
"Awal you balik harini.. ?"
Kyra mengikuti langkah suaminya sampai ke ruang persalinan , soalannya tidak Tengku Farathid jawab. Kyra makin mendekat , melihat Tengku Farathid yang tengah membuang butang bajunya , laju Kyra mendapatkan Tengku Farathid , butang baju itu di capai Kyra.
"I reti nak buat sendiri."
Tengku Farathid menghalang tangan Kyra dari membuang butang itu. Kyra mendongak memandang suaminya.
"I boleh tolong.."
Perlahan dari Kyra.
"I tak kesah you nak jumpa dengan laki mana pun , tapi bukan dekat rumah I."
"I dah cakap kat Zac.. ni last dia datang rumah ni. I tak akan jumpa dia dah.."
"Jangan risau , lepas kita naik makhamah you bebas jumpa dia.."
Selamba dari Tengku Farathid , bajunya di tanggalkan. Mencapai tuala dalam almari tu.
"Athid... bukan tu maksud I. I tak nak berpisah. I tahu you sayang I lagi kan..?"
Tengku Farathid masuk ke dalam bilik air , pertanyaan Kyra di biarkan tergantung. Perlahan Kyra berjalan keluar dari ruangan itu. Duduk di atas katil mereka. Selepas selesai mandi , Tengku Farathid keluar kembali , Kyra kembali mendekat.
"Sayang... malam nanti kita dinner sekali. I masakkan makanan favorite you. Okay ?"
Kyra senyum. Tengku Farathid yang sedang mengelap rambutnya yang basah di perhatikan saja. Tengku Farathid berhenti seketika sebelum memandang Kyra.
"You tahu ke makanan favorite I ?"
Mendengar pertanyaan Tengku Farathid. Kyra diam seketika. Soalan itu sungguh menyakitkan hatinya , iya dia tak tahu. Rasa bersalah menebal di dalam hati , sebelum ini dia tak pernah mengambil tahu semua kegemaran Tengku Farathid. Tengku Farathid senyum kelat melihat wajah Kyra. Jelas sekali Kyra tak mengetahui makanan kesukaannya.
"You pernah cakap , you akan suka semua masakan I."
Perlahan suara Kyra. Tengku Farathid senyum lagi. Senyuman yang menyimpan kepahitan.
"Iya.. tu jawapan selamat. Hakikatnya you tak pernah tahu."
__ADS_1
Tengku Farathid masuk semula ke dalam ruangan persalinan itu. Meletakkan tuala yang sudah di gunakan. Sebaik berpaling , Kyra sudah ada di depannya.
"I tanya Bik Ani. Kita makan sama sama ya. I buatkan."
Kyra senyum. Memaniskan wajahnya yang sedikit terguris hatinya.
"Tak payah.. I tak rasa nak makan..."
Tengku Farathid berjalan melepasi Kyra sedikit tertolak badan Kyra oleh bahu Tengku Farathid. Tangan suaminya di pegang lagi.
"Jangan lah macamni..."
Tengku Farathid berpaling memandang.
"Apa motif you sebenarnya Kyra. ?"
Tengku Farathid menatap serius. Genggaman Kyra pada Tengku Farathid , Kyra lepaskan.
"I nak terima kemaafan dari suami I. I nak suami I terima I balik."
"I tahu I salah.. bagi peluang dekat I untuk tebus semua , untuk sayang you , macam you sayang I."
"Tak perlu... rasa sayang tu dah hilang.."
Perlahan dari Tengku Farathid. Kyra memejam mata seketika. Airmata jatuh. Dia menyesap airmata itu.
"Tapi rasa sayang I untuk you tak hilang.."
Tengku Farathid lepas gelak. Gelak yang cukup sinis.
"Lepas you tayang lelaki lain dekat semua orang , lepas you mengaku dekat kawan I , I lelaki yang menjijikkan tak layak jadi husband you , lepas you cakap kat papa you , I tak layak untuk jadi ayah kepada anak you , lepas you bawa lelaki lain dekat hotel... lepas tu , you cakap you ada rasa sayang untuk I ? I rasa ada yang tak kena dengan you... you sakit ? Sampai memohon macam ni kat I ? Ni bukan Kyra yang I kenal.."
Tengku Farathid ketawa pahit , ketawa yang di buat buat bagi menutup sakit di hatinya. Kyra menggeleng lagi. Wajahnya sudah kembali merah , menahan tangis yang sangat dasyat.
"I akan cakap dekat semua orang , I sayangkan you.. I akan cakap dekat Amanda , I nak you kekal jadi suami I. I akan cakap dekat papa , I nak you jadi ayah untuk anak I. Sayang.... please... mana Athid yang dulu.. yang selalu sayang I. I sakit Athid. Hati I sakit.. tolong laa , maafkan I. I nak kita macam dulu... I nak suami I yang dulu... you boleh pukul I. Pukul I sampai you puas sebab I jahat sangat , sebab I buat semua benda tu... sebab I tak pernah percayakan you... pukul I."
Kyra mendekat , tangan Tengku Farathid di ambilnya memukul badannya sendiri. Tengku Farathid mengeraskan tangannnya sebelum menarik kuat dari pegangan Kyra. Tengku Farathid mengeluh berat.
__ADS_1
"You keluar sekarang.."
Perlahan dari Tengku Farathid. Kyra masih membatukan dirinya. Bibirnya di gigit kembali. Mata merahnya menatap Tengku Farathid.
"You nak I heret you macam semalam ?"
Kyra menunduk pandang. Wajahnya sangat murung.
"I pergi prepare barang untuk siapkan makan malam. Nanti kita makan sama sama.."
Ucap Kyra perlahan , sebelum dia melangkah keluar dari bilik itu. Tengku Farathid memicit kepalanya. Hatinya tiba tiba di petik rasa simpati. Wajah murung isterinya sangat menyeksakan hati.
Kyra turun dari tangga itu , bilik kerja Tengku Farathid di tolehnya. Kakinya meneruskan langkah menuju ke arah bilik itu. Dia membuka pintu bilik itu perlahan , gelap. Mungkin keadaan luar sudah agak senja. Kyra membuka lampu , terang menerang bilik itu akhirnya. Dinding itu di perhatikan , potretnya sudah tiada di dinding itu , Kyra melangkah ke arah dalam lagi. Kosong , ruangan dinding yang dulunya penuh dengan gambarnya kembali kosong. Hanya hiasan kosong yang melengkapi dinding itu. Meja kerja Tengku Farathid di pandang.. gambarnya di belakang itu juga telah tiada. Dua kotak besar di sebalik meja itu kelihatan. Kyra mendekat... membuka perlahan. Semua potretnya sudah kemas berada di dalam kotak itu. Kyra menutup mulutnya. Bibirnya sudah terketar , airmata itu akhirnya jatuh juga. Benarkah Tengku Farathid sudah membuang dirinya pada hati seperti mana Tengku Farathid membuang gambar gambarnya ke dalam kotak itu.
******************
"Sayang..... Athid..."
Tok tok tok !
Kyra mengetuk pintu itu , bilik itu sudah di kunci dari dalam. Jam sudah menunjukkan pukul 8. Semua masakan sudah dia sediakan , hanya saja Tengku Farathid yang masih belum turun sedari tadi.
"Kenapa Cik Puan ? Tengku tidur ke ?"
Bik Mona sudah muncul di hadapan dia. Kyra mengangkat bahunya.
"Mungkin lah kut. Dia tak buka pintu. Tak apa , Bik Mona turun dulu. Nanti dia sedar la tu."
"Haaa.. apa kata Cik Puan guna kunci.. kejap saya ambilkan."
Tanpa menunggu jawapan dari Kyra. Laju Bik Mona menunju ke arah meja berdekatan dengan tangga itu . Dia membuka , sebelum mengambil kunci di laci itu. Menuju kembali ke arah Kyra. Kyra senyum.
"Thanks Bik Mona."
"Sama sama."
Bik Mona senyum kembali.
__ADS_1