
Kyra memandang keluar tingkap. Tengku Farathid mengambil tangan isterinya lembut di genggam , kalini Kyra hanya mendiamkan diri saja tidak menarik lagi.
"I dah prepare semua. Esok kita ke Indonesia"
Kyra menoleh ke arah Tengku Farathid. Tengku Farathid senyum.
"Buat apa ? I dah cakap kan , I tak nak pergi."
"You pun kena masuk butik dah lepas ni , so kita pergi la awal awal. Cuti ni pun kita tak pergi mana mana , I pun nak kena masuk office dah lepas ni , so kita pergi honeymoon dulu before masuk kerja , okay ?"
Kyra menarik tangannya kembali dari genggaman Tengku Farathid , berpeluk tubuh , tak mahu tangannya di capai Tengku Farathid lagi.
"Honeymoon? I tak perlukan honeymoon tu semua la , I penat cakap benda sama. I tak nak pergi. Kalau you nak sangat pergi bali tu , pergi jela. Ajak sesiapa pun. Amanda kan ada."
"Kyra!! I kena berkasar macam dulu ke baru you nak ikut semua cakap I ?!"
"Kenapa ? Bagi you I ni tak lebih dari benda mainan you , yang kena ikut semua cakap you , patuh semua arahan you macam orang suruhan you.? Isteri ke macam tu ? Macam lembu di cucuk hidung. Semua ikut kepala you , suka atau tak , I terpaksa turut. Macam orang suruhan , macam tu isteri ? Macamtu ke isteri bagi you ?"
Kyra menyekat airmata yang turun laju di pipiya , pandangannya di alihkan ke luar tingkap , sakit hatinya selalu di paksa Tengku Farathid, cakap sayang tapi kenapa selalu memaksa untuk buat perkara yang tidak disukainya. Tengku Farathid diam , Beego yang di hadapan sedang memandu di pandang sekilas. Dia membuang pandang ke luar tingkap juga , isteri yang menangis di biarkan saja.
********
"I minta maaf. You isteri I , mesti lah I nak happy kan you , kita pergi Bali , rest kan minda. I tahu you serabut. I just nak buat you happy."
"Pergi Indonesia tak boleh buat I happy."
"So I nak buat macam mana biar you happy ? Bagi you balik dengan Zacran macam dulu ? Itu yang boleh buat you happy ? Itu ke ? Tak boleh ke you terima I ? Lupakan dia , Kyra....."
Mata Tengku Farathid sudah merah , rambutnya di raut beberapa kali , tidak tenteram. Kyra memandang seram. Tengku Farathid sudah seperti kepanasan. Kepanasan dengan hatinya sendiri. Dia sakit setelah di tolak di depan Zacran , naluri lelakinya memberontak kesal. Dia hanya mahu Kyra menerima sebagai suami . Itu sahaja , dia mahu Kyra membalas cintanya. Dia bukan psycho , dia hanya mencintai gadis yang bergelar isteri di hadapannya. Kyra menelan liur , mengawal reaksinya.
"I perlu buat apa biar you terima I sebagai suami you ? Hebat sangat Zacran sampai you campak perasaan suami ke tepi macam tu je. I ni apa ? Tak boleh you layan I selayaknya seorang suami ? I buat tu salah , I buat ni salah ? So I kena buat apa ? Yang boleh you terima sebagai seorang suami ?"
Tengku Farathid mendekati Kyra , di pegangnya kemas kedua dua tangan Kyra. Kyra yang duduk di katil mendongak memandang lelaki di depannya itu. Takut , dia betul betul takut melihat keadaan lelaki ini , Tengku Farathid menangis ke ? Kyra mengawal dirinya , tak mahu panik. Dia menarik perlahan tangannya dari genggaman Tengku Farathid, menyentuh lembut dada Tengku Farathid.
"Calm down , iyaa kita pergi. I ikut you."
__ADS_1
Kyra bertutur lembut , tak mahu marah Tengku Farathid memuncak , dia bimbang Tengku Farathid bertingkah di luar kawalan , dia sudah serik. Sabar la duhai hati. Tengku Farathid menapak ke belakang , dia menarik nafas panjang , dia berjalan menuju ke bilik air , meninggalkan Kyra sendiri. Kyra memegang dadanya yang berombak kencang , menenangkan diri. Handphone yang berada di atas bantal menyuarakan isyarat text masuk memeranjatkan Kyra. Zacran ! Kyra menoleh ke arah tandas , memeriksa kedatangan Tengku Farathid , bimbang. Tiada. Mesej yang di hantar Zacran di buka laju.
"Sayang , i miss you. Boleh kita jumpa lepas ni , nanti you free , kita jumpa okay , i rindu kan you sangat Kyra. Pleaseeee..."
Text itu di pandang sepi , seperti tidak bererti apa apa lagi buat Kyra. Butang back di tekan Kyra. Deringan text masuk berbunyi lagi. Kyra membuka terus.
"Jangan risau sayang , I tetap ada kat sini , tunggu you. I tahu you masih tunggu I , I tahu cinta you hanya untuk I , I akan faham . Don't worry . I love you."
Kyra menekan butang back kembali. Handphone nya di letak kembali di atas bantal. Dia memicit kepalanya seketika , pening memikirkan. Dia tak nak jadi derhaka , semakin lama dia begitu , semakin besar dosanya. Dia harus segera melupakan Zacran.
"Kyra...."
Panggilan dari Tengku Farathid menyedarkan Kyra dari lamunan , dia memandang wajah lelaki itu , masih basah dengan air. Tengku Farathid membersihkan wajahnya ? Masih kelihatan matanya yang kemerahan , takkan lah menangis , cenggeng betul. Kyra gelak dalam hati , dia senyum sendiri.
"What wrong ?"
Serius nada suara Tengku Farathid , binggung sendiri tiba tiba saja isterinya senyum tanpa sebab.
"Nothing."
"Kenapa ?"
"Atas semua yang jadi tadi. I rasa I patut minta maaf."
Rasa bersalah muncul di dalam diri Tengku Farathid. Isterinya di pandang kasih.
"Ooo ya ? I fikir pun you patut turun bawah makan , sebab dari pagi you tak makan , sekarang dah pukul 12 tengah hari. I taknak I di jadikan alasan sebab you sakit."
"You takut I sakit ?"
"Iyaa takut la , nanti you sakit , siapa nak jaga you ? I tak nak."
"Flight kita pukul 9 pagi esok."
"Okay."
__ADS_1
Sepatah dari Kyra. Tengku Farathid senyum , tiada bantahan lagi dari Kyra. Tiba tiba saja hatinya tenang , Kyra dah mula terima dia ? Tengku Farathid harap ini permulaan bahagia untuk hidupnya.
******
Ketukan berbunyi di pintu biliknya , Kyra membuka perlahan , muncul Beego di hadapannya , lelaki itu senyum. Beberapa paperbag di hulur kepada Kyra. Kyra binggung , di pandang wajah Beego dan paperbag itu silih berganti.
"Cik Puan , ni pakaian untuk Cik Puan."
"Pakaian apa ? Saya tak ada beli online apa apa pun dari lazada or shoppe."
Beego senyum mendengar ucapan dari majikannya itu. Dia tahu pasti Kyra tidak mengetahui semua barangan ini Tengku Farathid tempah khas untuknya dari butik kenalan Tengku Farathid.
"Iyaa Cik Puan , ni semua Tengku yang beli , tadi saya ke pavilion ambik barang ni semua."
"Awak yang pilih ni semua ke ?"
"Ehh tak , saya cuma ambik saja Cik Puan. Semua Tengku yang uruskan."
Kyra mengambil semua paperbag di tangan Beego.
"Kalau tak ada apa apa , saya pergi dulu Cik Puan."
"Ehh kejap. Awak keluar pavilion dengan Tengku ke tadi ?"
"Tak , saya pergi sorang saja."
"Habis tu Tengku pergi mana?"
Beego memandang kiri dan kanannya , serba salah , setahu dia , Tengku Farathid hanya di rumah dari pagi tadi , tidak pulak keluar , mustahil Tengku Farathid keluar rumah tanpanya.
"Errr , tadi Tengku call suruh ambil barang saja Cik Puan. Rasanya dia ada dalam rumah."
Beego mengaru kepalanya yang tidak gatal , tidak tahu lagi jawapan yang tepat untuk diberi pada Kyra. Kyra senyum , mungkin Beego kira dia bersama Tengku Farathid di dalam bilik , malu pulak dia bila tak tahu keberadaan suami sendiri.
"It's okay. Mungkin dia kat bawah. By the way , thanks."
__ADS_1
Kyra mengucap lembut sambil memperlihatkan barangan di tangan yang sudah di bawa Beego padanya. Beego hanya mengangguk dan senyum sebelum berlalu pergi.