Kyraa Dan Pria Terhebat

Kyraa Dan Pria Terhebat
Part 75


__ADS_3

Kyra memerhatikan Tengku Farathid membuangkan tali lehernya , dia segera mendekat.


"Outstation kat mana sayang ?"


Tengku Farathid masih mendiamkan diri. Soalan Kyra tidak di endahnya.


"You pergi dengan siapa ?"


Wajah Tengku Farathid masih di pandangnya. Masih senyap dari lelaki itu.


"Boleh I ikut sekali ?"


Diam lagi.. Kyra mendekat , lengan Tengku Farathid di sentuhnya. Membawa pandang suami ke arahnya.


"I pergi sekali ea , boleh kan ? Kat mana ?"


Tengku Farathid melarikan tangannya dari sentuhan Kyra. Tiada jawapan dari Tengku Farathid.


"I pergi kemas pakaian I dulu.."


Kyra terus berpaling mahu ke arah pintu.


"You buat apa ni ? Siapa yang suruh you ikut ? Tak payah nak mengada Kyra."


Mendengar Tengku Farathid bersuara , Kyra berpaling kembali.


"I nak teman you.."


"I pergi kerja.."


Wajah Tengku Farathid masih serius. Kyra senyum.


"Tak apa lah , you tak kerja 12 jam kan. I boleh tunggu you kat hotel."


Kyra senyum lagi.


"Tak payah ! You duduk je sini , nanti boyfriend you rindu pulak."


"I nak ikut husband I."


Kyra sedikit berlari menuju keluar dari bilik itu. Dia cukup teruja , akan ada masa lebih bersama suami.


*************

__ADS_1


Kyra melentokkan kepalanya ke bahu Tengku Farathid , entah berapa minit dia terlelap , mahu tak mahu Tengku Farathid membawa juga isterinya sekali ke singapura , Kyra mengikut dekat saja langkahnya , dia akur saja. Tepat jam 8.40 malam itu , mereka tiba di hotel Singapura untuk menginap. Tengku Farathid memandang isterinya yang lena di bahu itu , dia menjongket sedikit. Kyra laju saja membuka mata , kepalanya di angkat memandang suami di sebelah.


"Dah sampai ea ?"


Suara Kyra sedikit serak , tanpa menjawab Tengku Farathid membuka terus pintu kereta dan keluar , Kyra mengikut. Pintu di sebelahnya di buka.


"Tengku Farathid ?"


Wanita itu menegur sopan. Tengku Farathid senyum , mereka saling bersalaman , kelihatan wanita itu mengarahkan staff hotel itu menguruskan bagasi mereka yang di keluarkan pemandu kereta. Wanita itu memandang Kyra yang sudah muncul di depannya. Dia senyum jua , tangan di hulurkan ke arah Kyra , Kyra menyambut seraya tersenyum.


"Puan Kyra.. wife Tengku Farathid."


Kyra memperkenalkan dirinya , PUAN itu sengaja di tekankan kepada wanita itu kerana tak senang dengan senyuman wanita itu pada suaminya. Wanita di depannya hanya senyum kelat. Tengku Farathid membuat muka tenangnya.


"Nice to meet you Puan Kyra. Saya Sya , PA Syed Razak , dia nak saya pastikan Tengku Farathid sampai dengan selamat , and saya tak tahu pulak Tengku Farathid datang sekali dengan wife. But it's okay , as long as Tengku Farathid sampai dengan selamat."


Sya menoleh Tengku Farathid seraya tersenyum.


"Iya... husband I tak boleh tinggal I kat malaysia , nanti dia rindu , kan sayang.. jom."


Kyra mula memegang tangan Tengku Farathid , kali ini di biarkan sahaja oleh Tengku Farathid. Sya hanya senyum kelat.


"Jom saya hantar ke lobi."


Sya mempelawa. Tengku Farathid mengangguk sebelum mengikut langkah Sya itu. Mereka masuk ke dalam lobi hotel. Kad bilik itu di hulurkan kepada Tengku Farathid.


"It's okay Sya. Saya faham. Thanks juga sebab susah susah datang malam ni."


"Tak apa Tengku.. ni memang kerja saya. So kita boleh kopi kopi dulu kalau...."


"Ohh no need. I dengan husband dah minum dekat airport tadi. Sekarang pun husband I penat. Kan sayang ?"


Kyra merangkul lembut lengan Tengku Farathid. Tengku Farathid memandang serius , bila masa mereka minum. Pandai saja mahu menipu.


"Ooo.. macamtu.. tak apa Puan..  kalau macam tu , saya tak mahu kacau masa rehat Tengku. So kita jumpa esok Tengku ?"


Sya senyum sambil menghulurkan tangannya. Tengku Farathid hanya menyambut seraya mengangguk , seterusnya Kyra , senyum Kyra di buat buat. Angin cemburunya mula timbul. Sya melangkah pergi jua. Tengku Farathid membuang pegangan Kyra padanya , melangkah menuju ke kaunter , Kyra mengikut cepat.


"One deluxe room."


Tengku Farathid membuat pesanan. Kyra memandang pelik , kad di tangan Tengku Farathid di lihatnya. Bilik tambah untuk siapa lagi.


"Sayang... bilik siapa lagi ? Perempuan tu dah bagi kad kan ? Beego dengan Sabhi ikut sekali ? Tak kan ?"

__ADS_1


Kyra memandang ke arah pintu utama itu , takut takut wajah mereka muncul. Tiada. Kelihatan pekerja itu menyemak sistemnya menyuruh Tengku Farathid menunggu beberapa minit.


"Untuk you. Ke you nak tidur kat lobi ni ? Atas sofa tu ?"


Tengku Farathid bertanya selamba. Kyra sudah memuncung. Tiba tiba saja kad di tangan Tengku Farathid di rampasnya.


"Satu bilik dah cukup."


Kyra berkata sambil melangkah laju dari Tengku Farathid , Tengku Farathid menggeleng kepala melihat tingkah isterinya. Pekerja di depannya di pandang.


"Sorry miss. Cancel. Satu bilik dah cukup."


Tengku Farathid melangkah jua , pekerja itu mengarukan kepalanya yang tidak gatal. Pelik pelik sahaja tingkah pelanggannya.


******************


"You nak pergi mana ?"


Kyra menghalang Tengku Farathid yang sudah memegang bantal dan selimut itu dengan badannya.


"You boleh tidur sekali dengan I kat katil ni kan ? Kenapa nak bawak bantal dengan selimut tu ?"


Kyra bertanya lagi. Tengku Farathid memandang Kyra. Kyra memegang tangan itu.


"You marah lagi ? Kita boleh start semula macam dulu kan ? I rindu you.. tak ada salahnya tidur sekali dengan I kan ?"


Perlahan suara Kyra seperti memujuk , dia tahu Tengku Farathid masih menyayanginya.


"Salah.... sebab I ni tak layak tidur dengan you.. I ni tak setaraf dengan you. You baik , I ni apa ? Jantan jahat yang rogol you."


"Sayang.... berapa kali I nak kena minta maaf ? I akan jelaskan kat mereka semua.. jangan lah merajuk lagi.


Suara Kyra penuh mengharap. Mata suaminya di pandang kasih.


"I tak merajuk Kyra. I cakap apa yang betul. You terlalu sempurna untuk I."


"Tak ! You merajuk... okay , you perfect juga untuk I. Handsome , romantik , comel , sweet."


Kyra melangkah mendekat , dada Tengku Farathid cuba di sentuhnya , Tengku Farathid memandang pelik , dia mengangkat keningnya , hairan.


"You buang tabiat ke ?"


Tengku Farathid bertanya selamba. Akhirnya badan isterinya di tolak dengan badannya untuk ke arah sofa di depan itu. Kyra mengetap bibirnya. Langkah Tengku Farathid di ikutnya.

__ADS_1


"You cakap you tak suka I panggil you sayang.. so apa panggilan yang you suka. Honey ? Hubby ? Baby ? Ahh ! Biey ?"


Kyra sudah bercakap sendiri , Tengku Farathid langsung tidak memandangnya , bantal dan selimut itu di letakkan di atas sofa. Tengku Farathid mula duduk di sofa itu , handphonenya di keluarkan dari poket seluar , menekan menekan sendiri. Kyra membuka tv di depannya , dia duduk di sebelah Tengku Farathid, bantal itu di letakkan di atas ribanya.


__ADS_2