
Tengku Farathid memeluk erat badan Kyra yang mengiring membelakanginya. Badan itu kaku saja tanpa sebagai respon dari Kyra. Tengku Farathid mencium ubun ubun Kyra dari belakang. Seketika mendengar esak sendu keluar dari Kyra , mungkin kerana banyak menangis dari tadi. Tengku Farathid bangun dari baringnya , duduk menghadap Kyra. Badan Kyra yang masih berbungkus dengan selimut di pandang kasih.
"Kyra...."
Tengku Farathid memanggil lembut. Rasa bersalahnya mula bersarang di hati , dia yang berjanji untuk sentiasa menjaga baik Kyra , tapi harini dia memusnahkan janji itu , dia kalah dengan amarah yang membuta tuli. Tengku Farathid menelan kelat di hatinya sendiri.
"I minta maaf sayang.."
Tengku Farathid meraup rambutnya seketika. Tiada respon dari Kyra. Dengan perlahan dia membangunkan Kyra , membalikkan Kyra menatapnya , mata dan hidungnya kemerahan akibat menangis , selimut masih kemas di pegang Kyra menutupi dadanya dari terdedah. Tengku Farathid menyelak rambut yang sedikit menutupi wajah Kyra. Esak sendunya masih tersisa. Melihat keadaan Kyra di depannya jelas merobekkan hati Tengku Farathid sendiri. Dia yang membuat Kyra sebegini. Dadanya sesak dengan rasa bersalah. Pipi Kyra di sentuh lembut.
"I sayang you sangat Kyra."
Diam. Tiada tindak balas dari Kyra , tatapannya entah ke mana , mengabaikan kata kata Tengku Farathid. Badan itu di bawa ke pelukan Tengku Farathid, memeluk erat. Di belai penuh kasih rambut isterinya.
"Say something sayang. Bagitahu I yang you okay dengan I , dekat dengan I. Kyra..."
Dakapan itu di leraikan kembali , Tengku Farathid menatap sendu wajah isterinya. Akhirnya , mata itu menatapnya kembali , penuh tajam , sangat menikam hatinya.
"Bukan ini yang you nak ? You nak badan I kan , ambil lah , ambil semua yang you nak !!"
Kyra sudah meronta ronta dalam pegangannya , selimut itu di buang kasar oleh Kyra. Airmatanya kembali turun dari birainya.
"Ambil semua yang kau nak ! Jangan tinggal sikit punn ! Kau berhak ! Ambil lah !"
Tengku Farathid memeluk erat Kyra , menenangkan diri Kyra dari amukan , selimut putih itu di bungkus kembali pada badan Kyra.
"I salah , I silap. I sayangkan you. Jangan macam ni sayang. I minta maaf sayang."
Kyra tersendu sendu dalam pelukannya.
"I akan jaga you..... sampai akhir nafas I. I tak akan buat you sakit lagi.."
__ADS_1
Badannya sudah basah dengan airmata Kyra. Dia membelai lembut rambut Kyra. Mengosok perlahan belakang Kyra yang hanya beralaskan selimut putih itu.
*****
Lama Tengku Farathid merenung pintu bilik air itu , sudah setengah jam Kyra di dalamnya. Air pancutan dari dalam masih lagi kedengaran , risau hatinya mengingatkan Kyra yang di dalam belum keluar. Dia menghampiri , mengetuk pintu kaca lut sinar yang di dalam ditutupi langsir itu.
"Sayang.... are you okay ?"
Tiada respon dari dalam.
"Kyra.... dah lah tu , dah setengah jam you kat dalam sayang. Keluar lah , tak elok mandi lama lama."
Akhirnya air pancutan dari dalam berhenti kedengaran , Tengku Farathid berhenti mengetuk. Dia bernafas lega. Pintu di buka dari dalam , muncul Kyra di depannya dengan jubah mandi putih , rambutnya masih basah . Mata sendu itu menatap Tengku Farathid kosong sebelum merepuh badan itu keluar dari ruangan mandi.
"Sayang. I ada something untuk you."
Tengku Farathid ambil kotak di atas meja kecil dan mendekati Kyra yang sudah duduk di depan meja solek. Tengku Farathid menghulurkan kotak tersebut , Kyra bingkas bangun , huluran Tengku Farathid tidak di endahkannya. Kyra masuk ke ruangan persalinan , pintu itu di kunci kemas. Tengku Farathid kembali duduk di katil. Matanya masih menantikan wajah isteri keluar dari bilik itu. Beberapa minat kemudian Kyra muncul lagi , sudah lengkap berpakaian. Tengku Farathid bingkas bangun.
Kyra tidak mengindahkannya , dia hanya mencapai sikat rambut dan menyikatnya , seolah olah Tengku Farathid tiada di depannya. Tengku Farathid kembali meletakkan kotak itu diatas meja solek hadapan Kyra.
"Try lah dulu , nanti kalau tak suka kita beli handphone lain. Ya ?"
Tengku Farathid mengukirkan senyum , badan Kyra di dekatinya , ubun ubun Kyra di cium lembut.
"I mandi kejap ya.."
Tengku Farathid melangkah pergi ke bilir air , meninggalkan Kyra sendiri di depan cermin.
*****
Tengku Farathid memegang erat tangan Kyra , mereka berjalan di depan pantai , menikmati permandangan petang , ombak agak beralun deras , sering kali menyentuh kaki mereka. Sesekali Tengku Farathid mencuri pandang wajah isterinya di sebelah , Kyra tidak banyak bercakap tapi sudah cukup melegakan Tengku Farathid kerana tidak mengamuk seperti tadi.
__ADS_1
"Harini cuaca tak baik sangat. Nanti esok kita tengok pantai dengan flyridge, yaa ?"
Tengku Farathid senyum menatap Kyra disebelah , Kyra hanya mendiamkan diri. Langkah Kyra mendekati batu batu besar yang separuhnya sudah di tengelamkan air , Tengku Farathid hanya mengikuti kerana genggaman tangannya tidak dilepaskan , paha Tengku Farathid sudah dibasahi air begitu juga Kyra.
"Be careful sayang , licin ni."
Genggamannya di lepaskan , hanya memerhatikan gerak geri Kyra sehingga lah Kyra duduk kemas di batu itu. Kyra langsung tidak memandangnya , dibiarkan pandangannya ke arah laut sana. Sesekali ombak yang datang memukul Tengku Farathid membasahkan baju . Kyra berpaling menyorokkan wajah saat air pantai itu cuba menyentuh dirinya. Bahu Tengku Farathid juga tempat dia bertahan , setelah itu melepaskan kembali.
"Sayang.. ombak tinggi sangat harini. Bahaya lah duduk kat sini."
Risau wajahnya menasihati Kyra , Kyra langsung tidak mengindahkannya. Deringan handphone pada poket bajunya , merimaskannya. Dia mengangkat laju.
"Iya Bik Mona. Kenapa ?"
Wajahnya berkerut setelah itu , wajah Kyra di depan di pandang sekilas kemudian dia memandang ke arah belakang , kira kira 10 meter dari mereka , Beego berdiri tegak memandang Tengku Farathid.
"Sayang.. I ada call , jom."
Tangan dihulurkan kepada Kyra , untuk membantu Kyra turun dari batu. Kyra hanya menjeling , tidak menyambut. Dia tidak mahu berganjak dari situ. Tengku Farathid kembali berpaling pada Beego di persisiran pantai sana. Tangannya di ayunkan , seolah memberi isyarat untuk datang dan menjaga Kyra. Tengku Farathid kembali ke persisiran pantai , dia meneruskan percakapannya.
"Berapa orang Bik ?"
Seketika Tengku Farathid meraup raup dagunya , seperti dengar khabar yang tidak menyenangkan. Matanya masih tertumpu pada isteri di atas batu sana , pandangannya di alih kan sebelah kanan ke arah Beego pula. Beego ralit memerhatikan isterinya , mengawal dari jauh. Tengku Farathid berpaling membelakangi mereka seketika. Perdengarannya hanya di tumpukan kepada handphonenya di telinga. Kyra menolak nolak air dengan kakinya , pandangannya kosong. Tanpa di duga ombak deras itu datang menerjah laju badannya , melambungkannya ke dalam air yang bergocak hebat , Kyra hilang kawalan , badannya laju di bawa arus ombak itu , dia mengerahkan tenaga melawan ombak yang cuba menelan dirinya ke tengah , kakinya sudah tidak menjumpai pasir lagi.
"Tol....tolong...!"
Suaranya ditenggelam oleh air pantai , menyedut semua jeritannya yang tidak berdaya. Wajahnya tergelam timbul melawan heretan ombak.
"Ath...At..Athid!!"
Terasa dadanya sudah sesak , dia sudah menelan banyak air.... dia tidak berdaya lagi , ombak itu ralit menhanyutkan diri Kyra. Samar bayang Tengku Farathid yang sudah jauh darinya , menikam hebat hatinya , perasaan menyesal mula menyelubungi hatinya. Tengku Farathid membelakangi dirinya , tidak menoleh lagi. Nafas Kyra sudah mula habis , akhirnya dia tergelam jua..
__ADS_1