Kyraa Dan Pria Terhebat

Kyraa Dan Pria Terhebat
Part 65


__ADS_3

Tengku Amanda menarik tangan Kyra , Kyra menoleh pandang. Sangkaannya tidak salah. Wanita itu muncul di hadapannya.


"Apa masalah you sebenarnya Kyra ?"


"Kenapa ? Sekarang you sibuk nak jadi reporter pulak ke ?"


Kyra senyum sinis. Tengku Amanda memandang serius.


"You dah melebih tau tak ? Kalau you ada masalah apa sekali pun dengan Athid , ini bukan cara dia , you tahu kan ni majlis apa ? Semua kenalan dia ada.. kenapa sampai you nak berpegang pegang tangan macam tu sekali dengan ex you ? Mana maruah you ?"


"I dah muak la dengan you... kalau you nak sangat jantan itu , ambik je la. Ambik bekas I. Sebab perempuan macam you tak kesah kan ambik bekas orang.  And yes , I tak ada perasaan lah kat dia , I jijik nak kena hadap muka dia hari hari , kalau you nak dia , just go on Amanda. Sebab jantan macam dia tak layak untuk I."


Membulat mata Tengku Amanda mendengar kata kata Kyra. Perempuan sebegini yang di sayangi Tengku Farathid. Betul Tengku Farathid di butakan dengan cinta.


"Watch your mouth Kyra ! Suci sangat ke you ni ? Tak boleh ke sikit you menghargai apa yang Athid buat untuk you.?"


Suhu kemarahan Tengku Amanda sudah memuncak. Kyra ketawa sinis mendengar ucapan Tengku Amanda.


"Iyaa... I suci , so orang macam I tak layak untuk orang munafik macam dia. I nak you tahu yaa , dulu sampai sekarang dia yang tergila gila kan I. Kalau you betul sangat sayang kan dia , suruh dia lepaskan I. I pun tak hingin nak hadap dia.  Nak tengok muka dia hari hari , I rimas tau ! Kalau bukan sebab budak dalam perut ni , I dah lama pergi jauh dari dia tanpa you suruh. And now , you tahu ? I dah termengandung anak dia tanpa I rela , sebab apa ? Sebab dia yang rogol I , lelaki macam tu yang you nak ??"


Kyra ketawa lagi. Tengku Amanda menggeleng perlahan.


"I tahu Athid tak akan buat semua tu."


Anak mata Tengku Amanda menatap tajam mata Kyra.


"Kalau hanya ada dia lelaki kat dunia ni , I rela mati dari bersuamikan dia Amanda. Hati dan cinta I hanya ada untuk Zacran , bukan lelaki macam dia. Lepas I lahirkan anak ni , I tak akan tengok muka dia lagi. I bagi free dekat you , sekali dengan benih dia ni. You kan sayang semua barang milik dia. Kalau bukan sebab papa I , tak ingin I kandungkan anak dia. Dia hanya lelaki kotor yang tak pernah ada dalam hati I."


Bunyi hentakan kaki kearah mereka memeranjatkan Tengku Amanda , Tengku Amanda memandang laju , wajah itu muncul di hadapannya. Tengku Amanda menelan liur. Kyra berpaling perlahan. Senyuman sinis di lemparkan kepada suaminya. Tengku Farathid berjalan lurus menuju ke tandas tanpa menghiraukan mereka. Tengku Amanda resah , mungkin Tengku Farathid mendengarkan segalanya. Kyra menjeling tajam sebelum melangkah pergi meninggalkan Tengku Amanda sendiri.


Tengku Amanda sudah resah , dia mundar mandir sendiri di hadapan tandas itu , bunyi pecahan kaca tiba tiba dari tandas itu memeranjatkan Tengku Amanda. Apa lagi ni ? Mahu ke dalam nanti terjadi salah faham. Tengku Farathid tiba tiba keluar dari pintu tandas itu , laju Tengku Amanda mendapatkannya. Darah yang menitik laju dari tangan kanan Tengku Farathid menjadi perhatiannya.


"Athid !! Kenapa ni ? Tangan you kenapa ?"


Tangan yang di sentuh Tengku Amanda cepat Tengku Farathid menariknya. Terkejut Tengku Amanda sendiri dengan tingkah Tengku Farathid.

__ADS_1


"You boleh tak jangan kacau I ?? Apa lagi yang you nak ni ?  You dah dengar semua dari Kyra kan ? So boleh tak you berhenti kacau I ?"


Suara serak Tengku Farathid menikam halus hati Tengku Amanda. Dia menahan sebak di hatinya. Kuat.


"Athid... I tahu..."


"You tak tahu apa apa Manda , just stop buat macam you tahu semua benda... jangan kacau I."


Langkah Tengku Farathid di halang Tengku Amanda. Tangannya di paut Tengku Amanda.


"You tak boleh keluar macam tu."


Tengku Amanda membuka riben yang mengikat pinggangnya. Tangan Tengku Farathid yang masih bersisakan darah di balutnya perlahan. Setelah selesai , Tengku Farathid melangkah pergi tanpa menghiraukan Tengku Amanda. Langkah Tengku Farathid laju terus menuju ke arah tangga , semua mata yang memandang langsung tidak di pedulinya. Kata kata Kyra perit untuk di terimanya. Fikirannya kosong , hanya kata kata itu tersekat kemas pada otak fikirannya.


*****************************


Sehingga selesai majlis , Tengku Farathid hanya mengurungkan dirinya dalam office. Entah apa dalam fikiran umum langsung dia tidak pedulinya , apa lagi berita yang akan tersebar luas esok. Dia hanya pasrah menantikan. Terasa semua semangat pada dirinya telah hilang begitu saja. Luka di tangan di tatap lagi , cermin kaca di tandas tadi menjadi mangsa , sungguh hatinya tidak dapat menerima semua yang Kyra luahkan. Luka di tangannya tidak sebesar luka yang ada di hatinya di kala ini.


"Tengku...."


Tengku Farathid mengangkat muka. Beego di depan yang berada di sebelah pemandu di pandang.  Kelibat rusuhan di depan sana menjadi tumpuannya. Matanya di kecilkan... mengamati permandangan pergaduhan di depan itu.


Tengku Farathid mengarah perlahan. Beego hanya mengangguk faham. Sabhi memberhentikan kereta di tepi jalan.  Tengku Farathid membuka pintu laju sebelum sempat Beego membantunya.  Badan itu di pukul bertalu talu , badan yang memukulnya cukup besar untuk di lawan balik. Dua lagi pemuda hanya memerhati rakannya itu memukul.  Wajah Tengku Farathid di tatap mereka. Muncul Beggo dan Sabhi di belakang.


"Tak payah nak masuk campur. Budak ni berhutang , tak reti nak bayar balik."


Pemuda itu menjelaskan. Tengku Farathid mengeluh berat. Itu masalahnya. Membulat mata Tengku Farathid bila memandang mangsa yang di pukul. Adzran ? Sudah lebam berdarah Adzran di kerjakan mereka.


"Dah dahh !! Berapa dia hutang ? Aku bayar."


Secara tiba tiba , pemuda bertubuh sasa itu berhenti dari membelasah Adzran. Dia senyum sinis. Wajah Tengku Farathid di pandangnya.


"Call ambulances, Sabhi."


Arah Tengku Farathid. Sabhi mengangguk sebelum mendail laju.

__ADS_1


"Kau jangan main main , budak ni berhutang banyak. Aku rasa kau tak sanggup nak bayar bagi pihak dia."


Pemuda itu mula mendekat. Beego laju ke depan melindung Tengku Farathid. Tengku Farathid menolak lembut badan Beego. Menggeleng perlahan.   Beego akur , dia ke tepi sedikit. Bimbang Tengku Farathid di apa apakan.


"Ba...bang..."


Adzran cuba membuka matanya yang bengkak itu , Tengku Farathid di pandangnya. Pemuda itu mula menyepak lagi.


"Kau jangan sentuh dia !! Aku cakap , aku bayar. Kau tak faham bahasa ke ?"


Tengku Farathid merenung tajam. Pemuda itu hanya mengangguk faham seraya tersenyum.


Sabhi muncul semula dengan buku cek di tangannya. Di hulurkan kepada Tengku Farathid. Tengku Farathid mendekati bonet kereta , buku cek itu di letakkannya , memudahkan untuk menulis.


"Berapa ?"


Tanya Tengku Farathid sepatah.


"Lapan ribu..."


Tengku Farathid berusaha menulis , tangannya yang luka di kuatkan , wajahnya berkerut menahan perit. Setelah selesai , buku cek itu di koyak dan di arah ke kepada mereka.


"Sepuluh ribu. Jangan kacau dia lagi. Kalau aku dapat tahu korang kacau lagi. Korang pulak nanti yang nanya."


Pemuda itu mencapai laju , cek itu di tenung lama.


"Boleh pakai ke ni ?"


Bertanya ragu , Beego menghulurkan kad.


"Kalau tak dapat , datang terus hotel aku."


Mereka mengangguk lagi sebelum meredar pergi. Tengku Farathid mendapatkan Adzran yang masih terbaring lemah.


"Kau okay tak ni ?"

__ADS_1


Wajah bengkak Adzran di tenung Tengku Farathid. Adzran mengangguk lemah. Tengku Farathid menggeleng perlahan.


"Nanti ambulance sampai. Sabar sikit."


__ADS_2