
"Morning baby.."
Kyra menegur mesra suaminya yang sudah muncul di depannya itu. Bik Ani yang berada di hadapan sinki menoleh pandang seraya tersenyum ke arah mereka berdua , selepas balik dari singapura , hubungan Tengku Farathid dan Kyra semakin membaik , Bik Ani turut gembira melihat telatah mereka berdua. Tengku Farathid duduk di kerusi itu sambil menatap hidangan di atas meja.
"Morning sayang."
Tengku Farathid senyum , Kyra yang sedang menyiapkan hidangan itu di pegang tangannya oleh Tengku Farathid , tangan itu di tarik perlahan , di cium lembut tangan isterinya , Kyra menoleh pandang Bik Ani yang berada di hadapan sinki itu , sedikit segan. Wajah Kyra di dekatkan kepada telinga Tengku Farathid.
"Jangan nak nakal nakal kat sini."
Kyra berbisik lembut. Tengku Farathid lepas gelak. Wajah merah Kyra di pandang lagi , cantik di matanya. Spontan saja pipi isterinya itu di cium Tengku Farathid kemudiannya tangan Kyra laju mencubit pipi Tengku Farathid. Pipi itu kemudiannya di tarik Kyra. Mengaduh kecil Tengku Farathid sendiri.
"Awww..sayang..."
Sebelah tangannya memegang tangan Kyra , akhirnya tangan Kyra melepaskan cubitan itu. Tengku Farathid mengosok lembut pipinya sendiri. Melihat wajah suaminya yang monyok , Kyra senyum. Pipi suaminya di ulas lembut.
"Lain kali mandi dulu nak cium cium orang."
Kyra berkata selamba. Tengku Farathid menjeling. Tangan isterinya yang masih mengosok pipinya itu di biarkan saja. Melihat suaminya yang tidak membalas , Kyra menarik kerusi duduk di tepi Tengku Farathid.
"I tunggu nak mandi sekali dengan you."
Jawab Tengku Farathid bersahaja. Kyra membulatkan matanya , bimbang Bik Ani mendengar. Tangan Tengku Farathid di genggamnya , tak mahu Tengku Farathid menguatkan suara.
"What ? Apa yang salahnya ?"
Tengku Farathid tak menghiraukan amaran isterinya. Bik Ani berpaling.
"Err.. saya ke depan dulu ya Cik Puan , Tengku. Kalau ada apa apa panggil saya."
Bik Ani yang sudah faham dengan keadaan itu terus meluru keluar saja dari dapur. Kyra sudah memandang serius suaminya , tak semena mena dagu itu di cuit Tengku Farathid.
"Eleleh malu yaa.. dalam bilik bukan main nakal."
Tengku Farathid sudah mula menyakat. Wajah Kyra sudah kemerahan. Tengku Farathid lepas gelak.
"Eyy , jangan bising bising.. malu tauu.. sayang ni..."
Kyra sudah memuncung. Tengku Farathid senyum , memandang makanan di atas meja.
"Banyak sayang masak harini ? Nak bagi I gemuk ke ?"
Mendengar pertanyaan Tengku Farathid , Kyra mengangguk laju seraya tersenyum.
"Ha,ah... biar you gemuk.. you kena makan banyak banyak , nanti you gemuk baru tak ada orang nak ngorat you."
__ADS_1
Kyra berkata selamba sambil menyenduk nasi lemak itu ke dalam pinggan, ingin di berikan kepada suami. Tengku Farathid hanya ketawa mendengar gurauan isterinya.
"So you takut ada orang lain mengorat I ? Sayang jugak you kat I kan.?"
"Mesti lah sayang. Husband I kan.. mana lah tau , kat luar tu ramai sangat perempuan yang gilakan suami orang.. lelaki bujang tak nak pulak dorang kejar."
Tengku Farathid hanya tersenyum mendengar bebelan isterinya , hatinya juga terasa bahagia mendengar pengakuan Kyra.
"Don't worry sayang. Mata I nampak you je. Cinta hati I ni."
Pipi Kyra di sentuh lembut. Kyra tersenyum bahagia. Dia mengambil tangan Tengku Farathid di sentuh lembut.
"I harap cinta you untuk I tak akan pernah hilang.. i love you so much sayang."
Ucap Kyra perlahan. Tengku Farathid mengangguk perlahan.
"I love you much more baby.."
********************
Pintu bilik itu di buka Tengku Farathid , tangannya masih berada di dalam genggaman Kyra. Dua tiga hari ini Kyra sangat manja dengannya , tak boleh berenggang walau seminit pun.
"Sayang.."
Panggilan Kyra padanya mematikan langkah mereka.
Wajah isteri di toleh lagi. Kyra diam seketika. Tengku Farathid memandang pelik. Raut kesedihan muncul pada wajah Kyra.
"Kenapa ni ?"
Tengku Farathid bertanya lembut. Dia mula menghadap Kyra.
"I nak cakap pasal Amanda."
Kyra bertutur perlahan.
"Laaa.. kenapa dengan dia ?"
Soal Tengku Farathid pelik. Kedua tangan Tengku Farathid tiba tiba di genggaman Kyra kembali.
"I sayang you. I minta maaf pasal semua salah I. Pasal kata kata I kat you dulu. Sekarang I betul sayang you. You percayakan I kan ?"
Tengku Farathid senyum mendengar pertanyaan isterinya. Dia mengangguk perlahan.
"Sayang... kan I dah maafkan you. You dah minta maaf pasal tu pun kan sebelum ni ? Kenapa nak ungkit balik ni ?"
__ADS_1
Soal Tengku Farathid lembut. Raut kekesalan terpancar jelas di wajah Kyra.
"I takut you tak percayakan I. Sekarang I betul betul sayang kan you. I tak nak orang lain ambil you dari I. I takut sayang."
"Shhh... I percayakan you.. jangan fikir yang bukan bukan."
Pipi Kyra di sentuh lembut oleh Tengku Farathid. Menenangkan isterinya dari kerisauan itu.
"Tak ada orang yang nak ambil I dari you. I kat sini , selalu dengan you sayang."
Sambung Tengku Farathid lagi. Kyra menunduk pandang.
"I takut kalau Manda ambil you dari I. I tak nak hilang you. I dah cakap kat dia , sayang I ikhlas untuk you. I nak ada selalu dengan you , I tak nak you pergi dekat orang lain , Amanda sekali pun."
Jelas Kyra perlahan , matanya kembali menatap suaminya di depan. Tangan suaminya sudah mengosok lembut kedua bahu Kyra.
"Sayang... tu tak akan terjadi. I kawan dengan Manda dah berapa lama. Hati I bukan untuk dia , tapi untuk Kyra Mayseera. Isteri I ni."
Tenang dari Tengku Farathid.
"Dia tak percayakan I bila I dah buat semua tu dekat you. I sakitkan hati you. I dah malukan you depan semua. Isteri apa I ni."
Mata Kyra mula berkaca , badan itu laju di bawa peluk ke pelukan Tengku Farathid. Membelai lembut belakang isterinya.
"Benda dah lepas sayang. Tak payah cakap lagi. Jangan ingat lagi benda tu kalau hati you sendiri pun terseksa. Kita tak minta benda ni jadi. Ni dah takdir. Tapi percaya lah , sayang dan cinta I tak akan hilang untuk you."
Tutur Tengku Farathid lembut. Kyra membalas perlahan pelukan itu. Badan suaminya di peluk erat sekali , seperti tak mahu melepaskan lagi.
"Terima kasih sebab sayang I. Terima kasih sebab sudi terima I lagi lepas apa yang jadi. Terima kasih sebab ambil I jadi isteri you , isteri seorang lelaki yang hebat macam you."
Ucap Kyra penuh kesyukuran. Bahagianya sekarang tidak terhitung lagi. Rasa sayang pada suami sudah melebihi pada dari sendiri.
"Hebat lelaki macam I sebab berjaya di cintai seorang Kyra Mayseera yang degil ni."
Kyra akhirnya ketawa mendengar kata kata Tengku Farathid.
"Jangan sayang perempuan lain macam you sayang I."
Comel sungguh arahan dari isteri , turut membuatnya gelak bersama.
"Anak perempuan I macam mana ?"
Spontan dari Tengku Farathid.
"I akan lahirkan baby boy dulu.."
__ADS_1
Laju Kyra membalas. Tawa Tengku Farathid makin besar.