
Akhirnya Alana berjaya di jatuhkan hukuman setimpal dengan perbuatannya , Tengku Farathid sudah boleh menarik nafas lega.. Sekarang dia hanya perlu fokus untuk menjaga sang isteri tanpa memikirkan lagi pada perempuan ****** itu. Tengku Farathid keluar dari bilik air itu , melihat Kyra yang masih di atas katil berbaring tanpa kelihatan untuk ke butiknya.. Isterinya di dekati.
"Sayang.... dah pukul 8.30 ni.. belum siap lagi ?"
Tengku Farathid bertanya pelik.. Kyra sudah membetulkan duduknya , dia sudah bersandar pada kepala katil itu..
"Kenapa ni ? Tak sihat ?"
Soal si suami lagi. Kyra menyentuh dadanya. Rasa mual memenuhi ruang rongga tekaknya. Dia cuba senyum.
"I tak larat sayang.. I rasa I tak masuk butik harini.. I teman you breakfast okay ?"
Tangan Tengku Farathid di sentuh lembut.. sebelah tangan suami menggengam erat tangannya. Tangan kanan Tengku Farathid sudah jatuh ke dahi Kyra , menyentuh lembut. Sedikit kepucatan wajah Kyra dapat di lihatnya..
"You demam ? Kalau you tak larat I boleh cancel masuk office.. I teman you kat rumah ya ? Or kita pergi klinik ?"
Risau hati Tengku Farathid. Laju saja Kyra menggelengkan kepalanya. Tak mahu menyusahkan si suami.
"I just tak larat je sayang.. don't worry.. you pergi office macam biasa.. I nak rehat je.."
Tangan Tengku Farathid yang sudah jatuh di pipinya di sentuh lembut.
"Kita pergi klinik dulu. Ambil ubat ? Muka you nampak pucat ni.."
"Tak apa.. kita breakfast sama sama. Lepasni I makan panadol. Nanti lega la.. jangan risau.."
Tangan Tengku Farathid di ambil cium lembut oleh Kyra. Menghilangkan rasa risau buat suami. Tengku Farathid memaniskan wajahnya.
"Okay.. kalau ada apa apa nanti call I. You rest je. Jangan melakar or buat apa apa.."
Kyra senyum seraya mengangguk mendengar nasihat dari Tengku Farathid. Dahinya kemudian di cium Tengku Farathid.
**********
Nama Zacran tentera pada screen handphonenya.. sudah beberapa kali number itu menghubunginya , tapi tetap saja Kyra mengabaikan.. dengan kesihatan yang tidak berapa sihat itu makin mencelarukan fikirannya. Lamunan Kyra mati bila di panggil jururawat itu. Dia mula berdiri memasuki bilik doktor..
"Masalah apa Puan ?"
Doktor itu senyum mesra.. Kyra mengambil keputusan untuk ke klinik berdekatan bila mualnya tak dapat di kawal lagi. Dari pagi badannya lemah , sekarang sudah masuk jam 2 petang.. tanpa menunggu suami , dia segera ke klinik sendiri.
"Saya rasa mual Doktor.. tak larat sangat.. kalau boleh saya nak ambil vitamin untuk badan , biar segar sikit badan saya. Or saya keracunan makanan ?"
__ADS_1
Doktor mengangguk faham mendengar penjelasan Kyra.
"Kita check kejap.. lepasni Puan buat ujian air kencing sikit ya..?"
Arah Doktor itu dengan lembut. Kyra hanya mengikut...
*******
Suaminya mula di hubungi.. badannya yang lemah tadi segera menjadi segar mendengar kata kata Doktor tadi.. Kyra duduk di kerusi itu.. matanya bersinar sinar menunggu jawapan dari suami. Berita gembira itu harus segera di sampaikan kepada suaminya , mesti Tengku Farathid gembira bila mengetahui berita ini. Kyra hamil... panggilannya belum di jawab suami. Kyra bersangka baik saja , mungkin suami tengah sibuk.. wajahnya masih mengukirkan senyuman.. kertas kertas penting itu di simpan ke dalam handbagnya.
Panggilan yang masuk itu laju saja Kyra menjawab tanpa melihat pemanggilnya.. sangkaannya salah..
"Kyra... I nak jumpa you.. please Kyra.. kali ni je ?"
Kedengaran suara Zacran di corong telinga..
"Tak ada sebab lagi lah , I nak jumpa you.. cukup Zac.. I tak nak lagi ada kaitan dengan you.. pleaseee.. jangan kacau I.."
Laju Kyra mematikan panggilan itu tanpa mendengar lagi kata kata Zacran.. dia berdiri dari kerusi itu , pintu keluar klinik itu di tuju..
Kyra menghidupkan enjin keretanya. Kelibat yang meluru masuk secara tiba tiba di sebelah penumpang itu mengejutkannya.. Zacran laju mencengkam lengannya..
"Drive sekarang !"
"You buat apa ni Zac !!? Bagi balik phone I ! Husband I call tu.."
"You jangan macam macam ya Kyra.. you jangan ingat I tak berani nak buat !!"
Pisau itu di keluarkan Zacran , merapatkan ke bahagian perut Kyra.. Kyra sudah tergamam sendiri. Tak sangka itu yang Zacran cuba lakukan..
"You jang...an main main Zac... Jangan buat I macamni.."
Kyra sudah tergetar.. takut dengan perubahan perangai Zacran.
"So ikut cakap I.. drive kereta ni sekarang... lurus !"
Tanpa berfikir panjang , Kyra menekan minyak kereta menuju ke kawasan yang di arah Zacran..
***********
Tengku Farathid menyandarkan kepalanya kepada kerusi kereta itu.. panggilannya itu di matikan oleh isterinya..
__ADS_1
"Bik Mona cakap , Cik Puan keluar drive sendiri.. dia cakap nak ke Klinik.."
Ucap Beego di depan yang memandu. Sabhi mengambil cuti kecemasan harini , tiada yang dapat menemani isterinya keluar.. kenapa Kyra masih berdegil , mahu mahunya dia keluar sendiri dalam keadaan tidak sihat itu.. letih Tengku Farathid memikirkan.. hatinya juga risau bila teringatkan keadaan Kyra..
Tangga itu di daki Tengku Farathid. Jawapan Bik Mona dan Bik Ani tidak melegakannya. Isterinya masih belum sampai ke rumah.. menunggu sehingga senja , sampai jam menunjukkan 7 petang.. handphone isterinya juga tidak berjaya di hubungi.. risau hatinya semakin memuncak.. Tengku Farathid mundar mandir sendiri. Langkahnya tiba tiba terhenti teringatkan pemberian handphone kepada Kyra. Dia tergamam seketika sebelum membuka laju handphone miliknya.. CIP yang dia letakkan pada handphone Kyra mungkin saja boleh menyelesaikan masalah keberadaan Kyra..
**********
"Kenapa you buat I macam ni Zac ? Ramai lagi perempuan kat luar sana yang you boleh cari.. jangan rosakkan hidup you macam ni..."
"Diamm ! You yang rosakkan hidup I.. I tak sanggup tengok you jadi milik orang !! Kalau I tak dapat.. I pastikan semua tak dapat.. termasuk Farathid.. lepas ni I pastikan dia lepaskan you ! Ceraikan you !"
Wajah Zacran sudah kemerahan , Kyra yang sudah menangis itu tidak di pedulinya.. badan Kyra di kerusi di dekatinya , handphone miliknya di keluarkan.. camera di buka laju.. laju saja bibirnya menerkam wajah Kyra , Kyra sudah meronta sendiri , minta di lepaskan , apalah daya kudrat seorang wanita , dia gagal lagi.
"Zac !! Jangan buat macamni.. Zac !!"
Kaki Kyra sudah cuba untuk menendang badan sasa itu , tetap saja gagal , camera handphone itu di tekan bertalu talu oleh Zacran sendiri , cuba mendapatkan gambar mesra mereka..
"Lepasni biar orang tahu , you milik I.. I nak Farathid cepat cepat ceraikan you !!"
Badan Kyra itu akhirnya dilepaskan oleh Zacran.. Kyra sudah menangis tersedu sedu , wajahnya juga sudah kemerahan..
"I tak sangka you sanggup buat I macam ni. Sampai hati you.."
Sedu Kyra makin kuat.. Wajah Zacran di pandang benci.. Zacran mendekat lagi.
"I sanggup buat apa apa aja Kyra.. I sayang you sangat.. you tinggal I.. you pilih dia.. kalau you pilih I.. I tak akan buat macamni.."
Badan Kyra kembali di dekatinya , menyentuh lembut bahagian badan Kyra.. jarinya melingkar hebat menuju ke arah dada Kyra.. Kyra mengeraskan badannya , tangannya yang terikat menyukarkan pergerakan. Kyra cuba meniarap menghalang percubaan Zacran yang semakin liar , badannya di tarik kembali oleh Zacran , baju itu cuba di capai Zacran , cuba membukanya dari bawah..
"Zacran !!! Enough !!"
Kyra sudah melaung kuat , bergema rumah kosong itu..
"Tolong.... !!! Athid !!!"
Zacran sudah ketawa sendiri , kali ini dia betul betul gila , mengikut hasutan syaitan yang berbisik keras di telinga. Dia sudah tak peduli lagi.. dia cepat cepat ingin meratah tubuh Kyra..
"You ingat dia hero you ke ? Muncul bila you seru ? Sekarang I depan you.. lupakan dia.. enjoy dengan I okay ? I akan layan you baik baik kalau you tak memberontak sayang..come.."
"Lepaslahh !!!"
__ADS_1
Kyra menjerit keras..