Kyraa Dan Pria Terhebat

Kyraa Dan Pria Terhebat
Part 66


__ADS_3

Tengku Farathid bersandar lesu pada kerusi itu , Beego di sebelah hanya memandang. Kenapa majikannya bersusah payah menunggu lelaki ini di hospital , bukankah Tengku Farathid sangat membencinya , dari raut wajah Tengku Farathid , jelas kelihatan keletihan.


"Tengku.... dah lewat ni , apa kata biar Sabhi hantar Tengku balik dulu ? Biar saya yang tunggu Adzran?"


Teragak agak untuk Beego memberikan cadangannya , bimbang di marahi Tengku Farathid. Tengku Farathid hanya mendiamkan diri , kata kata Beego tidak di balasnya. Beego hanya pasrah , doktor yang keluar dari pintu itu mengejutkan nya , dia berdiri tegak , Tengku Farathid membetulkan duduknya , tidak lagi bersandar.


"Tengku.... dia dah okay.. cuma luka tu , biasa lah , ambil masa sikit nak sembuh , saya dah bersihkan semua luka dia. Tak ada yang serius selain luka tu."


Doktor itu menjelaskan.. Tengku Farathid hanya mengangguk faham. Dia mula berdiri untuk beredar setelah mengetahui keadaan Adzran.


"Tengku..."


"Hmmm."


Panggilan doktor itu di sahutnya.


"Dia nak jumpa Tengku.. ada benda yang dia nak cakap. Boleh Tengku masuk dulu sebelum balik ?"


Serba salah doktor itu dibuatnya , di dalam tadi Adzran sudah merayu kepadanya untuk berjumpa dengan Tengku Farathid. Tengku Farathid hanya mengangguk . Dia menuju ke arah pintu itu.


"Beego , tunggu kat bawah , nanti saya turun."


Beego hanya mengangguk laju. Pintu itu di buka dari luar oleh Tengku Farathid. Wajah lesu di atas katil itu di pandangnya , Adzran membetulkan dirinya , dia senyum sedikit sukar kerana lebam di wajahnya , balutan di kepalanya juga sudah kemas. Tengku Farathid mendekat. Adzran membuka tangan , minta di peluk. Tengku Farathid mengerutkan dahinya , melihat wajah murung Adzran , Tengku Farathid hanya mengikut , dia kedepan sebelum di peluk kemas Adzran.


"Bang... aku minta maaf.... aku minta maaf banyak banyak bang.. aku banyak salah kat kau... aku minta maaf bang..."


Tengku Farathid di peluk kemas Adzran , sehingga sukar baginya untuk bernafas , belakang Adzran di tepuk perlahan oleh Tengku Farathid.


"Kau nak bunuh aku ke ? Sesak nafas aku ni , lepas lah."


Adzran melepaskan perlahan pelukannya kepada Tengku Farathid , kelihatan pada matanya sedikit berkaca. Tengku Farathid memandang pelik.


"Aku minta maaf bang.. aku banyak salah kat kau , kalau tak ada kau , aku mungkin dah mati tadi."


Tengku Farathid gelak perlahan. Wajah murung Adzran di pandangnya.

__ADS_1


"Ha,ah , tuhan nak suruh kau berubah dulu sebelum mati , tu sebab dia , aku muncul."


Adzran menghulurkan tangannya kepada Tengku Farathid , Tengku Farathid memandang pelik , budak ni memang pelik sejak kena pukul. Melihat wajah Adzran yang murung itu , tangan Adzran di sambutnya perlahan. Laju Adzran mencium tangan itu , lama wajah itu singgah di tangan Tengku Farathid. Dia sudah tersedu sedu.


"Aku tau aku banyak salah kat kau bang... aku minta ampun. Tolong maafkan aku... aku salah."


"Kau nak main drama apa ni ? Pelik betul gaya kau."


Tengku Farathid pelik. Tangannya masih pada Adzran , lelaki itu tidak mahu melepaskan. Adzran mengangkat wajah memandang Tengku Farathid , matanya sudah basah dengan airmata.


"Aku ikhlas minta maaf. Aku salah. Aku minta ampun. Tolong maafkan aku bang. Dengan semua aku yang dah buat kat kau , aku tak layak untuk kau tolong bang. Aku menyesal bang."


"Iyaa... dah lah. Benda dah lepaskan. Lagipun aku tak tahu tu kau , kalau aku tahu , belum tentu aku berhenti tadi."


Tengku Farathid membuat muka tak bersalahnya , Adzran kembali mencium tangan itu. Menunduk lama.


"Kalau kau nak pukul aku sekali pun , pukul la bang. Aku tak kesah , aku terima semua salah aku. Aku janji aku tak buat lagi."


Adzran sudah terisak isak sendiri. Tengku Farathid menarik tangan perlahan , bahu Adzran di tepuk perlahan. Perlahan juga Adzran melepaskan tangan itu , dia hanya menunduk malu , wajah Tengku Farathid tidak di pandangnya.


Isakan Adzran makin panjang , sekiranya Tengku Farathid tahu apa yang dia buat dengan Alana di hotel itu , mungkin kata kata itu tidak muncul di bibir Tengku Farathid , macam mana lagi hendak dia menjelaskan kesalahan yang telah di perbuat pada Tengku Farathid , dia menyaksikan semua tadi di hotel , dia nampak Kyra bersama Zacran , hati riang gembira melihat wajah murung Tengku Farathid di hotel tadi di atas kelakuan Kyra. Tapi sekarang dia betul betul membencikan keadaan itu , keadaan yang muncul kerana olah darinya.


"Dah lah , kenapa kau jadi macam ni , macam perempuan lah menangis."


Tengku Farathid menegur , Adzran mengangkat mukanya , memandang Tengku Farathid.


"Aku salah bang.. aku menyesal."


Dia takut hendak menjelaskan semuanya , bimbang lelaki ini mengamuk, mungkin ini bukan masa yang sesuai untuk dia jelaskan.


"Iyaa.. benda lepas. Aku maafkan kau , kau rehat dulu. Dah lewat ni , aku balik dulu."


"Bang..."


"Hmm.."

__ADS_1


"Aku janji aku akan balas semua yang kau buat kat aku. Aku akan betulkan semua."


"Kau mengarut apa ni , kau rehat , aku rasa otak kau tak berapa nak betul kena belasah tadi."


Tengku Farathid meninggalkan Adzran sendiri. Adzran menyapu airmatanya yang tersisa di pipi. Semuanya harus dia betulkan kembali.


****************


Jam di tangan di pandang sekilas , 12.25 pagi. Pintu utama rumah itu di tolak perlahan , dia melangkah masuk. Sosok di sofa itu sedang rancak berbual. Tengku Farathid memandang kosong. Zacran menatapnya , Kyra menjeling juga.


"Sekarang bukan masa untuk terima tetamu. Dah tengah malam. Kau tak reti nak balik ?"


Tengku Farathid mula bersuara , Bik Mona sudah muncul di hadapan mereka. Kyra sudah mula berdiri , Zacran turut serta.


"Kyra tak nak lepaskan aku , dia cakap kalau aku ada baru dia selesa. Dia yang minta."


"Zacran , kau dekat rumah aku , aku rasa kau tak patut berperangai macam ni ? Kau keluar sekarang sebelum aku..."


"Sebelum you apa ? Nak pukul orang lagi ? Nak tunjuk perangai samseng you. It's better than you , bawa masuk betina dekat bilik hotel , I just bawa dia dekat ruang tamu , belum dalam bilik lagi."


"Kyra !! Habis ? You nak bawa dia masuk bilik ? Tak cukup lagi apa yang you dah buat tadi ?? You nak cerita kat semua orang pasal rumah tangga kita ?"


Mata merahnya menikam mata isteri , Bik Mona sudah tidak senang duduk. Semoga tidak terjadi apa apa pada rumah tangga mereka.


"Yes !! I nak semua orang tahu siapa you !! Hipokrit !"


Laungan Kyra bergema di rumah itu. Tengku Farathid memejamkan mata. Mengusir perasaan marah itu pergi. Bik Mona mendekat.


"Tengku... Tengku tak apa apa kan ? Jom kita naik atas , saya bawa kan ubat , tangan Tengku tu luka kan , mari Tengku."


Bik Mona mencapai lengan Tengku Farathid , tidak perdulikan kata kata Kyra. Tengku Farathid menurut saja , dia masuk ke arah lif itu yang di pimpin Bik Mona. Kyra meramas kepalanya , kusut.


"I mengantuk.. you balik dulu."


Laju Kyra mendaki tangga itu , Zacran yang terpaku sendiri tidak di hiraukannya , pandai pandai lah lelaki itu balik sendiri. Dia hanya menggunakan Zacran untuk menyakitkan hati Tengku Farathid , lelaki tu sudah tak penting.

__ADS_1


__ADS_2