. Telah Kyra sendiri. Dia berdiri , pergi ke ruangan sofa. Tubuh Tengku Farathid yang sudah berbaring itu di pandang , tangannya sebelah sudah diletakkan di dahi , menutup ruangan wajahnya sedikit.
"What wrong with you ?"
Kyra sudah berpeluk tubuh di depan Tengku Farathid. Tengku Farathid mengangkat lengannya untuk menutup wajah tadi. Dia bangun dari baringnya , duduk menghadap Kyra.
"Kenapa Kyra ?"
Perlahan suara Tengku Farathid. Kyra sudah membuat muka geramnya.
"You yang kenapa ?"
"I penat. Need some rest. Pergi lah tidur."
"You gaduh dengan Manda ?"
Tengku Farathid memegang lama kepalanya setelah mendengar soalan dari Kyra. Tidak menyangka , isterinya masih berfikiran seperti itu , walha dia hanya terasa hati dengan Kyra yang selalu mengabaikan soalannya bila di tanya mengenai Zacran. Bila teringat kata kata Kyra untuknya pada Zacran , sungguh mencengkam hatinya. Dia juga manusia yang punya hati , apakah perasaan itu tak layak untuk ada di hatinya. Balik balik Tengku Amanda yang menjadi topik soalannya. Apakah hati dan perasaannya langsung Kyra tidak fikirkan.
"Stop mention nama orang yang tak ada kaitan. Apa sebab I nak kena gaduh dengan Manda ?"
"Habis you nak berperangai macam ni , sebab apa kalau bukan sebab perempuan tu.?"
"You mengarut apa ni ? Perangai macam mana ?"
"Hish , dah lah , orang macam you ni memang tak akan mengaku. Lain kali kalau fikiran you kat dia , tak payah bawa I kat sini , bawa je dia kat sini , pening lah I nak fikir masalah you yang berperangai macam ni , kadang okay kadang tak okay."
"Sejak bila you fikir pasal I ? Pasal masalah I ? Bukan ke kat fikiran you ada Zacran je ? Kenapa nak libatkan Manda dalam masalah kita ? Masalah sekarang you , stop mention pasal Manda kalau you dengan I kat sini pun otak you dekat Zacran , fikirkan Zacran sampai I tak boleh nak mention nama dia ???"
Tengku Farathid sudah berdiri , menghadap Kyra.
"I cuba jadi husband yang baik semampu I , I nak jaga you Kyra , tapi setiap kali I minta you lupakan Zacran , ada saja benda yang you elak. I cuba lupakan semua kata kata you , tapi I pun manusia yang ada perasaan , ada hati. Kalau I tak ada semua tu , i tak akan sayang you macam ni sekali."
Matanya sudah memerah itu , di paling kan ke arah lain , kenapa saja dia bersikap cenging bila berhadapan dengan Kyra. Kyra hanya diam , tak mampu berkata apa apa. Kata kata Tengku Farathid halus mencocok jiwanya. Dia kelu sendiri.
__ADS_1