
Hans mencuit bahu Kyra kembali..
"Kenapa ? Takut dia mengadu kat suami Kyra ke ?"
Hans menahan tawanya.. Kyra sudah memuncung..
"Tu la... kawin tak cakap.. kawin diam diam.. ni balasan dia.."
Mendengar kata kata Hans , Kyra laju menepuk bahu sepupunya itu.
"Hans pun satu.. balik sini tak cakap.. Ayah Su pun tak cakap.. tiba tiba muncul kat sini.."
Hans sudah tersengih.. Laluan Tengku Amanda tadi di curi pandang..
"Cantik.. kawan ? Boleh join ?"
Hans senyum lagi.. Kyra menatap serius.
"Jangan nak mengada.. kawan Kyra tu.. bila Hans balik sini ?"
Kyra cepat cepat menukar topiknya. Sudah berapa tahun dia tak berjumpa dengan Hans. Tipu lah kalau rindu itu tiada. Hans senyum lagi , lelaki ini murah dengan senyuman , manis wajahnya mesti di sukai orang.
"Seminggu lepas.. sorry tak cakap. Hans baru nak contact Kyra , sebab Hans guna number baru.. tapi tu lah , papa suruh Hans masuk klinik..Hans terus lupa."
Terang Hans panjang , tak mahu Kyra salah sangka padanya. Kyra hanya senyum..
"Ooo , patut lah busy.. dah jadi doktor Malaysia rupanya.. so Hans sorang je ke ni ?"
Hans mengangguk menerima soalan dari Kyra.
"Boleh Hans join korang ? Kawan Kyra single lagi ke ? Dia tak kesah kan Hans join ? Haaa.. tu dia datang.."
Hans sudah tersenyum.. Tengku Amanda berjalan lurus ke arah mereka. Kyra menoleh pandang ke arah Tengku Amanda sebelum kembali memandang Hans di depannya. Dia sorok senyum melihat wajah Hans yang teruja itu..
"You dah habis minum ke ?"
Soal Tengku Amanda. Gelas di atas meja itu di pandangnya , separuh air Kyra hampir saja habis. Kalau boleh Tengku Amanda mahu cepat cepat beredar pergi. Segala urusannya dengan Kyra sudah di selesaikan.
"Arr.. can I join ?"
Soal Hans tanpa segan. Tengku Amanda memandangnya. Hans senyum lagi.
"Korang boleh teruskan.. I gotta go.. sorry.."
Balas Tengku Amanda bersahaja. Tanpa menunggu kata dari Kyra , Tengku Amanda melangkah , serta merta tangannya di pegang Hans. Berubah wajah Tengku Amanda , laju saja Hans melepaskan tangan Tengku Amanda..
"Arr.. sorry... can I have your phone number ?"
__ADS_1
Soal Hans berani. Kyra sudah membuat muka bersahajanya apabila di pandang Tengku Amanda.
"Dont worry. Hans single."
Ucap Kyra laju. Hans sudah senyum. Hans kembali di pandang Tengku Amanda. Akhirnya Tengku Amanda memberi number handphonenya. Walaupun terasa gugup , namun wajah itu menyakinkannya , Hans tentu orang baik baik..
********
"Sayanggg...."
Badan Tengku Farathid di peluk dari belakang.. Suami Kyra itu menoleh sebelum mengheret lembut tangan Kyra ke depannya untukk menghadap..
"Guess who I jumpa tadi ?"
Kyra senyum seraya memeluk kembali tubuh suaminya itu. Tengku Farathid menggeleng bersahaja.
"Takk... isteri I keluar hari minggu macam ni.. tinggal I sesorang kat rumah.. mesti orang yang special dia jumpa."
Tengku Farathid mula menyakat.. keningnya di naikkan menanti jawapan dari Kyra..
"Nooo.. you yang paling special.. tadi I terjumpa sepupu I , dia baru balik Malaysia."
Terang Kyra.. Tengku Farathid sudah membuat muka hairannya.
"Terjumpa ? So you jumpa siapa sebenarnya ? Pergi mana ?"
"I jumpa Manda... dia suruh I jaga suami I yang Handsome ni baik baik.. so don't worry.. dia okay okay je.."
Kyra menjelaskan dengan senyuman..
"And... I terjumpa.. sepupu I.. nampak gaya dia macam suka kan Amanda.."
Sambung Kyra laju.. Tengku Farathid sudah mengerutkan dahinya.
"Suka macam mana maksud you ? Jangan main main sayang.."
"Kenapa ? You takut Manda ada boyfriend ?"
Wajah Kyra sudah serius. Tengku Farathid sudah lepas gelaknya. Pipi isterinya di sentuh lembut.
"Bukan macam tu sayang.. I just tanya.. I harap orang yang you maksudkan boleh jaga Manda dengan baik.."
Kyra masih lagi memuncung..
"Kenapa kuat sangat jealous ni ? Still tak percaya dekat I ?"
Lembut pertanya Tengku Farathid. Muka monyok Kyra cuba di maniskan..
__ADS_1
"Yela yelaa.. I just takut.. liked you said.. jealous is good , kan ?"
"Yaaa... jangan fikir yang bukan bukan.. as long as Manda dapat yang terbaik. Im okay.."
Mendengar kata kata suaminya itu , Kyra mengeratkan lagi pelukannya , kepalanya sudah jatuh pada dada suami.
*********
Walaupun di larang Tengku Farathid , tetap saja Kyra berdegil untuk mengikutinya.. setelah mendapatkan panggilan dari Adzran , laju saja mereka ke alamat yang di beri Adzran untuk mendapatkan Alana. Inspektor Kamal juga telah Tengku Farathid hubungi untuk ke lokasi itu. Peluang ini tak mungkin dia lepaskan , Alana harus mendapatkan ganjaran di atas perbuatan buruknya. Setiba saja kereta mereka di sana , Tengku Farathid laju bergegas mendapatkan Adzran yang sudah kelihatan itu.. badan Alana yang terbaring yang masih terikat tali itu di pandang Tengku Farathid dan Kyra , botol air di meja itu di capai Tengku Farathid , di tuang laju ke arah wajah Alana , tergapai gapai badan itu tersedar dari pengsannya.
"Athid... I minta maaf.. Athid.. please.."
Sebaik saja Alana bersuara laju saja Kyra mendekatinya tanpa sempat di halang Tengku Farathid , tersungkur kembali wajah itu menerima tamparan dari Kyra.. Tengku Farathid segera mendapatkan isterinya itu , menghalang Kyra dari berbuat lebih teruk.. Isterinya di peluk dari belakang..
"Perempuan macam kau ni memang patut mati !!"
Laung Kyra sendiri.. badannya yang memberontak itu di tahan Tengku Farathid.
"Dahh sayang.. lepasni dia akan dapat hukuman. Sabar.."
Tengku Farathid cuba menenangkan.
"Lepasni meringkuk la kau dalam penjara !"
Sambung Kyra kemudiannya.. Adzran mendekat , handbag Alana di berikan kepada Tengku Farathid. Handbag itu terus di selongkar Tengku Farathid. Kad identiti Alana di keluarkan.. kening Tengku Farathid berkerut meneliti... wajah Alana itu di pandang lagi..
"Alana Nabila Bt Dato Rahim.."
Ucap Tengku Farathid seraya melemparkan kad identiti itu ke arah wajah Alana...Masing masing sudah terkejut mendengar nama itu terbit di bibir mulut Tengku Farathid. Bukan calang calang orang , bapa perempuan itu. Tengku Farathid mendekat , wajah Alana di cengkamnya.
"Lepas ni papa you boleh dapat malu sebab ada anak macam you.. kesian papa you.."
Alana menggeleng laju.. cuba melontarkan kata kata walaupun wajah terseksa di cengkam Tengku Farathid.
"Please.. I minta maaf. Jangan bagitahu papa I. I merayu dekat you... I ak..an buat semua yang you su..ruh.. tolong I.."
"Masa you buat tu dekat I , dekat wife I. You ada ingat papa you ke ? Perempuan jenis apa you ni Alana. ? Sanggup you buat semua tu ? You boleh dapat mana mana lelaki yang you nak !! Kenapa sanggup you buat I macam tu ! Hancurkan rumahtangga kami."
Alana sudah menggelengkan kepalanya.. airmatanya mula keluar.. perlahan Tengku Farathid melepaskan cengkamannya pada Alana.
"I mintaa maaf.. masa tu I fikir.. I nak you.. I jatuh cinta dekat you.. you tak pandang I.. I sakit hati.. satu je dalam kepala I masa tu. I just mahukan you.. please Athid.. I janji.. I tak akan buat semua ni lagi.. tolong lepaskan I.. i minta maaf , sakitkan Kyra. I menyesal."
Alana sudah mula merayu.. kalau perkara itu sampai tahu ke media , habis nama papanya. Tak mungkin dia biarkan semua tu terjadi..
"I ada semua bukti. Bukti you dekat hotel tu , dengan phone Adzran.. bukti dekat cafe malam tu , you cuba bunuh wife I.. I dah dapatkan semua dengan owner cafe tu , cctv semua ada.. you tak boleh lari lagi Alana.."
Tengku Farathid menjelaskan tenang.. Alana menunduk , kedengaran esak tangisnya mula keluar. Tiada apa apa lagi perkataan muncul dari mulutnya. Dia hanya mampu menangis sendiri. Kelihatan Inspektor Kamal mendekati mereka setelah muncul dengan anggota yang lain. Anggotanya segera mendapatkan Alana.
__ADS_1