Kyraa Dan Pria Terhebat

Kyraa Dan Pria Terhebat
Part 60


__ADS_3

Dato Malek menepuk lembut bahu menantunya , memberi semangat. Wajah Tengku Farathid yang kusam itu di tenung lagi. Mesti Tengku Farathid terkejut besar mendengar kata kata Kyra tadi.


"Papa tahu Kyra tak macam tu. Mungkin fikiran dia dah di kotorkan dengan kejadian haritu. Papa harap Athid sabar. Mungkin Kyra tak berniat nak cakap macamtu , fikiran dia tak stabil sekarang."


Tengku Farathid mengangguk lemah , menerima kata kata Dato Malek dengan tenang.


"Athid tahu isteri Athid tak macam tu pa. Athid kenal Kyra."


Dia menoleh pandang pada isterinya di katil itu. Kyra sudah di berikan ubat penenang oleh doktor. Harap saja kandungan Kyra baik baik saja. Dia tak boleh maafkan diri sendiri , kalau terjadi sesuatu yang buruk pada Kyra dan kandungannya.


"Athid minta maaf pa. Athid akan jaga Kyra , akan jaga baby kami. Athid tak akan sia sia kan dorang. Itu janji Athid."


Tengku Farathid menahan sebak. Hatinya di kuatkan , tak mahu airmata jatuh lagi. Dato Malek mengosok lembut belakang Tengku Farathid. Dia pasti , dengan sikap yang di tunjukkan Tengku Farathid saat ini , tak mungkin lelaki ini bersama perempuan lain di belakang Kyra.


"Papa harap Athid sabar dengan perangai Kyra. Mungkin sebab pembawakaan baby tu , fikiran Kyra jadi tak stabil. Cepat marah marah. Orang mengandung kan.. Athid nak jadi daddy , kena banyak bersabar. Papa percayakan Athid."


Dato Malek mengukir senyum. Menguatkan semangat Tengku Farathid. Menantunya mengangguk , wajahnya di maniskan.


*****************


"Dia dah tak ada Tengku. Dah check out dua hari yang lepas.. Semua barangnya dah tak ada."


Tengku Farathid mengeluh berat. Laju saja perempuan sihir itu melarikan diri.


"Tak kira macam mana , aku nak kau cari perempuan tu sampai jumpa. Bila jumpa bagitahu aku secepatnya."


"Baik Tengku... pasal perempuan dalam cctv tu pun satu Tengku. Dia dah tak ada dekat hotel. Mungkin dia lari. Berhenti tanpa notis."


Beego menjelaskan. Kata kata di corong telinganya saat ini sangat menyakitkan hati , tiba tiba kepalanya menjadi panas membara.


"Dorang ada detail pasal perempuan tu kan , kenapa tak cari dekat address yang berkaitan ?"


"Sabhi dengan yang lain dah ke tempat tu , tapi alamat tu orang lain yang tinggal. Bukan dia.."


Tengku Farathid memejam berat matanya. Cuba menerima berita yang berat untuknya itu. Perempuan tu dah lari. Mereka memang ada agenda mereka sendiri. Tengku Farathid mengetap bibirnya. Cuba menenangkan hati.

__ADS_1


"Tak kisah macam mana , aku nak kau cari dua perempuan tu sampai dapat."


"Baik Tengku..."


Tengku Farathid mematikan panggilannya.


************


Dua tiga hari ini Kyra tak banyak bercakap. Dato Malek sudah tiga hari tidak ke syarikatnya , tinggal bersama anak menantunya , memantau Kyra bersama. Tengku Farathid juga tidak masuk dekat dengan isterinya , bimbang Kyra mengamuk lagi. Dia kena banyak bersabar , mungkin nanti keadaan Kyra akan baik seperti sedia kala , itu doanya setiap hari. Walaupun tidak dapat menyentuh Kyra , cukup saja wajah isterinya dapat di lihat pada dua matanya. , Tengku Farathid sudah merasa sangat bersyukur. Sudah tiga hari juga lah Tengku Farathid tidak makan semeja dengan isterinya. Rindu di hati semakin mendalam. Pintu bilik itu di ketuk dari luar , Kyra menoleh pandang. Dato Malek muncul di balik pintu itu.


"Boleh papa masuk ?"


Kyra mengangguk. Dato Malek berjalan kearah anaknya. Dia mendekat ke arah Kyra yang duduk di balkoni itu , duduk di depan anaknya.


"Kyra.... papa dah nak balik.."


Kyra laju bangun dari duduknya.


"Nanti Kyra kemas barang Kyra.."


"Papa nak cakap dengan Kyra dulu. Duduk."


Kyra memuncung sebelum duduk balik di atas kerusi itu. Papanya di pandang.


"Kenapa pa ?"


Tangan Kyra di genggam erat oleh Dato Malek.


"Hmm... Kyra.... papa tak nak Kyra jadi isteri derhaka. Kyra pun mesti tak nak jadi anak derhaka kan."


"Apa maksud papa ni."


Kyra sudah kehairanan , ni pasti ada kaitan dengan lelaki hipokrit itu. Duga Kyra sendiri.


"Kyra dah tau Kyra mengandung kan.... Kyra tau Athid tak boleh ceraikan Kyra dalam masa ni.. Papa tak minta banyak sayang... tinggal dengan Athid dalam masa ni."

__ADS_1


Tangan Kyra di tarik kasar dari pegangan Dato Malek.


"Papa mengarut apa ni ? Papa dah tak nak tinggal dengan Kyra ? Papa nak campak Kyra ?"


Mata itu sudah mula berkaca. Dato Malek menggeleng laju. Tangan itu di capai lagi.


"Kyra sabar... dengar apa papa nak cakap ni. Bertenang dulu... papa bukan nak campak Kyra.. tapi untuk masa ni , sembilan bulan saja.... Kyra stay kat sini dengan suami Kyra. Lepas tu , Kyra bebas , nak tinggal dengan papa , nak duduk kat mana sekali pun. Hanya untuk sembilan bulan ni saja sayang... papa tak nak Kyra jadi isteri derhaka. Ingat , Kyra tengah mengandung."


Kyra menggeleng kepalanya , tak percaya Dato Malek masih bertegas dengan keputusannya untuk membiarkan dia dengan Tengku Farathid.


"Papa dah tak sayang Kyra..."


Kyra menoleh pandang. Melarikan tatapan dari papanya.


"Kyra... sebab papa sayang lah , papa buat macam ni. Papa hormat keputusan Kyra... tapi papa tak nak Kyra jadi isteri yang derhaka. Tinggalkan suami masa tengah mengandung."


"Tapi Kyra tak nak budak ni."


"Kyra..... papa tau perasaan Kyra. Papa janji , lepas sembilan bulan , lepas Kyra lahirkan baby , papa sendiri yang akan bawa Kyra jauh dari Athid. So Kyra jangaan fikir yang papa abaikan Kyra. Papa tau Kyra anak yang taat. Dengar cakap papa ya sayang."


"Kyra tak nak lahirkan baby ni."


Kyra masih berdegil.


"Kyra.. baby Kyra tak salah pun.. kalau betul daddy dia yang salah , jangan biarkan baby ni jadi mangsa... baby ni dari rahim Kyra.. dia anak Kyra. Biarkan dia lahir... jangan jadi pembunuh.."


Kyra diam. Airmatanya laju menitis. Dato Malek mengelap perlahan pipi itu dengan tangannya. Hatinya di cengkam rasa bersalah. Mungkin saja sembilan bulan ini Tengku Farathid mampu menyakinkan anaknya untuk terus setia di sisi lelaki itu.


"Papa tau Kyra tak macamtu. Papa kenal anak papa. So Kyra jalani hari seperti biasa untuk sembilan bulan ni dengan baby. Lepastu kalau Kyra nak pergi jauh dari Tengku Farathid, papa tak akan halang."


Kyra hanya mendiamkan diri. Dato Malek yakin anaknya sedang memikirkan kata katanya.


"Kyra kena ingat tuhan bila dalam membuat keputusan. Jangan biarkan setan setan galak berbisik untuk menarik kita ke lembah kehancuran , Kyra. Siapa yang nak tengok hidup anak mereka hancur ? Tak ada Kyra.. Papa selalu mengharapkan kebahagian selalu ada untuk anak papa. Itu doa papa setiap hari."


Dato Malek bangun. Dahi anaknya di kucup perlahan.

__ADS_1


"Call papa kalau ada apa apa. Ingat selalu kata kata papa. Papa selalu ada untuk Kyra."


__ADS_2