
"Manda , apa yang penting sangat ?"
Tengku Farathid melangkah mendekati Tengku Amanda. Terkejut dia dengan kehadiran Tengku Amanda. Sebelum ini , Tengku Amanda tidak pernah menjejakkan kakinya ke rumah Tengku Farathid. Tengku Farathid juga tak pernah mempelawa Tengku Amanda untuk mengunjungi rumahnya , tidak pernah sama sekali. Mereka hanya berjumpa di luar. Bik Mona sudah munculkan diri , mukanya pucat . Tengku Farathid menatap tajam Bik Mona yang sudah di belakang Tengku Amanda. Sungguh Bik Mona kesal akan kealpaan diri , membiarkan orang luar sampai ke halaman Tengku Farathid tanpa kebenarannya.
"Errr , maaf Tengku. Cik ni nak jumpa Tengku."
Bikk Mona sudah tergetar getar menjelaskan.
"Bawa wheelchair ke sini."
Mendengar arahan dari Tengku Farathid, Bik Mona berkejar ke arah kerusi roda di dalam rumah. Dia kembali dengan kerusi roda. Tengku Farathid mendapatkan kerusi roda dengan Bik Mona. Bik Mona hanya menunduk. Tak berani mengangkat muka memandang majikannya. Dia tahu Tengku Farathid marah. Membiarkan orang luar masuk sesuka hati. Tapi dia sudah melarang Tengku Amanda dari masuk ke halaman. Dia sudah suruh Tengku Amanda menunggu di luar. Dia meninggalkan Tengku Amanda sebentar kerana di panggil Bik Ani di dapur. Tiba tiba saja Tengku Amanda melulu masuk sendiri. Apakah ini termasuk kesalahan dirinya , bimbang Bik Mona.
"Apa yang penting sangat Manda ? You should calling me first."
Tengku Farathid bersuara lagi sambil menolak kerusi roda ke arah Kyra. Kerusi roda di kunci sebelum dia mengangkat tubuh Kyra.
"She know what's time you in pool. What a perfect girlfriend."
Kyra berbisik menyindir. Muka Tengku Farathid sudah memerah. Telahan Kyra semua salah. Dia meletakkan Kyra di kerusi roda. Tengku Farathid menggelengkan kepala perlahan. Menidakkan. Kyra senyum sinis. Tidak percaya.
"What wrong Kyra ?"
Tengku Amanda bertanya melihat keadaan Kyra. Niatnya ikhlas . Hanya kuatir. Tengku Farathid menolak Kyra ke arah Tengku Amanda.
"Im sorry Manda. Yaaa , I'm at home , but I'm not free."
Muka Tengku Farathid mendatar saja. Tengku Amanda memandang. Rindu. Kyra masih mendiamkan diri. Tak ingin masuk campur.
"Sorry kalau kedatangan I kacau you berdua. Rumah kawan I area sini , so I singgah , just nak melawat. So what wrong with your feet Kyra ?"
"Tak ada apa apa yang serius , terseliuh sikit je. So , you datang sini nak teman Athid ke ? The pool time ?"
Selamba sahaja dari Kyra. Muka Tengku Amanda sudah merah. Tidak tahu berkata apa , memang tujuannya untuk melihat wajah lelaki di depannya ini.
__ADS_1
"Im sorry Manda , I tak free . Kalau ada apa apa yang penting , you should text first , or call dulu ? Bikk Mona tolong hantar Tengku Manda ke pintu utama. Lepas tu bawa medical box ke atas."
"Ha,ah , I pun nak singgah rumah kawan kejap , so you pun sihat and get well soon Kyra. Sorry sebab ganggu . Have a nice day."
Belum sempat Tengku Farathid menolak kerusi roda Kyra ke dalam , Tengku Amanda sudah melangkah berlalu pergi di ikuti dengan Bik Mona. Sungguh dia merasa seperti perempuan murahan sekarang , datang tanpa di jemput , jelas kehadirannya tidak di hargai sama sekali oleh Tengku Farathid. Tengku Amanda menyekat airmatanya dari jatuh. Dia melangkah laju tanpa berpaling lagi.
"Hebat , masa you kat pool pun dia tahu. Dia ke peneman setia you kat sini dulu ?"
"Enough Kyra. You jangan merepek boleh.?"
"Ooo bukan dia ? So siapa ? Perempuan lain ? Ooo i see . You kan kaya , banyak duit , semua perempuan tak tolak , apa apa yang you nak , just buat , lepas tu dapat ."
Kyra menyindir tajam , Tengku Farathid sudah di depannya , memandang serius. Kyra masih dengan muka biasanya. Benci.
"I dengan Manda tak ada apa apa. Boleh tak you stop cakap yang bukan bukan. Sekarang ni I dah jadi suami you . Boleh tak you hormat I sebagai seorang suami ?"
"So ? kalau betul pun you ada apa apa relationship dengan dia , you ingat I kesah ke ? Of course not. Wait , you ada hormat I sebagai seorang isteri ? Totally not. You buat apa yang you nak buat. Ikut nafsu you !"
"What have I done ? I buat apa ? Cium you ? Naskah batin yang perlu I bagi ? Why not ?"
Suara Kyra sudah meninggi , Bikk Mona sudah muncul di hadapan mereka. Tengku Farathid menoleh pandang. Dia mendekati Bik Mona , Beego juga sudah kelihatan di belakang Bik Mona.
"Bik Mona , dah puas kerja sini ke ?"
Bik Mona hanya menunduk pandang. Mukanya sudah pucat. Dia tahu Tengku Farathid akan marah. Dia pasti benar.
"Dah berapa kali saya cakap jangan bagi orang luar masuk tanpa kebenaran saya ! Kenapa susah sangat nak faham semua orang ni !!"
Tengku Farathid meninggikan suara , Kyra menelan liur. Tubuh Bik Mona sudah menggigil menahan tangis.
"Saya minta maaf Tengku. Saya yang suruh Bik Mona bawa Tengku Amanda masuk. Saya minta maaf Tengku."
Beego mula bersuara. Tidak mahu Bik Mona di salahkan. Dia yang memberitahu Bik Mona bahawa Tengku Amanda kenalan Tengku Farathid. Tapi tak tahu pulak langkah Tengku Amanda terus ke halaman Tengku Farathid.
__ADS_1
"Manda masuk sorang , bukan dengan dia. Tetamu sorang pun tak reti nak jaga ke ?!"
"Saya minta maaf Tengku. Salah saya. Saya dah suruh cik tadi tunggu kat luar...."
" Kenapa suruh? ! Kenapa kau tinggal dia kat situ ? Kenapa tak guard dia ? Sampai dia boleh masuk ke sini ???! Dah , kemaskan semua barang kau. Aku gajikan kau untuk jaga rumah ni , bukan benarkan semua orang masuk tanpa kebenaran aku. Kawan or bukan , aku tak suka orang kacau masa aku.!
Bik Mona sudah tersedu sedu menangis.
"Enough Athid..."
Kyra sudah bersuara. Tak sampai hati melihat keadaan Bik Mona. Dia pun ikut nak menangis.
"It's okay Bik Mona. Bik Mona pergi dapur . Benda kecil je ni. Bik jangan nangis dah. Tak apa . Athid....."
Kyra melambaikan tangan , ingin Tengku Farathid mendekatinya. Dia tak mahu Tengku Farathid marah marah lagi. Dia mesti meredakan keadaan sekarang. Tengku Farathid masih beku di situ , Bik Mona dan Beego pun sama. Hanya mendiamkan diri. Kyra mula mengerakkan kerusi rodanya dengan tangan sendiri , melihat keadaan itu , laju Tengku Farathid mendapatkan isterinya , setelah Tengku Farathid sudah di belakangnya , Kyra senyum.
"Bik Mona , dah jangan nangis dah. Abaikan apa yang Athid cakap. Bik Mona mana boleh pergi , nanti siapa nak tolong Kyra letak ais kat kaki ni , kaki Kyra tak baik lagi ni."
Kyra berusaha memujuk Bik Mona. Bik Mona mengesat air matanya dengan bahu , dia masih lagi menunduk. Kyra mula mendongak memandang Tengku Farathid, membuat muka kesiannya.
"Athid...."
Lembut panggilan dari Kyra seakan memujuk Tengku Farathid dari memarahi Bik Mona. Dia tidak mahu Tengku Farathid memberhentikan Bik Mona. Mata mereka bertatapan seketika. Alahai Kyra , mana mungkin Tengku Farathid membantah. Kyra melarikan pandangan , kembali memandang Bik Mona di depan.
"Dah , lain kali bertindak mengikut arahan saya. Stay alert. Bawa medical box kat atas Bik Mona."
Nada suara Tengku Farathid sudah kembali seperti biasa . Bik Mona mengangkat muka memandang majikannya. Dia senyum. Airmatanya di lap laju.
"Saya minta maaf Tengku. Saya janji tak buat lagi. Saya janji."
Bik Mona sudah mengangkat tangan kanannya seperti mengangkat sumpah. Kyra sorok senyum.
"Bik Mona ni , bukan salah apa pun nak minta maaf. Macam buat dosa besar je. Tuan awak ni yang over."
__ADS_1
Kyra membuat muka selambanya. Tengku Farathid menolak kerusi roda itu menuju ke dalam rumah.